Anda di halaman 1dari 19

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013 1.

0 Pengenalan

Diorama merupakan salah satu teknik di dalam membentuk dan membuat binaan. Perkataan diorama ini pada asalnya adalah merupakan nama kepada sejenis peranti kamera dari negara Perancis pada sekitar tahun 1822. Diorama dari bahasa Yunani pula bermaksud apa yang dilihat ( penglihatan ) di mana secara spesifiknya perkataan di bermaksud melalui manakala orama pula membawa maksud apa yang dilihat atau penglihatan.

Pendefinisian yang popular bagi diorama di era moden ini ialah sejenis binaan tiga dimensi ( 3D ) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Ianya juga ditafsirkan sebagai gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Diorama ini dihasilkan kebanyakan adalah untuk tujuan pendidikan, hiburan selain menjadi hobi kepada peminat-peminat seni berunsurkan membentuk dan membuat binaan ini. Ada antara penggemar atau penghobi kepada diorama ini membina model-model berunsurkan kenderaan, ketenteraan, pesawat-pesawat, gambaran keadaan zaman terdahulu dan berbagai lagi yang dijadikan sebagai koleksi mahupun pameran kepada peminatpeminat seni ini.

Terdapat juga beberapa definisi dari laman sesawang yang mungkin dapat menjelaskan lagi dengan lebih mendalam pemahaman tentang diorama ini. Antaranya adalah seperti berikut :

i.

http://www.jmm.gov.my/ms/glosari.
Perkataan diorama berasal dari bahasa Inggeris yang membawa maksud model skala atau

binaan kecil sesebuah set yang direka untuk menunjukkan situasi atau gambaran sebenar.

ii.

http://senivisual1.blogspot.com/2009/11/arca.html Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan ataupun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan
3

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013 berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan
iii.

situasi

yang

sama

seperti

tema

diorama.

http://widodo.staff.uns.ac.id/2009/10/20/ringkasan-modul-7-media-tiga-demensi/

Diorama adalah pameran statik atau diam yang direka untuk menyampaikan informasi tentang kejadian nyata yang terjadi di masa lalu atau sekarang atau menggambarkan masa yang akan datang dalam bentuk tiga demensi. Diorama biasanya terdiri dari realia, model dan latar belakang yang sesuai. Diorama boleh dilengkapi dengan tulisan ataupun audio. Bentuk Diorama terdiri dari bahagian hadapan yang menggambarkan pemandangan dengan realia dan model, dan latar belakang yang dibuat agar memberikan kesan seperti nyata. Kelebihan Model adalah mampu menambah keindahan, daya tarik, dan memotivasi pengguna untuk mendapatkan pengalaman belajar. Kelemahan Diorama antaranya tidak menampilkan unsur gerak, maka diorama dapat menimbulkan salah pengertian atau salah tafsir. Seleksi Diorama boleh menimbulkan salah pengertian dan salah tafsir, kerana ianya tiada unsur gerak. Oleh itu Seleksi Diorama harus mempertimbangkan kefahaman pengguna terhadap situasi, mampu dihasilkan ( kos), boleh dilihat dari jarak dan pelbagai sudut tertentu, serta saiz harus disesuaikan dengan ruangan

Kesimpulannya diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandanganpemandangan atau keadaan semasa zaman silam. Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran KajianTempatan, Sains dan sebagainya. Diorama boleh dihasilkan dengan mudah. Murid boleh digalakkan membuat projek

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013 dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahanbahan buangan lain. Terdapat beberapa jenis diorama di zaman era moden kini iaitu :

a. Miniatur

Gambar menunjukkan diorama miniature bertema American Civil Wars.

Miniatur merupakan diorama bersaiz kecil berbanding pada skala saiz asalnya di mana diorama jenis ini menggunakan skala dan landskap bagi mewujudkan adegan-adegan sejarah atau fiksyen sebagai contoh, satu adegan peperangan yang berlaku di eropah pada tahun sekitar 1830 an seperti mana di atas diabadikan dalam bentuk diorama yang kecil berbanding gambaran sebenarnya pada skala yang popular bagi diorama ini iaitu 1: 35 atau 1 : 48.

