Anda di halaman 1dari 38

WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

1











PENGENALAN

WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

2

PENGENALAN
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Seni Dalam Pendidikan lebih menegaskan kepada aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu
melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid
untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa
pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai
pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi,
imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas, kita mengetahui bahawa sendiri dalam
pendidikan amat penting diintegerasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Matlamat Seni Dalam Pendidikan
Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak
melalui peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk
melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa
kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang
terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang
holistik.
Matlamat mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi
Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif,
inovatif dan inventif.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

3

Seni dalam penidikan ini juga mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu
melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian
inilah perkembangan menyeuruh dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek akan berlaku.
Matlamat mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi
Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif,
inovatif dan inventif.Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap
Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta
dapat menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.Seni
dalam penidikan ini juga mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu melengkapkan
pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah
perkembangan menyeuruh dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek akan berlaku
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni
visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa
serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

4






TEORI
PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK

WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

5

TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Definisi Kanak-kanak
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti
yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.Jean Piaget, berasal dari Switzeland, ialah
seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan. Dari kajian dan pemerhatiannya,
Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah
melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat
peringkat ini sebagai Peringkat Deria Motor ( 0-2 tahun ), Peringkat Pra Operasi ( 2-7 tahun ),
Peringkat Operasi Konkrit ( 7-12 tahun ), dan Peringkat Operasi Formal ( selepas 12 tahun ).
Setiap peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor penting yang
mempengaruhi pembentukan konsep, sama ada konkrit atau abstrak.
Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Piaget (ahli epistemologi genetik di dalam bidang biologi dan falsafah) merumuskan bahawa
kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir, cuma kanak-kanak dewasa
mempunyai lebih pengalaman yang mengasah minda mereka. Jawapan kanak-kanak kecil
berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza.
Prinsip penyelidikan biologinya :-
(a) Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai (Accommodation)
Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam
menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan
akomodasi (accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri individu
dan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada
penyelesaian kepada ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif.
(b) Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki
Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema
fungsi yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada bayi ini berfungsi dalam membantu
menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru (daripada dunia janin ke dunia
sebenar). Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akan
digantikan dengan skema tersusun.
WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

6


Perkembangan Kebolehan Kognitif
(a) Peringkat Deria-Pergerakan (0-2 Tahun)
Kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasa untuk menamakan
objek di sekitarnya. Satu-satunya cara interaksi dengan persekitaran ialah melalui kesan
deria dan gerak-gerinya. Apabila umur bayi meningkat 10 bulan, bayi tersebut mula
memahami konsep kekal (permanence) iaitu kesedaran bahawa walaupun sesuatu
objek hilang daripada pandangannya, objek tersebut tidak ghaib begitu sahaja.
(b) Peringkat Pra-olahan (2 6 Tahun)
Di peringkat ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan nama
untuk panggilan objek di sekelilingnya. Walaupun begitu, penguasaan ini masih baru
dan terbatas dan akan berkembang sepenuhnya sehinggalah kanak-kanak tersebut
mencapai peringkat pengolahan formal.
(c) Peringkat Pengolahan Konkrit (7 11 Tahun)
Kebolehan kanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat
dan padatan. Kebolehan ini membantu mereka memahami konsep lain yang lebih rumit
seperti susunan angka, pengklasifikasian bahan mengikut sifat, serta kemampuan
melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif.
d) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)

Kanak-kanak ini mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental di penghujung zaman
remaja, namun kekurangan pengalaman mengehadkan pengetahuan dan kebolehan
mereka untuk menggunakan apa yang mereka tahu. Di peringkat ini juga,
perkembangan fizikal kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding perkembangan
mental apabila mereka mula melangkah ke awal alam remaja.


WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

7

Pendekatan Teori Sosial-Interaksi Piaget dalam Pembelajaran


(a) Peringkat Pra-olahan (2-6 Tahun)
Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat praolahan, iaitu apabila
kanak-kanak mencapai umur dua hingga enam tahun. Adalah penting bagi guru-guru
prasekolah ataupun ibu bapa menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi kerana
secara tidak langsung ia juga akan menggalakkan daya cipta kanak-kanak.
(b) Peringkat Pengolahan Konkrit
Di peringkat ini, kanak-kanak mempunyai kepetahan bercakap yang sangat tinggi dan
sentiasa ingin bertutur untuk menarik perhatian. Namun begitu, di dalam kelas yang
sama mungkin ada sebilangan kanak-kanak yang sangat petah bertutur dan sangat
aktif, manakala sebilangan lagi lebih suka mendiamkan diri.
(c) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)
Di peringkat ini, pelajar telah mula faham konsep-konsep abstrak dan mula membentuk
identiti diri. Mereka mula memahami kepentingan falsafah hidup dan prinsip, politik dan
konsep agama. Guru boleh membantu dengan mengadakan perbincangan dalam
topiktopik ini agar dapat dijadikan panduan oleh pelajar. Antara bentuk perbincangan
ialah membantu dalam menentukan hala tuju pelajar, persediaan yang perlu dilakukan
serta menetapkan matlamat.






WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

8

Seni Dalam Pendidikan dari Perspektif Teori Pembelajaran
Terdapat beberapa tokoh yang memberi pandangan yang menyokong bahawa Seni
Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan pandangan
daripada tokoh-tokoh:
Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam
Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea
secara bebas dan kreatif. Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam
Childrens Learning in Science Project (Needham, 1987). Model ini turut menggalakkan murid
bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid
meninjau semula idea asal mereka. Manakala, dalam fasa penstrukturan semula idea, guru
digalakan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka.
Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka.
Melalui cara tersebut, dipecayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah
diterima oleh mereka sekiranya, idea ini mudah difahami dan berguna.
Seterusnya adalah dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru
mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan
idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Iaitu, dalam fasa ini murid
bandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran
yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat
memperkembangkan kemahiran meta kognitif.
Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan
yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburandapat menangani masalah penyuburan
kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih
menyeluruh.
Howard Gardner (1983) pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis
kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
Hermann (1991) didalam Quadrant Concept yang menkaji perkembangan otak kanan
dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.
Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami
deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai penidikan
WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

9

kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran
muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan intrapersonal,praktik
dan estetika, holistic dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual.
Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan.
Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-
bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan.
Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di
sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri
sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek
menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif,
inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia
juga membantu perkembangan insane secara seimbang dan menyeluruh.

WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

10




KEPERLUAN SENI
KANAK-KANAK
DALAM
PERINGKAT
PERMULAAN
PROSES
PEMBELAJARAN

WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

11

KEPERLUAN SENI KANAK-KANAK DALAM PERINGKAT PERMULAAN PROSES
PEMBELAJARAN
Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan
kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah
untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,
berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni
yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan
yang lebih bersifat holistik.
Integrasi seni dalam pendidikan (merujuk kepada seni visual, muzik dan pergerakan) membawa
banyak faedah kepada murid dan juga guru. Antara kesan-kesan positif daripada ketiga-tiga
bidang seni yang dimaksudkan ialah:
Integrasi seni muzik dengan mata pelajaran lain membantu dalam mengimbangkan
perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini diakui oleh beberapa tokoh seni muzik seperti Emile
Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon yang
mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap
pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka
banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat,
pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir
dan penghayatan secara berperingkat atau sequential.
Aktiviti seni pergerakkan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi,
inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang
dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-
pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menakkul dan membuat pertimbangan-
pertimbangan rasional menganai apa yang hendak mereka lakukan.
Bidang seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan
murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan
setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Ini diakui oleh Brown (1980), yang
berpendapat bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat
lakaran dapat meningkatkan kebolehan-kebolehan murid dalam aspek yang disebutkan. Jika
kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan
berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.
WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

12

Seni dalam pendidikan berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa
serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Bagi guru pula, bidang seni dalam pendidikan akan memudahkan guru menyediakan
pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada murid. Guru juga lebih
mudah untuk merancang, mereka bentuk serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain.
Berdasarkan kepada kesan-kesan dan kepentingan yang diperolehi di atas, dapatlah
disimpulkan bahawa, seni dalam pendidikan ini banyak membantu mengembangkan pelbagai
potensi pelajar. Seni dalam pendidikan juga dapat membantu guru dalam menentukan jenis
kaedah pengajaran yang boleh digunakan di dalam kelas mengikut tahap penerimaan murid.
Sembilan Keinginan Asas Kanak-kanak
Setiap insan di dunia ini mempunyai keinginan, terutamanya kanak-kanak. Sebagai
guru, kita perlu memahami keinginan mereka dan memberi ruang kepada kita untuk mengatur
sesi pembelajaran serta pendekatan yang digunakan dengan cara yang lebih berkesan. Seni
Dalam Pendidikan merujuk kepada muzik, pergerakan dan seni visual. Salah satu cara untuk
memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu
membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.
Seni merupakan asas perembangan individu. Jika diajar dengan baik maka akan dapat
merangsang kepakaran deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanak-
kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang member
kesan kepada mereka. Ini akan membolehkan mereka menyentuh, merasa dan meneroka
melalui interaksi terhadap persekitaran.
Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang
merteka temui. Mereka boleh meluahkan idea dan perasaan mereka melalui aktiviti pendidikan
yang merupakan satu keperluan dan keinginan asas kepada setiap kanak-kanak. Berdasarkan
teori pembelajaran Maslow, pendidikan boleh diumpamakan berada di tahap fisiologi iaitu tahap
yang merupakan keperluan asas kepada kanak-kanak. Pendidikan perlu dipenuhi sebelum
manusia mencapai tahap kesempurnaan kendiri dan estetik. Ini bermakna pengajaran dan
WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

