Anda di halaman 1dari 9

PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru cetakan ke empat 1993, dualisme bermaksud "teori yang
berasaskan dua dasar yang berlainan", atau "perihal yang mendua sesuatu yang berasaskan
dua hal yang bertentangan" Sementara itu Abdul Halim Ramli, didalam rencana tulisannya,
Memecah Dualisme Harmoniskan Ilmu : Reformasi Sistem Pendidikan Menurut Perspektif
Syeikh Mohamad Abduh dan Sayyid Ahmad Khan, dualisme dalam pendidikan ditakrifkan
sebagai berikut :"....wujudnya dua sistem pendidikan yang berbeza iait sistem pendidkan
tradisional Islam dan sistem pendidikan moden. Sistem pendidikan tradisional Islam lebih
menumpukan perhatiannya terhadap ilmu-ilmu keagamaan semata-mata dengan mengabaikan
ilmu-ilmu moden. Manakala sistem pendidikan moden hanya menitikberatkan ilmu-ilmu
moden dengan mengabaikan ilmu-ilmu keagamaan". (Tamadun, Ogos 1997). Namun sejak
berdekad-dekad yang lalu, hampir semua negara Islam mengamalkan sistem pendidikan yang
berbentuk dualisme, iaitu dua aliran pendidikan yang dikenali sebagai aliran sekolah
kebangsaan dan aliran sekolah agama. Matlamat dan tujuan kedua-dua sistem dan bentuk
pendidikan ini amat jauh berbeza serta menimbulkan jurang pemisahan antara pelajar kedua-
dua aliran tersebut. Aliran sekolah kebangsaan yang semua subjek pelajarannya bersifat
duniawi, lebih menekankan penguasaan ilmu-ilmu akademik dan ketrampilan, namun kurang
menumpukan aspek kerohanian dan mental para pelajar sehingga akhirnya akan
menimbulkan kekosongan jiwa. Natijahnya lahirlah pelajar yang tidak ada keseimbangan
antara kehidupan duniawi dengan ukhrawi. Jelaslah bahawa dualisme dalam pendidikan yang
diperkatakan ialah pengasingan di antara ilmu agama dengan ilmu selain agama, iaitu ilmu-
ilmu lain yang mempunyai berbagai definisi, ilmu moden oleh Abdul Halim Ramli, ilmu
sains oleh Menteri Pendidikan dan ilmu keduniaan oleh Nik Azis Nik Pa. Walaupun, ilmu-
ilmu lain itu mempunyai berbagai nama, ianya datang dari satu punca iaitu Barat, sementelah
lagi, negara Malaysia mendapat kesan penjajahan British ke atas sistem pendidikan masih
cukup jelas dan sukar untuk dikawal kerana waktu tersebut orang melayu dipisahkan antara
sekolah inggeris dan melayu yang jauh dipisahkan daripada ajaran Islam yang masih
berterusan hingga hari ini. Maka ia memberi kesan mendalam di dalam sistem pendidikan
negara dimana, hari ini para pelajar sudah keliru dengan konsep Homosepien yang dibawa
oleh barat yang sama sekali dengan ajaran islam itu sendiri. Malah ia membawa kesan negatif
juga kepada agama islam itu sendiri.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengkaji Dualisme di dalam sistem pendidikan di malaysia
2. Mengkaji kesan Dualisme kepada pendidikan di malaysaia
3. Menerangkan langkah mengatasi masalah Dualisme dalam pendidikan
DUALISME DI DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Umum mengetahui bahawa di Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan budaya, maka ia
telah membawa kepada penubuhan dan sekolah-sekolah yang beraliran fahaman kaum
masing-masing. Manakala, sekolah melayu pula terbahagi kepada beberapa bahagian
antaranya, sekolah menengah, sekolah agama dan institusi pondok. Sekolah-sekolah ini
mempunyai visi dan misi yang berbeza dan kaedah pembelajaran dan pengajaran juga
berbeza telah menghasilkan pelajar yang berbagai jenis pemikiran dan gaya hidup.
Contohnya, sekolah menengah tidak ditekankan soal pemantapan aqidah manakala di institusi
pondok pula menekan lebih kepada bidang-bidang agama.
