Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENGENALAN Kamus Dewan Edisi Empat ada menyebut bahawa pendidikan diertikan sebagai pertama perihal mendidik, kedua; ilmu pendidikan dimaksudkan sebagai ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik dan yang ketiga; diertikan sebagai didikan, latihan, ajaran. Maka bolehlah dikatakan disini bahawa pendidikan adalah pengajaran dan ianya termasuklah semua perkara atau perihal yang berkaitan mendidik atau mengajar. Ini juga bermakna pendidikan boleh melibatkan perkara yang baik mahupun yang tidak baik. Menurut Frederick J. Mc Donald dan M.J. Langeveld, pendidikan merupakan suatu proses atau kegiatan yang diarahkan untuk mengubah kebiasaan (behaviour) manusia. Sebagai manusia, kita dilahirkan tanpa apa-apa pun. Tiada satu kebiasaan pun pada kita. Maka semakin seseorang itu membesar, disitulah letaknya tanggungjawab semua yang disekeliling untuk mencorakkan peribadi dan

mewujudkan kebiasaan pada diri seseorang itu. Pendidikanlah yang akan mencorakkan peribadi sesorang insan tersebut. Pendidikan juga adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak faedah sosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan kuasa politik. Walau bagaimana pun semasa penjajahan British di negara kita, tidak semua pelajar mempunyai peluang bersekolah kerana pada masa itu. sekolah dibahagikan mengikut kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum dan penempatan. Ketidaksamaan dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya. Konsep diskriminasi atau ketidaksamaan ditakrifkan sebagai

pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminas pula ialah perbuatan membanding dan membezakan individu atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik sematamata.

2.0 KONSEP-KONSEP KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang antara Bandar dengan Luar Bandar; jurang antara yang miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. YB DatoSeri Hishamuddin Tun Hussein Perutusan Tahun Baru 2006

KELAS SOSIAL Konsep kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan seharian, kelas sosial boleh didefinisikan sebagai individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Bourgeoise menyatakan bahawa masyarakat yang memiliki punca-punca

pengeluaran, pengagihan dan pertukaran merupakan golongan masyarakat kapitalis. Manakala Proletariat pula mengatakan bahawa golongan masyarakat kapitalis merupakan masyarakat yang membekalkan tenaga kerja sahaja. Institusi sosial merujuk kepada konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah laku yang menjadi kebiasaan atau satu pola hubungan sosial yang mempunyai suatu matlamat sosial yang tertentu. Antara contoh institusi sosial yang utama ialah institusi keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dan lain-lain. Konsep mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Konsep ini berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. Dalam sistem yang lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yang bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku . Diskriminasi dan ketaksamaan peluang pendidikan masyarakat telah wujud sejak munculnya kelas sosial masyarakat dari sistem feudal lagi. Rakyat bawahan dan golongan pembesar serta golongan masyarakat istana menerima sistem pendidikan yang berbeza. Apabila pihak penjajah datang ke Tanah Melayu, mereka telah meneruskan sistem ini yang mana anak-anak pembesar dan pentadbir diberi peluang untuk belajar di sekolah yang dikhaskan untuk kumpulan mereka. Keistimewaan pendidikan yang bersikap bias ini akan memberikan hasil yang tidak seimbang apabila anak-anak golongan pembesar sahaja yang pintar cerdas tetapi anak-anak golongan petani dan orang kampung terus ditelan arus buta ilmu. Pada pendapat saya, pelaksanaan dasar tersebut pada masa kini tidak lagi relevan

apabila setiap murid-murid harus diberikan penekanan yang sama dalam bidang pendidikan tanpa mengira status sosial mereka. Max Weber mengatakan ada lima kelas sosial iaitu golngan atasan atau orang kaya dan ahli korporat. Mereka ini juga dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan kedua adalah kumpulan pertengahan atasan iaitu yang berpendidikan tinggi, professional dan memegang jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Mereka ini kebanyakkan terdiri daripada golongan pembesar yang menguruskan pentadbiran negara. Golongan ketiga adalah pertengahan bawahan yang mana mereka terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil serta pekerja kolar biru yang berpendidikan SPM dan PMR. Golongan terakhir adalah golongan bawahan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah langsung melalui pendidikan formal.