13

pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakat mana keperluan pelajar dapat
dipenuhi.
Sebagai seorang guru secara amnya dan sebagai seorang ibu atau secara khususnya
kita hendaklah membantu kanak-kanak dalam memperkembangkan kebolehan kreatif dan
imaginatif kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, kita perlu memahami naluri semulajadi kanak-
kanak dan keinginan asas mereka bersesuaian dengan kecenderungan dan peringkat
umur. Dauer dan Pangrazi (1983: 11-12) telah mengenalpasti sembilan keinginan asas kanak-
kanak antaranya:
1) Keinginan untuk bergerak
Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang
kegiatan fizikal. Dari aspek perkembangan fizikal, Froebel menyatakan permainan biasanya
melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat denganperkembangan kanak-kanak dari aspek
motor kasar dan motor halus.Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting
dalampendidikan awal kanak-kanak. Komponen perkembangan fizikal memberi fokus kepada
empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar,
kesihatan dan keselamatan. Kenyataan Froebel ini adalah selaras dengan pendapat Schmidt
(1982) dalam Ernie Suliana (2008), yang menyatakan psikomotor merupakan satu proses
gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau pergerakan yang
kekal, iaitu pembelajaran yang telah berlaku berdasarkan maklum balas mengikut prestasi
pengetahuan (knowledge of performance) dan pengetahuan keputusan (knowledge of results).
Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang
telah dinyatakan. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan untuk
memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah:
i. Aspek Perkembangan Motor Kasar
Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif, pantas,
dan mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar
mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka sertamelicinkan perjalanan sistem
dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf. Misalnya, aktiviti bermain di padang
permainan, aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor,bergayut pada monkey bar,
bermain buaian dan sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.
WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

14

ii. Aspek Perkembangan Motor Halus
Kemahiran motor halus pula ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot
kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang
baik adalah amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada
kanak-kanak. Antara aktiviti dalam bentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu
perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kadberlubang,
menconteng kertas, melipat,mengoyak dan merenyukkertas, menguli doh dan lain-lain lagi.
Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau
keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Selain itu,
kinestetik juga merupakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh.
Kecerdasan kinestetik (Gardner 1993), merujuk kepada sensori badan terhadap pergerakan.
Antara kaedah yang sesuai untuk memproses idea baru ialah menghubungkan idea tersebut
dengan pengalaman yang lepas yang berkaitan pergerakkan badan. Contohnya, menulis
sesuatu perkataan dipapan putih dengan menggunakan pen maker adalah langkah yang terbaik
untuk memastikan seseorang itu lebih mengingat perkataan tersebut berbanding dengan
menggunakan kaedah mengeja. Menurut Howard Gardner, badan manusia bukan sejenis
mesin, amat berbeza daripada objek tiruan di dunia ini. Ia adalah saluran deria rasa seseorang
individu, perasaan peribadi dan cita-cita, dan tidak ketinggalan entiti dimana orang lain
bertindak balas secara unik berdasarkan kualiti kemanusiaan mereka yang tersendiri.
Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik adalah mereka yang
berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang cergas. Kebanyakan mereka juga mempunyai
kebolehan dalam menggunakan bahasa badan lebih suka kepada aktiviti tarian dan lakonan.
Kecerdasan kinestetik ini dapat dilatih dalam kalangan pelajar melalui aktiviti bersukan dan
aktiviti kesenian seperti latihan menari. Kecerdasan ini boleh dilatih kepada seseorang individu
daripada sejak kecil lagi. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan
utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional seperti pelakon, buruh binaan,
atlit, penari, guru tari, ahli terapi fizikal dan sebagainya.
2) Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf
Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan dihargai. Contohnya
mempamerkan sesuatu lukisan di dalam kelas, atau dicop bintang apabila menyelesaikan
sesuatu tugasan dalam buku aktiviti atau buku latihan.
WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

15

Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang membangkitkan
dan mengekalkan minat seseorang murid ke arah mencapai matlamat termasuk minat, sikap
dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka. Menurut Woolfolk (1990) motivasi atau kuasa
dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Oleh yang
demikian, emosi murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil
untuk meneruskan aktiviti dalam pembelajaran.
Guru boleh memberikan pujian dan galakan kepada murid untuk terus terlibat dalam aktiviti
di bilik darjah. Penghargaan yang bersesuaian dengan penglibatan haruslah diberikan kepada
setiap murid yang mengambil bahagian. Ganjaran dalam pelbagai bentuk seperti hadiah atau
token ekonomi turut boleh diberikan kepada murid. Bagi murid yang perlu ditegur atau didenda
pula, tindakan yang diambil seharusnya tidak menjejaskan emosi mereka. Peneguhan positif
penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas daripada murid. Peneguhan negatif yang
diberi boleh membawa kesan yang tidak menyeronokkan. Oleh yang demikian, diskriminasi
penting dalam pembelajaran untuk mencapai kejayaan.
3) Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat
Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang
lain. Contohnya memberanikan diri menyanyikan sesuatu lagu di di hadapan kawan-kawan di
sekolah atau memenangi tempat pertama dalam pertandingan bercerita, berpidato, Tilawah Al-
Quran dan sebagainya.
4) Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik
Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri
untuk menyesuaikan dirinya dengan masyarakat.
5) Keinginan untuk bersaing
Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal yang
setara dengan rakan-rakan sebaya.
6) Keinginan untuk meneroka
Mereka gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi
menyeronokkan.
7) Keinginan untuk pencapaian kreatif
WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

