Anda di halaman 1dari 16

IPG KAMPUS DARULAMAN

“ Sinar Ilmu di Utara”


1.0 : PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan ‘kemahiran’ bermaksud


kepandaian atau kecekapan seseorang individu. Manakala ‘berbahasa’ pula membawa
maksud mempunyai bahasa , menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa. Maka
definisi Kemahiran Berbahasa boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebolehan atau kepandaian
seseorang individu itu berbahasa (bertutur) dalam suatu bahasa.Kemahiran berbahasa juga
merupakan satu kemahiran atau kecekapan seseorang untuk menerima dan mentafsir
maklumat melalu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan. Lazimnya seseorang
yang mahir berbahasa ialah orang yang pendengaran dan pertuturannya baik.

Kemahiran merupakan kebolehan semulajadi yang diperolehi oleh manusia yang


menjadikan ianya pintar, pandai dan cekap dalam melakukan sesuatu. Tahap penguasaan
kemahiran bergantung kepada sejauh mana seseorang itu melatih dirinya sehingga ke tahap
maksimum. Berbahasa pula ialah berasal daripada kata akar bahasa yang bermaksud sistem
yang teratur berupa lambang – lambang bunyi yang digunakan untuk mengekspresikan sesuatu
perasaan dan fikiran bahasa tersebut.Kemahiran berbahasa merupakan satu cabang ilmu
dalam skop bahasa yang meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada individu yang ingin menguasai bahasa baku.

Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan
pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Guru perlu kreatif dalam menarik
perhatian murid – murid agar ilmu yang disampaikan berkesan. Kemahiran berbahasa terbahagi
kepada dua iaitu kemahiran bukan lisan seperti membaca dan menulis dan kemahiran lisan
melibatkan dua komponen asas seperti mendengar dan bertutur.

1
IPG KAMPUS DARULAMAN
“ Sinar Ilmu di Utara”
2.0 : KEMAHIRAN MENULIS

Definisi

Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau


sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. Namun
begitu, definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal.

Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), ialah
mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam,kapur , pensel dan lain-lain.
Di samping itu, menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan
catatan yang memakai huruf, membuat surat atau mengarang.

Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, “Menulis adalah keperluan
peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk
kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.”

Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur


berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.
Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping
sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.

2
IPG KAMPUS DARULAMAN
“ Sinar Ilmu di Utara”
Konsep

Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau
maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa,
audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan
secara lebih menyeluruh.

Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu
membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam suasana
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana
tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah
fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya
mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga
sebaliknya.

Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah


sifatnya malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada
dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah
pandai menulis ketika masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka menulis
mereka juga membaca.

3
IPG KAMPUS DARULAMAN
“ Sinar Ilmu di Utara”
3.0 : PENILAIAN DALAM KEMAHIRAN MENULIS

Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan
peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek
pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses ata prosedur
yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran, yang bertujuan
untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Penilaian Kemahiran Menulis dan Mengarang - Penilaian pada tahap ini lebih
menekankan aspek kebolehan murid membina ayat-ayat yang gramatis, menggunakan kosa
kata dalam konteks ayat dan menyampaikan buah fikiran dalam bentuk wacana yang utuh ,
jelas dan mudah difahami.

Pada peringkat sekolah rendah penilaian terhadap kemahiran mengarang ini


dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu :-

1. Sebelum murid boleh mengarang secara bebas – penilaian boleh dibuat terhadap
kebolehan murid mengarang secara berpandu dengan menggunakan teknik berikut :
Menyambung beberapa ayat untuk membentuk ayat yang lebih kompleks , Meluaskan
ayat dengan menambahkan keterangan kepada komponen-komponennya ,
Melengkapkan ayat , Membuat ayat daripada perkataan-perkataan yang baru dipelajari,
menyusun semula perkataan untuk membentuk ayat yang gramatis, Menulis cerita
berdasarkan gambar tunggal, bersiri , Menyususn semula ayat-ayat sebuah cerita
supaya betul urutan logiknya, Menulis karangan pendek bedasarkan soalan-soalan yang
disediakan berkaitan sesuatu tajuk, Mengisi borang , Menulis surat kiriman, Menjawab
soalan secara bertulis , Membina soalan kefahaman daipada teks, Meringkas karangan,
Menulis karangan berdasarkan isi yang disediakan.