Maka ia telah melahirkan masyarakat yang membezakan diantara dunia dan akhirat dengan
berangapan jika mahu keduniaan maka sekolah menengah dan jika mahukan akhirat atau
agama maka pergilah ke pondok. Ia satu pemikiran yang jelas dipengaruhi oleh pemikiran
Sekularisme. Walaupun pada hari ini sudah wujud sekolah menengah agama yang
mementingkan kedua-duanya namun kaedah pembelajaran masih membezakan diantara
keduniaan dan Islam. Di dalam sistem pendidikan negara kepandaian anda diukur melalui
tahap pembelajaran anda dan perlu untuk melaluinya satu demi satu. Contoh, jika anda
merupakan pelajar Diploma maka anda perlu untuk mengambil, Ijazah dahulu sebelum
menyambung pengajian di peringkat Master. Akhirnya keluarlah graduan yang hanya
tertumpu kepada suatu bidang sahaja.
Falsafah sistem pendidikan di Malaysia sudah merangkumi kepada kesepaduan diantara
jasmani dan rohani yang menerapkan kepada kepentingan kesepaduan di dalam pendidikan
dan agama. Namun ia berbeza pula dengan falsafah pembangunan negara yang hanya menilai
sesuatu dari pandangan material dan mengentepikan usaha-usaha kepada pembangunan
sahsiah masyarakat. Maka berlakulah pertembungan diantara dua falsafah ini yang banyak
bertentangan diantara satu sama lain.
Pada pandangan pengkaji, adakah pelajar akan dapat membezakan diantara kedua perkara
tersebut. Pelajar pula diketegorikan sebagai mereka yang masih mentah dan sedang dicorak
akan keperibadiannya dan sahsiah diri mengikut falsafah pendidikan negara yang
menggabungkan diantara pendidikan dan agama. Walaupun begitu, adakah para pelajar ini
mengaplikasikan apa yang diajar dan dididik di sekolah? Hal ini menjadi tanda tanya apabila
timbul banyak masalah-masalah sosial yang terjadi di kalangan para pelajar yang terdiri
daripada sekolah-sekolah menengah yang sudah pasti diajarkan berkenaan tentang sahsiah
diri dan bahaya masalah sosial, maka apakah kekurangannya di dalam pendidikan?. Maka
dilihat pula kepada sosial masyarakat yang sudah terdedah kepada pemikiran-pemikiran yang
songsang dan lebih menitikberatkan konsep material berbanding sahsiah.
Menteri Pendidikan kita mengakui bahawa, sistem yang sedia ada masih belum mampu untuk
menjadi perisai pertahanan diri remaja. Menurut beliau lagi masih banyak kelemahan yang
perlu diatasi, dan penekanan ialah ke atas masalah dualisme antara sekular dan agama.
(Dewan Budaya, Disember 1995). Sistem pendidikan Barat yang diamalkan sekarang terbukti
gagal untuk membina konstruk sosial remaja. Bahkan ia juga gagal di dalam pembinaan
falsafah moral dan kemasyarakatan. Model pendidikan Barat digerakkan oleh satu fahaman
yang terlalu material kerana keghairahan masyarakat itu mempelopori dan menguasai
pembangunan dunia melalui kuasa keilmuan mereka. Jelaslah bahawa kefahaman dan
penerapan nilai-nilai agama merupakan satu-satunya jalan penyelesaian kepada
penyakit masyarakat ini. Menurut Dr. Faizal , di dalam rencana tulisannya, adalah tidak
benar sama sekali bahawa remaja kita dikatakan tidak tahu agama, kerana rata-rata remaja
Islam tahu tanggungjawab ke atas agama yang perlu dilaksanakan, cuma mereka tidak mahu
melaksanakannya. (Tamadun, ).
Sementara itu, sistem pendidikan sekular (atau pendidikan umum) yang rata-ratanya
diajarkan pada sesi sebelah pagi di kebanyakan sekolah di negara ini adalah sistem
persekolahan yang mengajarkan mata pelajaran-mata pelajaran seperti matematik, sains,
geografi, bahasa, sejarah, perdagangan, lukisan, komputer dan sebagainya. Sistem pendidikan
seumpama ini memang dijalankan di kesemua sekolah-sekolah Melayu, Inggeris, Cina,
sekolah misi, bahkan di peringkat pendidikan teknik dan vokasional hinggalah peringkat
institusi pengajian tinggi. Dalam aspek pengajarannya, hubungan dengan unsur-unsur
keagamaan agak kurang dipentingkan ataupun langsung tidak diambil kira.
