Anda di halaman 1dari 22

PENGENALAN

Alam yang luas yang penuh dengan makhluk-makhluk Allah ini,gunung-gunungnya


tinggi,lautannya yang luas ,dan daratannya yang terbentang lebar,tidaklah besar di hadapan
makhluk sepertimana manusia .Hal ini kerana Allah tidak mengurniakan kepadanya
keistimewaan ,dan memberinya potensi berfikir yang mampu menembusi segalanya untuk
menundukkan kekuatan alam tersebut dan menjadikannya sebagai kepentingan buat
manusia.Allah tidak akan menjadikan manusia itu tersesat dari masa ke semasa.Dia akan
memberikan kepada manusia itu sesuatu petunjuk hidup(wahyu)yang akan membimbing
manusia ke jalan yang lurus sehingga mereka dapat menempuh kehidupan ini atas dasar ilmu
dan pengetahuan .Namun sememangnya watak manusia itu sombong dan angkuh hingga
terkadang menolak untuk menunduk dan menghormati sesama manusia selama mana manusia
lain itu tidak boleh membawakan kepadanya sesuatu yang luar biasa yang melebihi
kemampuanya .Maka dengan demikian barulah dia akan mengakui ,tunduk dan percaya akan
kehebatan orang lain itu..
Bagi seorang Rasul Allah disamping dikurniakan wahyu,para Rasul juga
dikurniakan,dibekalakan sesuatu yang luar biasa yang dapat membina sesuatu hujjah yang
lebih kukuh,hebat daripada apa-apa pemikiran yang dimiliki oleh manusia biasa,sehingga
manusia dapat mengakui kelamahan dirinya yang sangat terbatas dihadapan perkara yang luar
biasa tersebut,kemudian manusia itu akan tunduk dan taat kepada para Rasul akan apa yang
bakal disampaikannya .Tetapi perkembangan akal manusia pada mulanya masih lemah
sehingga tidak dapat melihat yang dapat menarik hatinya selain daripada mukjizat-mukjizat
yang bersifat semula jadi dan boleh dirasai oleh pancainderanya.Itu disebabkan akal manusia
yang belum mencapai puncak kesempurnaan dalam ilmu pengetahuan dan pemikiran,justeru
itu amatlah sesuai jka setiap rasul itu hanya diutuskan khas untuk umatnya dan mukjizatnya
pun hanya berupa sesuatu yang luar biasa itu datang daripada kekuatan langit.
Sokongan Allah kepada para Rasul terdahulu berbentuk ayat-ayat kauniyah yang
mengkagumkan hati dan mata,yang mana akal tidak mempunyai kuasa mencabarnya
,sepertimana mukjizat tangan dan tongkat bagi Nabi Musa.Bagi Nabi Isa ,Allah mengurniakan
kepadanya kemampuan dalam menyembuhkan orang buta ,penyakit kusta ,bahkan boleh
menghidupkan orang yang telah mati.Adapun mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepada
Nabi Muhammad ialah berbentuk mukjizat ‘aqliyah(rasional),yang sentiasa mencabar akal
manusia.Mukjizat tersebut iaitu Al-Quran dengan segala ilmu dan pengetahuan yang
dikandunginya ,khabar tentang masa dahulu dan masa akan datang .Akal manusia ,betapa
majunya dan hebatnya tidak akan mampu untuk menandingi Al-Quran ,kerana Al-Quran itu
merupakan wahyu.
Allah telah menetukan kekekalan mukjizat Islam sehingga manusia tidak mempunyai
kemampuan menandinginya ,walaupun mempunyai masa yang cukup Panjang dan ilmu
pengetahuan yang maju.Perbahasan mengenai Al-Quran yang mempunyai mukjizat tersendiri
hinggakan para pengkaji tidak dapat merungkai satu rahsia daripada Al-Quran melainkan ia
akan menemukan lagi rahsia-rahsia lain daripada mukjizatnya yang hanya terungkap oleh
zaman .

1|ULUM QURAN (ISC401)


OBJEKTIF KAJIAN
1) Menerangkan aspek-aspek kemukjizatan Al-quran di dalam sudut lughawi, ilmi, tasyri’i
dan tarbawi
2) Mengkaji sejarah ilmu Ijaz Al-quran dari zaman Rasullulah hingga zaman sekarang

2|ULUM QURAN (ISC401)


PENGERTIAN I’JAZ AL-QURAN
I’jaz (kemukjizatan) adalah menetapkan kelemahan.Kelemahan menurut pengertian awam
ialah ketidakmampuan mengerjakan sesuatu,lawan daripada qudrah (potensi
power,kemampuan).Apabila mukjizat muncul ,maka nampaklah kuasa mu’jiz (sesuatu yang
melemahkan).Yang dimaksudkan dengan I’jaz dalam perbahasan ini ialah menampakkan
kebenaran Nabi dalam kesaksianya sebagai seorang Rasul,dengan menampakkan kelemahan
orang Arab dan generasi sesudahnya untuk berdepan dengan mukjizatnya yang abadi ,iaitu Al-
Quran .Dan mukjizat adalah perkara luar biasa yang disertai cabaran dan selamat daripada
penentangan.Al-Quran al karim digunakan oleh Nabi untuk mencabar orang-orang Arab ,tetapi
mereka tidak berdaya berdepan dengannya ,sedangkan mereka begitu hebat dan tinggi tingkat
Bahasa Arab nya .Hal ini tidak lain kerana Al-Quran adalah mukjizat yang Agung.
Rasulullah telah mencabar orang-orang Arab menandingi Al-Quran dalam tiga tahap:
1) Mencabar mereka dengan seluruh Al-Quran yang meliputi orang Arab sendiri dan orang
lain,malah termasuk jin,dengan cabaran yang langsung menewaskan mereka melalui firmanya
:
“Katakanlah (Wahai Muhammad):”Sesungguhnya jka sekalian manusia dan jin berhimpun
dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan AL-Quran ini,meraka
tidak dapat membuat dan mendatangkan Yang sebanding dengannya.Walaupun mereka saling
bantu – membantu sesama sendiri”.(Al-Isra’:88)

2)Mencabar mereka dengan sepuluh surah sahaja daripada AL-Quran ,dalam firman-Nya:
“Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh Dengan mengatakan :”Ia
(Muhammad) Yang mereka-reka Al-Quran itu!”Katakanlah (Wahai Muhammad):(JIka
demikian tuduhan kamu),maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan Yang
Sebanding dengan Al-Quran itu ,dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup
memanggilnya ,Yang lain dari Allah ,jika betul kamu orang-orang yang benar”Oleh itu ,jika
mereka(penolong-penolong kamu)tidak dapat melaksanakan permintaan kamu (untuk
membuat surah-surah Yang sebanding Dengan Al-Quran ),maka ketahuilah bahawa Al-Quran
itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah dan bahawa tidak ada tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah setelah (terbukti hakikat yang demikian )maka Adakah kamu
mengakui Islam dan menurut aturannya?”(Hudd:13-14)

3|ULUM QURAN (ISC401)


3)Mencabar mereka dengan satu surah sahaja daripada AL-Quran ,dalam firman-Nya:
“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada
hamba Kami (Muhammad),maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding
Dengan Al-Quran itu,dan panggilah orang-orang Yang Kamu percaya boleh menolong kamu
selain dari Allah ,jika betul kamu orang-orang Yang benar”(Al-Baqarah:23)