2. Peringkas menulis karangan secara bebas – penilaian karangan pada peringkat ini
dengan menilai penulisan pelbagai jenis karangan murid seperti – menulis karangan
secara bebas berdasarkan tajuk , Menulis surat kiriman rasmi / tidak rasmi , Menulis
laporan, Menulis kad-kad ucapan, Menulis teks ucapan , Menulis cerita, Mencipta puisi
dan lain – lain.

4
IPG KAMPUS DARULAMAN
“ Sinar Ilmu di Utara”
Pemarkahan Ujian Menulis dan Mengarang – Terdapat 2 cara pemarkahan karangan
iaitu pemarkahan secara analitikal ( terperinci ) dan secara holistik ( keseluruhan ) .

Pemarkahan secara analitikal dibuat dengan menentukan aspek-aspek yang hendak


dinilai akan ditentukan dan diperuntukkan markahnya, penolakan markah dan jenis-jenis
kesalahan yang akan ditolak markah – Isi 25% , Bahasa 15% , Gaya / penyampaian 10%.

Pemarkahan secara holistik / keseluruhan bermakna sesebuah karangan itu dinilai


berdasarkan kesan keseluruhan kepada pemeriksa seperti jika karangan itu tidak banyak
kesalahan bahasa, menarik penyampaiannya, perbendaharaan katanya luas, maka karangan
seperti ini memberikan ’impression” yang baik dan dapat diberikan gred cemerlang. Unsur-
unsur bahasa atau penulisan tidak diperincikan secara khusus kerana apa yang dinilai ialah
mutu keseluruhan karangan itu – namun demikian dalam mempertimbangkan markah semua
aspek isi , bahasa dan penyampaian , tatabahasa mesti diambil kira dan ciri-ciri karangan pada
tahap cemerlang, sederhana, lemah mesti ditentukan terlebih dahulu sebagai panduan / model
karangan contoh.

Prosedur penilaian ini secara ringkasnya boleh dilaksanakan dalam lima peringkat:
a) Peringkat persediaan ujian

b) Peringkat pentadbiran ujian

c) Peringkat pemeriksaan dan pengukuran

d) Peringkat analisis

e) Peringkat interprestasi dan tindakan

5
IPG KAMPUS DARULAMAN
“ Sinar Ilmu di Utara”
Langkah-Langkah Pengujian dan Penilaian Dalam Bilik Darjah

1 – Menetukan objektif ujian – melibatkan bidang kemahiran yang hendak diuji seperti peringkat
kognatif, efektif dan psikomotor ) , aspek sistem bahasa yang hendak diuji, kemahiran / sub
kemahiran yang hendak diuji ( Lisan , Membaca , Menulis ) – mesti selaras dengan objektif
pengajaran dan sukatan pelajaran.

2 – Menentukan cara pengujian dan penilaian –sama ada secara formal atau tidak formal ,
bertulis atau tidak bertulis , pemerhatian , soal jawab dll , bentuk sumatif atau formatif.

3 – Menentukan jenis ujian sama ada subjektif atau objektif , jumlah soalan , masa ujian berapa
lama dsbnya.

4 – Menyediakan JSU – menetapkan kemahiran , aras , kandungan aspek bahasa ,


pemberatan, selaras dengan objektif dan matlamat sukatan.

5 – Menggubal / membina soalan berdasarkan JSU – Draf , semak , susun , perbetulkan dan
semakan akhir.

6 – Pentadbiran Ujian – Masa ujian , tempat, peralatan dan pengawasan.

7 – Memeriksa , memberi markah / gred , menyediakan laporan.

8 – Tindakan susulan – membaiki strategi P & P , memberi fokus individu, mengelompokkan


murid – fokus kepada usaha memperbaiki kelemahan murid

9 – Analisis Item –menentukan aras kesukaran item, menentukan indeks diskriminasi dan kenal
pasti soalan yang lemah serta perbaikinya.

6
IPG KAMPUS DARULAMAN
“ Sinar Ilmu di Utara”
Aspek – Aspek Penilaian Kemahiran Menulis

Menurut Kamarudin Husin (1997), aspek-aspek yang boleh dinilai dalam kemahiran menulis
adalah seperti berikut:

(i) Penggunaan bahasa - aspek tatabahasa.

Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam
pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem
yang betul semasa membina ayat.

(ii) Aspek mekanikal - pemerengganan, tanda baca, dan sebagainya.

Pemerengganan - pada kebiasaanya, karangan mengandungi 5 perenggan, iaitu satu


perenggan pengenalan, 3 perenggan isi dan satu perenggan untuk penutup. Elakkan
daripada mencampur adukkan lebih daripada satu isi dalam satu perenggan.

Tanda baca – Penggunaan tanda baca haruslah tepat di dalam setiap penulisan
karangan. Noktah, koma, dan sebagainya haruslah digunakan dengan cara yang tepat.

(iii) Ketepatan dan kesinambungan isi - Kesesuaian dan huraian isi.

Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai tiga isi.
Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi
hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Huraian untuk
isi – isi hendaklah matang dan tepat serta berkait rapat dengan isi. Isi-isi itu dipecahkan
dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu
perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak
semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada
perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-
murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Huraian untuk isi – isi
hendaklah matang dan tepat serta berkait rapat dengan isi. Sebaiknya, setiap isi
hendaklah disertai dengan dua huraian dan satu contoh. Elakkkan daripada mengu;langi
huraian yang sama.

7
IPG KAMPUS DARULAMAN
“ Sinar Ilmu di Utara”

(iv) Gaya penulisan - penggunaan ungkapan/kosa kata menarik.

Gaya bahasa merupakan ungkapan kata-kata yang melibatkan pengolahan idea (Ismail
Ahmad, 1992; 2002) dan tidak hanya dibatasi oleh tatabahasa. Dalam keadaan
tertentu, bentuk dan jenis penulisan mempengaruhi gaya yang perlu digunakan dalam
penulisan tersebut. Bagi menghasilkan penulisan karangan jenis naratif yang baik,
pelajar bukan sahaja dituntut untuk mengolah sesuatu cerita dalam bentuk penulisan,
malah mampu menerbitkan ayat-ayat serta ungkapan yang menggunakan perkataan
dalam gaya bahasa yang indah dan menarik.

(v) Kemahiran mengolah 􀄃 menarik dan sesuai dengan pembaca sasaran.

Olahan aat hendaklah menarik dan gramtis. Hal ini bermaksud ayat tidak [perlulah
berjela – jela kerana lebih panjang kita tulis maka makin banyaklah kesalahan tatbahasa
yang kita dapat.

Aspek-aspek yang dinyatakan di atas boleh dilihat atau dinilai melalui aktiviti – aktiviti seperti
mencatat nota, mengembangkan maklumat, mengisi borang, menulis surat, menulis karangan
(pelbagai bentuk) dan menulis laporan.

Aspek Penilaian Dalam Kemahiran Menulis

Aspek terbahagi kepada 5 aspek iaitu ;

 Isi : Menggunakan dan menghuraikan isi yang telah diberikan secara menyeluruh dan
baik.
 Tanda baca : Pengunaan tanda baca yang sesuai dalam penulisan karangan, noktah,
koma, tanda tana dan sebagainya.
 Struktur ayat : Penyusunan ayat yang mantap dan tepat. Ayat tidaklah terlampau
tunggang langgang dan mudah untuk difahami oleh penyemak.
 Ejaan : Tidak atau kurang melakukan kesalahan ejaan.
 Pembendaharaan kata : Penggunaan ayat yang gramatis.
 Imbuhan : Penggunaan imbuhan yang tepat dan sesuai dengan dengan situasi yang
ingin dituils.

8
IPG KAMPUS DARULAMAN
“ Sinar Ilmu di Utara”
4.0 : INSTRUMEN PENILAIAN

Arahan : Tulis sebuah karangan yang bertajuk kesan pencemaran sungai berdasarkan
gambar dan isi yang telah diberikan. Panjang karangan anda hendklah 80 patah
perkataan hingga 120 patah perkataan.

KESAN – KESAN PENCEMARAN SUNGAI

Hidupan sungai akan pupus.

Sungai akan menjadi kotor

Keindanha alam akan terjejas.