16

Kanak-kanak sangat gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif. Kanak-kanak di
sekolah rendah belajar dalam suasana aktif. Menurut ahli psikologi kognitif dan ahli teori
konstruktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh pengetahuan secara pasif. Mereka membina
pengatahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan. Kanak-
kanak akan mendapat pengalaman baharu melalui aktiviti meneroka, mengeksprimen, dan
mengolah objek atau bahan. Teori konstruktivisme berhubung rapat dengan perkembangan
kreatif dan keperluan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, melalui aktiviti seni kanak-kanak boleh meluahkan idea secara bebas
dan kreatif.
8) Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan
Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan
persekitaran mereka.
9) Keinginan untuk kefahaman
Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin
mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai
pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.


WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

17



KEBERKESANAN
KONSEP
PEMBELAJARAN
YANG
MELIBATKAN
ELEMEN SENI
DALAM
PENDIDIKAN

WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

18

KEBERKESANAN KONSEP PEMBELAJARAN YANG MELIBATKAN ELEMEN SENI
DALAM PENDIDIKAN
Pendidikan
Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai
3 R iaitu membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf Radalah satu kata yang
sesuaidigunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkintidak dalam Bahasa Melayu.Namun
begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atautidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan R
keempat atau literasi asasselain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam
Pendidikanmemainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan
pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan
Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti MataPelajaran Seni Dalam
Pendidikan ialah:
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan
berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakankapur dan papan tulis
sebagai media dalam penyampaian maklumat dapatmenjadikan murid berasa lebih seronok.
Selain itu, murid akan berasa lebihselesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang
diajar. Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan
perhubungansosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapatbertambah
mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut
membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk
mengikuti proses pembelajaran.
Memupuk Nilai Kerjasama
Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat
mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsurkerjasama. Aktiviti
berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk
mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksiyang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan
merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial
yang terjalin melaluideria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyaiasas yang boleh
menjalinperhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.
WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

19


Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas
Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuaidengan minat dan
kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi idealyang dapat memenuhi kedua-dua
matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dankeinginan diterima sebagai anggota kelompok.
Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang
sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan SeniDalam Pendidikan, keperluan untuk
belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja
mereka memersembahkanaktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan
murid dapat mewujudkansuasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa
guru danrakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkansebagai
penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belumdiketahui. Penerokaan
dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namunbegitu, proses ini memerlukan pelbagai
bahan dan kaedah. Pengalamanmeneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran.
Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan
pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara
pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.
Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi
Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterimasama ada ia
bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapatmemberikan sumber manfaat
dan kerugian kepada seseorang. Guru bolehmengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah
laku yang dipamerkan. Muridyang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh
mewujudkan suasanakeriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan
dalammenghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang
tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenaipandangan orang lain
terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukanperlulah ada keyakinan supaya dapat
menjamin keberkesanannya.
WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

20

Guru Senang Mencapai Objektif Atau Matlamat.
Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu
dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh
Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni
membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka
dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan
pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Pengalaman Optima Melalui Seni Membawa Kepada Keyakinan Diri Dan Kemahiran
Belajar.
Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina
keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman
yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya,
dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang
ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau
tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat member
ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran
yang kita pelajari.
Menggalakkan Pembelajaran Seumur Hidup Secara Menyeluruh.
Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan
masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti,
sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina
sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni
dapat memupuk displin diri,mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran
berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan
menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup
secara menyeluruh.
Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik dan
pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek inimempunyai motif dan tujuan yang
sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar
tentang tajuk-tajuk yang diajar.
WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

21






KURIKULUM
STANDARD
SEKOLAH RENDAH

WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

22

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
Latar Belakang
1) Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO
2006 menuntut supaya pendidikan negara memberi penekanan kepada:
Pembangunan modal insan
Penghasilan pelajar celik minda
Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab

2) Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:
Dasar membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
serta menghayati nilai-nilai murni.
Matlamat memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai

3) Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik
dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani
cabaran semasa dan masa depan.
Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah
1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
2003 - KBSR (semakan)
2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Transformasi Kurikulum
Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia
ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan
masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.


WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

23




















Hasrat Pendidikan
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Cabaran Abad Ke-21
- Dasar Pendidikan Kebangsaan - Model Baru Ekonomi (MBE)
- Wawasan 2020 - Teori Pembelajaran
- Rangka Rancangan Jangka Panjang - 4 Pillars of Education










KSSR
ORGANISASI
KANDUNGAN
BENTUK
PERUNTUKAN
MASA
PEDAGOGI
PENTAKSIRAN
BAHAN
PENGURUSAN
KURIKULUM
Murid yang seimbang dari segi intelek, rohani,
jasmani dan emosi:
Berilmu Pengetahuan
Berketrampilan
Percaya kepada Tuhan
Berakhlak Mulia
Berkeyakinan
Independent learner

Warga Negara Bertanggung jawab :
Berbudi
Bersatu padu
Patriotik
Adil
Penyayang
Berbakti

Pekerja Berilmu:
Inovatif
Kreatif
Dahagakan Ilmu
Menguasai Kemahiran
Teknologi Maklumat &
Komunikasi
Creator of Technology
Belajar Sepanjang Hayat

Global Player:
Daya Saing
Daya Tahan
Kemahiran Berkomunikasi
Jati Diri

WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

24


Ciri Modal Insan (Sekolah Rendah)
Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk
kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:
Penguasaan kemahiran asas - membaca, menulis dan mengira
Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif
Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)
Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni
Jati diri dan semangat patriotisme
Memahami dan menghayati budaya nasional

Konsep Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah

Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
Berasaskan Prinsip KBSR:
- Pendekatan bersepadu
- Perkembangan individu secara menyeluruh
- Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
- Pendidikan seumur hidup

Bentuk Kurikulum Transformasi
Komunikasi - Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan
lisan semasa berinteraksi
Sains & Teknologi - Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Perkembangan Fizikal & Estetika - Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk
kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan
apresiasi
WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

25


Kerohanian, Sikap & Nilai - Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan
nilai
Kemanusiaan - Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam
sekitar setempat, negara dan global
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan
Keterampilan Diri - Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum

Kemahiran Nilai Tambah / Elemen Merentas Kurikulum (Emk)
Kreativiti dan Inovasi
Keusahawanan
Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK)

Kurikulum Berasaskan Standard
Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan
standard pembelajaran.

Standard Kandungan


Standard Pembelajaran


Penyataan spesifik tentang perkara yang
murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam
suatu tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.


Satu penetapan kriteria atau indikator
kualiti pembelajaran dan pencapaian
yang boleh diukur bagi setiap standard
kandungan.


Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran

WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

26

Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Bahasa Malaysia
Mendengar, memahami dan memberi
respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan
pesanan yang didengar dengan betul

Bahasa Malaysia
Mendengar, memahami dan
memberikan respons dengan betul secara
lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.

Bahasa Inggeris
Able to express personal response to
literary texts

Bahasa Inggeris
Able to respond to:
a. Book covers
b. Pictures in books
c. Characters
with guidance

Matematik
Menama dan menentukan nilai nombor

Matematik
Menamakan nombor hingga 100:
a. Membilang objek dalam kumpulan.
b. Menamakan nombor bagi kumpulan
objek sebagai mewakili kuantiti.


Mengapa Standard?
Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.
Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

27

Organisasi KSSR Tahap I dan Peruntukan Masa
BIL MODUL
MASA DALAM SEMINGGU (MINIT)
SK SJKC

SJKT
MODUL TERAS ASAS
1 Bahasa Malaysia 360 300 300
2 Bahasa Inggeris 300 150 150
3
Bahasa Cina 360
Bahasa Tamil 360
4
Pendidikan Islam
180 120 120
Pendidikan Moral
5 Pendidikan Jasmani 60 60 60
6 Pendidikan Kesihatan 30 30 30
7 Matematik 180 180 180
MODUL TERAS TEMA
8
Dunia Seni Visual 60 60 60
Dunia Muzik 30 30 30
Dunia Sains dan Teknologi 60 60 60
MODUL ELEKTIF
9 BCSK/BTSK/B. Arab/B. Iban* 90
WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

28

Perhimpunan 30 30 30
Jumlah 1380 1380 1380

Bahan Kurikulum
1. Dokumen Kurikulum 2. Buku Teks
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Berpendekatan Modular

Pedagogi
Kemahiran Berfikir Belajar Cara Belajar
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Akses Kendiri Pembelanjaran Secara Konteksual
Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pengajaran Berasaskan Masa Depan
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komuinikasi (TMK)

Pentaksiran PdP
Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid
dalam pembelajaran
Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai
Bersifat autentik dan holistik

Kesimpulan
Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini
dan abad ke-21.
Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan.
Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua
pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak
berkepentingan.

WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

29




CADANGAN UNTUK
MEMANTAPKAN
SISTEM
PENDIDIKAN DI
MALAYSIA

WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

30

CADANGAN UNTUK MEMANTAPKAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Guru-guru di sekolah diberikan ruang secara luas untuk melaksanakan tugas hakiki
mereka di dalam bilik darjah/kelas/padang/makmal dan sebagainya. Guru-guru jangan sesekali
dibebankan dengan kerja-kerja pentadbiran yang sehingga pada satu tahap menenggelamkan
peranan asal guru untuk mengajar.
Sistem pentadbiran sekolah turut boleh direvolusikan dengan membawa masuk /
melantik baru pegawai dari skim pentadbiran untuk melaksanakan kerja-kerja pentadbiran di
sekolah. Dengan ini, guru akan mampu focus sepenuhnya kepada tugas hakiki mereka iaitu
mengajar. Selain itu, perubahan dalam sistem ini juga akan mewujudkan peluang pekerjaan
baru dan sekaligus mengurangkan masalah pengangguran negara.
Selain daripada itu, bagi mengelakkan berlakunya tugas-tugas mengulang
dan membebankan. Sepatutnya diwujudkan dua bentuk skim perkhidmatan guru. Pertama,
skim guru akademik dan kedua skim guru ko-kurikulum. Guru akademik akan memberikan
fokus sepenuhnya kepada usaha mengajar di dalam kelas, membuat kajian kendiri untuk
meningkatkan teknik pengajaran dan meningkatkan keupayaan akademik pelajar/murid.
Bagi guru ko-kurikulum pula, mereka akan memberikan fokus kepada persatuan-
persatuan kelab-kelab, acara-acara sukan, seni dan yang berkaitan dengan aktiviti ko-
kurikulum. Guru kelompok ini bertanggungjawab meningkatkan keupayaan penglibatan aktif
pelajar di dalam ko-kurikulum, merangka pelan aktiviti yang lebih komprehensif dan
mewujudkan keseimbangan di dalam fokus hidup dan masa depan pelajar/murid.
Untuk itu, perkara perubahan di dalam skim perkhidmatan guru ini boleh dimulakan di
maktab/institusi latihan guru/universiti di mana pengkhususan adalah dibahagi kepada dua iaitu
pilihan untuk menjadi guru akademik atau guru ko-kurikulum.
Selepas bakal guru membuat pilihan, modul fokus kepada subjek/aktiviti ko-kurikulum
akan diterapkan melalui pilihan yang ditentukan sendiri. Dengan perubahan ini, kita akan dapat
meningkatkan bilangan guru pakar dalam bidang akademik dan ko-kurikulum secara fokus dan
menyeluruh dan kesan baiknya sudah pasti dirasai oleh pelajar/murid. Sekaligus mampu
membantu memberikan masa depan lebih baik untuk negara.
Konsep pengasingan pelajar pandai dan kurang pandai hendaklah dihentikan.
Seharusnya sesuatu kelas itu perlu ada keseimbangan, daya saing yang sihat dan keterbukaan
dalam proses menerima dan memberi ilmu
WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

31

Konsep kelas sains untuk pelajar bijak dan kelas sastera untuk pelajar kurang bijak juga
perlu dihentikan dengan serta-merta. Pihak berkaitan perlu faham bahawa, Sains dan Sastera
adalah dua cabang ilmu berbeza, jadi mengaitkan kedua-dua cabang ilmu ini dengan tahap
kepandaian seseorang pelajar adalah salah sama sekali. Pelajar boleh menjadi bijak dan
menguasai aspek sesuatu cabang ilmu jika mereka mempunyai minat yang mendalam dan
usaha yang berterusan terhadap sesuatu ilmu, bukan dengan cara memaksa pelajar
mempelajari aliran yang mereka tidak gemari.
Di sini, bagi memastikan pelajar belajar aliran yang digemari, dicadangkan satu ujian
kecenderungan secara bertulis dan temuduga dijalankan. Penilaian sebegini penting dan perlu
dijalankan sebaik sahaja pelajar tamat belajar di Darjah 6. Ujian kecenderungan ini juga perlu
dinilai bersekali dengan tahap kelayakan akademik pelajar bagi memastikan pelajar tidak
secara sesuka hati membuat pilihan tanpa melihat kepada keupayaan diri terlebih dahulu.
Penilaian akademik berasaskan peperiksaan semata-mata adalah satu konsep penilaian
yang rigid dan tidak mampu menilai secara keseluruhan aspek pencapaian pelajar. Oleh itu
dicadangkan diwujudkan satu penilaian berterusan untuk semua subjek dengan aspek
permarkahan boleh dipecahkan kepada dua sama ada 50:50, 60:40 atau 70:30 bergantung
kepada kesesuaian subjek dan keadaan semasa. Penilaian keseluruhan begini akan
memberikan guru dan pelajar peluang untuk membuktikan keupayaan diri dalam tempoh yang
lebih panjang.
Akhir sekali, dicadangkan Sekolah Berasrama Penuh seperti Sekolah-Sekolah Sains
dan MRSM diluaskan kepada bidang-bidang bukan sains seperti ilmu kemanusiaan, sosiologi,
sejarah, kajian budaya, etnik dan kenegaraan demi mewujudkan masyarakat masa hadapan
yang lebih matang berfikir dan menambah kesesuaian dalam usaha meningkatkan keupayaan
modal insan negara.
Mengkaji semula peranan semua pihak. Ini termasuk Kementerian, Jabatan, Jabatan-
jabatan Kerajaan yang bersangkutan dengan pendidikan seperti JKR, Majlis Perbandaran,
DBKL dan sebagainya, Sekolah dan PIBG. Terutama yang berkaitan dengan pembangunan.
Telah banyak majlis- majlis permuafakatan di antara Sekolah dan PIBG dan
sebahagian besarnya telah berjaya. Malangnya apabila sampai keperingkat Jabatan dan
Kementerian nampaknya tiada permuafakatan antara mereka sehingga begitu banyak projek
projek terbengkalai di sekolah yang mana pihak sekolah dan PIBG telah bermuafakat untuk
menjalankan pelbagai aktiviti bagi para pelajar terbantut. Sebagai contoh; banyak projek
WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

32

makmal IT telah siap berbulan-bulah malah makan tahun, malangnya tiada sijil layak
menduduki bangunan di sebabkan masalah teknikal yang boleh disiapkan dengan mudah dan
cepat sekiranya ada permuafakatan antara Jabatan dan Kementerian berkenaan.
Memandangkan Menteri Pelajaran juga merupakan Timbalan Perdana Menteri maka saya
yakin masalah ini boleh di perbaiki secepat mungkin.
Mengkaji semula peranan guru. Ini termasuk tugas dan tanggungjawab sebenar guru di
sekolah. Guru sepatutnya memberi penumpuan sepenuhnya kepada tugasan mengajar dan
memikirkan bagaimana mungkin untuk memperbaiki teknik pengajaran bagi meningkatkan
tahap pemahaman dan kemahiran pelajar ke taraf A. Seperti yang di war-warkan oleh
Menteri Pendidikan sendiri dan pada masa yang sama ingin melihat tahap Literasi dan Mengira
dapat di serap kepada setiap pelajar sebaiknya. Jadi untuk mencapai kearah ini saya
mengesyorkan supaya semua kerja- kerja pengkeranian hanya di lakukan bahagian
pentadbiran yang di lengkapkan dengan kerani. Guru hanya memasukkan data
bersangkutan pemarkahan (selain daripada OMR), maklumat tambahan kepada pelajar dan
sikap pelajar bagi melengkapkan buku pelaporan pelajar bagi semakan guru, pelajar dan
ibubapa dan penjaga.
Dari segi teknologi maklumat pula, saya menyarankan supaya Menteri Pendidikan
mengarahkan hanya satu sistem sahaja yang digunakan oleh semua pihak dibawah
kementerian beliau. Terutama di peringkat sekolah. Saya dapati tiada keseragaman dari sudut
teknologi maklumat yang diguna pakai dan lebih malang lagi guru-guru dengan rela
paksa menggunakan setiap sistem ini dan pengisiannya pula berulang-ulang perkara atau data
yang sama perlu di masukkan semula sebabnya perisian yang digunakan tidak sama dan tiada
link di antara mereka.

Untuk bergerak ke arah negara maju kita sepatutnya menggabungkkan setiap sistem
maklumat yang ada di negara ini bagi kemudahan rakyat dan ini akan meningkatkan tahap
keberkesanan dan tindakan bagi memastikan setiap sumber modal insan yang ada dapat di
gerakkan secara bersepadu. Maksud saya, sepatutnya kemasukan data ("data entry")
maklumat pelajar sepatutnya bermula dari pelajar itu dilahirkan. Semua maklumat berkaitan
telah di rekodkan dan apa yang perlu cuma di kaitkan ("link") daripada Jabatan Pendaftaran
Negara kepada Jabatan Pendidikan. Rujukan utama boleh menggunakan nombor Mykid.
Sebagai contoh, nama pelajar dan ibubapanya tidak akan tersalah dari peringkat
WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

33

pra sekolah sehingga beliau melanjutkan pelajaran di peringkat universiti dan memasuki alam
pekerjaan kelak. Saya bersedia untuk menyumbangkan kemahiran saya sekiranya diperlukan
bagi permasalahan ini.
Saya dapati begitu ramai yang bersuara mengenai BPSMI dan MBMMBI. Saya pasti
semua yang bersuara mempunyai niat yang baik dan bagi mencapai matlamat yang baik. Apa
yang ingin saya suarakan disini sekiranya kita benar-benar inginkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa yang terulung dan bahasa utama Malaysia, maka kerajaan dan rakyat keseluruhan
sepatutnya mulai dari sekarang bersedia ke arah itu dengan tindakan. Bukannya hanya dengan
dialog, piket dan forum semata. Sepatutnya semua pihak harus bertindak seiringan, sebagai
contoh pihak Pengajian Tinggi, Dewan Bahasa, Percetakan Nasional dan para cendekiawan
sepatutnya telah mula untuk menyediakan sebanyak mungkin buku-buku rujukan di dalam
Bahasa Melayu. Setiap kajian ("research") maklumat-maklumat dan dapatan-dapatan lain
diwajibkan dibukukan dalaBahasa Melayu.

Saya yakin mulai sekarang kita boleh memulakan tindakan seperti setiap papan tanda,
papan iklan, borang-borang, dan laman-laman sawang yang didaftarkan atau yang
berpangkalan di Malaysia di wajibkan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang
diutamakan. Saya tertarik bila mendapat tahu dari saudara saya yang bertugas di Jabatan
Pertahanan. Kata beliau, sekiranya kita menjalani kursus di luar negara di negara ASEAN,
mereka akan diwajibkan untuk membuat pelaporan dalam bahasa ibunda negara tersebut untuk
lulus ujian yang dijalankan di negara berkenaan kecuali di Malaysia di mana kita lebih gemar
menggunakan bahasa Inggeris.

Saya juga menyarankan supaya semua sekolah-sekolah yang didirikan sebelum tahun
2000 di tinjau semula melihat dari sudut kesesuaian rekabentuk dan kemudahan bagi kegunaan
mereka yang mendudukinya. Maksud saya bagi setiap kaki persegi berapa peratuskah
sepatutnya bagi pelajar, kakitangan am, guru-guru dan pentadbir. Dengan adanya piawaian
yang seragam barulah dapat kita membangunkan sistem pendidikan kita dengan cemerlang.
Tiada lagi kelas yang terlalu sempit dan tiada pula kelas yang lengang. kerana ini menunjukkan
kecekapan dan keberkesanan perlaksanaan sistem pendidikan negara. Saya ingin menyentuh
mengenai kemudahan bagi penghuni sekolah terutamanya. Bilik guru bagi bangunan yang
didirikan sebelum tahun 2000 amat daif malah tidak di pertimbangkan langsung. tiada meja
WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

34

yang secukupnya, meja terpaksa berkongsi sesi pagi dan petang, tiada tempat letak buku
sedangkan buku merupakan aset utama dalam alam persekolahan.
Saya mencadangkan supaya susun atur sekolah di kaji semula dan piawaian yang
seragam hendaklah di keluarkan bagi sekolah-sekolah yang lama ini. Guru-guru selayaknya
mempunyai ruang yang selesa berpadanan dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Guru-
guru sepatutnya mempunyai bagunan sendiri didalam kawasan sekolah lengkap dengan
kemudahan asas pembelajaran dan pengajaran. Sekiranya kerani di Jabatan dan Kementerian
Pendidikan mempunyai meja dan kerusi mereka sendiri kenapa guru-guru harus berkongsi
sedangkan mereka mempunyai tugas yang lebih penting menentukan hala tuju
negara. Peruntukkan sewajarnya hendaklah di sediakan bagi memperbetulkan keadaan
ini. Penguasaan bahasa Inggeris di kalangan para pelajar amat merosot. Saya dapati pendidik
telah berusaha untuk mendidik anak-anak kita. Malangnya terdapat segelintir pendidik yang
masih berpendapat bahawa bahasa Inggeris boleh di ajar dengan bahasa Melayu.






WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

35

KESIMPULAN
Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni, muzik dan
pergerakan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Seni Dalam Pendidikan dapat menjana perkembangan kanak-kanak melalui
peningkatan persepsi, estetika dan kreativiti mereka yang melibatkan ketiga-tiga jenis seni
tersebut dan seterusnya dapat membantu membentuk insan yang lebih bersifat holistik.
Mengikut Teori Konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif dan
mempunyai interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif melalui aktiviti
meneroka, bereksperimen dan mengolah objek. Oleh itu, Seni Dalam Pendidikan membolehkan
murid / kanak-kanak mengekspresikan idea-idea mereka secara bebas dan kreatif
Seni menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala gerakan lebih
kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan untuk
menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Hal ini akan
mendorong guru dan pelajar lebih kreatif. Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar,
membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran
lebih berkesan. Kanak-kanak akan meneroka warna, irama dan pergerakan untuk mendapat
pengalaman baharu yang akan meningkatkan kreativiti mereka. Seni Dalam Pendidikan
memberi peluang kepada guru-guru untuk mengesan kepekaaan deria kanak-kanak dengan
irama, warna dan ruang melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi. Seni Dalam Pendidikan
dilaksanakan di sekolah rendah dengan menghubungkaitkan mata pelajaran PSV dengan mata
pelajaran lain.


WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

36




RUJUKAN

WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

37

RUJUKAN
Abdul Shukor Hashim et. al., 2007. Perkembangan Seni Dan Kanak-Kanak. Kuala
Lumpur : Open University Malaysia (OUM).
Kamus Dewan, 2010. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Mohamad Daud Hamzah, 1994. Perkembangan Kanak-Kanak Dan Pembelajaran.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd. Sharani Ahmad, 2006. Psikologi Kanak-Kanak. Selangor: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Rousliluddin Ambia et. al., 2007. Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur :
Open University Malaysia (OUM).
Zulkifli Yaakob & Mohd. Jamel Ismail, 2010. Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur :
Open University Malaysia (OUM).
Dilayari pada 30 Ogos 2013, http://www.scribd.com/doc/55409333/TOPIK-2-
PENGENALAN-KEPADA-KBSR-DAN-KSSR-2-

Dilayari pada 30 Ogos 2013,
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=
168%3Akurikulum-standard-sekolah-rendah-suatu-
pengenalan&catid=101%3Aslideshow&lang=en

WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

38




LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai