Anda di halaman 1dari 9

Konsep kelas sosial berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat .

Dilihat berdasarkan berbilang faktor seperti rumah dan latar belakang keluarga, tradisi kebudayaan, pendidikan, pendapatan, status pekerjaan, identiti ras dan sebagainya. Meskipun orang-orang atau kumpulan daripada satu kelas sosial itu mempunyai nilai, sikap dan tingkah laku yang lebih kurang sama tetapi dapat dijangka dan diramalkan.

GOLONGAN ATASANKAYA/KORPORAT

GOLONGAN PERTENGAHAN ATASAN

PERTENGAHAN BAWAHAN

GOLONGAN BAWAHAN

Saifuddin Hj. Masduki (1977) menyatakan terdapat hubungan signifikan antara Pencapaian Akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Semakin tinggi tahap pencapaian akademik ibu bapa serta pendapatan mereka maka semakin tinggi tahap pencapaian anak-anak mereka. Ini membuktikan bahawa tahap pendidikan yang secukupnya perlu diberikan kepada murid agar tahap ekonomi mereka juga terus bertambah baik. Rusli Md. Zain (1998) melaporkan terdapat hubungan positif diantara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Ini kerana mereka yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.

Pengaruh Kelas Sosial terhadap Pencapaian Akademik


Tahap ekonomi

Faktor persekitaraan (Nilai)

Pengaruh kelas sosial terhadap pencapaian akademik

Tahap kesihatan

Tempat tinggal dengan kesihatan

1. Tahap Ekonomi - Murid yang berada atau lebih berkemampuan tentunya menerima peluang pendidikan yang lebih baik berbanding dengan mereka yang susah. 2. Tahap Kesihatan Makanan berkhasiat dan kawalan penyakit menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid. 3. Tempat Tinggal dengan Kemudahan asasKeadaan fizikal rumah dan keadaan persekitaran turut memberi impak kepada jurang pendidikan

Faktor Persekitaran ( Nilai) : Nilai adalah berbeza beza mengikut garisan kelas sosial. Bagi kanak-kanak daripada kelas sosial bawahan, tidak dapat berinteraksi sepenuhnya di dalam dunia pendidikan yang bercorak kelas pertengahan. ( Kelas pertengahan lebih berorientasikan objek, tidak personal dan birokratik). .

Contoh: Orang Asli Lokasi di dalam hutan atau pedalaman menyebabkan kadar keciciran yang tinggi. Terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di tempat mereka Tiada sifat persaingan sihat dalam aspek kemajuan pendidikan dalam masyarakat orang asli. Latar belakang akademik yang rendah Kesulitan hidup menjadi penghalang murid untuk menuntut ilmu kerana tiadanya motivasi untuk memajukan diri mereka sendiri. Jurang perbezaan peluang pendidikan antara penduduk di pedalaman amat jauh kerana keadaan sosioekonomi yang berbeza. ( Prestasi pelajar, penyediaan kemudahan fizikal serta masalah keciciran)

Pengaruh kelas sosial terhadap pencapaian akademik mengambil kira aspek tahap ekonomi, tahap kesihatan, kemudahan asas dan faktor persekitaran. Perbezaan status atau taraf memberi kesan terhadap kuasa, prestij dan keistimewaan seseorang terutama sekali dalam bidang pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai