Anda di halaman 1dari 74

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN ( EDU 3106) TAJUK 4 : KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

PENSYARAH PEMBIMBING : MUHAMMAD FARIDUDDIN BIN WAJDI ANTHONY

Ahli kumpulan

AMIRUL FIRDAUS B KAMARUDDIN

NUR AIN BINTI IBRAHIM

BANDAN ANAK UNYAT

PENGENALAN
merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang antara bandar dengan luar bandar; jurang antara yang miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein (Perutusan Tahun Baru, 2006)

(Syed Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Maskon : 2010)

Kesamaan peluang pendidikan merujuk kepada kesamaan hasil jika diberi input secara individu yang sama (Coleman, 1968) Ketaksamaan peluang pendidikan merujuk kepada keadaan di mana akses kepada pendidikan tidak sama rata untuk semua penduduk kerana faktor-faktor tertentu.

Kumpulan minoriti Jantina Murid berkeperluan khas

Kelas sosial

UNSURUNSUR KETAKSAMA AN PELUANG PENDIDIKAN

Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan

KELAS SOSIAL

KONSEP
KELAS SOSIAL
Berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran Stalcup (1968), mendefinisikan kelas sosial sebagai lapisan masyarakat , di mana manusia menganggap diri mereka sama dari segi latar belakang keluarga, peringkat pendidikan pekerjaan, ras dan sikap terhadap isu-isu sosial.

Konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan. Ia berkait rapat dengan pola tingkah laku yang telah menjadi kebiasaan INSTITUSI atau suatu pola hubungan sosial yang mempunyai suatu matlamat SOSIAL sosial yang tertentu. Contohny, institusi keluarga, institusi politik dan lain-lain.

MOBILITI SOSIAL

Proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratufikasi sosial. Berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat.

DISKRIMINASI

Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik yang lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Perbuatan membanding seseorang

PENGKELASAN KELAS SOSIAL


MASYARAKAT KAPITALIS

BOURGEOISIE

Merupakan kelas yang mempunyai punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran

PROLETARIAT

Merupakan golongan yang tidak mempunyai perkara seperti Bourgeoisie tetapi hanya mempunyai tenaga kerja sahaja.

Golongan atasan
Golongan pertengahan atasan Golongan pertengahan bawahan

Pekerja

MAX WEBER

Golongan bawahan

Golongan atasan

Orang kaya atau ahli koporat Dikenali sebagai golongan bangsawan atau kumpulan elit. Mereka yang berpendidikan tinggi, profesional dan memegang jawatan yang baik dalam sesuatu organisasi Terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan pemegang sijil serta diploma Kumpulan ini mementingkan pendidikan anakanak mereka.

Golongan pertengahan atasan Golongan pertengahan bawahan

Kelas pekerja

Pemegang sijil SPM dan PMR Mereka yang bekerja di kilang atau restoran
Mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah langsung melalui pendidikan formal

Golongan bawahan

HUBUNGAN ANTARA KELAS SOSIAL DAN PENDIDIKAN


Ekonomi

ASPEKASPEK
Kemudahan TMK

Persekitaran

EKONOMI
Saifuddin Hj Maskudi (1977) dalam kajiannya mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapat ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Ini bermakna semakin tinggi pendapatan ibu bapa, maka semakin tnggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka. Kajian ini membuktikan bahawa tahap pendidikan yang secukupnya perlu diberikan kepada murid agar tahap ekonomi mereka juga terus bertambah baik.

Rusli Md Zain (1998) melaporkan terdapat hubungan positif antara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Mereka yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak.

(Syed Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Maskon : 2010)

Ketaksamaan peluang pendidikan wujud kerana golongan atasan yang berpendapatan tinggi mempunyai keupayaan kewangan untuk menikmati akses kepada pelbagai pilihan dan peluang pendidikan sedia ada sama ada dalam atau luar negara.
Contohnya, mereka yang berkemampuan dapat menyediakan guru tuisyen untuk anak mereka di rumah, menyediakan kemudahan lain kepada anak mereka.

PERSEKITARAN
suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal rumah dan keadaan persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan. Struktur keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes penceraian

Kekurangan kemudahan asas di sekolah mewujudkan ketaksamaan peluang pendidikan.


