Anda di halaman 1dari 7

Kanak-kanak merupakan golongan yang kaya dengan inspirasi, aspirasi dan imaginasi.

Namun begitu, jika mereka tidak berupaya memaparkan dalam bentuk kata-kata atau susunan perkataan yang berkesan maka kita tidak akan memahami apa yang ingin disampaikan oleh mereka. Lukisan merupakan media atau alat perantara komunikasi yang gemar digunakan oleh kanak-kanak terutamanya meluahkan inspirasi, aspirasi dan imaginasi mereka. Berpandukan hasil kerja murid, kita mampu menyelami dan menyelusuri perasaan murid-murid kita. Berikut adalah ulasan saya tentang hasil kerja dua orang murid iaitu Lai Min Xuan dan Akmal bin Harikh. Tajuk : Rumah Idamanku

Objek-objek seperti rumah, pokok dan rumput yang hijau, pokok bunga, awan dan matahari dan burungburung yang berterbangan merupakan objek-objek yang tidak dapat dipisahkan dari kotak imaginasi kanak-kanak. Dari sini, jelaslah kehidupan kanak-kanak adalah terlalu akrab dengan objek-objek tersebut membuat corak inspirasi, imaginasi dan kreativiti mereka juga turut cenderung ke arah itu. Lai Min Xuan telah menggambarkan sebuah rumah yang cantik, persekitaran yang menghijau dan nyaman serta sekeluarga yang bahagia sebagai hasratnya dalam memenuhi konsep Rumah Idamanku.

Biasanya murid akan mewarnani rumah Melayu yang diperbuat daripada papan dengan warna coklat sahaja. Tetapi pelajar ini telah menunjukkan kekreatifan dan keberaniannya dalam bermain dengan warna. Tingkap dan pintu rumah idamannya dicatkan dengan warna yang cerah dan menarik serta dihiasi dengan corak yang cantik. Budak Melayu yang berdiri di tepi rumah dengan wajah yang riang menandakan kepuasan dan kebanggaannya dalam membina rumah idamanya yang cantik dan menarik selain dari objek-objek sampingan seperti pokok yang berbuah, bunga, awan dan matahari.

Unsur Seni 30 04 2010 Unsur seni ialah perkara asas yang membentuk sesebuah karya seni. Antara yang dikatakan sebagai asas seni ialah:

Garisan Garisan merupakan sebarang tanda di atas permukaan yang membentuk rupa atau outline. Ianya boleh membentuk jalinan/texture dan mempunyai nilai tebal atau halus. Jenis-jenis garisan termasuk actual, implied, vertical, horizontal, diagonal dan contour lines. Tebal dan halus sesuatu garisan biasanya boleh mempengaruhi lukisan kita samada dari segi ruang (jauh dan dekat), saiz, titik tumpuan (focal point) dan lain-lain.

Texture/jalinan Pemahaman terhadap texture penting kerana setiap objek mempunyai nilai texturenya yang tersendiri samada halus atau kasar. Texture ni boleh dikatakan sebagai kualiti sesuatu permukaan samada dari segi tactile(boleh dirasa dengan deria) atau visual (hanya boleh dinilai melalui penglihatan).

Warna Nama lain bagi warna dalam istilah seni ialah hue dan ia mempunyai tiga ciri utama iaitu, chroma, intensity dan value. Dalam catan atau apa-apa lukisan berwarna, kefahaman teori warna dan kepandaian menyesuaikan keadaan dalam menggunakan warna adalah yang paling penting untuk mewujudkan mood agar lukisan kelihatan natural dan hidup. Dalam masa yang sama, kita juga perlu memahami berkenaan dengan color temperature/suhu.

Shape/rupa Shape ialah garisan 2 dimensi tanpa bentuk dan ketebalan. Ia bersifat flat/rata dan boleh dikategorikan kepada geometric dan organic. Biasanya pelajar selalu keliru antara shape dan form.

Form/bentuk Form ialah objek 3 dimensi yang mempunyai ruang/volume dan ketebalan. Ia ialah ilusi terhadap efek 3D dan diimplikasikan berbantukan cahaya dan teknik bayangan.

Value/nilai Nilai merupakan istilah yang digunakan dalam mengukur terang gelap dalam sesuatu rekabentuk. Ianya merupakan kontras antara hitam dan putih dan semua ton yang berada di antaranya. Nilai boleh diaplikasikan pada warna dan juga pada warna hitam dan putih. Perbezaan yang jelas/ketara antara sesuatu nilai pula dikatakan sebagai kontras.

Saiz Merujuk kepada variasi dalam kadarbanding antara objek, garisan atau rupa. Sesetengah bahan rujukan juga menyenaraikan kadarbanding/proportion/scale juga salah satu dari elemen dalam seni.

Comments : Leave a Comment

Categories : Uncategorized Mengenal Kraf Tradisional 30 04 2010

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

1. Alat domestik 2. Alat permainan 3. Alat pertahanan diri 4. Perhiasan diri (ornamen) 5. Batik 6. Tekat 7. Ukiran 8. Tenunan 9. Anyaman 10. Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif,

corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Comments : Leave a Comment

Categories : Uncategorized Membentuk Dan Membuat Binaan 30 04 2010

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: 1. Arca timbul 2. Asemblaj 3. Mobail 4. Stabail 5. Model 6. Diorama

7. Boneka 8. Topeng 9. Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Comments : Leave a Comment

Categories : Uncategorized Membuat Corak Dan Rekaan 30 04 2010 Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada manamana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

Corak tidak terancang secara: 1. Pualaman 2. Tiupan 3. Titisan 4. Ikatan dan celupan 5. Renjisan dan percikan

Corak terancang secara: 1. Lukisan 2. Catan 3. Cetakan 4. Capan 5. Lipatan dan guntingan 6. Resis 7. Kolaj 8. Kaligrafi

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

Anda mungkin juga menyukai