Keperluan agama untuk membina jati diri seorang insan yang yang harmonis dan seimbang
dari segi intelek, rohani dan jasmani adalah berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan dan
Rasulnya . Firman Allah :" Maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad dan pengikut-
pengikutmu) ke arah Din yang lurus sebagai fitrah Allah yang menciptakan manusia di
atasnya, tidak ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, inilah Din yang betul dan lurus,
tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui." (Al-Rum :30) Dan seterusnya Firman
Allah :"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam itu keseluruhannya....."
(Al-Baqarah : 208) Jelaslah melalui dua ayat ini, bahawa pemahaman dan penerapan kepada
agama itu hendaklah secara keseluruhannya, kerana agama itu adalah syumul. Begitu jugalah
hal nya dengan sistem pendidikan kita. Kesyumulan Islam itu, Allah jelaskan di dalam
FirmanNya :"Tidak kami tinggalkan dalam kitab itu suatupun....." (Al-Anam : 38).
Malang sekali usaha- usaha ini, hanya terbatas di sekolah sahaja dan terurai sebaik sahaja
pelajar melangkah keluar dari pagar sekolah. Tidak ramai pelajar yang berjaya menyerap
nilai-nilai yang telah ditanam di sekolah, mahu pun di rumah. Lebih ramai pelajar yang
menjadi mangsa pembangunan, nilai yang cuba ditanam masih belum utuh untuk menepis
cabaran-cabaran yang menanti di luar sistem pendidikan rasmi. Ini terbukti melalui
pendedahan Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) terhadap masalah salah laku dan masalah
disiplin yang melibatkan pelajar di seluruh Selangor. Sepanjang tahun 1993, terdapat lebih
19,000 kes salah laku dan disiplin di negeri Selangor termasuk 384 kes tingkah laku lucah.
(Utusan Malaysia, 13 April 1994). Aliran-aliran di luar sistem pendidikan ini dengan
ganasnya merobek sistem nilai serta falsafah akhlak yang diterap di peringkat prasekolah.
Pelajar menghadapi dilema dalam melakukan penilaian antara bimbingan guru di sekolah
atau desakan pengaruh dari pesekitaran yang sama sekali bercanggah daripada teras nilai dan
fasafah akhlak yang mereka pelajari.
KESAN DUALISME DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kalau ditinjau secara rambang,memang tidak dinafikan kemajuan sesebuah negarabanyak


dibangunkan oleh unsur-unsur pendidikan umum,sama ada dari segi
ekonomi,sosial,kebudayaan,hubungan antara bangsa dan sebagainya.Sungguhpun
begitu,faktor pendidikan agama perlu diselaraskan dan dititikberatkan agar segala
perancangan dan tindakan tidak menyimpang dari landasan yang lurus dan betul.Begitu juga
dengan aspek pendidikan secara khusus perlu ada integrasi antara agama dan ilmu umum.
Salah seorang tokoh pembaharuan Islam yang banyak berkecimpung dalam bidang
pendidikan iaitu Muhammad Abduh melihat adanya bahaya dalam sistem pendidikan yang
bersifat dualisme antara madrasah-madarasah(sekolah-sekolah) yang hanya memberikan
pelajaran pengetahuan agama yang hanya akan melahirkan golongan ulama’-ulama’ yang
tidak mempunyai pengetahuan ilmu-ilmu moden,dengan sekolah-sekolah moden yang
mengeluarkan ahli-ahli dalam berbagai bidang keilmuan dan kemahiran yang sedikit
pengetahuan agamanya.
Tujuan atau kesan utama pendidikan yang mengakari seluruh aspek pendidikan ialah
melahirkan rasa cinta terhadap ilmu dan bertanggungjawab untuk mencari dan
mengembangkannya sebagai syarat terpenting kebahagiaan dan kejayaan dunia dan
akhirat.Di peringkat kukurikulum rasmi ,tujuan ini mestilah dijelaskan pada murid-murid
,guru-guru dan ibu bapa ;manakala di peingkat ko-kukurikulum pula kegiatan-kegiatan
haruslah berdasarkan ilmu-ilmu dan mengarahkan kepadanya.Kesannya ialah mendidik
mereka memahmi secara praktis kepentingan kesihatan fizikal dan mental dan hubungan
kesihatan fizikal dengan peranan mereka sebagai khalifah
Kesan dalam konsep ilmu dalam islam ialah ,menurut Ibn Hazm al-Zahiri meletakkan ilmu
lojik lebih dahulu dari ilmu keagamaan,kerana katanya’......dengan ilmu ini seseorang pelajar
akan mengetahui apakah hujah yang menyakinkan dan apakah cadangan ,dan bagaimana
untuk berhati-hati mengenai sesuatu yang nampaknya sebagai bukti(burhan) tetapi
hakikatnya bukan bukti.Melalui ilmu ini seseorang individu boleh menemui hakikat segala-
galanya daripada kepalsuan tanpa sebarang keraguan.Manakala pengajian’agama’ pula (al-
Quran,as-Sunnah dan syariah)merupakan fardu ain,tidaklah semestinya diketahi secara
terperinci tetapi sekadar cukupnya untuk dapat menghargai ciptaan Allah dan untuk
melaksanakan ajaran-Nya.
