Anda di halaman 1dari 19

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

1.0 PENGENALAN DAN DEFINISI DIORAMA

iorama, adalah sebuah pemandangan tiga dimensi mini yang bertujuan untuk menggambarkan pemandangan sebenarnya. Diorama, terbentuk apabila objek-objek ditempatkan di pentas yang berlatar belakang lukisan yang digarap seperti situasi

sebenar. Diorama, adalah salah satu daripada media pembelajaran yang berkesan, terutama untuk mata pelajaran Geografi, Sejarah, Sains dan sebagainya. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, bentuk diorama yang boleh dibentuk ialah seperti model pelaksanaan ibadah haji iaitu tawaf, sai, wukuf, lempar jumrah, dan lain-lain.

Diorama merupakan alat bantu belajar yang sangat menarik . Diorama biasanya dibina dalam bentuk tiga dimensi yang memberi gambaran suatu keadaan dalam ukuran kecil. Objekobjek juga dibina dalam bentuk yang lebih kecil berbanding daripada asal. Contoh-contoh objek yang dibina ialah orang-orangan, pohon-pohonan, rumah-rumahan, dan sebagainya,

Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, guru boleh menghasilkan diorama tentang Kabah dengan suasana dan keadaaan sekelilingnya, orang-orang yang sedang melaksanakan tawaf, mencium hajar aswad, dan lain-lain. Atau dapat membuat diorama tentang suasana orang yang sedang wukuf di Padang Arafah, suasana orang-orang sedang melaksanakan Sai dan sebagainya.

Cara membuat diorama tidaklah terlalu sukar, kerana bahan-bahan yang diperlukan tidak terlalu mahal. Diorama, dapat dibuat dari bahan-bahan yang mudah didapati, sebagai contoh, pohon-pohon dapat dibuat dari dawai yang dibalut dengan kertas berwarna hijau, serta daundaunnya juga dari kertas berwarna hijau. Semak-samun dapat dibuat daripada span pencuci pinggan, manakala lumut atau carpet boleh dijadikan hamparan rumput. Rumah-rumahan pula dapat dihasilkan daripada kotak yang kemudiannya diwarnakan. Orang-orangan dapat dibuat dari lilin atau kain yang dibalut berbentuk manusia kemudian diberi pakaian, dan lain-lain.

Untuk kepentingan artistiknya, objek dalam diorama tidak seharusnya terlalu padat kerana ia boleh menyebabkan penonton keliru dan kurang jelas tentang mesej yang hendak disampaikan . Bagi tujuan pembelajaran, diorama yang dibina perlu sesuai dengan isi pelajaran
761130035380001: Page | 1

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

dan menepati objektif yang dirancang. Diorama yang dibina juga perlu memiliki daya tarikan yang tersendiri, contohnya dengan menggunakan warna cat, ia membolehkan objek-objek dalam diorama menjadi hidup atau realiti serta lebih menarik. Definisi-definisi yang dirujuk dari beberapa laman web berikut dapat menjelaskan lagi kefahaman tentang diorama, antaranya ialah;

i.

Perkataan diorama berasal dari bahasa Inggeris yang membawa maksud model skala

atau binaan kecil sesebuah set yang direka untuk menunjukkan situasi atau gambaran sebenar. Sumber daripada, http://www.jmm.gov.my/ms/glosari.

ii.

Diorama adalah satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Diorama biasanya dipamerkan di dalam muzium untuk menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah atau untuk tujuan pendidikan. Diorama juga sering dibina oleh penggemar model skala sebagai sebahagian daripada hobi yang berkaitan seperti pemodelan kenderaan tentera, kereta, motosikal atau pesawat tempur. Terdapat banyak jenis diorama, tetapi jika diasingkan terdapat beberapa kategori skala yang penggemar sering gunakan iaitu skala 1/35, 1/48 atau 1/24. Sumber daripada, http://apa-itu-diorama.blogspot.com/2012/05/apa-itu-diorama.html

iii.

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan ataupun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

Sumber daripada, http://senivisual1.blogspot.com/2009/11/arca.html

761130035380001: Page | 2

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

iv.