Golongan bangsawan Golongan Pertengahan Atasan Golongan Pertengahan Bawahan

Golongan Kelas Pekerja/Kolar Biru

Golongan Bawahan

Rajah 1. Harieki kelas sosial Max Weber

Faktor pertama kelas sosial ini terjadi apabila terdapat perbezaan dari aspek ekonomi dan pendapatan dalam sesebuah keluarga. Saifuddin Hj Masduki (1977) dalam kajiannya mendapati terdapat hubungan signifikan antara pencapaian

akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua hubungan adalah positif, iaitu semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tinggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka. Rusli Md Zain (1998), dalam kajiannya melaporkan terdapat hubungan positif diantara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Hal ini kerana keluarga yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan dan keperluan persekolahan anak-anak mereka.
1

Anak-anak daripada golongan pekerja mahir mempunyai prestasi yang lebih tinggi

jika dibandingkan dengan anak-anak pekerja yang bukan mahir, (Olive Bank, 1971). Faktor yang kedua kelas sosial adalah persekitaran tempat tinggal. Tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas fizikal rumah dan keadaan persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan. Misalnya, jika sesebuah rumah tidak mempunyai salur tenaga elektrik seperti yang berlaku di pedalaman Sarawak, nescaya untuk belajar dengan lebih selesa dan baik adalah sukar dicapai. Keadaan gelap akan menyukarkan proses pembelajaran kendiri kanak-kanak. Dalam sesebuah bilik darjah, murid-murid terdiri daripada latar belakang keluarga yang berbeza dan ia akan menentukan bagaimana sikap murid itu terhadap pendidikan. Struktur keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes perceraian, tahap pendidikan ibu bapa, pengaruh luar terdiri dari masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan terhadap pembentukkan kelas sosial dalam masyarakat. Misalnya, pelajar yang berasal daripada latar belakang keluarga yang bercerai berai tidak akan menunjukkan minat dalam pelajaran mereka di sekolah. Mereka akan berpotensi mewujudkan kelompok kumpulan yang bermasalah di sekolah. Jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid menjadikan ianya sebagai faktor keempat dalam mewujudkan

ketidakseimbangan pendidikan. Jurang ini juga akan memberikan impak terhadap pencapaian murid termasuklah penyediaan kemudahan fizikal untuk murid belajar.
1

Sosiologi Pendidikan, Kelas Sosial dan Hidup Keluarga, ms 119-122

Impak jurang pendidikan telah menyumbang secara ketara terhadap tahap sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-30) dalam perancangan ini, semua rakyat diberikan peluang yang sama untuk menerima perubahan dalam sistem pendidikan negara. Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketaksamaan dalam pelunag pendidikan, masih ada sekolah yang belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam dan ada yang tidak cukup untuk menjana kuasa terutamanya bagi pengunaan teknologi maklumat (ICT). Di Sarawak sahaja, masih ada lagi sekolah yang belum mendapatkan bekalan elektrik dan ada juga sekolah yang baharu sahaja menerima bantuan bekalan elektrik ini. Contohnya, 2Sekolah Kebangsaan Lepong Gaat, Kapit, sekolah ini digelar Lost World Kapit kerana berada di kawasan yang susa h untuk dihubungkan melalui jalan darat. Mereka hanya berbekalkan minyak diesel yang menelan kos sebanyak RM520 ribu setahun dan hal ini memberikan kepayahan kepada guru-guru di sekolah tersebut untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Padahal di sekolah bandar, murid-muridnya menerima ilmu dengan tahap yang paling maksimum kerana guru bebas menggunakan bekalan elektrik tanpa had dan guru mampu menunjukkan nota, bahan dalam pelbagai bentuk seperti video, gambar, pembentangan slaid dan sebagainya. Faktor kelima ialah wujudnya Sekolah Kurang Murid (SKM), iaitu sekolah yang enrolmennya kurang dari 250 orang. Hampir 90% SKM berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti tiada perjawatan guru pemulihan. Penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakkanya berada jauh di pendalaman. Kadangkala jumlah guru adalah bersamaan dengan jumlah murid. Jumlah murid yang terlalu kecil menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.