Bangsa Arab ,mereka memiliki kehebatan Bahasa serta retorik yang sebenarnya dinyalakan
oleh semangat kesukuan dan ketaksuban.Seandainya dengan Bahasa mereka itu dapat
menandingi Al-Quran sudah pasti ia akan menjadi isu besar buat setiap generasi tetapi ternyata
mereka tidak Berdaya.Sebenarnya mereka dapat menelah ayat-ayatnya dan mengujinya dengan
cara yang mereka guna pakai untuk mencipta puisi dan prosa ,tetapi mereka tetap tidak
mendapatkan jalan untuk menandinginya .Malah yang ada adalah kebenaran yang membuat
mereka bisu apabila ayat-ayat Al-Quran menyentuh Nurani hati mereka ,seperti yang berlaku
pada Walid bin Mungirah.Tetapi apabila sudah tidak dapat dan sanggup lagi untuk
mencabarnya ,mereka membuat cerita palsu,dusta yang menuduh Al-Quran itu merupakan sihir
yang dipelajari ,karya penyair gila atau dongeng bangsa zaman dahulu .Mereka tidak dapat
menafikan kelemahan lalu terpaksa akur .Dengan demikian kemukjizatan AL-Quran itu
terbukti dan tiada apa yang perlu diragukan lagi.
Dengan mendengar Al-Quran juga merupakan sebahagian daripada hujjah kemukjizatanyya
yang pasti:
“Dan jika sesorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami
Islam),maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-
keterangan Allah (tentang hakikat-hakikat Islam itu),kemudian hantarlah Dia ke mana-mana
tempaat yang ia beroleh aman.perintah Yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum Yag tidak
mengetahui(hakikat Islam)”.(at-Taubah:6)
Kelemahan orang Arab dalam menandingi Al-Quran biarpun mereka memiliki potensi dalam
masalah itu ,menjadi bukti tersendiri atas kelemahan bahasa Arab ,sekalipun Bahasa ini berada
pada puncak kegemilangannya ketika itu.Kemukjizatan Al-Quran bagi bangsa-bangsa selain
daripada bangsa Arab tetap berlaku sepanjang zaman dan akan sentiasa dicabar.Misteri-misteri
alam yang diungkapkan oleh ilmu pengetahuan moden hanyalah sebahagian daripada
fenomena-fenomena hakikat yang terkandung dalam misteri alam yang merupakan bukti
adanya Pencipta iaitu Allah .Inilah apa yang dikemukakan dan diisyaratksn oleh Al-Quran
.DEngan demikian ,Al-Quran tetap merupakan mukjizat bagi seluruh umat manusia.

4|ULUM QURAN (ISC401)


ASPEK-ASPEK KEMUKJIZATAN AL-QURAN
Para ulama telah menyebut aspek-aspek kemukjizatan Al-Quran lebih daripada sepuluh
aspek.Disini kami hanya akan mengemukakan beberapa aspek yang penting sahaja.
Perkembangan ilmu kalam(teologi)dalam sejarah Islam mempunyai kesan yang lebih tepat
untuk diperkatakan sebagai kalam di dalam kalam (kalam fi kalam). Pemikiran yang ada di
dalam ilmu kalam ini,telah mengheret pengikutnya ke dalam kehancuran dan
kerosakan.Bencana tokoh-tokoh kalam ini mulai nampak apabila membicarakan mengenai
pemikiraan khalqu Al-Quran (Al-Quran sebagai mahkluk).Kemudian berlakunya berlainan
pendapat tentang kemukjizatan Al-Quran antara mereka:
1) Abu Ishaq Ibrahim an-Nizam -Ia adalah Abu Ishaq Ibrahim bin Sayyar an-Nizam,guru al-
Jahiz dan salah seorang tokoh Mu’tazilah kepadanya disandarkan nama kelompok
nizamiyah.Wafat pada masa khalifah al-Mu;tashim sekitar tahun 220,dan pengikutnya
daripada kaum syi’ah sepertimana al-Murtada berpendapat.kemukjizatan Al-Quran adalah
dengan cara sirfah(pengalihan) .Erti sirfah dalam pandangan an-Nizam ialah Allah
memalingkan orang-orang Arab untuk mencabar Al-Quran sedangkan mereka mampu
berdepan dengan Al-Quran .Maka pengalihan inilah yang luar biasa iaitu mukjizat.Sedang
sirfah menurut pandangan al-Murtada ialah Allah telah mencabut orang-orang itu ilmu-ilmu
yang diperlukan untuk berdepan dengan Al-Quran agar tidak berdaya membuat seperti mana
Al-Quran itu.
Pendapat ini menunjukkan kelemahan pemiliknya itu sendiri.Kerana tidak akan dikatakan
terhadap orang-orang yang dicabut kemampuanya untuk berbuat sesuatu ,bahawa sesuatu itu
telah membuatnya lemah Selama ia mempunyai kesanggupan untuk melaksanakannya pada
suatu masa.Tetapi yang melemahkan (mu’jiz) adalah kekuasaan Allah dan bukanlah Al-Quran
yang mu’jiz.
Menurut Qadhi Abu Bakar al-Baqalani: Salah satu hal yang membatalkan tentang sirfah
ialah,sekiranya menandingi Al-Quran itu mungkin ,tetapi mereka tidak dihalangi oleh
sirfah,maka kalam Allah itu tidak Mukjizat,melainkan sirfah itulah mukjizat.Dengan demikian
,kalam tersebut tidak mempunyai keistimewaan apa pun atas kalam ini.Pendapat ini batil dan
ditolak langsung oleh ayat Al-Quran :
“Katakanlah (Wahai Muhammad):”SEsungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun
dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini,mereka
tidak akan dapat membuat dan mendatangkan Yang sebanding dengan nya .Walaupun mereka
bantu-membantu sesama sendiri(Al-Isra:88)
Ayat di atas menunjukkkan kita bahawa kelemahan manuisa itu sendiri sekalipun mereka
masih mempunyai kemampuan .Dan seandainya kemampuan mereka telah dicabut ,maka
terkumpulnya jin dan manusia itu tidak lagi berguna .Ini kerana pengumpulan antara jin dan
manusia itu diibaratkan sama dengan keadaan perkumpulan orang-orang mati sedangkan
kelemahan orang mati itu bukanlah sesuatu yang patut diperkatakan.
2)Beberapa ulama’ berpendapat Al-Quran itu mukjizat dengan balaghahnya yang mencapai
tingkat tinggi dan tidak ada bandingannya .Ini adalah pendapat ahli Bahasa Arab yang suka
sangat akan bentuk-bentuk makna yang hidup dalam ungkapan kata-kata yang tersusun elok
dan retorik yang menarik.

5|ULUM QURAN (ISC401)


3)Sebahagian lain berpendapat ,segi kemukjizatan Al-Quran itu ialah kerana ia mengandungi
badi’ yang sangat unik dan berbeza dengan apa yang telah dikenal dalam perkataan orang Arab
seperti fasilah dan maqta’.

4)Golongan lain berpendapat ,kemukjizatan Al-Quran itu terletak pada maklumatnya mengenai
perkara-perkara ghaib yang akan datang dan tidak dapat diketahui kecuali dengan wahyu,dan
pada khabarnya mengenai perkara-perkara yang sudah berlalu sejak masa penciptaan makhluk
,yang tidak mungkin dapat dijelaskan oleh seorang ummi yang tidak pernah berkomunikasi
dengan ahli kitab.Misalnya firman Allah tentang penduduk Badar:
“Kumpulan mereka Yang Bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling
lari”(al-Qamar:45)
Pendapat kelompok ini tidak dapat diterima ,sebab ia menetapkan bahawa ayat-ayat yang tidak
mengandungi maklumat tentang perkara-perkara yang akan datang dan telah lalu,tidak
mengandungi mukjizat .Dan ini adalah batil ,sebab Allah telah menjadikan setiap surah sebagai
mukjizat juga(LIhat Al-Burhan .oleh Zarkasyi juz2,hal 95-96)
5)Kelompok lain berpendapat bahawa Al-Quran itu mukjizat kerana ia mengandungi
bermacam-macam ilmu dan hikmah yang sangat dalam.Dan masih banyak lagi aspek-aspek
kemukjizatan lainnya yang berkisar pada tajuk-tajuk yang diatas ,sepertimana telah dihimpun
oleh sebahagian ulama,mencapai sepuluh aspek atau lebih.
Sebenarnya Al-Quran itu mukjizat dengan segala makna yang dikandungi oleh lafaz-lafaznya
.Ia sebagai mukjizat dalam lafaz-lafaz dan gaya bahasanya .Satu huruf daripadanya berada di
tempatnya merupakan suatu mukjizat yang diperlukan oleh lainnya,satu kata yang berada di
ditempatnya merupakan sesuatu mukjizat yang diperlukan oleh lainnya,satu kata yang berada
di tempatnya juga merupakan sesuatu mukjizat dalam ikatan kalimat,dan satu kalimat yang ada
di tempatnya pun merupakan mukjizat dalam ikatan surah.
Ia sebagai mukjizat dalam hal bayan(penjelasan ,gaya bahasa) dan nazam (jalinan)nya.Di
dalam nya seorang pembaca akan menemukan gambaran hidup bagi kehidupan ,alam dan
manusia,Ia adalah mukjizat dalam makna-makna nya yang telah menyingkapkan hakikat
kemanusiaan dan misinya di dalam ala mini.Ia juga menjadi mukjizat dengan ilmu dan
pengetahuan yang hakikatnya ghaib telah diiktiraf dan dibuktikan oleh ilmu pengetahuan
moden.Selain itu,ia juga merupakan mukjizat dalam hukum dan perlindungannya terhadap
hak-hak asasi manusia ,serta dalam pembinaan masyarakat teladan yang di tangannya dunia
akan Bahagia.
Al-Quran seluruhnya ,itulah yang membuatkan Orang Arab yang dahulunya pengembala
kambing bertukar menjadi pemimpin dan bangsa-bangsa dan teladan umat manusia .Ini sahaja
sudah cukup untuk membuktikan Al-Quran itu sebagai mukjizat.