Diorama adalah pameran statik atau diam yang direka untuk menyampaikan informasi tentang kejadian nyata yang terjadi di masa lalu atau sekarang atau menggambarkan masa yang akan datang dalam bentuk tiga demensi. Diorama biasanya terdiri dari realia, model dan latar belakang yang sesuai. Diorama boleh dilengkapi dengan tulisan ataupun audio. Bentuk Diorama terdiri dari bahagian hadapan yang menggambarkan

pemandangan dengan realia dan model, dan latar belakang yang dibuat agar memberikan kesan seperti nyata. Kelebihan Model adalah mampu menambah keindahan, daya tarik, dan memotivasi pengguna untuk mendapatkan pengalaman belajar. Kelemahan Diorama antaranya tidak menampilkan unsur gerak, maka diorama dapat menimbulkan salah pengertian atau salah tafsir. Seleksi Diorama boleh menimbulkan salah pengertian dan salah tafsir, kerana ianya tiada unsur gerak. Oleh itu Seleksi Diorama harus mempertimbangkan kefahaman pengguna terhadap situasi, mampu dihasilkan ( kos), boleh dilihat dari jarak dan pelbagai sudut tertentu, serta saiz harus disesuaikan dengan ruangan
Sumber daripada, http://widodo.staff.uns.ac.id/2009/10/20/ringkasan-modul-7-media-tigademensi/ v.

Kesimpulannya diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam. Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran KajianTempatan, Sains dan sebagainya. Diorama boleh dihasilkan dengan mudah. Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain.

761130035380001: Page | 3

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

2.0 DIORAMA DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Aktiviti diorama adalah selari dengan kehendak Kurikulum Pendidikan Seni yang mana seni itu sendiri boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. Menurut Herbert Read, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menggembirakan, menyenangkan. Selain itu, seni juga telah diberi banyak definisi oleh pelbagai pihak. Antaranya, mengikut pendapat Emerson, seni adalah Pernyataan sesuatu perasaan dan melahirkan apa yang dirasakan.

Seni juga adalah sesuatu yang berunsur indah, halus dan penuh bermakna. Seni juga adalah sesuatu yang memiliki lebih dari sifat-sifat yang biasa, secara melahirkan apa yang dirasai melalui apa yang dilihat, didengar dan juga berdasarkan pengalaman yang lalu. Seni juga sesuatu yang dihasilkan melalui daya imaginasi, ciptaan, atau apa yang terlintas dan terfikir melalui pemikiran kreatif.

Menurut Victor Lowenfeld, kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran (secara spontan serta pantas), fleksibel (mampu menyesuaikan diri denganpelbagai keadaan dan situasi), keaslian (mencari idea baru dan asli), kepekaan (penggunaan deria pancaindera seperti melihat,merasa, mendengar, menghidu, dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagaiproses pengamatan dan merekod).

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Oleh itu, aktiviti seni khususnya diorama sangat sesuai dan berkesan terhadap elemen-elemen perkembangan kanak-kanak, dalam aspek-aspek seperti;

761130035380001: Page | 4

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

i.

Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti diorama yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanakkanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Kanak-kanak juga mampu membuat tafsiran kepada situasi jauh, pengalaman lalu, dan masa hadapan.

ii.

Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan yang pelbagai dalam aktiviti diorama dapat memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. Contohnya membentuk model orang-orangan daripada plastesin.

iii.

Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Sepertimana elemen Pendidikan Seni Visual, aktiviti dan projek di dalam diorama mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Gubahan hasil diorama yang mampu menyampaikan mesej atau cerita membuktikan daya kreativiti kanak-kanak adalah tinggi.

iv.

Aspek Persepsi Kegiatan diorama memberi peluang kepada murid untuk mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria mereka melalui proses penghasilan model, objek, dan produk yang terdapat disekeliling mereka.

v.

Aspek Sosial dan Emosi Semasa mengikuti aktiviti diorama, murid berpeluang berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial di samping meningkatkan keyakinan diri. Ianya selari dengan kehendak kurikulum Mata pelajaran Pendidikan Seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

761130035380001: Page | 5

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

3.0 UNSUR-UNSUR KREATIVITI DALAM DIORAMA MEMBANTU PERKEMBANGAN KECERDASAN PELBAGAI Unsur-unsur kreativiti dan estetika adalah terdiri daripada elemen asas yang penting dalam menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur kreatif. Aktiviti-aktiviti berikut berlaku secara tidak langsung semasa proses penghasilan diorama, seterusnya akan membantu meningkatkan kecerdasan pelbagai. Antaranya ialah; i.Membentuk Garisan Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Dalam diorama kemahiran ini berlaku semasa penyediaan latar belakang, atau proses melukis atau melakar objek. ii.Melakar bentuk atau rupa Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. Kemahiran ini boleh diperoleh semasa peringkat penghasilan objek atau subjek diorama, contohnya haiwan, orang-orang, rumah-rumah dan sebagainya. iii.Membentuk Bentuk lazimnya merujuk kepada struktur jisim dan isi padu. Terdapat dua jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat tiga dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya

761130035380001: Page | 6

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi. iv.Jalinan Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. v.Warna Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

3.1 TUJUAN DIORAMA DALAM PENDIDIKAN SENI

i. Tingkatkan Daya Kreativiti

Secara tidak langsung, sepanjang proses penghasilan diorama kanak-kanak akan berpeluang meluahkan kreativiti masing-masing untuk mendapatkan hasil atau karya yang menarik. Sepertimana pendapat Herbert Read (1958), jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif.

761130035380001: Page | 7

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

Selain itu, June King Mc Fee juga menjelaskan kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula

perlambangan yang sedia ada. Manakala Carl Rogers pula menjelaskan bahawa kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan ada suka atau duka. sama

ii.

Mengembangkan Persepsi Kanak-kanak tentang Seni Tiga Dimensi

Apabila bahan binaan yang dibina dalam diorama sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan, digunakan sebagai bahan bantu belajar, ianya mampu menajamkan persepsi kanak-kanak terhadap objek dan penceritaan, seterusnya akan membantu pencapaian objektif pembelajaran. Binaan diorama akan mendekatkan murid kepada situasi sebenar dan ini akan membantu meningkatkan kefahaman murid tentang sesuatu perkara dengan lebih mudah dan cepat.

3.2 BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN KREATIVITI KANAK-KANAK DALAM PENGHASILAN DIORAMA? Pelbagai kaedah boleh digunakan bagi meransang kreativiti kanak-kanak untuk menghasilkan bahan diorama dalam Pendidikan Seni. Antaranya ialah; i. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku- buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto. ii. iii. Mengadakan lawatan ke zoo, dan muzium. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketerampilan. iv. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan. v. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk peningkatan.

761130035380001: Page | 8

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

vi.

Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat strategik.

vii. viii.

Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - untuk memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya. Contoh bahan daripada alam sekitar yang boleh digunakan ialah buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya. Manakala benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak- kotak, tisu, gam dan lain-lain.

3.3 LANGKAH PENGHASILAN BAHAN DIORAMA

a) Mengenal pasti tema, mesej, situasi dan cerita b) Membuat lakaran kedudukan objek-objek dalam diorama c) Merancang alat dan bahan yang akan digunakan d) Menyediakan tapak dan latar belakang e) Menghasilkan objek-objek f) Membuat susun atur objek mengikut lakaran g) Membuat pengolahan rekabentuk h) Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar i) Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan. j) Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya. k) Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan. l) Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut m) fungsi.

761130035380001: Page | 9

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

3.4 KEPENTINGAN DIORAMA DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Berikut adalah antara kepentingan diorama kepada guru dan murid. a) Kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik b) Membuat penyesuaian topik, tema dan teknik c) Membuat tumbnail-print / lakaran d) Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia e) Memilih teknik membuat yang sesuai. f) Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. g) Menghargai ciptaan tuhan h) Menghargai nilai-nilai seni i) Menghargai prinsip-prinsip dan unsur-unsur seni j) Mengenali Pelbagai Bentuk Asas 3D, dan pelbagai lagi.

3.5 KELEBIHAN AKTIVITI DIORAMA Aktiviti diorama adalah sangat sesuai dengan keinginan asas kanak-kanak, iaitu;

i.

Keinginan untuk bergerak secara bebas Oleh kerana aktiviti diorama dilaksanakan secara berkumpulan secara bekerjasama, maka ia memberi peluang murid bergerak bebas terutama semasa proses penghasilan bahan.

ii.

Keinginan untuk berjaya, diiktiraf, diterima dan disanjung Murid akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan bahan diorama yang terbaik serta berharap akan mendapat penghargaan dan pujian. Hasil kerja murid akan dipamerkan kepada orang lain dan menjadi perhatian.

iii.

Keinginan untuk bersaing, ketangkasan fizikal dan memahami (pertandingan) Setiap murid akan berusaha untuk menghasilkan tugasan yang terbaik dengan harapan untuk mendapat tempat atau kedudukan yang tinggi berbanding tugasan lain sama ada secara kumpulan atau indvidu. Oleh itu mereka akan

761130035380001: Page | 10

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

meluahkan kreativiti masing-masing untuk mencapai impian masing-masing, apatah lagi jika diberikan ganjaran oleh guru.

iv.

Keinginan untuk meneroka, bereksperimentasi, pencapaian kreatif dan meluahkan perasaan. Setiap kanak-kanak mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan sangat cenderung untuk melakukan aktiviti seperti penerokaan, dan berbentuk eksperimen. Aktiviti diorama adalah sangat sesuai dan dapat menarik minat kanak-kanak kerana ia menggalakkan murid meluahkan pencapaian kreatif dan perasaan masing-masing. Mereka bebas menghasilkan, mengolah, menyusun objek sebagaimana tema yang ditetapkan.

4.0 DIORAMA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ciptaan Objek Tiruan


Contoh Definisi Diorama

Diorama Persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan situasi asal.
1) Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu dalam bilik darjah 2) Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain

Aplikasi dalam P&P

761130035380001: Page | 11

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

Konkrit dapat merangsang minat pelajar


Membantu murid memperoleh maklumat firsthand tentang bahan/alat tersebut Sesuai kepada pelajar yang kurang pendedahan dalam kehidupan harian

Menyediakan pengalaman hands-on


Memainkan peranan dalam fasa penilaian dan pengajaran

761130035380001: Page | 12

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

Membentuk aktiviti yang interaktif

Memberi peluang kepada pelajar menjalankan eksperimen

Memberi peluang kepada pelajar untuk menganalisis model

4.1 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN YANG MENGGUNAKAN DIORAMA SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN INTEGRASI BEBERAPA MATA PELAJARAN LAIN

Mata Pelajaran Tahun Bil. Murid Tema Tajuk Tarikh Masa Objektif

: Bahasa Melayu : 4 Bijak : 30 orang : Sentiasa Berhemat Kita Selamat : Kemalangan Jalan Raya : 27 April 2013 :10.35 pagi hingga 11.05 pagi (60 minit) :

Pada akhir pelajaran murid dapat : 1) Menyenaraikan lima kata kerja berdasarkan gambar bersiri yang ditayangkan.. 2) Murid dapat menulis lima ayat yang gramatis berdasarkan gambar..

761130035380001: Page | 13

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

Fokus Utama 8.4

Membina dan membina ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara. Aras 1 (ii) Mengenal pasti isi yang sesuai dengan tajuk.

Fokus Sampingan 1.2

Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. Aras 1(iii) Memberikan respon yang sesuai terhadap soalan yang dikemukakan.

Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Sistem Bahasa :

Kata Kerja : menunggang basikal, melanggar, memandu, terlantar, melawat. Ilmu : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Nilai : Berhati-hati, mematuhi peraturan. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) : Kemahiran Berfikir : Menghubungkaitkan, menciri, mengimbas Kembali, menilai, penjanaan idea. Kecerdasan Pelbagai Pembelajaran Kontekstual: Mengaitkan isu keselamatan dengan pengalaman sedia ada. Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengetahui tentang cara-cara menjaga keselamatan di jalan raya. Bahan Bantu Belajar : : Interpersonal

Model Diorama Kemalangan Jalan Raya, Komputer riba, sambungan Internet, LCD, video animasi dari youtube. Integrasi Mata Pelajaran: Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Teknologi Maklumat

761130035380001: Page | 14

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

LANGKAH / MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

SET INDUKSI (10 min)

Tayangan video pendek tentang keselamatan di jalan raya. Pepatah: Malang Tidak Berbau.

1. Guru menayangkan KBKK: video klip dari youtube Menghubungkaitkan, tentang keselamatan di Menciri. jalan raya. BCB: mendengar aktif 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang BBB: video klip animasi dari pengajaran dan nilai youtube murni daripada video klip tersebut. http://www.youtube.com/watch?v= sPTVn4hzMd0 3. Guru mengaitkan isi Ilmu: video dengan tajuk Pendidikan Keselamatan pelajaran. Raya (PKJR)

Jalan

LANGKAH 1 (15 min)

Kata kerja berdasarkan diorama yang dipamerkan. Kata kerja: menunggang melanggar membantu terlantar bermain memimpin tangan

1.Murid melihat model KBKK: diorama yang Menjana idea, menganalisis dipamerkan di hadapan kelas. BCB: mencatat 2.Murid diminta untuk BBB: menyenaraikan beberapa Sebuah Diorama kemalangan jalan kata kerja daripada raya. bahan diorama tersebut. Nilai: berhati-hati 3.Guru meminta murid membacakan kata kerja Ilmu: yang telah disenaraikan Pendidikan Keselamatan Jalan kepada kelas. Raya (PKJR) 1. Murid membina ayat KBKK : Menjana idea berdasarkan kata kerja yang telah disenaraikan BCB : mencatat secara lisan. BBB : Persembahan powerpoint : 2. Murid diminta Kemalangan Jalan Raya membaca ayat-ayat yang telah dibina kepada KP : Intrapersonal. kelas. 3.Murid yang lain Nilai:
761130035380001: Page | 15

LANGKAH 2 (15 min)

Membina ayat majmuk daripada kata kerja yang telah disenaraikan: Kata kerja

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

diminta mendengar kerjasama, berhati-hati dengan teliti dan samasama membetulkan Ilmu: kesilapan sekiranya ada. Pendidikan Keselamaatan Jalan Raya (PKJR).

LANGKAH 3 (10 min)

Membina ayat berdasarkan gambar secara bertulis. Perbendaharaan kata: menunggang berlanggar meluru membantu bermain memimpin tangan

1. Guru mengedarkan KBKK: latihan lembaran kerja Mengimbas kembali, kepada kelas. menghubungkait, penjanaan idea 2. Guru menayangkan persembahan powerpoint BCB : mencatat tentang panduan membina ayat bahagian BBB : A. Gambar kemalangan jalan raya (lampiran 1) 3. Murid diminta membina ayat secara KP : Interpersonal. bertulis berdasarkan gambar pada lembaran Nilai: berhati-hati kerja yang diedarkan. Ilmu: 4. Murid menulis lima Pendidikan Keselamatan Jalan ayat yang gramatis Raya (PKJR) berdasarkan gambar.

PENUTUP (10 min)

Penutup kognitif Membuat rumusan isi pelajaran.

Penutup sosial BBB:: Memberi nasihat dan Video klip animasi nilai-nilai murni. 2. Guru membuat http://www.youtube.com/watch?v= kesimpulan tentang 2pembelajaran. c_5NDRtkM&NR=1&feature=ends creen 3. Guru memberi nasihat dan peringatan kepada Ilmu: murid-murid supaya Pendidikan Keselamatan Jalan sentiasa berhati-hati Raya (PKJR) kerana malang tidak berbau dan kemalangan tidak mengenal usia.