SKM(sekolah kekurangan murid) berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Penempatan guru di SKM juga sukar kerana kebanyakannya berada di pedalaman.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Jurang digital berlaku kerana kelas sosial mereka yang berada dapat menyediakan pelbagai jenis peralatan seperti komputer, perisian komputer, ipad dan sebagainya untuk mengakses maklumat dan bahan bantuan pembelajaran daripada alam maya dengan cepat dan pantas

Hal ini berkait rapat dengan peluang pendidikan, di mana akses melalui internet dapat menyediakan skop tanpa sempadan untuk pelajar daripada kelas sosial tinggi bagi merebut peluang pendidikan dab menguasai pembelajaran. Berbeza dengan golongan yang berada di dalam kelas sosial yang rendah.

CABARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)


Memberi kemudahan infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah.

Pembestarian sekolah : melengkapkan sekolah luar bandar dengan makmal komputer dan perkakasan yang mencukupi.

Memberi rangkaian akses jalur lebar SchoolNet.

PROGRAM BANTUAN KPM

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAMP)

Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid

Jaket Keselamatan

Elaun Pelajar Kurang Upaya

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

Skim Baucer Tuisyen (SBT)

Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Biasiswa Kelas Persediaan Universiti

Asrama Harian

JANTINA

Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki memilih mata pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelelakian. Pemilihan ini secara tidak langsung menjadikan ketaksamaan pendidikan terus ketara dalam masyarakat.

Pada zaman penjajah : Peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. Golongan wanita seolah-olah dinafikan peluang untuk menerima pendidikan pada ketika itu.

Kedua-dua jantina ini perbeza dari segi status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri fizikal.

Kajian penyelidik tempatan dan luar negara mengenai segregasi pekerjaan mengikut gender dengan menjurus kepada aspek pendidikan adalah seperti berikut :

Kadar pencapaian murid perempuan di peringkat tertiari telah meningkat daripada 0.5 peratus (1970) kepada 4.9 peratus (1991)

Manakala murid lelaki adalah daripada 1.2 peratus kepada 6.0 peratus pada tahun yang sama.

Peningkatan pencapaian dalam pendidikan formal telah mempengaruhi kadar penglibatan guna tenaga.

PENYELIDIKAN
Siti Rohani Yahya (1989 & 1998) melihat secara makro penglibatan tenaga kerja wanita dalam proses pembangunan. Menurut beliau terdapat tiga faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan status ekonomi wanita. a) Kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara lelaki dan wanita. b) Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian c) Pelaksanaan DEB (19711990) Aminah Ahmad (2000) menyatakan penglibatan wanita dalam bidang pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segrasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, terutamanya di sekolah vokasional dan teknik juga di institusi pengajian tinggi, khususnya di politeknik. Hasil daripada pemerhatian menunjukkan golongan perempuan memonopoli ruang dan peluang untuk berjaya.

Ketiadaan keselamata n dalam kalangan wanita.

ASPEK-ASPEK KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN


Bias jantina dalam buku teks dan bahan pengajaran Ulang-alik ke sekolah

Bagaimanakah cara untuk mengimbangi ketaksamaan peluang pendidikan?

Perubahan dalam amalan pedagogi

Penaksiran dapat membantu menambahbaik kualiti pendidikan

Perubahan proses pengajaran dan pembelajaran perlu berlaku dengan berkesan dan refleks kepekaan terhadap jantina di dalam bilik darjah. Perubahan tingkah laku guru di dalam bilik darjah serta mentransformasikan sikap dan perspektif guru perlu dilakukan.
Contohnya memupuk pemikiran guru yang peka terhadap jantina.

Guru perlu dilatih untuk menggunakan penaksiran formatif secara berterusan bagi memantau dan menyokog pembelajaran murid.

Intervensi dalam pengujian dan penaksiran dalam ketaksamaan dari segi jantina :

Pelbagaikan jenis soalan (puisi, gambar rajah, carta, jadual) apabila menggubal item ujian, peperiksaan dan penaksiran untuk memberi respons terhadap kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar.

Gunakan pelbagai jenis soalan (aneka pilihan, esei, jawapan pendek) dan mengimbangkan item ujian untuk memastikan pelajar pelbagai gaya pembelajaran mempunyai peluang yang sama untuk berjaya.

Imbangkan kaedah-kaedah penaksiran dalam kelas untuk menilai tugasan individu dan kumpulan dengan menggunakan alat lisan dan bertulis seperti ujian kertas dan pensil atau penaksiran prestasi.

Semak semula ujian, peperiksaan dan penaksiran untuk menentukan sama ada contoh dan bahasa yang digunakan bebas daripada memihak kepada satu jantina sahaja.