6|ULUM QURAN (ISC401)


RANGKUMAN KEMUKJIZATAN AL-QURAN

A. Kelompok Mu’tazilah berpendapat bahawa kemukjizatan itu berhubung kait dengan


seluruh kandungan Al-Quran,bukan dengan sebahagiaanya atau dengan setiap
surahnya.

B. Sebahagian ulama berpendapat ,sedikit atau banyak daripada Al-Quran itu juga
merupakan mukjizat.Ini boleh dikuatkan lagi dengan firman Allah:

“(kalau tidak)maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata (yang


fasih dan indah) seperti Al-Quran itu ,jika betul mereka orang-orang yang benar
dakwaaanya .”(At-Thur:34)

C. Ulamak yang lain berpendapat ,kemukjizatan itu cukup hanya dengan surah lengkap
sekalipun pendek,malah satu ayat atau beberapa ayat.

Al-Quran telah memberi beberapa cabaran agar didatangkan serupa denganya :

1) Cabaran untuk mendatangkan kesuluruhan ayat seumpama al -Quran


(Surah Al-Isra:88)

2) Cabaran untuk mendatangkan kedua mengemukakan sepuluh surah yang


seumpamanya(Al-Quran)…(surah Hud:13-14).

3) Cabaran untuk mengemukakan satu surah seumpamanya.(SurahYunus :34,Surah


Baqarah:23)

Adapun mengenai segi dan kadar manakah kemukjizatan itu? Jika seseorang penyelidik
yang jujur dengan maksud mencari kebenaran memperhatikan Al-Quran daripada
mana-mana aspek yang disukai ,sama ada dari segi gaya bahasanya ,atau segi ilmu
pengetahuannya ,segi kesan yang ditimbulkannya di dalam sejarah dunia atau malah
daripada semua segi tersebut, tentulah ia akan dapatkan kemukjizatan itu dengan
jelas.Al-Quran itu mempunyai pelbagai aspek seperti aspek bahasa,aspek ilmiah dan
aspek tasyri’(hukum).

7|ULUM QURAN (ISC401)


1.1 I’JAZ AL-LUGHAWI
Seperti yang kita tahu ,para pakar bahasa arab telah menekuni ilmu bahasa ini sejak
pertumbuhannya ,kemudian menjadi satu gergasi yang perkasa dan hebat.Walaupun
demikian ,sekalipun bahasa itu telah mencapai puncaknya,apabila mereka berdepan
dengan kemukjizatan Al-Quran itu,ia menjadi kecil dan tunduk,Sejarah bahasa Arab
ttidak pernah mengenal suatu masa yang gemilang dalam perkembangannya selain pada
masa-masa al-Quran diturunkan,sekalipun mereka sangat pakar dalam bahasa Arab
yang menjadi bahasa Al-Quran,mereka tidak mampu dan tidak berdaya di hadapan Al-
Quran .

Semakin kita mengetahui rahsia-rahsianya ,kita semakin mengiktiraf kebesaran


kemukjizatanya,Ini sangat berbeza dengan karya-karya manusia .Pengetahuan tentang
rahsia-rahsianya akan menjadikan kita menguasainya dan membukakan kita jalan untuk
menambahnya atas dasar iulah tukang-tukang sihir Firaun termasuk orang yang
pertama beriman kepada Tuhan Musa dan Harun.(An-Naba’u Al-Azim,hal.81).Tetapi
kesombongan orang -orang Arab telah membutakan mata hati mereka sehingga tidak
lagi mampu untuk menandingi Al-Quran dan Rasul,mereka mendakwa dengan
dakwaan yang tidak bermunasabah dan tidak berasas.Malah ada di antara mereka yang
menggunakan cara -cara yang tidak pantas seperti mengaku sebagai Nabi,Rasul serta
menuduh Nabi sebagai ahli sihir,maka rugilah mereka itu.

Al-Quran telah mencabar orang-orang Arab dengan berperingkat -peringkat .Bermula


daripada sepuluh surah menjadi satu surah, dan bahkan menjadi satu hadith
(pembicaraan)yang serupa dengannya akan tetapi tidak ada seorang pun daripada
mereka sanggup menandinginya,sedangkan mereka adalah orang-orang yang
sombong,dan tidak mahu dikalahkan.Seandainya mereka punya kemampuan untuk
membuat sedikit dahaja daripadanya atau medapatkan sedikit kelemahan di
dalamnya,tentulah mereka tidak akan bersusah payah mengangkat pedang dalam
menghadapi cabaran tersebut.Kehebatan mereka lenyap Bersama perjalanan
masa,tetapi kemukjizatan Al-Quran itu tetap tegak dan kuat bahkan kukuh seperti
gunung yang tinggi.Dihadapanyya semua manusia dan makhluk berlutut dan
tunduk,kerana terlalu lemah dan tidak berghairah berdepan dengan cabarannya.Inilah
akan terjadi sampai hari kiamat kelak(al-Banna, 2003).

Al-Quran di mana-mana orang Arab lumpuh untuk menandinginya itu,sebenarnya tidak


keluar daripada aturan kalam-kalam mereka ,sama ada lafaz,huruf mahupun gaya
bahasanya ,Tetapi al-Quran mempunyai jalinan huruf-huruf yang serasi dan
ungkapannya yang indah,gaya bahasanya yang menarik ,ayat-ayatnya yang teratur
,serta memperhatikan situasi dan kondusi dalam pelbagai macam bayannya ,sama ada
dalam jumlah is,iah dan fi’liyyahnya,dalam nafi dan isbatnya ,dalam zikr dan
hazfnya,dakam takrir dan ta’rifnya ,dalam taqdim dan ta’khirnya ,dalam itnab dan
ijzanya ,dalam khas dan amnya .Dalam Mutlaq dan muqayyadnya,dalam nas dan
fahwa-nya mahupun dalam hal lainnya.Al-Quran telah mencapai puncak tertinggi di
mana kemampuan bahasa manusia tidak mampu dan tidak sanggup untuk
menandinginya.

8|ULUM QURAN (ISC401)


Setiap kali seseorang memusatkan perhatiannya pada Al-Quran,ia tentu akan
mendapatkan rahsia -rahsia kemu’jizatan dalam aspek bahasanya tersebu.Ia
mendapatkan kemukjizatan itu dalam keteraturan bunyinya yang indah melalui nada
huruf-hurufnya apabila ia mendengar harakat dan sukunnya,madd dan
ngunnahnya,fasilah dan maqta’nya ,sehingga telinga tidak pernah berasa bosan,bahkan
ingin sentiasa terus mendengarnya.Kemukjizatan al-Quran juga dapat ia temukan
dalam lafaz-lafaznya yang penuh dengan makna-maknanya,Tidak satu pun di antara
lafaz-lafaz itu yang dikatakan sebagai berlebihan.Tidak ada seorang penilitian juga
mengatakan bahawa A-Quran itu perlu ditambah sesuatu lafaz kerana ada kekurangan.

Kemu’jizatan didapatkan pula dalam macam-macam seruan yang mana pelbagai


manusia yang berbeza kecerdasannya dapat memahami seruan itu sesuai dengan
kemampuan yang dimilikinya ,sehingga masing-masing daripada mereka
memandangnya sesuai dengan tingkat akalnya dan sesuai dengan keperluannya ,sama
ada mereka orang awam mahupun dikalangan pakar.Dalam firman Allah:

“Dan Demi sesungguhnya!Kami telah memudahkan Al-Quran untuk menjadi


peringatan dan pengajaran ,maka Adakah sesiapa Yang mahu mengambil peringatan
dan pelajaran(daripadanya)?”(Al-Qamar:17)

Demikian pula kemu’jizatannya ditemukan dalam sifatnya yang dapat memuaskan akal
dan membuat hati tenang.Al-Quran dapat memenuhi keperluan jiwa manusia termasuk
pemikiran mahupun perasannya,secara seimbang .Demikianlah setiap kali perhatian di
tujukan kearah Al-Quran ,setiap kali pula akan tegak di hadapanya hujjah-hujjah al-
Quran dengan posisi mencabar dan memperlihat kemu’jizatannya.Menurut Qadhi Abu
Bakar Al-Baqalani,keindahan susunan Al-quran mengandungi beberapa aspek
kemu’jizatannya .Di antaranya ada yang berhubung rapat dengan kalimat.Ia
mempunyai gaya bahasa yang khas dan berbeza dengan gaya bahasa kalam yang
biasa.Di sini perlu diterangkan bahawa cara-cara membuat dan menentukan kalan yang
indah dan teratur terbahagi atas ‘arud-arud syair dengan pelbagai macamya termasuk
sajak .Tetapi Al-Quran bukanlah sajak dan termasuk syair .Oleh itu ianya berbeza
dengan semua macam kalam dan uslub kalimat mereka ,maka jelaslah bahawa al-Quran
keluar daripada kebiasaaan dan ia adalah mukjizat.

Orang Arab tidak mempunyai kata -kata yang indah dengan makna yang dalam,faedah
yang melimpah ,hikmah yang tinggi dan keserasian yang padu.Kata -kata hikmah
mereka hanyalah beberapa kata dengan sejumlah lafaz yang tidak dalam .Para penyair
nya pun hanya mampu mengubah beberapa buah qasidah.Itupun ia mempunyai banyak
kontradiksi sedangkan Al-Quran sentiasa indah dan serasi,.

9|ULUM QURAN (ISC401)


Dalam Al-Quran ,Allah berfirman tentang keindahan al-Quran yang sentiasa menjadi yang
terbaik dan tidak boleh ditandingi oleh mana-mana syair,puisi atau kata-kata pakar bahasa Arab
sekalipun mereka mempunyai kehebatan dalam bahasa Arab:firmanya:
“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab suci Al-Quran Yang bersamaan
isi kandungannya antara Satu dengan yang lainnya(tentang benarnya dan indahnya),Yang
berulang-ulang(keterangannya,Dengan berbagai cara),Yang (oleh kerana mendengarnya
atau membacanya) kulit badan orang-orang Yang takut kepada Tuhan mereka menjadi
seram;kemudian kulit badan mereka mejadi lembut serta tenang tenteram hati mereka
menerima ajaran dan rahmat Allah.Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah;Allah memberi
hidayah petunjuk Dengan Al-Quran itu kepada sesiapa Yang dikehendakinya (menurut
undang-undang peraturannya); dan (igatlah) sesiapa yang disesatkan Allah(disebabkan
pilihannya yang salah),maka tidak ada sesiapa yang dapat memberi hidayah petunjuk
kepadaNya .”(Az-Zumar:23)
Firman-Nya :
“Patutkah mereka (bersikap demikian),tidak mahu memikirkan isi Al-Quran ?kalaulah Al-
Quran itu(datangnya) bukan dari sisi Allah ,nescaya mereka akan dapati perselisihan Yang
banyak di dalamnya.”(An-Nisa:82)
Dalam ayat ini Allah memberitau bahawa perkataaan manusia itu jika banyak,maka akan
berlaku kontradiksi di dalamnya dan akan nampak pula kacaau bilaunya.Betapa menajubkan
susunan kalimat Al-Quran dan betapa indahnya .Tidak dapat percanggahan dan perbezaan di
dalamnya,sedangkan ia memaparkan banyak segi yang dicakupinya ,sepertimana kisah dan
nasihat,hujjah,hikmah dan hokum,tuntutan ,peringatan,janji dan gugutan,berita gembira dan
berita duka,akhlak mulia,etika dan perilaku baik dan lain sebagainya.Selain itu ,kita mendapati
di dalamnya kata-kata pujangga dan penyair hebat ,terdapat banyak percanggahan di
dalamnya.Di antara penyair ada yang pandai memuji sahaja dan tidak pandai mencaci.Ada
yang hebat dalam masalah yang melalaikan tetapi tidak pandai memberi amaran.Ada pula yang
hanya pandai melukis unta dan kuda,memberikan gambaran tentang perjalanan
malam,mengambarkan sesuatu peperangan ,taman,arak,bersenda dan lain-lainya yang dapat
dicakupi dalam syair.
Setelah kita renungkan system bahasa dalam Al-Quran itu,kita mendapati bahawa semua aspek
yang dikandunginya ,seperti telah kita sebutkan berada dalam satu keindahan system dan
keelokan gaya bahasa yang bersih dari pencangahan .Maka kita memahami bahawa Al-Quran
adalah sesuatu yang berada di luar kemampuan manusia.(Lihat I;jaz al-Quran)

10 | U L U M Q U R A N ( I S C 4 0 1 )
1.2 I’JAZ ILMI
Ramai orang terjebak dalam kesalahan apabila mereka bekerja sedaya upaya demi
membuktikan al-Quran mengandungi segala teori ilmiah.Setiap yang muncul teori yang
baru,mereka mencari kemungkinan jalan keluarnya dalam ayat.kemudian ayat ini mereka
ta’wiklan sesuai dengan teori imiah tersebut.Punca kesalahan tersebut ialah bahawa teori ilmu-
ilmu pengetahuan itu selalu baru,selari dengan tabiat kemajuan zaman .Keberadaan ilmu
pengetahuan selalunya berada dalam ketidaksempurnaan,Itulah yang akan berlaku selamanya
,terkadang diliputi ketidak jelasan ,malah boleh berlaku kesalahan.Semua teori ilmu
pengetahuan bertolak dari hipotesis-hipotesis dan hujjah-hujjah ,tunduk pada percubaaan dan
pengalaman sehingga membuktikan adanya hasil yang menyakinkan atau sebaliknya iaitu
kepalsuan dan kesalahannya .Cukup banyak kaedah-kaedah ilmiah yang disangka orang
sebagai sesuatu yang harus diterima sebagai sebuah kebenaran ,tetapi kemudian menjadi runtuh
setelah kukuh.
Orang yang mentafsirkan Al-Quran dengan hal-hal yang sesuai dengan ilmu pengetahuan dan
berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyimpulkan daripada segala perkara yang
muncul dalam kehidupan ilmiah ,sebenarnya telah melakukan kesilapan terhadap al-Quran
sekalipun mereka sendiri mengiranya sebagai kebaikan .Ini disebabkan ,masalah ilmu
pengetahuan itu tunduk pada hukum kemajuan zaman yang sentiasa berubah.Bahkan kadang-
kadang runtuh daripada asas-asasnya .JIka kita mentafsir al-Quran dengan ilmu pengetahuan
,maka kita menghadapakan penafsirannya kepada kebatilan,jika kaedah-kaedah ilmiah itu
berubah atau jika suatu keyakinan membatalkan hipotesisnya(Abu Hasan bin H. Ali).
Al-Quran dalam kitab,akidah dan hidayah,Ia menyeru hati Nurani untuk sentiasa
menghidupkan faktor-faktor perkembangan dan kemajuan serta dorongan kebaikan dan
keutamaan.Kemukjizatan ilmiah Al-Quran bukanlah terletak pada cukupnya terhadap teori-
teori ilmiah yang selalu baru ,berubah, dan merupakan hasil usaha manusia dalam penyelidikan
dan percubaan.Tetapi ia terletak pada semangatnya dalam mendorong manusia berfikir dan
menggunakan akalnya.Al-Quran menggesa manusia agar berasa prihatin dan memikirkan alam
.Ia tidak mematikan kretiviti akal dalam memikirkan alam semesta,atau menghalangya
daripada penambahan ilmu pengetahuan yang dapat dicapainya.Dan tidak ada sebuah pun
daripada kitab-kitab agama terdahulu memberikan jaminan demikian seperti yang diberikan
oleh Al-Quran.

Segala persoalan dan kaedah ilmu pengetahuan yang telah kukuh dan menyakinkan
,merupakan realiti daripada pemikiran yang kukuh yang dianjurkan oleh al-Quran,tidak ada
percanggahan sedikit pun dengannya.Ilmu pegetahuan telah maju dan telah timbul banyak
masalah-masalahnya.Apa yang telah tetap dan kukuh daripadanya,tidak ada bercanggah sedikit
pun dengan salah satu ayat-ayat al-Quran.Ini sahaja sudah merupakan kemukjizatannya.Al-
Quran telah menjadikan pemikiran yang lurus dan perhatian yang tepat terhadap alam dan
segala apa yang dikandungnya .Alam menjadi sebagai perantara terbesar untuk menyakini
kewujudan dan keberadaan Allah.

11 | U L U M Q U R A N ( I S C 4 0 1 )
Al-Quran,ia menggesa kaum muslimin memikirkan makhluk-makhluk Allah yang ada dilangit
dan bumi.
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang ,ada
tanda-tanda (kekuasaan,kebijaksanaan,dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang
berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan
duduk dan semasa mereka berbaring mengiring,dan mereka pula memikirkan tentang kejadian
langit dan bumi (sambil berkata)”Wahai Tuhan kami!tidaklah Engkau menjadikan benda-
benda ini dengan sia-sia ,Maha suci engkau,maka periharalah Kami dari azab neraka.”(Al-
Imra:190-191)
Al-Quran mendorong umat Islam agar memikirkan dirinya sendiri,bumi yang ditempatinya dan
alam sekitarnya:
“Patutkah mereka merasa cukup Dengan mengetahui Yang demikian sahaja,dan tidak
memikirkan Dalam hati mereka,(supaya mereka dapat mengetahui),Bahawa Allah tidak
menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya itu melainkan Dengan
ada gunanya Yang sebenar,dan Dengan ada masa penghujungnya Yang tertentu (juga untuk
kembali menemui Penciptanya)?dan sebenarnya banyak di antara manusia,orang-orang Yang
sungguh ingkar akan pertemuan Dengan Tuhannya.”(Ar-Rum:8)

“Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesan dan kekuasaan Allah)bagi
orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan)Yang yakin.Dan juga pada diri kamu sendiri
.maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan Bukti itu)?”(Az-
Zariyyat:20-21)

“(Mengapa mereka Yang kafir masih mengingkari akhirat)tidakkah mereka memperhatikan


keadaan unta Bagaimana ia diciptakan?Dan keadaaan langit Bagaimanan ia ditinggikan
binaanya?..Dan keadaan gunung-ganang Bagaimana ia ditegakkan?Dan keadaan Bumi
Bagaimana ia dihampakan ?”(Al-Gasiyyah:17-20)
Al-Quran memberikan kesedaran ilmiah pada diri setiap muslim untuk memikirkan
,memahami dan menggunakan akalnya:
“Mereka bertanya kepadamu(Wahai Muhammad)mengenai arak dan judi.katakanlah:”Pada
keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya
lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu:apakah Yang mereka
akan belanjakan(dermakan)? Katakanlah:”Dermakanlah -apa-apa) Yang berlebih dari
keperluan (kamu).Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya(keterangan-
keterangan hukumNya)supaya kamu berfikir.”(Al-Baqarah:219)

“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung ,nescaya Engkau melihat
Gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah.dan (ingatlah),misal-misal
Perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia,supaya mereka memikirkanya.”(Al-
Hasyr:21)

12 | U L U M Q U R A N ( I S C 4 0 1 )
“Dan Dia lah Yang menjadikan bumi tebentang luas ,dan menjadikan padanya gunung-
ganang(terdiri kukuh) serta sungai -sungai (Yang mengalir),dan dari tiap-tiap jenis buah-
buahan ,ia jadikan padanya pasangan:dua-dua . ia juga melindungi siang dengan malam silih
berganti .Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaaan Allah bagi kaum
Yang (mahu)befikir”(Ar-Ra’ad:3)

“Katakanlah (Wahai Muhammad):”Siapakah Yang(berani) mengharamkan perhiasan Allah


Yang telah dikeluarkannya untuk hamba-hambaNya ,dan demikian juga benda-benda Yang
baik lagi halal dari rezeki Yang dikurniakanNya?”katakanlah:”Semuanya itu ialah (nikmat-
nikmat)untuk orang -orang Yang beriman (dan juga Yang tidak beriman)Dalam kehidupan
dunia;(nikmat-NIkmat itu pula )hanya tertentu(bagi orang-orang Yang beriman sahaja)pada
hari kiamat “.Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-
orang Yang (mahu)mengetahui.”(AL-A’Araf:32)

“Dan Dia lah Yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman
kepadanya dalam kegelapan(malam)di darat dan di laut.Sesungguhnya Kami telah jelaskan
tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang Yanf mengetahui.(Al-An’am:97)

“Katakanlah :”Dial ah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa(bala


bencana),dari sebelah atas kamu,atau dari bawah kaki kamu,atau ia menjadikan kamu
bertentangan dan berpecah -belah-berpuak-puak,dan ia merasakan sebahagian daripada
kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian Yang lain”.perhatikanlah Bagaimana
Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran kami)Dengan
berbagai cara,supaya mereka memahaminya.”(Al-An’am:65)

“Dan Dia lah Yang memcipta kamu dari diri Yang satu(Adam),maka (bagi kamu)disediakan
tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi/,dan tempat simpanan(dalam Rahim
ibu atau Dalam kubur).Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami)satu
persatu bagi orang-orang Yang mengerti (secara mendalam).”(Al-An’am:98)

Al-Quran mengangkat darjat orang muslim kerana ilmunya:


“Wahai orang-orangYang beriman !apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari
tempat duduk kamu(untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah
melapangkan (segala halnya)untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka
bangunlah,supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu dan
orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama(dari kalangan kamu)-beberapa darjat .dan
(ingatlah),Allah MAha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan .’(Al-
Mujadllah:11)

13 | U L U M Q U R A N ( I S C 4 0 1 )
Al-Quran membezakan kedudukan orang yang berilmu dengan orang yang tidak
berilmu,jahil:
“(Engkaulah Yang lebih baik)atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam
dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat
Tuhannya?”Katakanlah lagi (kepadanya):”Adakah semua orang-orang Yang mengetahui
Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?”Sesungguhnya orang-orang Yang dapat
mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna.”(Az-
Zumar:9)
Al-Quran memerintahkan umat Islam agar merayu nikmat ilmu pengetahuan kepada
Tuhannya:
“Maka MAha Tinggilah Allah ,Yang Menguasai seluruh alam,lagi Yang benar (pada segala-
galanya).dan janganlah Engkau (Wahai Muhamad)tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum
selesai dibacakan oleh Jibril kepadaMu ,dan berdoalah Dengan berkata:”Wahai Tuhanku
,tambahilah ilmuku”.(Taha:114)
Allah mengumpulkan dalam satu ayat pelbagai displin ilmu seperti ilmu falak,ilmu
tetumbuhan,ilmu bumi dan ilmu kehaiwanan.Semua itu sebagai motivasi bagi wujudnya rasa
takut kepada-Nya:
“Tidakkah Engkau melihat Bahawa Allah menurunkan hujan dari langit ,lalu Kami keluarkan
Dengan air hujan itu buah-buahan Yang berlainan jenis dan rupanya ;dan di antara gunung-
ganang pula ada Yang mempunyai jalur-jalur serta Lorong-lorong putih dan merah.Yang
berlainan warnanya(tua dan muda) dan ada juga Yang hitam legam;Dan demikian pula di
antara manusia dan binatang-binatang Yang melata serta binatang-binatang ternak,ada Yang
berlainan jenis dan warnanya?sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar
perintah) Allah dari kalangan hamba-hambanya hanyalah orang-orang Yang
berilmu.Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.”(Fathir:27-28)
Disamping itu,di dalam al-Quran terdapat isyarat-isyarat ilmiah yang diungkapkannya dalam
konteks bimbingan .Misalnya perkahwinan tumbuh-tumbuhan itu ada yang zati da nada yang
khalti.Yang pertama (zati,ialah tumbuh-tumbuhan yang bunganya mengandungi benih jantan
dan benih betina .Dan yang kedua (khalti) ialah tumbuh-tumbuhan yang benih jantannya
terpisah daripada benih betina,seperti pokok kurma,sehingga perkahwinannya terjadi melalui
perpindaaan .Di antara nya ada yang melalui anginan.Penjelasan demikiann terdapat dalam
friman-Nya:
“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih;maka Dengan itu
Kami menurunkan air(hujan) dari langit,kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan
bukanlah Kamu yang( berkuasa menurunkannya atau menyimpannya)”(Al-Hijr:22)
Oksigen sangat-sangat penting bagi pernafasan manusia,dan ia berkurang pada lapisan-lapisan
udara yang tinggi sekali.Semakin tinggi seseorang berada di lapisan udara ,makai a akan
merasakan sesak dada dan sukar bernafas.Allah berfirman:
“Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia
melapangkan dadanya (membuka hatinya)untuk menerima Islam;dan sesiapa Yang Allah
kehendaki untuk menyesatkanya ,nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sempitnya

