Anda di halaman 1dari 11

 

Ketaksamaan Peluang Pendidikan  

“ … merapatkan juran pendidikan, yang merangkumi jurang antara Bandar dengan luar
Bandar; jurang antara yang msikin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara
mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari
arus pembangunan negara.”

YB Dato’Seri Hishamuddin Tun Hussein


Perutusan Tahun Baru 2006

4.1 Kelas Sosial

Konsep kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam
masyarakat. Dalam kehidupan sehari-hari, kelas sosial bolehlah dikatakan segolongan
individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan,
pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.

Antara contoh kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat kapitalis terbahagi kepada
dua golongan iaitu :

- Bourgeoise ~ masyarakat yang memilik punca-punca pengeluaran, pengagihan


dan pertukaran
- Proletariat ~ masyarakat yang tidak memiliki perkara diatas, sebaliknya hanya
tenaga kerja sahaja

Institusi sosial merujuk kepada konsep utama dalam memahami masyarakat dan
kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah laku yang menjadi
kebiasaan atau satu pola hubungan sosial yang mempunyai suatu matlamat sosial yang
tertentu. Antara contoh institusi sosial yang utama ialah institusi keluarga, institusi
politik, institusi agama, institusi pelajaran dan lain-lain.

Konsep mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari
satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial.
Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. Dalam sistem
yang lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya
sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yang bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang
sekali berlaku .

Konsep diskriminasi atau ketaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan


kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etknik terhadap anggota atau
kelompok etnik yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.

Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan seseorang individu atau


sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Ini merupakan
manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku
apabila prejudis dan stereotaip dalam sesbuah masyarakat.

Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk sama ada berbentuk individu atau
kumpulan etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja,
serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesbuah kumpulan etnik.
Dalam pendidikan, ketaksamaan peluang pendidikan juga merupakan satu bentuk
dsikriminasi yang perlu dielakkan.

Diskriminasi dan ketaksamaan peluang pendidikan masyarakat telah wujud sejak


munculnya kelas sosial masyarakat dari system feudal lagi. Rakyat bawahan atau
marhain dan golongan pembesar dan istana menerima system pendidikan yang
berbeza. Pihak penjajah kemudiannya meneruskan dasar yang sama, yang mana anak-
anak pembesar dan pentadbir diberi peluang untuk belajar disekolah yang dikhaskan
untuk kumpulan mereka. AKhirnya golongan pmbesar ini mewariskan kecerdikkan
mereka kepada anak-anak mereka, sebaliknya anak petani dan orang kampong terus
ketinggalan dalam bidang pelajaran.

Ketaksamaan peluang pendidikan masa kini meliputi kemudahan mendapatkan guru,


bahan-bahan rujukan da peluang kerjaya selepas tamat belajar. Dalam membincangkan
konsep kelas sosial kita tidak terlepas daripada kejadian ‘sosial inequaliti’ atau
ketidaksamaan sosial yang merujuk kepada ketaksamaan peluang-peluang atau
ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial yang berbeza akibat system
stratifikasi. Rohand Meighan (1986) menggambarkan perbezaan cara hidup atau
pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.

Max Weber mengatakan ada lima kelas sosial iaitu golngan atasan atau orang kaya dan
ahli korporat. Mereka ini juga dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan kedua
adalah kumpulan pertengahan atasan iaitu yang berpendidikan tinggi, professional dan
memegang jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Mereka ini kebanyakkan
terdiri daripada golongan pembesar yang menguruskan pentadbiran negara. Golongan
ketiga adalah pertengahan bawahan yang mana mereka terdiri daripada lulusan
sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil serta pekerja kolar biruyang
berpendidikan SPM dan PMR. Golongan terakhir adalah golongan bawahan yang
terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah
langsung melalui pendidikan formal.

Saifuddin Hj Masduki (1977) dalam kajiannya mendapati terdapat hubungan


signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap
pendidikan ibu bapa. Beliau mendapati kedua-dua hubungan adalah positif, iaitu
semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tinggi
tahap pencapaian akademik anak-anak mereka. Kajian ini membuktikan bahawa tahap
pendidikan yang secukupnya perlu diberikan kepada murid agar tahap ekonomi
mereka juga terus bertambah baik.

Rusli Md Zain (1998), dalam kajiannya melaporkan terdapat hubungan positif diantara
pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Ini kerana mereka yang
berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak
mereka.

Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid adalah
seperti tahap ekonomi sama ada murid miskin dan murid berada. Murid yang berada
tentunya menerima peluang pendidikan yang lebih baik. Tahap kesihatan, makanan
berkhasiat dan kawalan penyakit menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar
dalam kalangan murid.

Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal rumah dan
keadaan persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan. Struktur
keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes perceraian,
tahap pendidikan ibubapa, pengaruh luar terdiri dari masyarakat dan rakan sebaya juga
memainkan peranan terhadap pembentukkan kelas social dalam masyarakat.

Selain lokasi yang berkaitan terus dengan social, jurang pendidikan juga wujud antara
jenis sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini juga akan memberikan
impak terhadap pencapaian murid termasuklah penyediaan kemudahan fizikal untuk
murid belajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang secara ketara terhadap
tahap sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat
perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-30, dalam perancangan ini, semua rakyat
diberikan peluang yang sama untuk menerima perubahan dalam system pendidikan
negara.

Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketaksamaan dalam


pelunag pendidikan, masih ada sekolah yang belum mempunyai bekalan elektrik 24
jam dan ada yang tidak cukup untuk menjanakuasa terutamanya bagi pengunaan
teknologi maklumat (ICT).

Terdapat juag sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid atau dipanggil
SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang dari 250 orang. Hampir 90% SKM
berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan,
kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan
keperluan SKM seperti tiada perjawatan guru pemulihan. Penempatan guru di SKM
sukar dilakukan kerana kebanyakkanya berada jauh di pendalaman. Jumlah murid
yang terlalu kecil menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau
multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun
persekolahan.

Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan infrastruktur,


perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada pihak sekolah-sekolah
dikawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan luar
bandar.

Program pembestarian sekolah yang sedang dijalankan juga menyediakan sekolah luar
Bandar dilengkapkan dengan makmal computer, bilik computer dan perkakasan yang
mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar
SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar Bandar dan pendalaman, pust akses
akan dibina.

RM 1 bilion disediakan KPM bagi mengurangkan ketidaksamaan dalam pendidikan


seperti ;

- Rancangan Makanan Tambahan


- Kumpulan Wang SImpanan Pelajar Miskin
- Bantuan Makanan Asrama
- Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid
- Jaket Keselamatan
- Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya
- Skim Pinjaman Buku Teks
- Skim Baucer Tuisyen
- Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persediaan Unifrsiti
- Asrama Harian

Kerajaan harus meletakkan budaya pembelajaran, analitikal dan intelektual sebagai


keutamaan dalam agenda negara jika mahu membangunkan modal insane tanpa
mengira kelas social murid berkenaan,

Kita perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek
membaca, menulis dan mengira serta peperiksaan kerana budaya pembelajaran
sebenarnya lebih luas. Rakyat negara ini perlu digalak ‘memburu’ maklumat daripada
menerimanya secara pasif. Rakyat digalakkan bersikap terbuka pada idea baru dan
berlainan. Rakyat harus meningkatkan pembangunan dalam budaya analitikal. Murid
perlu dilatih banyak merenung dan faham ‘apa’, ‘bagaimana’ dan ‘kenapa’ sesuatu
perkara itu berlaku. Jika kita mahukan pembangunan modal insane, kita harus
memiliki komuniti yang mengamalkan budaya kerja yang banyak bertanya, mencabar
dan berfikir dan setiap kelas social perlu diberikan hak yang sama dalam mendapatkan
ilmu pengetahuan.
4.2 Jantina

Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata
pelajaran yang bersifat ‘keperempuanan’ dan ‘kelakian’. Pemilihan ini secara langsung
menjadi ketaksamaan pendidikan terus dalam masyarakat kita.

Dalam zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan


lelaki. Sifat dan perilaku yang semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan
dibentuk secara social dan juga budaya. Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari
segi status, cita-cita, perlakuan dan cirri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan
perempuan.

Siti Rohani Yahya (1989,1998) melihat secara makro penyertaan tenaga kerja dalam
proses pembangunan. Menurut beliau, terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada
peningkatan status ekonomi wanita. Faktor pertama ialah kemudahan dan peluang
pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. Faktor kedua ialah pertumbuhan
ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian. Faktor ketiga ialah
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan
penglibatan wanita hampir sama dengan yang disumbangkan oleh lelaki, maka adalah
wajar bagi murid perempuan diberikan peluang pendidikan yang sama.

Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat


menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di
peringkat menengah, terutama di sekolah vokasional dan teknik dan juga di institusi
pengajian tinggi, khususnya di politenik. Mengikut kajian, kebanyakan ruang dan
peluang untuk berjaya dimonopoli oleh golongan perempuan.

Dalam kajian Shamsulbahriah (1989), berdasarkan data sekunder kajian beliau


mendapati wujud ketaksamaan gender dalam proses pembangunan ekonomi negara
Malaysia. Oleh yang demikian, guru perlu mengambilkira faktor jantina ketika
melaksankan pengajaran dalam kelas.

4.3 Kumpulan Minoriti

Kumpulan minoriti merupakan suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang
mempunyai jumlah ahli yang kecil. Jumlah ini sangat kecil dan tidak mampu
mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lai. Faktor geografi mempengaruhi
budaya sesebuah kumpulan seperti masyarakat pendalaman kaum Asli, Kadazan,
Murut dan sebaginya. Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui
keturunan atau warisan daripada ibubapa mereka.

Kumpulan minoriti yang boleh dikatakan bersifat negatif disekolah adalah yang sering
suka ponteng kelas, ponteng sekolah, pembuli, suka merokok, budaya lepak,
gengsterism dan lain-lain lagi. Walaupun mereka ini kumpulan minoriti tetapi tingkah
laku mereka mampu menggugat keharmonian sekolah.
Kumpulan minoriti yang bersifat positif pula adalah kumpulan ulat buku, suka mencari
maklumat di internet, cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah dan
sebagainya.

Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam
arus pendidikan. Perhatian juga harus diberikan agar kumpulan minoriti tidak akan
terus mendominasi situasi dan terus dikhuatiri akan membentuk satu situasi yang
membantutkan suasana pembelajaran di sekolah.

4.4 Murid Keperluan Khas

Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr Chua Tee Tee (9182) merupakan satu program
pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari
segi intelek, jasmani dan social atau emosi. Terdapat anggapan negative samada anak
mereka itu normal atau berkeepeluan khas. Terdapat dua kategoti murid berkepeluaran
khas iaitu kategori masalah dan kategori masalah khusus.

Murid berkeperluan khas mempunyai kecerdasan yang amat rendah berbanding


dengan kecerdasan purata dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam
masyarakat dan program sekolah biasa.

Dengan membandingkan dua definisi berkenaan, jelas menunjukkan kepada kita


bahawa majority kanak-kanak pintar cerdas dan kanak-kanak terencat akal
menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa. Oleh itu mereka memerlukan
pendidikan khas.

Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh
lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak menafaatkan
sepenuhnya system pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan
motivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh
lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh
itu, guru harus memberi focus terhadap masalah sosio-emosi mereka.

Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi kanak-kanak pintar
cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan intelek
yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka.

Sebagai golongan minority, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak
dipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat
unik yang ada pada diri mereka. Antaranya, konsep kendiri seperti fobia,
perkembangan nilai dan moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiran
bersosial dan masalah mengembangkan potensi.

Faktor persekitaraan seperti maslaah berkomunikasi, diskriminasi terhadap golongan


ini, maslaah keluarga, maslaah tidak dapat menyesuaikan diri dengan system
persekitaran dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka
yang sedia ada semakin bertambah. Sukar bagi kita untuk menentukan hubungan
antara kejayaan pelajar pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka (Woitaszewski,
2003).

Terdapat tujuh (7) kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program


Pendidikan Khas iaitu;

- kerencatan mental
- bermasalah pembelajaran
- kecelaruan tingkah laku
- cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
- cacat penglihatan
- cacat fizikal
- pintar-cerdas dan berbakat istimewa

Kanak-kanak berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah laku iaitu


tingkah laku terbias. Mereka ini mempunyai tingkah laku yang suka menentang
autoriti, tidak mematuhi peranan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan
suka menyerang orang. Kanak-kanak golongan ini adlah hiperaktif atau hiperkinetik.
Mereka juga mempunyai sifa pengongkongan dalaman. Kadang-kadang mereka juga
bersifat pendiam, sensitive, pasif, tidak suka berkawan dan mudah tersinggung serta
sering melakukan tindakan luar kawalan.

Murid keperluan khas juga didapati menghadapi tingkah laku ketidak-matangan yang
agak ketara. Kurang menumpukan perhatian dalam pelajaran, tidak minat belajar,
sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri. Dikatakan juga
mempunyai tingkahlaku antisocial.