VIDEO 1

KUMPULAN MINORITI
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga, kumpulan minoriti dapat ditakrifkan sebagai golongan kecil orang yang sama keturunan, agama, budaya dan sebagainya yang tinggal di sebuah tempat yang

majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama dan sebagainya.


Faktor geografi mempengaruhi sesebuah kumpulan minoriti itu, contohnya masyarakat pedalaman kaum asli dan kumpulan etnik

Sabah dan Sarawak yang menyebabkan mereka terpinggir dalam


pelbagai perkara.

KUMPULAN MINORITI
Kelainan ciri dari segi fizikal, budaya, ekonomi dan tingkah laku mereka juga menyebabkan mereka terus ketinggalan dalam arus kemodenan negara. Kumpulan ini juga turut kekurangan dari segi perhubungan dan

pengangkutan, infrastruktur, kemudahan asas dan kelengkapan


sekolah. Terdapat juga kumpulan minorirti di sekolah yang boleh

diklasifikasikan mengikut kategori tertentu :


1. Kumpulan minoriti yang bersifat negatif. 2. Kumpulan minoriti yang bersifat positif.

Kumpulan Minoriti Yang Bersifat Negatif

Mereka terdiri daripada mereka yang suka membuat masalah disiplin di sekolah. Masalah disiplin yang serius mampu menggugat keharmonian

disiplin di sekolah dan mengurangkan tumpuan mereka kepada


pelajaran. Pihak sekolah sekolah perlu menyediakan pelbagai alternatif

kepada mereka supaya mereka tidak terus mengalami keciciran


dalam proses pembelajaran di sekolah.

Kumpulan Minoriti Yang Bersifat Positif


Mereka terdiri daripada mereka yang tidak melakukan banyak masalah disiplin di sekolah tetapi jarang diberi perhatian oleh pihak sekolah. Masalah disiplin yang serius mampu menggugat keharmonian disiplin di sekolah dan mengurangkan tumpuan mereka kepada pelajaran. Pihak sekolah sekolah perlu menyediakan pelbagai alternatif kepada mereka supaya mereka dapat menunjukkan kebolehan dan bakat mereka.

MURID BERKEPERLUAN KHAS


Menurut Dr. Chua Tee Tee, satu program khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi jasmani, emosi dan intelek

Mereka empunyai kecerdasan yang amat rendah atau


kebolehan mental yang lebih tinggi. Persekitaran yang kurang yang kurang mesra menyebabkan golongan ini tertinggal.

MURID BERKEPERLUAN KHAS


Mereka mengalami kecelaruan tingkah laku, tingkah laku terbias, tingkah laku bersifat pengongkongan dalaman, mengalami ketidakmatangan yang sangat ketara. Golongan ini mesti diberi peluang supaya tidak tertinggal dalam arus pendidikan nasional. Melalui Akta Pendidikan Khas 1966 memberi kuasa kepada KPM menyediakan pendidikan yang sesuai untuk golongan ini

KATEGORI KANAK KANAK ISTIMEWA YANG MEMERLUKAN PENDIDIKAN KHAS

Kerencatan Mental

Pintar Cerdas

Bermasalah Pembelajaran

Cacat Fizikal

Kecelaruan Tingkah Laku

Cacat Penglihatan

Cacat Pendengaran & Masalah Komunikasi

KERENCATAN AKAL
Kerencatan akal merupakan salah satu keadaan di mana seseorang individu tidak dapat mengawal atau menggunakan sebahagian otot tubuh dalam keadaan yang normal. Hal ini berlaku disebabkan oleh berlaku kerosakan pada bahagian otak. Terencat akal terbahagi kepada 3 kategori: 1) Ringan skor IQ 50 hingga 75 2) Sederhana skor IQ 30 hingga 50

3) Teruk skor IQ 30 ke bawah


Murid-murid terencat akal ialah murid-murid yang inteleknya berfungsi di bawah tahap murid normal.

CIRI CIRI
Kognitif : Ingatan kerap terlupa Generalisasi kebolehan sesuatu perkara dan digunakan pada

situasi yang lain.


Metakognisi Kesukaran menyelesaikan sesuatu masalah Motivasi tahap motivasi yang rendah dan mudah putus asa Bahasa lewat dalam perkembangan bahasa

CIRI CIRI
Pencapaian akademik yang rendah. Kesukaran dalam hubungan sosial. Kebiasaannya mereka kurang diterima oleh rakan sebaya kerana berkelakuan tidak

matang.
Mempunyai tingkah laku yang khusus seperti mahukan ganjaran tertentu, menarik rambut, menggigit atau tabiat suka mencederakan diri.

BERMASALAH PEMBELAJARAN
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Murid-murid ini juga mempunyai keistimewaan yang berbeza dari segi

bakat, kebolehan dan kemampuan, seterusnya memerlukan program


pendidikan khas untuk mengoptimakan potensi mereka. Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik.

JENIS JENIS MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN


Sindrom Down Hiperaktif

Autisme

Spina Bifida

Disleksia

Palsi Serebral

CIRI CIRI
Ciri - ciri fizikal 1. Bentuk badan, berat badan, dan koordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Ciri - ciri sosial

1. Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsifungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam pembelajaran di sekolah.

2. Kesedian belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanakkanak Bermasalah Pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun lebih.

CIRI CIRI
Ciri ciri sosial & peribadi 1. Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu 2. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-

ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka


berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. 3. Sikap dan nilai sosial mereka tidak selaras dengan tingkahlaku

kanak-kanak biasa
4. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

KECELARUAN TINGKAH LAKU

Tingkah laku bermasalah pula, Mohd.Nazar Mohamad (1990), mentakrifkannya sebagai tingkah laku yang mengganggu

perjalanan kehidupannya.
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam bilik darjah.

Ciri ciri bagi individu yang mengalami masalah


tingkahlaku ialah seperti, sering bergaduh,tidak boleh duduk kecewa, berbohong, kabut,agresif diam, memusnahkan pemalu, harta benda, kelas, takut mudah kerap terhadap mencuri, ponteng mudah

sesuatu, melakukan

kerja tergesa gesa/kelam

PINTAR CERDAS
Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), kanakkanak pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai interaksi tiga kelompok sifat manusia iaitu kebolehan intelek umum yang atas purata (murid yang mempunyai IQ melebihi 120 dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar cerdas), aras yang

tinggi dalam tanggungjawab kepada tugas dan aras kreativiti


yang tinggi.

CIRI CIRI
Ciri ciri positif 1. Mereka dapat mempelajari sesuatu perkara dengan cepat. 2. Mereka mempunyai tahap imaginasi yang tinggi 3. Mempunyai kemahuan untuk mencapai yang terbaik. Ciri ciri negatif 1. Mudah berasa bosan jika diberi tugasan yang sama sahaja. 2. Boleh terlalu bersikap autokratik 3. Boleh menjadi terlalu mengarah dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.

CACAT FIZIKAL
Masalah fizikal atau anggota melibatkan keadaan jasmani seseorang yang mengganggu fungsi kehidupan sehariannya. Ciri-ciri (pergerakan motor kecil): 1. Pembentukan koordinasi tangan dan jari yang tidak sempurna 2. Sukar mengangkat objek-objek kecil 3. Sukar melukis atau menulis Ciri-ciri (pergerakan motor besar): 1. Kerap tersandung dan terjatuh

2. Sukar berjalan, berlari, melompat atau memanjat


3. Sukar mengimbang badan 4. Sukar melantun, menangkap atau membaling bola 5. Mungkin tidak upaya melepaskan sesuatu objek

CACAT PENGLIHATAN

Masalah penglihatan merujuk kepada keadaan masalah yang melibatkan fungsi sebagai deria penglihatan. Ciri cirinya ialah; 1. Kesulitan dalam visual memori 2. Lambat dalam memulai pembacaan 3. Kesulitan dalam mengucapkan suku kata

CACAT PENDENGARAN & MASALAH KOMUNIKASI


Masalah pendengaran adalah tidak lebih daripada ketidakupayaan untuk mendengar malah untuk berkomunikasi juga. Menurut Bee(2007),individu bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadap kesukaran untuk mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas. Perkembangan bahasa - belajar bahasa dengan melihat - lemah dalam percakapan, bacaan, kefahaman dan penulisan walaupun menguasai bahasa isyarat dengan baik - Biasanya faham konsep tunggal

Perkembangan Intelek - tanpa kecacatan lain, intelek adalah normal - proses berfikir sama dengan individu biasa

Perkembangan sosial
- sangat bergantung kepada orang - sangat rapat sesama rakan sendiri

- kurang matang: malu, kurang pendedahan kepada peranan seks bagi


yang kehilangan pendengaran yang serius, lebih masalah emosi semasa remaja

VIDEO 2

Murid peribumi Murid orang asli

ISU ISU KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Murid di pedalaman

Masyarakat orang asli

Menurut Noriati A. Rashid dalam budaya dan pembelajaran (2011) menjelaskan masyarakat orang asli ini sebagai satu komuniti kecil di Malaysia dan merupakan penduduk peribumi di negara ini. Orang asli merupakan masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza- beza di dalam atau di pinggir hutan

Bagaimana untuk mentakrif seseorang sebagai orang Asli?