b. Diorama Bersaiz Penuh

Diorama bersaiz penuh di Muzium Istana Bandaraya Melaka dan Muzium di Itali.
5

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013 Diorama jenis ini kebanyakannya dapat dilihat di muzium-muzium yang

berlatarbelakangkan sejarah. Biasanya paparan yang digunakan pada diorama bersaiz penuh ini menggunakan paparan condong bagi mewakili permukaan yang rata pada realitinya dan digabungkan pula dengan latar belakang yang dicat menjauh serta sering menggunakan perspektif yang palsu. Bagi menjadikan diorama jenis ini lebih realistik, skala objek perlu diletakkan agak jauh daripada tatapan pemerhati dan perlu diletakkan penghadang agar apa yang diperhatikan seolah-olah benar-benar berlaku sepertimana gambar di atas. Langit dan latarbelakang sesuatu objek dalam diorama ini akan dicat di atas permukaan yang melengkung agar pemerhati tidak terganggu oleh sudut factor keluasan. Kesemua teknik yang dilakukan di dalam persembahan diorama jenis ini akan menjadikan karya tersebut lebih realistic serta seolah-olah berada di dunias realiti adegan sebenar dalam menyampaikan mesej yang cuba disampaikan oleh pengkaryapengkarya ini.

c. Diorama untuk pendidikan.

Pendidikan di Amerika telah lama menggunakan pendekatan pengajaran yang melibatkan penggunaan diorama. Diorama-diorama yang dihasilkan akan mewakili serta menyokong isi pembelajaran yang akan disampaikan oleh guru seperti peristiwaperistiwa bersejarah, adegan budaya, visual kesusasteraan, kehidupan di dunia dan sebagainya.

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013 2.0. Isi kandungan Perkembangan Kanak- Kanak

Bersandarkan kepada hasrat dan kehendak yang diutamakan dalam Kurikulum Pendidikan Seni dapat dilihat di sini bahawa aktiviti diorama ini adalah selari dan menepati kehendak agar seni itu boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspressi diri, penilaian yang menentukan elemen- elemen yang wajar diketengahkan di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang efektif.

Istilah seni juga adalah adalah merujuk kepada sesuatu yang berunsur indah, halus dan penuh bermakna. Seni juga adalah sesuatu yang memiliki lebih dari sifat-sifat yang biasa, secara melahirkan apa yang dirasai melalui apa yang dilihat, didengar dan juga berdasarkan pengalaman yang lalu. Seni juga ditafsirkan sebagai sesuatu yang dihasilkan melalui daya imaginasi, ciptaan, atau apa yang terlintas dan terfikir melalui pemikiran yang kreatif. Menurut Victor Lowenfeld, kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran (secara spontan serta pantas), fleksibel (mampu menyesuaikan diri denganpelbagai keadaan dan situasi), keaslian (mencari idea baru dan asli), kepekaan (penggunaan deria pancaindera seperti melihat,merasa, mendengar, menghidu, dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod).

Sepertimana yang tercatat di dalam buku Seni Dalam Pendidikan keluaran OUM 2011, kanakkanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Oleh itu, aktiviti seni khususnya diorama sangat sesuai dan berkesan terhadap elemen-elemen perkembangan kanakkanak, dalam aspek-aspek seperti :

i.

Aspek Kognitif

Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti diorama yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan

menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Kanak-kanak juga mampu membuat tafsiran kepada situasi jauh,
7

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013 pengalaman lalu, dan masa hadapan berdasarkan kepada apa yang dilihat dan dilakukan.

ii.

Aspek Fizikal

Penggunaan alatan dan bahan yang pelbagai dalam aktiviti diorama dapat memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. Contohnya membentuk model orang-orangan daripada plastesin serta menyediakan rumah dari potongan kadbod keras.

iii.

Aspek Kreativiti

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Sepertimana elemen Pendidikan Seni Visual, aktiviti dan projek di dalam diorama mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Gubahan hasil diorama yang mampu menyampaikan mesej atau cerita membuktikan daya kreativiti kanak-kanak adalah tinggi.

iv.

Aspek Persepsi

Kegiatan diorama memberi peluang kepada murid untuk mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria mereka melalui proses penghasilan model, objek, dan produk yang terdapat disekeliling mereka.

v.

Aspek Sosial dan Emosi

Aktiviti membina diorama secara berkumpulan pastinya akan memberikan peluang kepada kanak.-kanak atau murid berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial sesame mereka di samping meningkatkan keyakinan diri sendiri dalam membuat sebarang keputusan sepertimana kehendak Kurikulum Mata Pelajaran Seni yang menggalakkan semangat bekerjasama dalam apa jua aktiviti berkumpulan.

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013 3.0 Unsur- unsur Kreativiti Dalam Diorama Membantu Perkembangan Kecerdasan Pelbagai

Unsur-unsur kreativiti dan estetika adalah terdiri daripada beberapa elemen asas yang penting dalam menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur kreatif. Aktiviti-aktiviti berikut berlaku secara tidak langsung semasa proses penghasilan diorama, seterusnya akan meningkatkan kecerdasan pelbagai. Antaranya ialah; membantu

i.

Membentuk Garisan

Garisan adalah merupakan hasil cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Dalam diorama kemahiran ini berlaku semasa penyediaan latar belakang, atau proses melukis atau melakar objek.

ii.

Melakar bentuk atau rupa

Elemen rupa perlulah mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. Kemahiran ini boleh diperoleh semasa peringkat penghasilan objek atau subjek diorama, contohnya haiwan, orang-orang, rumah-rumah dan sebagainya.

iii.

Membentuk

Bentuk lazimnya merujuk kepada struktur jisim dan isi padu. Terdapat dua jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat tiga dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya
9

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013 bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi.

iv.

Jalinan

Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.

v.

Warna

Warna merupakan pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

3.1

Tujuan Diorama Dalam Pendidikan Seni

i.

Tingkatkan Daya Kreativiti

Secara tidak langsung, sepanjang proses penghasilan diorama kanak-kanak akan berpeluang meluahkan kreativiti masing-masing untuk mendapatkan hasil atau karya yang menarik. Sepertimana pendapat Herbert Read (1958), jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini

10

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013 belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna yang kreatif. kepada anda, anda adalah seorang

Selain itu, June King Mc Fee juga menjelaskan kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula

perlambangan yang sedia ada. Manakala Carl Rogers pula menjelaskan bahawa kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka.

ii.

Mengembangkan Persepsi Kanak-kanak tentang Seni Tiga Dimensi

Apabila bahan binaan yang dibina dalam diorama sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan, digunakan sebagai bahan bantu belajar, ianya mampu menajamkan persepsi kanak-kanak terhadap objek dan penceritaan, seterusnya akan membantu pencapaian objektif pembelajaran. Binaan diorama akan mendekatkan murid kepada situasi sebenar dan ini akan membantu meningkatkan kefahaman murid tentang sesuatu perkara dengan lebih mudah dan cepat.

3.2

Bagaimana untuk meningkatkan kreativiti kanak.-kanak dalam penghasilan diorama

Pelbagai kaedah boleh digunakan bagi meransang kreativiti kanak-kanak untuk menghasilkan bahan diorama dalam Pendidikan Seni. Antaranya ialah; Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku- buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto. Mengadakan lawatan ke zoo, dan muzium. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketerampilan.

11

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013 Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk peningkatan. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat strategik. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - untuk memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya. Contoh bahan daripada alam sekitar yang boleh digunakan ialah buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya. Manakala benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak- kotak, tisu, gam dan lain-lain.

3.3

Langkah penghasilan diorama

Mengenal pasti tema, mesej, situasi dan cerita

ii

Membuat lakaran kedudukan objek-objek dalam diorama

iii

Merancang alat dan bahan yang akan digunakan

iv

Menyediakan tapak dan latar belakang

Menghasilkan objek-objek

vi

Membuat susun atur objek mengikut lakaran

vii

Membuat pengolahan rekabentuk

viii

Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar


12

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013 ix Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.

Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya.

xi

Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan.

xii

Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut fungsi.

3.4

Kepentingan diorama dalam pendidikan seni visual kepada guru dan murid.

i.

Kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik

ii.

Membuat penyesuaian topik, tema dan teknik Membuat tumbnail-print / lakaran

iii

iv

Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia

Memilih teknik membuat yang sesuai.

vi vii

Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Menghargai ciptaan tuhan

viii

Menghargai nilai-nilai seni

ix

Menghargai prinsip-prinsip dan unsure-unsur seni

Mengenali Pelbagai Bentuk Asas 3D, dan pelbagai lagi.