1. Guru menayangkan video pendek dari youtube tentang akibat jika tidak mematuhi peraturan jalan raya..

Nilai: berhati-hati mematuhi peraturan jalan raya

761130035380001: Page | 16

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

5.0 PERINGKAT LAKARAN IDEA

Diorama ini dibentuk melalui perancangan yang teliti dengan memikirkan tajuk dan tema. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek 3 Dimensi sebagai subjek diorama. Pemilihan alat, bahan, tema, tajuk, dan olahan idea adalah berpandukan kepada unsur dan prinsip seni reka. Perkara-perkara berikut adalah menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama ini. Antaranya ialah menentukan tema. Tema yang dipilih ialah kemasyarakan kerana ia banyak kaitan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Subjek yang ada di dalam diorama ialah orang-orang, kereta,pokok, dan lainlain objek seperti kerusi, dan bola. Subjek orang lebih banyak dibina kerana ia dapat member gambaran kepada murid untuk menyenaraikan kata kerja. Peringkat seterusnya ialah menentukan alat dan media yang akan diguna untuk diorama. Seharusnya alat yang dipilih mudah diperoleh, mudah diguna, tahan lasak dan menjimatkan kos. Contoh alat yang digunakan ialah carpet dan berus pinggan sebagai rumput dan pokok. Kereta pula menggunakan model kereta. Fokus utama ialah pada subjek orang kerana murid perlu meneliti setiap subjek, menganalisis kata kerja dan seterusnya merekod. Lakaran dibuat secara berperingkat dan mengikut perkembangan dengan mengambil kira asas seni reka. Diorama yang sebenar akan diterbitkan berdasarkan terjemahan lakaran yang dibuat. Oleh itu, lakaran yang dibuat perlu jelas dan tersusun. Tugas ini diperincikan lagi dengan proses kemasan dengan mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika diorama yang akan dihasilkan. Langkah berikutnya, membina kerangka atau tapak diorama. Pembinaan tapak mengambil kira ruang, saiz mobail, keteguhan, dan kesesuaian kerangka. Pertimbangan akan mengambil kira, kos, masa, bahan, alat dan kesesuaian latar belakang, dan hal subjek. Proses terakhir ialah membentuk diorama berdasarkan 4 sketsa sehinggalah terhasilkan diorama yang lengkap sebelum diperagakan Diorama ini diharapkan bukan sahaja dapat menarik minat murid, tetapi dapat menjayakan sesi pengajaran seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan. Diorama yang telah diguna akan terus diperagakan di bilik darjah dengan tujuan meningkatkan kefahaman murid tentang isi pelajaran dan unsure nilai yang dipelajari.
761130035380001: Page | 17

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

6.0 RUMUSAN Teori perkembangan intelektual memberi inspirasi dan panduan berguna kepada pendidik kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia pemikiran murid. Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi kekurangan atau kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Teori ini juga penting untuk membantu guru mengembangkan konsep pemprosesan maklumat kerana perkembangan kognitif individu dapat digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan dalam sistem pemprosesan maklumat. Proses kognitif adalah termasuk persepsi, perhatian, ingatan dan menguji hipotesis yang saling berkait di dalam proses pengembangan bahasa khususnya kemahiran membaca. Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk hitungan nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan sosial serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti. Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif khususnya dalam kegiatan diorama memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, membentuk arca, memperagakan bahan seni dan sebagainya. Sememangnya kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika, dan yang paling penting guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan dan alat yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.

761130035380001: Page | 18

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER

2013

7.0 BIBLIOGRAFI
Gurl, A. (2011, Dicember). http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/. Retrieved from http://duniasenivisual90.blogspot.com/: http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/ hazrinphixel. (2013, OCTOBER 9). http://hazrinphixel.blogspot.com/. Retrieved from Blog: http://apa-itudiorama.blogspot.com/ Husain, M. Z. (2011). HBAE2203 Membentuk dan membuat binaan. Selangor: Open Universiti Malaysia. Ismail, Z. Y. (2010). HBAE1403 Seni Dalam Pendidikan. Selangor: Open Universiti Malaysia. Simon, A. (2009, November). http://blogsenivisual.blogspot.com/. Retrieved from http://angelspaghcoroni5833.blogspot.com/: http://blogsenivisual.blogspot.com/p/membuatcorak-rekaan_04.html Syarafi, H. (2008). http://duniasenivisual90.blogspot.com/. Retrieved from http://duniasenivisual90.blogspot.com/p/membentuk-membuat-binaan.html

8.0 LAMPIRAN LAKARAN IDEA

761130035380001: Page | 19

Anda mungkin juga menyukai