14 | U L U M Q U R A N ( I S C 4 0 1 )
seolah -olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).Demikianlah Allah
menimpakan azab kepada orang-orang Yang tidak beriman.”(Al-An’am:125).
Itulah beberapa isyarat ilmiah dan yang seumpama dengannya yang terdapat dalam Al-Quran
.Itu semua datang dalam konteks hidayah(pembimbing manusia).Dan akal manusia boleh
secara terbuka untuk mengkaji dan memikirkanya.
Segala upaya untuk mempersatukan isyarat-isyarat ilmu pengetahuan yang terdapat dalam Al-
Quran dengan teori-teori yang sentiasa baru dan berubah-ubah yang telah dicapai ilmu
pengetahuan ,atau bahkan dengan hakikat-hakikat ilmiah yang tidaklah Mutlaq sepertimana
telah kita dedahkan,akan mengndungi pertama,kelemahan metodologi yang asas di samping
mengandungi pula tiga kesilapan yang kesemuanya tidak layak bagi Al-Quran:
Pertama,kekalahan dalaman yang menyebabkan sebahagian orang memandang bahawa ilmu
pengetahuan sebagai teladan yang layak diikuti,sedangkan Al-Quran harus mengikutinya.Oleh
kerana itu,mereka sedaya upaya meyamakan Al-Quran dengan ilmu pengetahuan atau
membuktikan segala kebenaran ajarannya berdasarkan ilmu pengetahuan ,sedangkan Al-Quran
adalah kitab suci yang sempurna isinya dan Mutlaq kebenarannya.Sedangkan ilmu
pengetahuan sentiasa berubah dan boleh jadi membatalkan apa yang telah ditetapkan
sebelumnya,segala apa yang dicapainya tidak mutlak dan belum selesai,kerana ia terikat
dengan minda manusia yang pada hakikatnya tidak memberikan hakikat yang satu,final dan
Mutlaq.
Kedua ,kesalahan fahaman terhadap tabiat dan fungsi Al-Quran .Iaitu bahawa al-Quran adalah
sebuah kebenaran yang final dan Mutlaq,berfungsi membina manusia dengan cara yang sesuai
menurut kadar tabiat manusia yang sentiasa berubah ,tabiat alam dan sunnatullah,sehingga
manusia tidak bertembung dengan alam sekitarnya.Malah agar dapat selari dengan alam dan
dapat menegetahui sebahagian daripada misterinya.Juga dapat memanfaatkan beberapa
hukumnya demi berjalannya fungsi kekhakifahannya .Dengan mindanya hukum-hukum alam
dapat diungkapnya iaitu melalui pengamatan ,penyelidikan dan percubaan bukan hanya untuk
menerima pengetahuan -pengetahuan yang telah sedia ada.
Ketiga,pentakwilan terus-menerus dengan cara paksa terhadap nas-nas al-quran agar dapat
disesuaikan dengan teori-teori yang tidak tetap,sedangkan setiap hari selalu muncul teori
baru.(dipetik daripada kitab Fi Zila al-Quran).
1.3 I’JAZ TASYRI’I
Manusia pada dasarnya,adalah mahkluk social.Dalam memenuhi kepentingannya ia
memerlukan orang lain dan orang lain pun memerlukannya .Kerjasama antara sesame manusia
merupakan tuntutan social yang diharuskan oleh peradaban manusia .Tetapi seringkali manusia
berlaku zalim kepada sesamanya,itu disebabkan oleh ego dan rasa ingin berkuasa.Jika mereka
dibiarkan tanpa kendali,mengatur hal ehwal kehidupannya,menjaga hak-hak dan memelihara
kehormatannya,tentulah akan menjadi kacau.Dengan demikian maka setiap masyrakat manusia
harus mempunyai system yang dapat metadbir dan mewujudkan keadilan di antara individu-
individunya.
Manusia dalam sejarah kehidupannya,telah banyak mengenali perlbagai macam
doktrin,pandangan hidup ,system dan perundangan yang bermatlamat membina hakikat
kebahagiaan individu di dalam masyarakat .Tetapi tidak satu pun daripadanya yang sukses

15 | U L U M Q U R A N ( I S C 4 0 1 )
sepertimana yang dilakukan al-Quran.Al-Quran memulakan dengan Pendidikan individu
,kerana individu merupakan bahagian asas masyarakat.Pendidikan individu itu di tegakkan di
atas kemerdekaan jiwanya dan rasa tanggungjawab.Al-Quran memerdekakan jiwa seorang
muslim dengan tauhid .Dengan akidah ini,ia dibebaskan daripada kekuasaaan khurafat dan
kepalsuan,hawa nafsu dan syahwat,agar ia menjadi hamba Allah yang ikhlas yang hanya
tunduk kepada-Nya ,bukan kepada sesame makhluk.Yang ia perlukan hanyalah Sang Khalik
yang maha sempurna dan Mutlaq yang dapat memberikan kebaikan kepada seluruh makhluk-
Nya .Dialah Khaliq Yang tungggal,Yang pertama dan yang terakhir,Maha kuasa atas segala
sesuatu,Maha mengetahui dan Meliputi segalanya ,serta tidak ada sesuatu pun yang serupa
dengan -Nya.
Alam adala makhluk Allah yang fana dan pasti akan kembali kepada-Nya ,sepertimana ianya
ada,menurut kehendak-Nya ,Inilah akidah paling sempurna bagi akal dan paling sempurna pula
dalam ajaran agama:
“Katakanlah (Wahai Muhammad):”(Tuhanku)ialah Allah Yang Maha Esa ;”Allah Yang
menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;Ia tiada beranak,dan ia
pula tidak diperanakkan ;”Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa dengan-Nya”.(Al-Ikhlas:1-
4).
“Dialah Yang awal dan Yang akhir;dan Yang zahir serta Yang Batin;dan Dial ah Yang Maha
mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”(Al-Hadid:3)
“Dan janganlah Engkau menyembah Tuhan Yang Lain Bersama-sama Allah.tiada Tuhan
melainkan dia.tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan zat Allah bagiNyalah Kuasa
memutuskan Segala hukum ,dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung
amal masing-masing dan menerima balasan).”(Al-Qasas:88)
“Yang demikian (sifat-sifat-Nya dan kekuasaanya) ialah Allah Tuhan kamu,tiada Tuhan (yang
berhak disembah)melainkan dia,Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu maka Beribadatlah kamu
kepada-Nya dan (ingatlah) Dia lah Yang mentadbirkan segala-galanya.”(Al-An;am:102)

“Dan ia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumah-rumah serta harta benda
mereka,dan juga tanah-tanah (di negeri lain) Yang belum kamu menjejaknya dan (ingatlah)
adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”(Al-Ahzab:27)

“Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata,sedang ia dapat melihat(dan
mengetahui hakikat) Segala penglihatan (mata),dan Dialah Yanf Maha Halus(melayan
hamba-hambanya Dengan belas kasihan ),lagi Maha mendalam pengetahuaNya.”(Al-
An’am:103)

16 | U L U M Q U R A N ( I S C 4 0 1 )
Al-Quran al-karim memperkuat keesaan Allah dengan hujjah yang pasti dan tegas yang
didasarkan ke atas akal sihat,sehingga tidak dapat dibantah atau disyakkan lagi.Apabila akidah
seorang Muslim itu benar,maka ia wajib menerima segala syari’at al-Quran sama ada dalam
perkara kewajipan secara khas mahupun dalam perkara ibadat secara am.Setiap ibadat yang
difardukan dimaksudkan untuk kebaikan individu ,di samping rapat kaitannya dengan kebaikan
masyrakat.
Solat,contohnya dapat mencegah diri dari perbuatan keji dan munkar.Mengerjakannya dengan
berjema’ah adalah wajib menurut pendapat yang kuat keculi mereka yang uzur,bahkan ia
merupakan syarat sah dalam solat Jumaat dan solat dua hari raya.Orang yang solat sendiri juga
tidak akan terlepas daripada perasaan adanya ikatan deka tantara dirinya dengan jama’ah Islam
di dunia.Cukuplah sebagai pengajaran bagi seorang Muslim,bahawa ia berdiri di hadapan
Tuhan sebanyak lima kali dalam sehari semalam,sehingga dengan demikian kehidupannya
selari dengan syari’at Allah dan sedar bahawa Allah sentiasa melihat apapun yang berlaku di
antara satu solat dengan solat yang lain.
Zakat mencabut akar-akar kebakhilan daripada dalam jiwa,pemujaan harta dan haloba akan
dunia.Ia merupakan jaminan kemaslahatan sosial,kerana dapat menegakkan dasar-dasar
komunikasi positif antara yang kaya dengan yang miski ,meyedarkan jiwa daripada kesempitan
dan kesukaran.
Haji adalah satu pengembaraan rohani dapat menghibur jiwa daripada kesukaran,membukakan
mata hati terhadap rahsia-rahsia Allah dalam makluk -Nya .Haji merupakan muktamar
antarabangsa yang di dalamya kaum muslimin berjumpa dalam satu tempat sehingga mereka
dapat saling mengenal,bermuasyarat dan berdialog.
Puasa adalah penyuci jiwa,memperkukuh azam,dan penahan syahwat.Ia merupakan ibadah
yang sangat berkesan bagi kehidupan sosial.Masa itu kaum muslimin hidup sebulan penuh
dengan satu system yang ditadbir secara elok ,sehinga orang-orang yang berpuasa seperti satu
keluarga hidup dalam satu rumah dan sentiasa berjama’ah sama ada pada saat makan mahupun
solat(ZAKARIA, 2017).
Pelaksanaan ibadah-ibadah fardu ini akan mendidik orang Islam untuk menyedari
tangunggjawab individu dan agamanya seperti ditetapkan dalam Al-Quran:
“Tiap-tiap diri terikat ,tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat)Yang
dikerjakannya.”(Al-Mudathir:38)
Al-Quran mengajarkan untuk memiliki sifat-sifat mithali yang dapat menjadi teladan,seperti
sabra,jujur,adil,ihsan(sentiasa berniat kebaikan) santun,pemaaf,rendah diri.Daripada
Pendidikan individu ,Islam melangkah ke pembinaan keluarga,kerana keluarga adalah benih
masyarakat.Maka perkahwinan pun disyariatkan demi memenuhi ghairah seksual dan
kelangsunan jenis manusia dalam zuriat yang suci dan bersih.Ikatan keluarga dalam
perkahwinan ditegakkan atas dasar cinta kasih,ketenangan jiwa,pergaulan baik,menghormati
hak,kewajipan dan watak suami dan isteri,membina tugas dan fungsi keluarga yang munasabah
dengan kondisi kedua-duanya.

17 | U L U M Q U R A N ( I S C 4 0 1 )
Kemudian ada system pentadbiran yang mentadbir masyarakat Islam,Al-Quran menetapkan
dasar-dasar pemerintahan Islam ini dalam bentuk yang paling baik.Iaitu suatu pemerintahan
yang diasaskan kepada mesyuarat,persamaan dan larangan berbuat zalim dan dictator:
“Dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan(peperangan dan hal-hal
keduniaan)itu.”(Ali-Imran:59)
“;dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesame mereka ;”(As-Syura:38)
“Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara”(AL-Hujurat:10).
Ia adalah suatu system pemerintahan yang ditegakkan atas dasar keadilan mutlak yang tidak
boleh dipengaruhi oleh rasa cinta diri,cinta ahli keluarga atau faktor-faktor sosial yang
berhubung kait dengan kekayaan dan kemiskinan:
“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang sentiasa
menegakkan keadilan ,lagi menjadi saksi(yang menerangkan kebenaran)kerana
Allah,sekalipun terhadap diri kamu sendiri,atau ibubapa dan kaum kerabat kamu,kalaulah
orang(yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi
saksi Yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa),kerana Allah lebih
bertimbang rasa kepada keduanya.Oleh itu janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu
tidak menyeleweng dari keadilan dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan
(daripada menjadi saksi) maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam
akan apa Yang kamu lakukan.”(An-Nisa’:135)
Keadilan tidak boleh dipengaruhi oleh rasa dendam terhadap musuh yang dibenci:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada
ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara
manusia.(Allah menyuruh)kamu menghukum Dengan adil”(An-Nisa’58)
Kekuasaan pembuatan hukum dalam system pemerintahan Islam tidak diserahkan kepada
kehendak manusia ,tetapi kepada Al-Quran .Menyimpang daripada padanya beerti boleh
menjadi kafir,zalim dan fasik:
“Sesudah itu,Patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah ?padahal-
kepada orang-orang Yang penuh keyakinan-tidak ada sesiapa Yang boleh membuat hukum
Yang lebih pada daripada Allah.”(Al-Maidah:50)

Al-Quran juga telah menetapkan perlindungan terhadap al-khamsah adh-dhauriyyah iaitu lima
macam keperluan asas bagi kehidupan manusia seperti jiwa,agama,maruah,harta benda dan
akal.Lalu al-Quran menetapkan hukuman-hukuman yang tegas padanya yang di dalam feqaah
Islam dikenali dengan jinayat dan hudud sepertimana dalam ayat:
“Dan di Dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu,Wahai orang-orang Yang
berakal fikiran,”(Al-Baqarah:179)

18 | U L U M Q U R A N ( I S C 4 0 1 )
“Perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina ,hendaklah kamu sebut tiap-tiap seorang
dari keduanya serratus kali sebat”(An-Nur:2)

“Dan orang-orang Yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan Yang terpelihara
kehormatannya,kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi ,maka sebatlah
mereka dengan lapan puluh kali sebat”(An-Nur:4)