13

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013 3.5 Kelebihan Aktiviti Diorama

Aktiviti diorama adalah sangat sesuai dengan keinginan asas kanak-kanak, iaitu;

Keinginan untuk bergerak secara bebas Oleh kerana aktiviti diorama dilaksanakan secara berkumpulan secara bekerjasama, maka ia memberi peluang murid bergerak bebas terutama semasa proses penghasilan bahan.

ii

Keinginan untuk berjaya, diiktiraf, diterima dan disanjung Murid akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan bahan diorama yang terbaik serta berharap akan mendapat penghargaan dan pujian. Hasil kerja murid akan dipamerkan kepada orang lain dan menjadi perhatian.

iii

Keinginan untuk bersaing, ketangkasan fizikal dan memahami (pertandingan) Setiap murid akan berusaha untuk menghasilkan tugasan yang terbaik dengan harapan untuk mendapat tempat atau kedudukan yang tinggi berbanding tugasan lain sama ada secara kumpulan atau indvidu. Oleh itu mereka akan meluahkan kreativiti masing-masing untuk mencapai impian masing-masing, apatah lagi jika diberikan ganjaran oleh guru.

iv

Keinginan untuk meneroka, bereksperimentasi, pencapaian kreatif dan meluahkan perasaan. Setiap kanak-kanak mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan sangat cenderung untuk melakukan aktiviti seperti penerokaan, dan berbentuk eksperimen. Aktiviti diorama adalah sangat sesuai dan dapat menarik minat kanak-kanak kerana ia menggalakkan murid meluahkan pencapaian kreatif dan perasaan masing-masing. Mereka bebas menghasilkan, mengolah, menyusun objek sebagaimana tema yang ditetapkan.

14

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013 4.0 Rancangan Pengajaran Harian KSSR Tahun 4 Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK Sains, Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani pergerakan Tahun 4 Permata Asas Pengaturan 60 minit

Matapelajaran Integrasi Matapelajaran Kelas Tajuk Tempoh

: : : :

Standard Kandungan:

5.0

Menggunakan TMK untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

7.0

Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

Standard Pembelajaran:

5.1

Menggunakan aturcara bagi meyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti.

7.1

Membangunkan persembahan dengan menggunakan perisian pengaturcaraan yang telah dikenalpasti dengan kreatif dan inovatif.

Fasa Persediaan

Aktiviti 1

1. 2.

Guru mempamerkan model diorama hidupan laut. Guru memberi beberapa soalan untuk merangsang murid. Contoh soalan : Namakan haiwan-haiwan yang telah kamu lihat ? Apakah haiwan yang paling kerap kamu lihat setiap hari ?

3. 4.

Murid diminta melakukan pergerakan haiwan di dalam air. Murid murid akan menyenaraikan algoritm berdasarkan

pergerakan yang telah dilakukan oleh murid.


15

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013 5. Murid akan menyediakan carta alir berdasarkan algoritm mudah.

Fasa Imaginasi

Aktiviti 2

1.

Murid diminta membayangkan kehidupan di dalam air Contoh soalan guru : Namakan haiwan lain selain dari apa yang kamu lihat sebentar tadi. Nyatakan tempat kehidupan haiwan ini ? ( sungai, laut atau akuarium ) Namakan makanan haiwan tersebut ? Apakah yang dilak.ukan oleh haiwan ini untuk mencari makanan ?

Fasa Perkembangan :

Aktiviti 3

1.

Murid menuliskan algoritm kehidupan dalam air. Contoh : Ikan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Ikan mencari makanan. Ikan mencari mangsa. Ikan bergerak ke kanan Ikan berhenti Ikan makan Ikan pusing Ikan bergerak ke kiri Ikan berhenti Ikan makan

2.

Menyediakan carta alir berdasarkan algoritm yang dibuat. ( di muka surat seterusnya )
16

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013 Mula

Ikan bergerak ke kanan

Ikan berhenti

Ikan makan

Ikan pusing

Ikan bergerak ke kiri

Ikan berhenti

Ikan makan

Tamat 3. Membangunkan aturcara yang menggunakan pergerakan ikan dari satu arah untuk mencari makanan dan memakan mangsa serta berpatah semula ke tempat asal.

Fasa Tindakan

Aktiviti 4

1. 2.

Murid mempamerkan hasil tugasan yang telah disiapkan. Murid menerangkan kepada rakan tentang hasil tugasan yang telah dibina.

3.

rakan memberi pandangan dan komen tentang tugasan yang telah dibina.

4.