Mereka ini sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah
seperti memeras ugut, mencuri dan ponteng.

Kirk and Kirk (1994) berpendapat murid keperluan khas berbeza dari murid biasa dari
segi mental (kognitif), fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), social (interaksi dan
komunikasi interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani perasaan). Terdapat juga
murid berkeperluan khas kerana proses perkembangan yang lewat, hiperaktif dan
pintar-cerdas dan berbakat.

Murid berkeperluan khas yang lain seperti ADHD tanpa hiperaktiviti (Attention
Deficit Hyperactiviti Disorder). Murid ini kurang memberi perhatian, kurang
mengekalkan perhatian lama dalam penglibatan setiap aktiviti dan tidak
menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Terdapat pula murid ADHD dengan hiperaktiviti-impulsif. Murid ini menunjukkan


tanda-tanda kurang senang duduk diam-diam, suka berkeliaran, aktif, menunjukkan
inpulsiviti dan sering menggangu orang lain.
Murid yang berkeperluan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka
tidak tercicir dari arus pendidikan perdana dan seterusnya mewujudkan ketaksamaan
pendidikan dalam masyarakat.

Modifikasi environmental dan behavioural adhenenvironmental merupakan kaedah


untuk menangani kumpulan ini. Murid ini biasanya ditempatkan berdekatan guru,
yang menghadkan ruangan terbuka untuk mengurangkan kesempatannya
bertingkahlaku negative. Guru juga boleh mengurangkan ransangan dan hanya
membenarkan murid bergerak di suatu kawasan tertentu sahaja.

Melalui tingkah laku behavioural, guru boleh memberi arahan dengan jelas;
mengurangkan kerja tugasan, pecahkan tuagsan kepada unit kecil serta elakkan
memberi kerja atau latihan ulangan. Guru hanya menyediakan kerja tambahan
sekiranya murid telah menyelesaikan kerja lebih awal. Guru disarankan memberi
peneguhan positif dari negative. Guru perlu menyediakan program latihan social bagi
murid ADHD supaya mereka dapat terus belajar dan bersaing seperti murid normal
lain.

Akta Pendidikan Khas 1996 telah memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan
untuk menyediakan kemudahan Pendidikan Khas, menggubal kurikulum yang sesuai,
pendidikan yang sesuai dengan jenis murid serta tindakan lain bagi mengembangkan
pendidikan khas.

Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004 di semua SKPK.
Dalam tahun 2005, sebanyak 32 program Pendidikan Khas Intergrasi untuk murid
bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa.

Kanak-kanak kurang upaya memasuki system pendidikan KPM seawall umur 4 atau 4
tahun lebih; agensi lain yang turut terlibat adalah Kementerian Kesihatan atau Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

4.5 Isu-Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan

- Orang Asli

Orang Asli merujuk kepada msayarakat yang kebanyakanya tinggal di dalam atau
pinggir hutan. KAdar keciciran yang sangat tinggi dala kalangan murid Orang
Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya
sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Orang Asli merupakan komuniti
yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang
pengurusan alam semula jadi.

Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka
mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang
bermanfaatdan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati
sumbangan alam kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002).

Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa iaitu Senoi, Negrito dan
Melayu Asli. Dalam semua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku kaum.
Statistik 2005 , jumlah orang Asli adalah 141, 230 orang. Majoriti ekonomi orang
Asli masih lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. Dari segi agama,
sebahagian besar orang Asli beragama Animisme. Dari segi pendidikan,
epncapaian orang Asli amatlah rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan
pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia.

Kebanyakkan orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana


infrastruktur dan prasaran yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka.
Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan, masih tidak diadakan.
Biasanya pembekalan kemudahan-kemudahan seperti ini terhenti sebelum sampai
ke perkampungan orang Asli. Di sekolah pula, bekalan elektrik tidak mencukupi,
prasaran seperti kipas, bilik darjah yang selesa tidak dapat dinikmati sepenuhnya
oleh masyarakat orang Asli.

Disamping itu, golongan bijak pandai kurang dalam kalangan mereka kerana tiada
sifat persaingan yang sihat dalm aspek kemajuan pendidikan dalam masyarakat
orang Asli. Mungkin juga terdapat anak-anak orang Asli yang tidak bersekolah
kerana membantu keluarga keluar mencari makan seharian suntuk. Tempat
kediaman pula terlalu jauh dari sekolah dan bandar. Taraf sosio-ekonomi mereka
juga agak rendah, penyediaan tenaga pengajar agak sukar kerana mencari tenaga
pengajar yang benar-benar berjuang demi pembangunan orang Asli begitu kurang
diberi perhatian.

Kemunduran orang Asli dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah
(Mustafa Omar, 2004). Munurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan
orang Asli masih berada ditahap yang rendah dimana kadar keciciran yang
dicatatkan pada tahun 1998 adalah tinggi iaitu 45 % dan kadar buta huruf 49.2 %
(kadar nasional 6.4 %). Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan tiada ilmu
terutama berkaitan perniagaan menyebakan mereka sering ditipu peraih semasa
menjual hasil hutan dan pertanian kerana biasanya harga yang ditawarkan adalah
jauh lebih rendah sehingga menyebabkan pendapatan orang Asli terus merosot dan
berterusan hidup dalam serba kekurangan.

- Pribumi (Indigenious)

Indigenious merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah dan Sarawak


. Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum, mereka
dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal. ekonomi, social dan budaya. Di
Sabah terdapat 23 suku kaum, namun yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut,
Suluk dan orang Brunei. Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban,
Bidayuh. Penan dan Kelabit.
Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang
tinggaal jauh dipendalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia
luar. Mereka masih taksub kepada system kehidupan masyarakt yang telah mereka
bina sejak dari dulu lagi.

Ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenious


kerana system pendidikan sekolah yang dikembangkan di tanah air belum
menyentuh system belajar asli (indigenious learning system) masyarakat
tradisional.

Sistem belajar asli memiliki banyak aspek positif, antaranya mempertahankan


nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Masyarakat
indigenious masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan
kerana masih berpegang kepada budaya hidup tradisional mereka.

Dalam system belajar orang asli masyarakat indigenious ini, proses belajar
seseorang akan mencakupi empat hal. Dalam belajar, manusia akan mengalami
sesuatu cara yang nyata, memikirkan secara konseptual, mengamati sesuatu sambil
merenung dan mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.

Hal ini bertitik tolak dengan proses belajar dalam konteks masyarakat yang
cenderung melakukan proses belajar secara deduktif. Dalam masyarakat ini, proses
yang dialami adalah ilmu pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami
pengalaman nyata. Dalam system belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan
terhadap alam dan nilai-nilai budaya.

- Pendalaman

Faktor berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pendalaman


ialah kerana kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu bidang.
Pertumbuhan pusat urban yang lembab turut memberi kesan kepada system
pendidikan di kawasan berkenaan.

Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan pendalaman juga
kurang memberangsangkan. Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi
akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam
kalangan guru. Pengunaan bahasa sendiri oleh murid setempat turut menyulitkan
pengajaran dan pembelajaran dan guru harus cuba mempelajari dan mengunakan
bahasa tempatan bagi menarik minat mereka untuk belajar disampin meningkatkan
tahap pencapaian akademik mereka.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum jantina,
taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini menyebabkan
perbezaan prestasi dan pencapaian murid, penyediaan kemudahan fizikal dan
bukan fizikal serta keciciran murid. Impak jurang pendidikan telah menyumbang
kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada sosioekonomi antara
penduduk luar bandar dan bandar. Usaha menangani jurang ini terus mendapat
perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3):

“..merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara kaya


dengan yang misikin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian
sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama …”

Apabila segala kesulitan ini dihadapi murid, secara tidak langsung menjadi sebagai
satu halangan kepada murid untuk menuntut ilmu. Hal ini juga turut
mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tidak tertarik pergi kesekolah
untuk memajukan diri mereka sendiri. Sikap ibubapa pendalaman yang tidak
mementingkan pelajaran anak-anak dan diri mereka sendiri yang tidak berpelajaran
turut memberi kesan.
 
Sumber :
 
Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur.
Syed Ismail & Ahmad SUbki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-
04-1
Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur
 
 
Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/
Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf
Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html
Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia
Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia
Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu
Teori Perhubungan Etnik http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi
%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdf
Warisan Budaya Malaysia ~ Adat Resam http://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam.htm 
 
Kembali

Sumber :

http://kheru2006.i8.com/EDU3106/4_Ketaksamaan_Peluang_Pendidikan.htm

Anda mungkin juga menyukai