( 25 Markah )

9
IPG KAMPUS DARULAMAN
“ Sinar Ilmu di Utara”
5.0 : RUBRIK PEMARKAHAN

Aspek yang dinilai dalam karangan ini ialah ;

o Isi dan Huraian – 10 markah


o Penggunaan Tanda Baca – 3 markah
o Penggunaan Imbuhan – 3 markah
o Struktur Ayat – 3 markah
o Ejaan – 3 markah
o Pembendaharaan Kata – 3 markah

10
IPG KAMPUS DARULAMAN
“ Sinar Ilmu di Utara”
Gred/Markah
Ciri-ciri dalam jawapan

Takrif yang tepat terhadap tajuk karangan yang dipilih.


Gred A

( 20 – 25 ) Bahasa lancar dan bersih daripada segala aspek kesalahan.

Terdapat keragaman struktur ayat dengan susunan yang sangat menarik.

Isinya cukup dan berkembang dengan contoh yang sesuai.

Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih masih tepat.


Gred B

(15 - 19 ) Isinya cukup dan pengolahan agak menarik.

Bahasa memuaskan. Keragaman struktur ayat agak sedikit.

Masih terdapat ciri-ciri kematangan fikiran dalam penulisan.

Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih kurang tepat.


Gred C

(10 - 14 ) Isinya kurang, ada yang sesuai dan ada yang tidak.

Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dapat dimaafkan.

Tiada keragaman struktur ayat. Kosa kata agak terhad.

Takrif terhadap tajuk karangan kurang difahami.


Gred D
(5-9) Isinya terpesong sipi. Pengolahannya agak lemah dan kurang teratur. Terdapat
beberapa kesalahan bahasa yang tidak dapat dimaafkan.

Penguasaan bahasa dan kosa kata kurang cekap.

Takrif terhadap tajuk karangan tidak difahami langsung.


Gred E

(0-4) Isinya terpesong sama sekali. Pengolahannya tidak teratur.

Penguasaan bahasanya lemah dengan susunan ayat yang kelam kabut dan
kesalahan kosa kata yang banyak.

Jadual 1 :Rubrik Untuk Markah Keseluruhan

11
IPG KAMPUS DARULAMAN
“ Sinar Ilmu di Utara”
Aspek Dinilai Cemelang Memuaskan Tidak Memuaskan
Isi dan Huraian ( 8 -10 ) (5-7) (1-4)

Isi yang bertepatan Isi agak bertepatan Isi yang bertepatan


dengan tajuk. dengan tajuk. dengan tajuk.
Isi yang mantap. Isi yang masih mantap. Isi yang kurang mantap.
Huraian betepatan Huraian agak betepatan Huraian kurang betepatan
dengan isi. dengan isi. dengan isi.
Huraian yang baik.. Huraian agak baik.. Huraian yang kurang
Dapat menghuraikan Dapat menghuraikan baik..
kesemua isi dengan baik. kesemua isi dengan agak Tidak menghuraikan
baik. kesemua isi dengan baik.
Tanda Baca 3 2 1

Penggunaan tanda baca Penggunaan tanda baca Penggunaan tanda baca


tepat. agak tepat. kurang tepat.
Penggunaan tanda baca Penggunaan tanda baca Penggunaan tanda baca
bertepatan dengan jenis agak bertepatan dengan kurang bertepatan
ayat. jenis ayat. dengan jenis ayat.
Penggunaan tanda baca Penggunaan tanda baca Penggunaan tanda baca
amat baik. agak baik. kurang baik.
Imbuhan 3 2 1

Dapat menggunakan Dapat menggunakan Dapat menggunakan


imbuhan yang baik dalam imbuhan yang agak baik imbuhan yang kurang
karangan. dalam karangan. baik dalam karangan.
Pengunaan imbuhan Pengunaan imbuhan Pengunaan imbuhan
yang sesuai mengikut yang agak sesuai yang kurang sesuai
situasi yang ingin mengikut situasi yang mengikut situasi yang
diceritakan. ingin diceritakan. ingin diceritakan.
Penggunaan imbuhan Penggunaan imbuhan Penggunaan imbuhan
yang sesuai dengan yang agak sesuai dengan yang kurang sesuai
peranannya untuk peranannya untuk dengan peranannya
perkatann selepas atau perkatann selepas atau untuk perkatann selepas
sebelumnya. sebelumnya. atau sebelumnya.

12
IPG KAMPUS DARULAMAN
“ Sinar Ilmu di Utara”
Aspek Dinilai Cemelang Memuaskan Tidak Memuaskan
Struktur Ayat 3 2 1

Penyusunan ayat yang Penyusunan ayat yang Penyusunan ayat yang


amat baik. agak baik. kurang baik.
Olahan ayat yang baik. Olahan ayat yang agak Olahan ayat yang kurang
Ayat mudah untuk baik. baik.
difahami. Ayat agak difahami. Ayat kurang difahami.

Ejaan 3 2 1

Ejaan yang betul bagi Ejaan masih ada yang Ejaan tidak betul bagi
perkataan. betul bagi perkataan. perkataan.
Terdapat tidak lebih dari 3 Kesalahan ejaan masih Keslahan ejaan tidak dpat
kesalahan ejaan. boleh dimaafkan lagi. dimaafkan laji.
Pembendahara 3 2 1
an Kata Penggunaan laras Penggunaan laras Penggunaan laras
bahasa yang tepat. bahasa yang agak tepat. bahasa yang kurang
Penggunaan penanda Penggunaan penanda tepat.
wacana yang tepat. wacana yang agak tepat. Penggunaan penanda
Banyak menggunakan Ada menggunakan wacana yang kurang
peribahasa atau simpulan peribahasa atau simpulan tepat.
bahasa dalam karangan. bahasa dalam karangan. Kurang @ tidak
Ayat yang gramatis. Ayat yang agak menggunakan peribahasa
gramatis. atau simpulan bahasa
dalam karangan.
Ayat yang kurang
gramatis.

Jadual 2 :Rubrik Untuk Markah Aspek

13
IPG KAMPUS DARULAMAN
“ Sinar Ilmu di Utara”
KESIMPULAN

Berbanding dengan butiran berbilang pilihan, butiran subjektif, khususnya karangan,


mudah digubal. Namun demikian penyediaan Peraturan Memberi Markah (PMM) dan usaha
memarkah butiran subjektif menuntut kesungguhan yang bukan kepalang. Pemeriksa mestilah
melaksanakan tugasnya secara profesional dan bersungguh-sungguh. Penguasaan yang
mendalam terhadap subjek yang diperiksa juga sangat dituntut. Pemeriksa terdedah kepada
tuduhan tidak adil jika gagal mengesan kesilapan calon atau menyalahkan sesuatu yang
sememangnya sudah betul.

Abu Bakar Nordin (1986: 220) menyarankan pemeriksa melakukan tugasnya semasa
fikiran tenteram dan di tempat yang sesuai. Namun demikian, jika masih terdengar rungutan
daripada calon setelah segala usaha dilakukan sebaik mungkin, pemeriksa boleh secara
bersahaja meluahkan rasa, "Memang sudah adat benda subjektif!"

14
IPG KAMPUS DARULAMAN
“ Sinar Ilmu di Utara”
RUJUKAN

Ilmiah

Abdul Aziz Abdul Talib, (1993). Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan Contoh.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Bakar Nordin, (1986). Asas Penilaian Pendidikan. Petaling Jaya: Longman.

Azman Wan Chik, (1994). Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu, Edisi Kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2011), Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu,
Multimedia Sdn. Bhd , Selangor, Darul Ehsan.

Husin Fateh Din & Nazariyah Sani (2012), Bahasa Melayu 2, Multimedia Sdn. Bhd , Selangor,
Darul Ehsan.

Internet

http://studentsrepo.um.edu.my/2450/2/BAB_1.pdf dilayari pada 03 Ogos 2014.


http://wajip.blogspot.com/2012/08/kemahiran-berbahasa-kemahiran-menulis.html dilayari pada
08 Ogos 2014
http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2009/08/jenis-jenis-instrumen-penilaian-yang.html
dilayari pada 15 Ogos 2014
http://ilmugemalasakti-emami.blogspot.com/2011/09/interaksi-minggu-9-penilaian-
kemahiran.html dilayari pada 18 Ogos 2014

15
IPG KAMPUS DARULAMAN
“ Sinar Ilmu di Utara”

16

Anda mungkin juga menyukai