Anda di halaman 1dari 3

KESAN DUALISMA DALAM PENDIDIKAN

Sistem dualisma pendidikan yang dilaksanakan di negara ini memberi dua impak yang berbeza iaitu
dari sudut kebaikan dan juga keburukan ke dalam masyarakat. Walaubagaimanapun sistem
pendidikan dualisma ini sebenarnya lebih membawa kepada kesan negatif berbanding yang positif.

i.Kelebihan Dualisma

Matlamat asal yang boleh diambil sebagai kebaikan sistem dualisma ini ialah dari segi pemfokusan
bidang pembelajaran yang mahu diterokai dalam melahirkan manusia-manusia yang pakar dalam
sesuatu bidang.

Untuk memastikan sesuatu ilmu itu dapat dikuasai dengan mendalam dan mantap oleh para
penuntutnya, penumpuan yang jitu merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan. Oleh yang
demikian, dengan mengasingkan sesuatu ilmu dengan ilmu yang lain dapat menjamin kemantapan
penguasaan ilmu seseorang individu itu.

ii. Kelemahan Dualisma.

Secara globalnya, impak yang negatif besar kemungkinan akan wujud melebihi kesan positif
sekiranya diamalkan sistem dualisma ke dalam pendidikan. Ini kerana golongan cendekiawan dan
ilmuwan yang lahir dari dua sistem pendidikan yang didiskriminasikan ini akan saling bersaing antara
satu sama lain, bukan dalam keadaan yang membina bahkan mungkin menjatuhkan sesama sendiri
walaupun beragama Islam. Inilah yang akan menyebabkan konflik pemikiran yang tidak selari malah
bertentangan dengan ajaran Islam.

i. Kualiti Masyarakat.

Tokoh pembaharuan Islam yang banyak berkecimpung dalam bidang pendidikan, Muhammad
Abduh, menyatakan sistem pendidikan dualisma antara sekolah-sekolah yang hanya memberikan
pelajaran pengetahuan agama yang hanya melahirkan golongan ulama-ulama yang tidak mempunyai
pengetahuan ilmu-ilmu moden. Manakala sekolah-sekolah moden pula mengeluarkan ahli-ahli
dalam pelbagai bidang keilmuan dan kemahiran yang sedikit pengetahuan agamanya.

Golongan cendiakawan dan ilmuwan yang lahir dari dua sistem pendidikan yang didiskriminasikan ini
juga akan saling bersaing antara satu sama lain. Persaingan yang wujud pula bukanlah dalam
keadaan yang membina bahkan mungkin menjatuhkan sesama sendiri walaupun beragama Islam.

Ishak Ramly (2003) juga menyatakan bahawa amalan kurikulum dualisma melahirkan individu yang
mempunyai latar belakang premis orientasi yang berbeza dan akhirnya wujud manusia yang
berbeza. Sekumpulan manusia lebih cenderung ke arah akhirat dan sekumpulan manusia lagi lebih
cenderung ke arah dunia.

ii. Penghalang Membina Jati Diri.

Beberapa cendikiawan dan ilmuan negara mendakwa sistem pendidikan yang mengamalkan
dualisma adalah factor yang paling ketara sumbangannya kepada kerapuhan jati diri remaja. Sebagai
contoh, lihat dari sudut media cetak dewasa ini. Penerbitan majalah dan akhbar hiburan yang
langsung tidak mengambil kira kesensitifan lunas-lunas agama. Bahkan ia langsung tidak
menampakkan akan kecenderungan untuk mengutuhkan nilai dan peradaban yang sekian longgar,
malah tambah menggoyah dengan pemaparan gambar-gambar yang menjolok mata, budaya
berpasangan serta pergaulan bebas dikalangan remaja.
Situasi ini merupakan terhasil daripada golongan yang hanya mendapat pendidikan moden
yangmana sedikit sahaja pengetahuan agamanya yang diperoleh melalui sistem pendidikan formal.
Penulis, editor, para wartawan serta individu-individu yang terlibat dalam proses penerbitan majalah
dan akhbar berkaitan isu ini tidak mementingkan batasan Syara’ dek sedikit cuma pengetahuan
mereka tentang agama. Tidak dinafikan bahawa terdapat juga majalah-majalah serta akhbar-akhbar
yang mengetengahkan unsur-unsur keIslaman, namun ianya tidak mampu mempengaruhi minda
dan minat golongan belia kerana limpahan media cetak berunsur hiburan tanpa batasan itu. Oleh
yang demikian, keadaan seperti ini menghalang para belia membentuk jati diri yang utuh berpegang
pada agama kerana pengaruh anasir seperti ini yang sangat kuat.

iii. Kebekuan Ilmu.