Secara globalnya,kesan yang negatif besar kemungkinan akan wujud melebihi kesan positif
sekiranya diamalkan sistem dualisme ini kedalam pendidikan.Ini kerana golongan
cendekiawan dan ilmuan yang lahir dari dua sistem pendidikan yang didiskriminasikan ini
akan saling bersaing antara satu sama lain,bukan dalam keadaan yang membina bahkan
mungkin menjatuhkan sesama sendiri walaupun beragama Islam.Inilah yang akan
menyebabkan konflik pemikiran yang tidak selari malah bertentangan dengan ajaran Islam.
LANGKAH MENGATASI MASALAH DUALISME DALAM PENDIDIKAN
Dualisme yang berlaku hari ini seakan tidak berpenghujung jika tidak dicari dan dikaji cara
penyelesaian yang efektif dan berkesan di dalam menangani masalah ini. Pengkaji telah
mencadangkan 6 langkah bagi memperbaiki dan seterusnya mengatasi masalah ini dengan
lebih matang. Antara langkah-langkah tersebut ialah :
1.Mempersiapkan diri dari segi keilmuan menerusi berbagai saluran-berguru,berdiskusi dan
membaca sendiri dan menyebarkan pula ilmu yang telah dikuasai.Usaha penyebaran ilmu itu
sendiri akan meningkat kemampuan penguasaan ilmu dan menepati pula makna dari
penghayatan ilmu.
2.Berusaha membersihkan diri peribadi dari segi moral,akhlak,perangai,tingkah laku dan
kebiasaan menerusi pelaksanaan solat wajib dan sunat,puasa wajib dan suna,menunaikan
ibadat haji bila keadaan mengizinkan,wirid dan zikir,terutamanya membaca Al-Quran.Ibada-
ibadah asas ini hendaklah diperkukuhkan dengan pelaksanaan kerja,amal soleh,dan jihad
yang berterusan dalam seluruh bidang dan perigkat kehidupan menurut kemampuan dan
peluang masing-masing.
3.Meningkatkan kecekapan,ketajaman dan ketrampilan dalam mengurus dan mengendalikan
diri dalam perlaksanaan tugas dan interaksi di peringkat organisasi dan masyarakat .
4.Melaksanakan tugas keguguran dengan sebaik-baiknya,membimbing,mengasuh dan
mendidikan, dan menyuburkan potensi rohaniah,akliah,jasmaniah anak didiknya dalam usaha
menyelamatkan mereka dalam kehidupan dunia akhirat.
5.Menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam kehidupan bermasyarakat dalam
pertubuhan,persatuan dan kesatuan memberikan khidmat kepakaran dan pengarahan dan
gerak tuju yang benar dalam melayari bahtera kehidupan.
6.Menjadikan sekolah selaku gedung ilmu dan jemaah ilmuan sebagai pusat pendidikan
anggota masyarakat dengan memberikan pendidikan keilmuan dan latihan ketrampilan bagi
mengisi keperluan kehidupan dalam berbagai peringkat dan bidang.

Adalah benar juga bahawa selain daripada pengenalpastian, pemisahan dan pengasingan
unsur-unsur ini daripada jisim pengetahuan yang tidak syak juga menukar bentuk konsep,
nilai dan pentafsiran sebahagian daripada kandungan pengetahuan seperti yang dikemukakan
sekarang, untuk tujuan itu dan sistem menyebar dan menaburkan dalam institusi
pembelajaran dan dalam lapangan pendidikan mestilah perlu diubah mengikut semestinya.
Boleh juga dihujah bahawa apa yang disarankan adalah pentafsiran satu lagi, gantian tentang
pengetahuan terserap dengan laian-lain bentuk konsep dan nilai menyebelahi tujuan yang
lain yang mencerminkan pandangan dunia yang lain dan bahawa kalau itu benar, dan dengan
penyataan yang sama, apa yang dirumus dan disebarkan sebagai pengetahuan tidak
semestinya mencerminkan pengetahuan benar.
Sungguhpun begitu, ini masih perlu dikaji lagi, oleh kerana ujian tentang pengetahuan benar
berada dalam diri manusia itu sendiri, iaitu jikalau, melalui suatu interpretasi satu lagi tentang
pengetahuan atau ilmu manusia tahu tentang dirinya sendiri dan destini atau takdirnya dirinya
dan dengan mengetahui hal itu ia mencapai kebahagiaan, maka pengetahuan atau ilmu itu,
walaupun ianya terserap dengan unsur-unsur tertentu yang menetapkan bentuk keciciran, ia
difahami dan dinilai dan ditafsir mengikut tujuan yang berkait dengan pandangan dunia
tertentu, adalah pengetahuan atau ilmu yang benar oleh kerana pengetahuan atau ilmu itu
telah memenuhi tujuan manusia untuk mengetahui.
KESIMPULAN
Dualisme telah memberi kesan yang negetif kepada masyarakat islam dengan pelbagai
masalah sosial muncul hasil daripada pengaruh sekularisme yang telah ditanam oleh pihak
penjajah di dalam pemikiran, gaya hidup, ekonomi dan teknologi yang mengasingkan urusan
duniawi dan agama. Institusi pendidikan antara yang mendapat kesan yang teruk akibat
daripada Dualisme ini yang hasilnya dapat dilihat daripada para pelajar sekolah yang telah
celaru pemikiran mereka apabila ilmu dan penghayatan itu tidak diselarikan dan akhirnya
mereka terjerumus kedalam lembah kemaksiatan.
Menyingkap beberapa faktor tersebut, sebagai jawapan yang terbaik terhadap cabaran
globalisasi kini ialah proses islamisasi. Islamisasi tidak menolak kepentngan ilmu sains dan
teknologi, ekonomi dan kewangan, pengurusan dan penyelididkan, dan seumpamanya.
Bahkan asas nilai dan agama menjadi teras di dalam rangka ilmu dan pendidikan itu sendiri.
Islamisasi adalah satu proses jangka masa yang panjang yang memerlukan rangka ilmu
dibangunkan secara sistematik supaya wujud asas epistemologi (Ilmu) yang sepadu dan
seimbang , dan asa metodologi (kaedah-kaedah) yang mampu membangunkan modal insan
yang holistik.
Kesimpulanya, pendidikan agama yang bersumberkan Al-Quran dan Hadith adalah
sebenarnya menjadi tunjang kepada semua pendidikan umum yang ada di dunia. Ertinya
ilmu-ilmuyang ada di dunia ini selain daripada agama islam pokok pangkalnya memang
berasal daripada agama islam itu sendiri, dan mempunyai hubungkait yang rapat antara saru
sama lain. Kesemuanya termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Hadith sebagai perlembagaan
Islam yang berharga hingga ke akhir zaman. Secara keseluruhanya dapatlah dirumuskan
menerusi petikan ayat Al-Quran dalam Surah al-Maidah : ayat 48, Allah telah berfirman yang
mafhumnya:
“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Qur’an dengan membawa kebenaran,
membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu
ujian terhadap kitabkitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang
Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan
kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu. Kami berikan
peraturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki nescaya kamu dijadikanNya
satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberianNya kepadamu, maka
berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allahlah kembali kamu semuanya, lalu
diberitahukanNya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu.”
RUJUKAN
1. Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2001). Tesaurus Melayu Moden Utusan, Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
2. Ammar Fadzil (2007). Anatomi Al-Quran Mengenal Ilmu, Sejarah & Kandungan Al-Quran.
Selangor : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
3. Arbak Othman (1997). Kamus Bahasa Melayu. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
4. Dr Hj Maimun Aqsha bin Hj Abidin Lubis (1999). Tajuk-Tajuk Falsafah Pendidikan Islam.
Brunei : Pusat Teknologi Pendidikan, UBD.

5. http://sarjana.tripod.com/dualisme3.html

Anda mungkin juga menyukai