sabahkinimirror.blogspot.com Lost World Kapit kini di hujung jari, 12 Jan 2011

Di era globalisasi kini, semua guru muda sudah menguasai kemahiran teknologi maklumat (TMK) ini. Kementerian Pelajaran Malaysia menghadapi cabaran dalam memastikan infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada pihak sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan teknologi maklumat dan komunikasi berbanding kawasan bandar. Guru-guru di kawasan luar bandar adalah dari guru yang veteran dan mereka lebih memilih untuk menggunakan pendekatan pengajaran secara konvensional kerana mereka mendapati bahawa pendekatan ini akan membawa kesan positif yang lebih cepat kepada murid-murid. Walaupun perisian ini telah diisi dan komputer riba telah dibekalkan kepada sekolah, namun guru-guru di sekolah masih tidak menyedari kegunaannya adalah untuk menyenangkan kerja mereka disebabkan kurangnya pendedahan kepada bahan teknologi ini kepada mereka.

JANTINA Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelakian. Pemilihan ini secara langsung menjadi ketaksamaan pendidikan terus dalam masyarakat kita.

Misalnya,kita boleh lihat melalui kursus yang dipilih oleh dua jantina iaitu golongan perempuan lebih menggemari bidang profesion jururawat manakala golongan lelaki sukakan cabaran seperti bidang kejuruteraan. Pada era penjajahan, peluang pendidikan lebih mengutamakan kaum lelaki dan kaum perempuan sekadar tinggal di rumah membantu ibu bapa mereka. Sifat dan perilaku yang semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan dibentuk secara sosial dan juga budaya. Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan perempuan.

Pertumbuhan ekonomi yang pesat. Kemudahan dan peluang pendidikan sama rata. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru

Faktor peningkatan status ekonomi wanita

Rajah 2. Faktor peningkatan status ekonomi wanita Siti Rohani Yahya (1989,1998) melihat secara makro penyertaan tenaga kerja

dalam proses pembangunan. Menurut beliau, terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada peningkatan status ekonomi wanita. Faktor pertama ialah kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. Jikalau kita pada masa kini, nisbah murid lelaki dan perempuan di dalam kelas adalah lebih kurang sama dan

sesi pengajaran dan pembelajaran juga berjalan dalam keadaan yang adil dan saksama. Segala kemudahan seperti buku teks, informasi, penggunaan TMK keduadua jantina ini mampu duduk bersama dan berkongsi. Pada era kini, terdapat satu lagi fenomena, apabila golongan perempuan sentiasa menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan golongan lelaki agak ketinggalan dalam bidang tersebut. Faktor kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian. Bidang ini sudah diterokai oleh kaum wanita dan di mana kaum lelaki agak bersikap liberal dalam membuka pintu kepada kemasukan dan penyertaan wanita. Pada masa dahulu peranan dan fungsi kaum wanita dalam bidang ini amat terbatas. Jumlah wanita yang bekerja dalam perkhidmatan kerajaan maupun swasta semakin bertambah dan begitu juga pembahagian pendapatan. Walaupun jumlah pekerja-pekerja wanita ramai, hampir keseluruhannya termasuk pada peringkat pekerja-pekerja kurang mahir mendapat jumlah gaji yang kecil sahaja. Faktor ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990). Dasar ini digubal untuk menyelesaikan permasalahan ketidakseimbangan sosial ekonomi pada ketika itu. Kerajaan yang berobjektifkan untuk mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan lain-lain. Oleh sebab itu, penglibatan wanita ke arena pendidikan adalah hampir sama dengan yang disumbangkan oleh lelaki, maka adalah wajar bagi murid perempuan diberikan peluang pendidikan yang sama. Di England pada tahun 1967, golongan wanita bukan sahaja berpengetahuan sedari dahulu, namun mereka memperjuangkan hak mereka sebagai kaum perempuan. Mereka juga belajar penemuan baharu bahawa murid-muridperempuan pencapaian yang tinggi daripada murid-murid lelaki.3