Al-Quran juga menetapkan hukum tentang hubungan antarabangsa ,perang dan damai,antara
kaum muslimin dengan Negara jiran atau dengan mereka yang mengadakan perjanjian
damai(Mu’ahad).Itulah mua’malat yang paling tinggi yang dikenal dalam sejarah peradaban
umat manusia.
1.4 I’JAZ TARBAWI
Ijaz tarbawi hanya akan dibincangkan ketika membicangkan berkenaan ijaz tasyri‟i, Dr.
Mustafa Muslim dalam kitabnya Mabahith Fi Ijaz al-Quran membahagikan ijaz tasyri‟i
kepada tiga bahagian iaitu dari segi akidah, syariah dan akhlak. Al-Quran meletakkan akhlak
pada kedudukan yang tertinggi, ketiga-tiga perkara ini adalah saling berkait rapat. Manusia
yang mempunyai akidah yang benar iaitu mengesakan Allah s.w.t akan melaksanakan syariat
yang Allah s.w.t tetapkan dalam kehidupan seharian. Kesan daripada membenarkan dan
melaksanakan syariat Islam tersebut akan menjadikan manusia tersebut berakhlak mulia.
Hakikatnya manusia ditarbiyah secara langsung oleh Allah s.w.t melalui syariatNya di dalam
al-Quran
Mannaq Khalil al-Qattan dalam karyanya Mabahith Fi ulum al-Quran turut menyebut secara
umum berkenaan Ijaz Tarbawi, tidak membincangkan secara terperinci. Beliau
membincangkan di bawah topik mukjizat al-Quran dari aspek hukum. Baginya al-Quran
mengajar atau mendidik manusia untuk memiliki sifat misali yang dapat menjadi teladan.
Antaranya sabar, jujur, adil, ihsan, sopan santun, pemaaf dan merendah diri.
Daripada beberapa pandangan ini dapat disimpulkan bahawa Ijaz Tarbawi sangat berkait
rapat dengan Ijaz Tasyri‟i. Ini kerana tujuan tasyri‟ itu dilaksanakan adalah untuk
kemaslahatan dan juga membentuk akhlak yang baik. Ia sangat bertepatan dengan konsep
tarbiyah yang telah dijelaskan di atas.
Kehebatan mukjizat al-Quran yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w ialah dari segi
maknawi antaranya ianya rasional dan dapat diterima akal fikiran. Al-Quran berbicara dengan
manusia sehingga menjadikan segala perkhabaran di dalam al-Quran sangat rasional sehingga
kini. Antara lain ia bersifat abadi, yakni kekal kehebatannya sehingga akhir zaman. Malah
semakin banyak kajian terhadap al-Quran dilakukan, maka semakin hebat tampak isi
kandungan dan keperluannya dengan kehidupan manusia(Semait, 2004).
Kalimah Tarbawi pula dinisbahkan kepada tarbiyyah (pendidikan). Di dalam tarbiyyah
tersebut terdapat pengajian dari segi akademik (Dirasah akadimiyyah) dan kaedah-kaedah
pentarbiyahan. Ibnu Miskawih mendefinisikan pendidikan dengan “ pendidikan adalah adab
syariat dan melaksanakan tugas-tugas serta syariat-syriatnya sehingga menjadi tradisi bagi

19 | U L U M Q U R A N ( I S C 4 0 1 )
anak. Ibnu Sina menyatakan pendidikan ialah kecenderungan anak-anak, lalu
mengarahkannya pada karya nyata seperti kecenderungannya.
2.1 Sejarah I’jaz al-Quran
Tidak ada dalam sejarah kemanusian bahawa satu umat yang menjaga kitab samawi mereka
seperti umat Muhammad SAW menjaganya. Al –quran tidak lenyap ditelan zaman dan tidak
mati dengan kewafatan nabi Muhammad SAW serta tidak menjadi sindiran orang yang
menginkarinya.Ilmu I’jaz al-quran salah satu aspek penting dalam ulum al-quran. Istilah I’jaz
al-quran dikenali selepas kurun ke 6H sebagaimana disebutkan oleh Dr. Ahmad Jamal Al-
Umari dalam bukunya “Mafhum I’jaz al-quraniy”.Al-quran tidak disebut I’jaz ketika mula
diturunkan walaupun masyarakat pada masa itu mengetahui tentang kisah yang akan berlaku
disebut dalam al-quran seperti kisah peperangan antara Rom dan Parsi, begitu juga dengan
kematian Abu Lahab dan Abu al-Walid dalam keadaan kafir.
Ilmu ini dibahaskan secara jelas pada kurun pertama dengan kemunculan kitab "Ta'wil
Musykilah Al-Quran" oleh Abu Qotainah, dan kitab-kitab perundangan Al-Quran menonjol
sehingga membawa kepada perbahasan kepada ilmu i'jaz Al-Quran ini.
Kemudian, muncul peranan-peranan yang dibawa melalui tulisan-tulisan yang jelas seperti
"Risalah An-Nuqat fi I'jaz Al-Quran" oleh Ali bin Isa Ar-Romani. Kemudian muncul juga
penulisan lain di dalam i'jaz seperti "Bayan I'jaz Al-Quran" oleh Amad bin Muhammad
Khatabi (meninggal 388 H). Beliau menolak pandangan pemikiran as-sarfah dari segi i'ja Al-
Quran. Assarfah bererti menolak pandangan yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya
mampu membuat yang seumpama dengan Al-Quran, namun ditutup oleh Allah hati mereka
untuk melakukan hal itu.
Pada kurun keempat, muncul pula kitab "I'jaz Al-Quran Lil Baqilaini" oleh Abu Bakar
Muhammad bin At-Tiib Al-Ba'qilani (meninggal 403 H). Beliau memaparkan bahawa
balaghah dan keistimewaan bahasanya masuk di dalam i'jaz Al-Quran. Beliau juga mengakui
informasi Al-Quran berkaitan ilmu ghaib, peristiwa masa hadapan dan kisah-kisah umat yang
terdahulu adalah i'jaz. Letak kemukjiatan ini pada nabi yang buta huruf, tidak tahu baca tulis
dan tidak pernah membaca satu kitab pun sebelum Al-Quran.
Kemudian, muncul Qodi Abdul Jabbar Al-Hamdani. Menurutnya, uslub Al-Quran merupakan
segi utama i'jaz, kefasihannya membuatkan bangsa Arab lemah dan tidak mampu untuk
menandinginya. Beliau tidak mengabai pentingnya makna, namun menegaskan fasohahlah
yang memberikan keistimewaan, sementara kefasihan Al-Quran berada pada tahap yang
paling tinggi.
Kemudian, muncul pula Abdul Qohir Al-Jurjani (meninggal 471H) dengan dua buah
kitabnya. Kitab pertamanya, "Asrar Al-Balaghah" dan kitab kedua, "Dalail Al-I'jaz." Beliau
dianggap sebagai pemikir pertama yang mengkaji nazham Al-Quran secara mendalam.
Ilmu ini sentiasa berkembang dengan kajian lebih-lebih lagi kajian saintifik. Ilmu sains
moden yang ada pada hari ini sebenarnya telah disebut oleh al-quran sejak lebih seribu tahun
yang lampau. Namun ia tidak di kupas atau dibincangkan pada zaman Nabi SAW kerana al-
quran bermukjizat mencabar mengikut ilmu yang muncul di sesuatu zaman.

20 | U L U M Q U R A N ( I S C 4 0 1 )
KESIMPULAN
Ilmu ijaz Al quran adalah ilmu yang harus dipelajari oleh setiap yang bergelar muslim agar
dapat mengetahui kesitimewaan dan kemukjizatan Al-quran yang Allah turunkan kepada umat
islam sebagai bekalan dan panduan yang mana-mana muslim tidak akan sesat selamanya jika
berpegang teguh dengannya.
I’jaz Al-Quran (kemukjizatan Al-Quran) ialah kekuatan, keunggulan dan keistimewaan yang
dimiliki Al-Qur’an yang menetapkan kelemahan manusia baik secara berpisah – pisah
maupun secara berkelompok, untuk bisa mendatangkan sesuatu yang serupa atau
menyamainya.
Adapun urgensi I’jaz dari segi teori kepentingannya yaitu untuk menumbuhkan keyakinan pada
manusia bahwa Al-Quran benar – benar wahyu Allah SWT. Sedang dari segi akademi,
mempelajari I’jaz Al-Qur’an akan semakin memperkaya khazanah keilmuan keislaman,
khususnya yang berkaitan dengan Ulum Quran.

21 | U L U M Q U R A N ( I S C 4 0 1 )
RUJUKAN

Abu Hasan bin H. Ali, Ensiklopedi Pendidikan Sains Dalam al-Quran, Kuala Lumpur: Emedia
Publication.

al-Banna, J. (2003). Tafsir al-Quran al-Karim baina al-Qudama wa al-Muhadithin.

Semait, M. M. S. r. S. A. (2004). (Ter). Mukjizat Al-Quran.

ZAKARIA, U. A. F. B. (2017). PENGANTAR PENGAJIAN ILMU AL-QURAN.

22 | U L U M Q U R A N ( I S C 4 0 1 )

Anda mungkin juga menyukai