Mana mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik orang Asli dan mengikut cara hidup orang asli dan adat kepercayaan orang Asli

Orang yang telah diambil sebagai anak angkat oleh kaum orang Asli dan mengamalkan cara hidup orang Asli

Anak daripada mana mana penyatuan antara seorang perempuan orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum yang lain dengan syarat anak tersebut bercakap dan mengamalkan adat dan kepercayaan orang Asli

Mana mana orang Asli yang telah memeluk agama lain tetapi masih mengikut cara hidup orang Asli.

Isu Ketaksamaan Pendidikan Orang Asli

Infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka

Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan masih tidak diadakan

Di sekolah, bekalan elektrik tidak mencukupi, prasarana seperti kipas, bilik darjah yang selesa dan kondusif tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat orang Asli

Sikap tidak ambil berat ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan

Sebab utama ketidakhadiran murid orang asli ke sekolah dan kadar keciciran yang tinggi dalam pendidikan disebabkan oleh sikap ibu bapa yang memandang remeh terhadap pendidikan . Apabila anak perempuan berumur 10 atau 11 tahun, mereka

diminta berada di rumah membuat kerja rumah manakala anak


lelaki akan mengikut bapa ke laut menangkap ikan.

Golongan orang Asli yang berprestasi tinggi amat kurang dalam kalangan mereka

Tiada sifat persaingan yang sihat dalam aspek kemajuan pendidikan dalam masyarakat orang Asli. Orang Asli ini kurang maju dalam semua aspek sama ada sosioekonomi mahupun ekonomi. t

Orang Asli ini agak ketinggalan dalam bidang akademik

Dikaitkan dengan latar belakang akademik mereka yang rendah Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli masih berada dalam tahap yang rendah di mana kecicicran yang dicatatkan pada 1998 adalah 45.8% dan kadar buta huruf adalah 49.2% (Kadar Nasional 6.4%). menghadapi masalah dalam bidang perniagaan menyebabkan mereka sukar untuk berurus niaga hasil hasil hutan dan pertanian mereka Tidak mendapat pulangan yang lumayan

Minat belajar yang kurang mempunyai kaitan dengan ciri-ciri umum orang Asli

Perwatakan orang Asli ialah pemalu, rendah diri, pasif, tidak suka dipaksa untuk melakukan sesuatu, sensitif, suka kebebasan bergerak, suka melakukan aktiviti fizikal, tidak suka bersaing secara individu dan suka bekerja secara kumpulan Kurang berdaya tahan secara mental dan mempunyai daya ingatan yang singkat Cepat berasa jemu dan hilang minat untuk belajar

Kesukaran dalam memahami isi pelajaran yang diajarkan

Kurikulum yang sama seperti aliran perdana Pelajaran diajar dalam bahasa kebangsaan bukan bahasa ibunda Beranggapan bahawa bahan pengajaran dalam kurikulum tidak berkaitan dan tidak bermakna dalam kehidupan seharian mereka. Lebih mengutamakan peristiwa peristiwa di kampung dan gaya kehidupan yang memberi hak kebebasan yang banyak kepada anak anak mereka.

Jarak sekolah yang jauh dari tempat tinggal

Mereka tinggal begitu jauh di pedalaman dan akan mendatangkan masalah kepada mereka untuk ke sekolah Masalah sistem pengangkutan seperti jalan raya yang tidak sempurna dan kurangnya kemudahan asas serta keadaan persekitaran yang tidak selesa untuk belajar menyumbang kepada keciciran dalam pembelajaran

Ibu bapa orang Asli yang miskin dan tidak berkemampuan

Tidak dapat menyediakan suasana pembelajaran yang baik dan makanan yang seimbang untuk anak anak mereka Ibu bapa yang tidak berpendidikan dan kurang berupaya memberikan bimbingan kepada anak anak mereka berkaitan dengan pelajaran

Orang asli tidak dapat melihat hubungkait antara pelajaran dengan kehidupan seharian

Lebih suka membantu keluarga daripda belajar demi

memperoleh pendapatan yang lebih lumayan.