Murid melakukan penambahbaikan tugasan yang telah dibuat dengan melihat semula arahan pengaturcaraan.
17

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013 5.0 Penyediaan Lakaran Idea Untuk Menghasilkan Diorama Hidupan Di Air

Diorama yang digunakan di dalam rancangan pelajaran harian di atas adalah direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuain catan sebagai latar belakang diorama dan objek-objek 3 dimensi sebagai hal subjeknya. Berikut merupakan lakaran idea yang dilakukan berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka :

Menentukan Subjek dan Tema Tajuk Diorama Alat dan Bahan

Alam semulajadi dan Persekitaran Hidupan Di dalam Air Model ikan lumba-lumba, model obor-obor, model ikan kecil, model penyu, model ikan pari, model tapak sulaiman, model batu karang, cat emulsi, pasir, tali tangsi, ply wood.

Thumbnail-Print

Sketsa 1 Ikan lumba-lumba sebagai hal subjek rujuk lampiran 1 Sketsa 2 Daun sebagai hal subjek Sketsa 3 Batu karang sebagai hal subjek

Memilih salah satu lakaran Sketsa 1 dipilih kerana ianya benar-benar menepati kehendak yang terbaik Memperinci Lakaran standard pembelajaran yang dipilih Memperkemaskan reka bentuk sketsa yang dipilih dengan melengkapkan gambaran suasana dan latar belakang kehidupan di dalam air. rujuk lampiran 2 ) Membuat karya dan diorama Membina hal subjek, latarbelakang dan kotak diorama

rujuk Lampiran 3 )
Diorama yang lengkap untuk peragaan

Rujuk Lampiran 4 )

18

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013 6.0 Rumusan dan Kesimpulan Teori perkembangan intelektual dapat memberikan inspirasi dan panduan yang berguna kepada pendidik di mana ianya memberikan gambaran yang yang menakjubkan berkenaan dunia pemikiran murid. Pengajaran pula akan lebih berkesan sekiranya guru dapat mengesan dan kemudiannya menyelesaikan segala permasalahan kekurangan dan kelemahan murid di dalam perkembangan pemikiran mereka. Teori ini juga penting dalam membantu guru mengembangkan konsep pemprosesan mak.lumat kerana perkembangan kognitif individu dapat digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan dalam sistem pemprosesan maklumat. Proses kognitif adalah termasuk persepsi , perhatian, ingatan dan menguji hipotesis yang saling berkait di dalam proses pengembangan bahasa khususnya kemahiran membaca. Kecemerlangan kognitif kanak.-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk perkiraan nombor sahaja malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan social serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti. Kanak.-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kekreatifan. Kedua-dua aktiviti ini member peluang kepada kanak.-kanak. Untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelnagai cara. Ini termasuklah ak.tiviti seni dalam diorama seperti melukis, mewarna, kraftangan, membentuk arca, memperagakan bahan seni dan sebagainya. Golongan kanak-kanak sememangnya seronok semasa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan esteika dan gru pula seharusnya sentiasa bersedia dengan perancangan-perancangan yang telititerutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang

19

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013 baik dan teliti pastinya akan membantu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan.

7.0

Bibliografi

Husain, M. Z. (2011). HBAE2203 Membentuk dan membuat binaan. Selangor: Open Universiti Malaysia.

Ismail, Z. Y. (2010). HBAE1403 Seni Dalam Pendidikan. Selangor: Open Universiti Malaysia.

Gurl, A. (2011, Dicember). http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/. Retrieved from http://duniasenivisual90.blogspot.com/: http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/

hazrinphixel. (2013, OCTOBER 9). http://hazrinphixel.blogspot.com/. Retrieved from Blog: http://apa-itu-diorama.blogspot.com/

Simon, A. (2009, November). http://blogsenivisual.blogspot.com/. Retrieved from http://angelspaghcoroni5833.blogspot.com/: http://blogsenivisual.blogspot.com/p/membuat-corak-rekaan_04.html

Syarafi, H. (2008). http://duniasenivisual90.blogspot.com/. Retrieved from http://duniasenivisual90.blogspot.com/p/membentuk-membuat-binaan.html

http://www.jmm.gov.my/ms/glosari.

http://senivisual1.blogspot.com/2009/11/arca.html

http://widodo.staff.uns.ac.id/2009/10/20/ringkasan-modul-7-media-tiga-demensi/
20

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SEMESTER SETEMBER 2013

21

Anda mungkin juga menyukai