Olive Banks. Sosiologi Pendidikan, Golongan Perempuan: Satu Kes Khas. ms 126 -129.

KUMPULAN MINORITI Kumpulan minoriti didefinisikan sebagai suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil. Jumlah ini sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lain. Budaya dan adatb resam kaum asli seperti orang asli, kadazan, iban dan sebagainya adalah dipengaruhi faktor geografi. Pengetahuan pendidikan mereka hanyalah mencapai tahap pendidikan tidak formal melalui keturunan atau warisan daripada ibu bapa mereka. Di sekolah, kumpulan minoriti negatif merujuk kepada golongan pelajar sering suka ponteng kelas, ponteng sekolah, pembuli, suka merokok, budaya lepak, gengsterism dan lain-lain lagi. Walaupun mereka ini kumpulan minoriti tetapi tingkah laku mereka mampu menggugat keharmonian sekolah. Manakala, kumpulan minoriti yang bersifat positif pula adalah kumpulan ulat buku, suka mencari maklumat di internet, cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah dan sebagainya. Lazimnya, golongan ini disukai oleh guru-guru di sekolah. Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus pendidikan. Perhatian juga harus diberikan agar kumpulan minoriti tidak akan terus mendominasi situasi dan terus dikhuatiri akan membentuk satu situasi yang boleh membantutkan suasana pembelajaran di sekolah.

Orang Asli Orang Asli merujuk kepada masyarakat yang tinggal di dalam atau pinggir hutan. Kadar keciciran adalah sangat tinggi di dalam kalangan murid orang asli. Isu mereka ini merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka sebagai masyarakat Malaysia yang prihatin supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula jadi.

Orang asli mampu mengenali dan memahami alam sekitar di kawasan kediaman mereka yang mana mereka tahu tanah yang sesuai untuk bertani, menghormati alam sekitar, mengetahui khasiat flora dan fauna.(Rusli Zaenal, 2002). Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpun bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli. Dalam semua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku kaum. Statistik 2005 , jumlah orang Asli adalah 141, 230 orang. Orang asli masih lagi mengamalkan ekonomi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. Mereka juga majoritinya tidak bersekolah kerana membantu keluarga mereka keluar mencari makanan dan bahan jualan untuk menyara kehidupan. Mereka masih lagi mengamalkan agama animisme dalam kehidupan mereka. Di Malaysia, golongan ini ketinggalan jauh ke belakang dalam pencapaian pendidikan. Mereka juga masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di tempat tinggal mereka. Misalnya, bekalan elektrik yang tidak mencukupi untuk menjana prasarana seperti kipas, komputer riba dan sebagainya. Apabila ini berlaku, secara tidak langsung, murid-murid tidak akan dapat belajar dalam keadaan yang kondusif. Munurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan orang Asli masih berada ditahap yang rendah dimana kadar keciciran yang dicatatkan pada tahun 1998 adalah tinggi iaitu 45 % dan kadar buta huruf 49.2 % (kadar nasional 6.4 %). Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan tiada ilmu terutamanya berkaitan perniagaan menyebabkan mereka sering ditipu oleh orang tengah semasa menjual hasil hutan dan pertanian kerana biasanya harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah sehingga menyebabkan pendapatan orang Asli terus merosot dan berterusan hidup dalam serba kekurangan. Pribumi (Indigenious) Indigenious merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah dan Sarawak . Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum, mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal. ekonomi, sosial dan budaya. Sabah mempunyai lebih daripada 23 suku kaum dan suku kaum utama mereka adalah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei. Di Sarawak pula, mereka mempunyai lebih daripada 30 suku kaum. Kaum yang terbesar ialah Iban, Melanau,