Mereka hanya memandang kepada rancangan status sosioekonomi jangka pendek sahaja

Masyarakat indigenous merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggal jauh di pedalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan luar

Indigenous

Indigenous merujuk Penduduk Pribumi di pedalaman Sabah dan Sarawak

Isu ketaksamaan pendidikan masyarakat indigenous

Masyarakat Indigenous masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang kepada Budaya hidup tradisional mereka (Indigenous Learning). Sistem belajar Asli memiliki banyak aspek positif, antaranya ialah mempertahankan nilai-nilai Budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Sistem belajar Asli secara turun-temurun diwarisi masyarakat indigenous tradisional merupakan potensi sangat berharga

Penyataan sistem pendidikan nasional kurang memperhatikan kesinambungan antara kesinambungan kurikulum sekolah dengan budaya belajar yang mewarnai masyarakat tradisional Sistem belajar asli masyarakat indigenous tradisional yang

berpandukan pengalaman merupakan proses pendidikan yang


manusiawi Ini kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengan kudrat dan perkembangan manusia

Lokasi Tempat Tinggal

Lokasi tempat tinggal masyarakat ini yang agak terpencil menyebabkan kurang pendedahan terhadap arus perubahan dalam bidang pendidikan Masih terikat kepada budaya kehidupan tradisional dan kurang dapat menerima perubahan yang pesat melanda dunia pendidikan

Jurang digital

Kemudahan asas dan infrastruktur di sekolah yang serba kekurangan merupakan faktor utama kumpulan indigenous ini agak jauh ketinggalan dalam pendidikan

Isu ketaksamaan pendidikan masyarakat pedalaman

Kekurangan guru terlatih masih wujud di sekolah rendah


Kekurangan guru dalam bidang kritikal seperti sains, Matematik,dan Bahasa Inggeris Kurangya guru berkelayakan untuk pendidikan khas. Kekurangan guru lelaki yang berkelayakan mengikut opsyen ditempatkan di pedalaman menimbulkan masalah pengendalian aktiviti kokurikulum

Jurang digital
Wujud perbezaan dari segi akses kepada kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) di kawasan pedalaman dan penguasaan kemahiran TMK dalam kalangan murid dan guru Kekurangan kemudahan asas seperti infrastruktur dan bekalan elektrik serta talian telefon akan menyulitkan rangkaian telekomunikasi Schoolnet sampai ke sekolah pedalaman.

Sekolah Kurang Murid (SKM)


SKM merupakan isu di kawasan pedalaman yakni pada tahun 2000 terdapat 2,235 buah sekolah kurang murid iaitu 723 buah di Sarawak dan 364 di Sabah dan 1,148 buah di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan sekolah ini mempunyai bangunan yang daif dan kekurangan kelengkapan asas pembelajaran.

Jurang pencapaian murid


Kurangnya motivasi untuk belajar dan tiada daya saing kerana bilangan murid yang sedikit Ini ditokok tambah dengan status sosioekonomi yang rendah dan ibu bapa yang berpendapatan rendah ini tidak mampu untuk memberikan kelengkapan asas dalam pelajaran kepada anak anak mereka. Kurangnya minat untuk belajar belajar dalam kalangan murid kerana tiada penekanan diberikan oleh ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan.

Rumusan
Ketaksamaan peluang pendidikan merupakan isu yang telah diperbincangkan. Ketaksamaan dalam pendidikan amat ketara dalam unsur unsur kelas sosial, jantina serta kumpulan etnik yang lain disebabkan oleh faktor geografi, taraf sosioekonomi dan pegangan budaya tradisional Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan beberapa usaha bagi merapatkan jurang dalam peluang pendidikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

RUJUKAN
Syed Ismail Syed Mustaffa & Ahmad Subki Miskon (2012). Budaya Dan Pembelajaran. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Lisa Zadora (2012, 07. 03). Murid murid bermasalah pembelajaran. Dilayari pada 15.01.2014, daripada http://lisazadora.blogspot.com/2012/07/murid-muridbermasalah-pembelajaran.html. Kanak Kanak Pintar Cerdas. Dilayari pada 15.01.2014, daripada http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH%2010%20KanakKanak%20Pintar%20Cerdas.pdf. Kecacatan Deria : Masalah Pendengaran. Dilayari pada 15.01.2014, daripada http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH%208%20KanakKanak%20Bermasalah%20Pendengaran.pdf.

Anda mungkin juga menyukai