Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk
menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam
satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan
atau pun sisi
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan
dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk
menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula
dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema Rumah terbuka sempena
Hari Raya diorama.
ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN DIORAMA
A.
B.
C.
D.

Tapak atau dinding -Kotak, papan, kadbod, atau bekas.


Objek yang disusun - Kertas, plastik, kadbod.
Pemotong- Gunting, pisau.
Pelekat- Selotape, gam, tali.
Diorama juga merupakan gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu

cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan
diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan.

Penyediaan Lakaran Idea Untuk Menghasilkan Diorama Hidupan Di Air

Diorama yang digunakan di dalam rancangan pelajaran harian di atas adalah direka bentuk
melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira
pelbagai kesesuain catan sebagai latar belakang diorama dan objek-objek 3 dimensi sebagai hal
subjeknya. Berikut merupakan lakaran idea yang dilakukan berpandukan kepada asas seni dan
prinsip seni reka :
Menentukan Subjek dan Tema

Rumah terbuka sempena Hari Raya

Tajuk Diorama

Kehidupan

Alat dan Bahan


Thumbnail-Print

Sketsa 1
Rumah sebagai hal subjek
Sketsa 2
Manusia sebagai hal subjek
Sketsa 3
Pokok sebagai hal subjek

Memilih salah satu lakaran Sketsa 1 dipilih kerana ianya benar-benar menepati kehendak
yang terbaik

standard pembelajaran yang dipilih

Memperinci Lakaran

Memperkemaskan reka bentuk sketsa yang dipilih dengan


melengkapkan gambar suasana dan latar belakang kehidupan
suasana kampung.

Membuat karya dan diorama

Membina hal subjek, latarbelakang dan kotak diorama

Diorama yang lengkap untuk peragaan.

Unsur- unsur Kreativiti Dalam Diorama Membantu Perkembangan Kecerdasan Pelbagai

Unsur-unsur kreativiti dan estetika adalah terdiri daripada beberapa elemen asas yang penting
dalam menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur kreatif. Aktiviti-aktiviti berikut berlaku
secara tidak langsung semasa proses penghasilan diorama, seterusnya akan

membantu

meningkatkan kecerdasan pelbagai. Antaranya ialah;


i.

Membentuk Garisan
Garisan adalah merupakan hasil cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan
mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa,
jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni
visual. Dalam diorama kemahiran ini berlaku semasa penyediaan latar belakang, atau
proses melukis atau melakar objek.

ii.

Melakar bentuk atau rupa


Elemen rupa perlulah mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang
mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa
geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang
mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu
kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim).
Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. Kemahiran ini
boleh diperoleh semasa peringkat penghasilan objek atau subjek diorama, contohnya
haiwan, orang-orang, rumah-rumah dan sebagainya.

iii.

Membentuk
Bentuk lazimnya merujuk kepada struktur jisim dan isi padu. Terdapat dua jenis bentuk
iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan,

arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat tiga
dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya
bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3
dimensi.Contonya bentuk konkrit seperti rumah, manusia, pokok.
iv.

Jalinan
Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat
menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada
dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat
dirasai melalui sentuhan, contohnya rumah ( kayu ais kirim) dan (alam buatan manusia).
Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai
melalui sentuhan. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan
kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.

v.

Warna
Warna merupakan pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan.
Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan
warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh
menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada
warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas.
Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

Tujuan Diorama Dalam Pendidikan Seni


i.

Tingkatkan Daya Kreativiti

Secara tidak langsung, sepanjang proses penghasilan diorama kanak-kanak akan


berpeluang meluahkan kreativiti masing-masing untuk mendapatkan hasil atau karya
yang menarik. Sepertimana pendapat Herbert Read (1958), jika anda seorang yang sering
membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil
atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif.
Selain itu, June King Mc Fee juga menjelaskan kreativiti itu adalah keupayaan
mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula
perlambangan yang sedia ada. Manakala Carl Rogers pula menjelaskan bahawa kreativiti
itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan
dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka
atau duka.
ii.

Mengembangkan Persepsi Kanak-kanak tentang Seni Tiga Dimensi


Apabila bahan binaan yang dibina dalam diorama sesuai dan relevan dengan
tujuan hasilan, digunakan sebagai bahan bantu belajar, ianya mampu menajamkan
persepsi kanak-kanak terhadap objek dan penceritaan, seterusnya akan membantu
pencapaian objektif pembelajaran. Binaan diorama akan mendekatkan murid kepada
situasi sebenar dan ini akan membantu meningkatkan kefahaman murid tentang sesuatu
perkara dengan lebih mudah dan cepat.

Bagaimana untuk meningkatkan kreativiti kanak.-kanak dalam penghasilan diorama


Pelbagai kaedah boleh digunakan bagi meransang kreativiti kanak-kanak untuk
menghasilkan bahan diorama dalam Pendidikan Seni. Antaranya ialah;
Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku- buku bergambar, bercerita,
menonton filem, menayang slaid dan gambar foto.
Mengadakan lawatan ke Perkampungan Melayu, dan muzium.

Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik
dan berketerampilan.
Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya
maklumat dan pengetahuan.
Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan
kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk peningkatan.
Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempattempat strategik.
Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.
Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - untuk memastikan
bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya. Contoh
bahan daripada alam sekitar yang boleh digunakan ialah k, tanah liat, buah kelapa,
pinang, kulit siput dan sebagainya. Manakala benda-benda buatan manusia seperti manik,
kayu larik, kotak- kotak, tisu, gam dan lain-lain.

Langkah penghasilan diorama


i

Mengenal pasti tema, mesej, situasi dan cerita

ii

Membuat lakaran kedudukan objek-objek dalam diorama

iii

Merancang alat dan bahan yang akan digunakan

iv

Menyediakan tapak dan latar belakang

Menghasilkan objek-objek

vi

Membuat susun atur objek mengikut lakaran

vii

Membuat pengolahan rekabentuk

viii

Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar

ix Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan
bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.
x

Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan
kesannya.

xi

Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk


rekaan.

xii

Mempamerkan dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut fungsi.

Kepentingan diorama dalam pendidikan seni visual kepada guru dan murid.
i.

Kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik

ii.

Membuat penyesuaian topik, tema dan teknik

iii

Membuat tumbnail-print / lakaran

iv

Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia

Memilih teknik membuat yang sesuai.

vi

Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib.

vii

Menghargai ciptaan tuhan

viii

Menghargai nilai-nilai seni

ix

Menghargai prinsip-prinsip dan unsure-unsur seni

Kelebihan Aktiviti Diorama


Aktiviti diorama adalah sangat sesuai dengan keinginan asas kanak-kanak, iaitu;
i

Keinginan untuk bergerak secara bebas.


Oleh kerana aktiviti diorama dilaksanakan secara berkumpulan secara bekerjasama,
maka ia memberi peluang murid bergerak bebas terutama semasa proses penghasilan
bahan.

ii

Keinginan untuk berjaya, diiktiraf, diterima dan disanjung.


Murid akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan bahan diorama yang
terbaik serta berharap akan mendapat penghargaan dan pujian. Hasil kerja murid akan
dipamerkan kepada orang lain dan menjadi perhatian.

iii

Keinginan untuk bersaing, ketangkasan fizikal dan memahami (pertandingan).


Setiap murid akan berusaha untuk menghasilkan tugasan yang terbaik dengan harapan
untuk mendapat tempat atau kedudukan yang tinggi berbanding tugasan lain sama ada
secara kumpulan atau indvidu. Oleh itu mereka akan meluahkan kreativiti masingmasing untuk mencapai impian masing-masing, apatah lagi jika diberikan ganjaran
oleh guru.

iv

Keinginan untuk meneroka, bereksperimentasi, pencapaian kreatif dan meluahkan


perasaan.
Setiap kanak-kanak mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan sangat cenderung
untuk melakukan aktiviti seperti penerokaan, dan berbentuk eksperimen. Aktiviti
diorama adalah sangat sesuai dan dapat menarik minat kanak-kanak kerana ia
menggalakkan murid meluahkan pencapaian kreatif dan perasaan masing-masing.
Mereka bebas menghasilkan, mengolah, menyusun objek sebagaimana tema yang
ditetapkan.

Kesimpulan
Berdasarkan tugasan kali ini, dapat kami simpulkan bahawa diorama ini tidak boleh
dipandang sebelah mata kerana ia juga merupakan tunggak utama dalam membantu
perkembangan kank-kanak terutamanya di peringkat sekolah rendah. Ciri-ciri diorama yang agak
unik mampu membantu guru memperkembangkan lagi individu kanak-kanak ini dari segi
kognitif, afektif,sosial, komunikasi dan psikomotor seterusnya merealisasikan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani,
emosi,rohani, intelek dan sosial.
Akan tetapi, dengan hanya menggunakan diorama sahaja tidak mampu untuk membantu
perkembangan kanak-kanak ini. Ia juga harus disusuli dengan beberapa aspek yang perlu
memberi sokongan dan dorongan bagi memperkembangkan kanak-kanak ini.Oleh itu, kami ingin
mencadangkan ibu bapa juga berfungsi sebagai tunggak utama kepada penggerak proses
perkembangan kanak-kanak yang sempurna. Hal ini kerana, kanak-kanak adalah lebih dekat
tarikannya terhadap ibu bapa mereka terutama apabila mereka masih kecil.Ibu bapa perlulah
memastikan anak-anak mereka sentiasa terdedah dengan aktiviti perkembangan individu yang
boleh mendorong mereka ke arah suatu kebaikan. Contohnya, banyakkan pendedahan anak-anak
mereka kepada hidupan luar sama ada hidup mahupun bukanhidupan supaya mereka lebih
banyak berfikir akan proses kejadian yang berlaku di sebalik itu.

Guru juga boleh memainkan peranan mereka di sekolah dengan menggalakkan muridmurid kepada aktiviti atau kegiatan sihat seperti sukan serta nilai-nilai murni yang ditekankan
disekolah. Untuk itu, murid-murid akan menjadikan apa yang dipelajarinya sebagai suatu amalan
dan rutin harian untuk digunakan dalam cara hidup yang sihat.

Anda mungkin juga menyukai