Bidayuh. Penan dan Kelabit dan Melayu. Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggal jauh di pendalaman. Budaya dan adat resam mereka masih lagi utuh diamalkan sehingga mereka tidak membenarkan sebarang perubahan dunia luar merampas apa yang mereka amalkan. Ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenious kerana sistem pendidikan sekolah yang dikembangkan di tanah air belum menyentuh sistem belajar asli (indigenious learning system) masyarakat tradisional. Sistem belajar asli memiliki banyak aspek positif, antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Masyarakat indigenious masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang kepada budaya hidup tradisional mereka. Pendalaman Faktor berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pendalaman ialah kerana kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu bidang. Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan pendalaman juga kurang memberangsangkan. Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru. Pengunaan bahasa sendiri oleh murid setempat turut menyulitkan pengajaran dan pembelajaran dan guru harus cuba mempelajari dan mengunakan bahasa tempatan bagi menarik minat mereka untuk belajar disampin meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka. Misalnya, jika saya ditempatkan di

perkampung orang melanau, saya harus sedaya upaya untuk membudayakan penggunaan bahasa melayu baku di kalangan mereka agar mereka dapat berkomunikasi dengan baik kelak.

MURID KEPERLUAN KHAS Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr Chua Tee Tee (9182) merupakan satu program pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani dan social atau emosi. Terdapat anggapan negative samada anak mereka itu normal atau berkeepeluan khas. Terdapat dua kategori murid berkeperluan khas iaitu kategori masalah dan kategori masalah khusus. Murid berkeperluan khas mempunyai kecerdasan yang amat rendah berbanding dengan kecerdasan purata dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan program sekolah biasa. Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak memanfaatkan sistem pendidikan yang sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh itu, guru harus memberi fokus terhadap masalah sosio-emosi mereka. Sebagai golongan minoriti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri mereka. Antaranya, konsep kendiri seperti fobia, perkembangan nilai dan moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiran bersosial dan masalah mengembangkan potensi. Faktor persekitaran seperti masalah berkomunikasi, diskriminasi, masalah keluarga, masalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem persekitaran dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. Sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka (Woitaszewski, 2003).

Kerencatan mental Pintarcerdas dan berbakat istimewa Bermasalah pembelajaran

Cacat fizikal

Kecelaruan tingkah laku

Cacat penglihatan

Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi

Rajah 3. Tujuh kategori kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah laku iaitu tingkah laku terbias. Mereka ini mempunyai tingkah laku yang suka menentang autokratik, tidak mematuhi peranan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang. Kanak-kanak golongan ini adalah jenis hiperaktif atau hiperkinetik. Mereka juga mempunyai sifat pengongkongan dalaman. Kadangkadang mereka juga bersifat pendiam, sensitive, pasif, tidak suka berkawan dan mudah tersinggung serta sering melakukan tindakan luar kawalan. Kirk and Kirk (1994) berpendapat murid keperluan khas berbeza dari murid biasa dari segi mental (kognitif), fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), social (interaksi dan komunikasi interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani perasaan). Terdapat juga murid berkeperluan khas kerana proses perkembangan yang lewat, hiperaktif dan pintar-cerdas dan berbakat. Murid berkeperluan khas yang lain seperti ADHD tanpa hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactiviti Disorder).

Terdapat pula murid ADHD dengan hiperaktiviti-impulsif. Murid ini menunjukkan tanda-tanda kurang senang duduk diam-diam, suka berkeliaran, aktif, menunjukkan inpulsiviti dan sering menggangu orang lain. Murid yang berkeperluan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak tercicir dari arus pendidikan perdana dan seterusnya mewujudkan ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat.

3.0 LANGKAH-LANGKAH GURU MENGURANGKAN KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN Di sini, saya sebagai bakal guru ingin menekankan bahawa perbezaan kelas sosial ini boleh dikurangkan dengan menunjukkan sikap adil kepada murid-murid. Seperti yang kita sedia maklum, murid-murid kita berasal daripada keluarga yang berbeza pendapatan, kelas sosial dan sebagainya. Pendidikan adalah untuk semua dan tiada seorang pun yang akan terlepas daripada memilikinya. Untuk mengatasi

permasalahan ini, guru haruslah melaksanakan program-program yang telah digubal oleh kerajaan seperti :

Rancangan Makanan Tambahan

Kumpulan Wang SImpanan Pelajar Miskin

Bantuan Makanan Asrama

Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid

Jaket Keselamatan

Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti

Skim Pinjaman Buku Teks

Skim Baucer Tuisyen

Asrama Harian

Program-program yang telah akan dilaksanakan oleh guru ini sedikit sebanyak menyumbang kepada percambahan minat pelajar terhadap pelajaran mereka kerana mereka telah dibantu dari aspek kewangan. Guru juga harus menganalisis pelajar yang layak sahaja boleh mendapatkan bantuan ini supaya mereka dapat berjalan seiring dengan pelajar yang berasal dari keluarga yang mampu.

Di sekolah, kita akan berhadapan dengan kelas yang terdiri daripada golongan adam dan hawa. Peranan guru dalam mengajar kelas yang mempunyai kelas ini adalah besar untuk membentuk mereka menjadi seorang insan yang berdaya saing. Guru harus memberikan peluang kepada kedua-dua jantina ini untuk mengemukan idea dan persoalan supaya masalah ketaksamaan peluang pendidikan dapat dibendung. Apabila guru menyemaikan sikap sedemikian, mereka akan berusaha untuk bersaing antara satu sama lain dan keadaan kelas akan menjadi kelas yang aktif. Misalnya, guru akan mengadakan debat antara lelaki dan perempuan tentang hobi yang berfaedah. Secara tidak langsung, mereka akan menyemai satu sikap yang saling berkongsi ilmu. Modifikasi environmental dan behavioural environmental merupakan kaedah untuk menangani kumpulan berkeperluan khas. Murid ini biasanya ditempatkan

berdekatan guru, yang menghadkan ruangan terbuka untuk mengurangkan kesempatannya bertingkah laku negatif. Guru juga boleh mengurangkan ransangan dan hanya membenarkan murid bergerak di suatu kawasan tertentu sahaja. Melalui tingkah laku behavioural, guru boleh memberi arahan dengan jelas; mengurangkan kerja tugasan, pecahkan tuagsan kepada unit kecil serta elakkan memberi kerja atau latihan ulangan. Guru hanya menyediakan kerja tambahan sekiranya murid telah menyelesaikan kerja lebih awal. Guru disarankan memberi peneguhan positif dari negatif. Guru perlu menyediakan program latihan social bagi murid ADHD supaya mereka dapat terus belajar dan bersaing seperti murid normal lain.

REFLEKSI KENDIRI Terima kasih kepada Tuhan kerana dengan berkat dan kesabaran yang dibekalkan oleh-Nya, saya mampu menyiapkan tugasan kursus Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106). Budaya yang diamalkan dalam kehidupan masyarakat ditakrifkan mengikut kesesuaian latar belakang sosio masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama yang dianutinya. Pada pendapat saya kursus ini merupakan satu agen perpaduan dan perubahan yang boleh menyatupadukan masyarakat kita dengan menerapkan ilmu adt resam pelbagai kaum di Malaysia. Dengan ini,semua orang akan menghormati masyarakat kaum sendiri dan kaum lain dan tidak akan melakukan perkara yang bercanggah dengan sesuatu kaum di Malaysia. Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapati bahawa sebenarnya pendidikan mempunyai isu yang besar untuk diselesaikan.

Permasalahan seperti jantina, kelas sosial, kumpulan minoriti dan murid bekeperluan khas merupakan isu utama yang ditengahka dalam memperoleh ilmu. Ketaksamaan peluang pendidikan ini terjadi ekoran daripada sistem yang diamalkan sedari zaman kesultanan dahulu. Selain itu, pendedahan tentang pelbagai perkara berhubung pembelajaran murid yang ada kaitan tentang budaya pembelajaran di bilik darjah sangat berguna apabila saya ke sekolah nanti mahupun semasa saya mengharungi sesi praktikal mahupun menjadi guru kelak. Saya juga mendapat pendedahan tentang interaksi dan cara menjalinkan hubungan dengan murid dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai etnik supaya bilik darjah sentiasa dalam kawalan saya. Diskrimasi jantina juga akan saya elakkan semasa saya menjalani praktikum kelak supaya saya akan mendapatkan respon pemerolehan ilmu yang positif daripada murid-murid saya.

Saya juga menyedari bahawa sebagai seorang bakal guru, saya akan berdepan dengan pelbagai kelas sosial masyarakat. Saya sedia maklum bahawa murid-murid yang saya ajar bukanlah terdiri daripada satu kelas sosial, namun saya mungkin akan mengajar anak pemimpin negara ataupun anak petani. Segala sifat pilih kasih harus saya hindari supaya anak didik saya menjadi seorang insan yang mempunyai akhlak yang baik dan tidak terlalu manja dalam kehidupan mereka. Saya juga difahamkan tentang penempatan ketika kami posting kelak. Saya mungkin akan mengajar di kawasan pedalaman atau kawasan orang asli. Di sinilah saya harus belajar cara hidup dan budaya mereka agar saya mampu menyelami tahap pembelajaran anak murid saya. Berlatar belakangkan hidup dalam hutan, saya harus kreatif dalam memberikan contoh yang sesuai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Misalnya, saya ingin mengajar tentang rumah dalam topik Kajian Tempatan di kawasan kaum Iban, sudah pasti contoh relevan yang saya akan guna adalah rumah panjang. Saya juga berpotensi untuk berhadapan dengan pelajar yang mempunyai masalah bekeperluan khas. Jika saya berada di kelas normal, saya mungkin akan berhadapan dengan pelajar yang hyperactive dan pintar cerdas. Apa yang saya dapat lakukan kelak, saya harus menyediakan aktiviti yang sesuai kepada mereka agar mereka tidak menganggu kelas saya. Contohnya, saya akan menyediakan lembaran kerja yang tinggi tahap pemikirannya kepada murid yang bergolongan pintar cerdas agar minda mereka akan berfungsi untuk menyelesaikannya. Tuntasnya, ketaksamaan peluang pendidikan ini harus diselesaikan supaya murid-murid kita dapat bersaing secara sihat di masa hadapan. Ianya juga akan memberikan satu ransangan yang positif kepada negara apabila semua murid berpotensi untuk menjadi seorang modal insan yang berkualiti tanpa mengira asal budayanya.

SENARAI RUJUKAN Buku


Ayub, A. (2007). Pembelajaran Transformatif Wawasan Pendidikan Abad ke-21. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Kachar, K. H. (1989). Pendidikan dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd. Olive Banks. (1989). Sosiologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rozainee Khairudin, R. V. (2006). Isu-Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Syed Ismail Syed Mustapa, A. S. (2012). Budaya dan Pembelajaran. Puchong: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. Tahir, N. (n.d.). Ketaksamaan Peluang Pendidikan.

Internet
Lost World Kapit Kini di Hujung Jari. (2011, Januari 12). Retrieved Mac 3, 2013, from http://sabahkinimirror.blogspot.com/2011/01/lost-world-kapit-kini-di-hujung-jari.html

Anda mungkin juga menyukai