Dualisma dalam pendidikan membawa kepada kebekuan ilmu. Seperti yang dijelaskan oleh Profesor
Dr. Sidek Baba:

“..Pada hari ini wujud kebekuan ilmu dan tradisi berfikir yang amat ketara. Keadaan itu hingga
menyebabkan umat Islam menjadi pengguna kepada kekuatan tamadun Barat. Mereka belum
mampu melepasi diri untuk menyumbang ke arah pembangunan tamadun umat manusia. Namun, ia
tidak bermakna ajaran Islam itu lemah atau tidak lengkap bagi mengatasi cabaran sezaman dan
kerenah lingkungan. Namun, ia akibat suburnya dualisma dan sekularisasi ilmu serta pendidikan
yang menyebabkan ajaran Islam sebenar atau sepatutnya terpinggir. Tradisi ‘turath’ atau bercorak
tradisi tidak dapat dikembangkan bagi menghubungi metodologi berfikir kini yang lebih banyak
menumpu kepada tradisi kajian dan fakta yang terputus dengan nilai tauhid dan nilai murni.”

Hal seperti ini juga dapat dilihat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek-subjek selain
daripada pendidikan Islam. Ramai dalam kalangan guru-guru kini tidak mengaitkan sesuatu
pembelajaran itu dengan ciptaan Allah S.W.T. Maka ini menyebabkan para pelajar hanya
memperoleh ilmu berdasarkan teori barat semata-mata.

iv. Kemunduran.

Menurut Prof. Dr Abdullah @ Alwi Hassan, Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi Islam, Universiti
Malaya, dua faktor utama yang menyebabkan umat Islam berada dalam kemunduran ialah kerana
kurang ilmu dan lemah dari segi pengurusan.

Hal ini dilihat merupakan antara impak daripada dualisme dalam pendidikan di negara ini. Kurang
ilmu boleh ditafsirkan sebagai individu dari aliran kebangsaan kurang mempunyai ilmu dalam bidang
agama manakala individu dari sekolah aliran agama pula kurang mempunyai ilmu moden. Apabila
masing-masing saling kurang dalam penguasaan ilmu, sudah pasti mereka tidak mampu untuk
menguruskan sesuatu perkara dengan baik.

v. Mementingkan Satu Aspek Pendidikan.

Ianya lebih menjurus kepada pendidikan agama ataupun lebih memfokus kepada pendidikan umum.
Kedua-dua jenis pendidikan tersebut tidak disatupadukan sama sekali. Akibatnya tiada
keseimbangan antara pendidikan agama dengan pendidikan umum. Mereka yang menceburi bidang
pendidikan agama akan lebih mahir dalam bidang keagamaan (hukum hakam, fiqh ibadat dan
mu’amalat, fardhu ‘ain dan fardhu kifayah) tanpa sedikitpun mengambil berat keperluan pendidikan
umum sebagai ilmu pengetahuan tambahan yang perlu ada bagi setiap individu.

Manakala mereka yang mempelajari bidang pendidikan umum seperti ilmu matematik, ilmu
perubatan, sains, geografi dan sebagainya akan mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing
tetapi tidak dicampuri dengan ajaran Islam yang syumul dan kamil. Pendidikan umum (atau
pendidikan sekular) dikatakan lebih tertumpu kepada hal ehwal urusan keduniaan, sebaliknya
pendidikan agama pula lebih banyak menguasai bidang ibadat dan hal ehwal akhirat. Maka atas
sebab itulah pendidikan agama dipisahkan daripada pendidikan umum secara keseluruhan
memandangkan faktor perbezaan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai