Anda di halaman 1dari 24

KAJIAN KEBERKESANAN

PERLAKSANAANPENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran guru dalam bidang
pendidikan seni visual dalam usaha untuk berfungsi secara berkesan. Kajian ini juga
melihat perbezaan antara tahap kompetensi berdasarkan ciri-ciri latar belakang dan
hubungan antara keperluan dan tahap kompetensi. Keutamaan kompetensi mengikut
persepsi guru-guru pendidikan seni juga dilihat. Di samping itu, kajian juga melihat sikap
murid-murid terhadap pendidikan seni visual.

Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik ke atas guru-guru yang mengajar mata
pelajaran pendidikan seni visual dan murid-murid tahun enam di sekolah rendah di
kawasan Batang Padang, Manjung, Kinta, Shah Alam dan Wilayah Persekutuan. Jumlah
sekolah yang dilibatkan adalah 41 buah dengan sejumlah 67 orang guru dan 1088 murid
tahun enam. Kompetensi yang dikaji meliputi empat kategori iaitu perancangan,
pelaksanaan, penilaian, dan hubungan interpersonal.

Kaedah deskriptif (kekerapan dan min) serta inferential (ujian-t, ANOV A Sehala, dan
Korelasi Pearson) telah digunakan untuk menganalisis data. Analisis kajian ini mendapati
(a) sebahagian besar responden beranggapan keempat-empat kategori kompetensi yang
telah dikenalpasti sangat diperlukan oleh guru-guru pendidikan seni visual; (b)
sebahagian besar responden menganggap mereka memiliki tahap kompetensi sederhana
tinggi sebagai guru pendidikan seni visual dalam setiap kompetensi; (c) terdapat
perbezaan yang signifikan pada tahap kompetensi dalam keempat-empat kategori yang
ditetapkan di antara kumpulan responden berasaskan ciri-ciri latar belakang seperti
kelulusan, pengalaman, jantina, gred dan lokasi sekolah; (d) wujud hubungan signifikan
di antara kompetensi yang dianggap perlu dan tahap kompetensi yang dimiliki dalam
kategori perancangan pengajaran; (e) kompetensi dalam kategori pelaksanaan P & p
dianggap oleh responden sebagai yang paling tinggi.

Kajian mencadangkan agar kursus dan latihan sebelum perkhidmatan dan dalam
perkhidmatan ditingkatkan supaya kompetensi mereka dalam bidang tersebut dapat
dipertingkatkan. Senarai kompetensi yang telah dikaji boleh digunakan sebagai kriteria
atau panduan dalam melatih guru-guru pendidikan seni visual yang option dan juga yang
bukan opsyen. Akhir sekali, kurikulum pendidikan seni visual visual perlu disemak
semula untuk merealisasikan hasrat untuk melihat mata pelajaran pendidikan seni visual
seiring dengan tuntutan globalisasi.

11
ABSTRACT

The objectives of this study are to identify the perceived competencies needed by
the art education teachers and the competency levels of the art education teachers in
their teaching of art; to analyse the differences between levels of competencies and the
respondent's background characteristics, to examine the relationship between
competency levels and competency needs; and to analyse the respondents' ranking of
these competencies. This study also looks at students' attitude towards art education.
Questionaires were used to collect data for the study.

The respondents of this study comprised of 67 art education teachers and 1088 students
of year six from 41 primary schools in the district of Batang Padang, Manjung, Kinta,
Shah Alam dan Wilayah Persekutuan. Four areas of competencies were identified in the

questionaire: planning competencies, implementing competencies evaluating


competenciess, and the interpersonal competencies of the art education teachers.

Descriptive statistics (frequency and mean) and inferential statistics (t-test, One-way
ANOVA, Friedman Two-Way Anova and Pearson's Correlation) were used to analyse the
data. Findings of the study showed that: (a) the majority of the respondents perceived
almost all the competencies under the four identified categories as very necessary to be
possessed by the art education teachers in order to enable them to teach effectively; (b)
the majority of the respondents perceived themselves as having a moderate competency
level; (c) there aresignificant diferences of the competency levels between the group of
respondents from different backgrounds such as level of education, past experience as art
teachers, training received during their service as a teacher, school's size and location;
(d) a significant relationship exists between all the competency needs and the
respondent's competency levels, and (e) implementation competency was perceived as top
priority.

The study concludes that art teachers could improve their competencies in teaching, by
giving them courses related to their competency needs. The list of competencies identified
can be used as a guide or criteria in training the newly appointed art teachers. Lastly, the

art education curricullum should be reviewed in order to see art education as a

prominent subject ..

III
PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.W.t kerana dengan limpah kumiaNya serta

dengantaufik dan hidayahNya dapat disiapkan penyelidikan ilmiah ini sebagaimana yang

dikehendaki. Walau bagaimanapun, segala usaha ini tidak mungkin akan terhasil tanpa

adanya kerjasama, sokongan dan dorongan daripada pelbagai pihak. Atas sumbangan dan

galakan yang diberi, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada mereka.

Penghargaan yang tidak temilai saya rakamkan khas kepada Prof. Dato' Dr. Abu Bakar

bin Nordin, selaku Pengarah Pusat Perundingan dan Penyelidikan kerana membantu

menjayakan penyelidikan ini. Ucapan ribuan terima kasih juga ingin saya sampaikan

kepada semua pensyarah yang terlibat dalam kumpulan penyelidikan ini iaitu En. Md.

Nasir bin Ibrahim, En. Mohd Zaihidee bin Hj. Arshad, dan Puan Jamilah Omar. Perasaan

terhutang budi dan jutaan terima kasih in gin saya rakamkan juga kepada pembantu

penyelidik, saudara Sufian Shah bin Hilalludin, semua guru besar dan guru-guru

pendidikan seni visual sekolah-sekolah yang menjadi sebahagian daripada sasaran

penyelidikan ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan berasa bangga di atas

keikhlasan, kerjasama serta bantuan pentadbiran dan profesional yang telah anda berikan

kepada saya. Sekalung budi dan seikhlas rasa penghargaan juga saya tujukan kepada

saudari Nor Haizan binti Ab. Wahab, saudara Zulkifli Abdullah kerana turut membantu

menjayakan penyeJidikan ini. Terima kasih tidak terhingga di atas bantuan serta

kerjasama yang turut disumbangkan.

IV
lSI KANDUNGAN

Halaman

TAJUK

ABSTRAK ii
PENGHARGAAN 1ll

KANDUNGAN iv

SENARAI JADUAL IX

DAFTAR CARTA DAN RAJAH xi

BABl

PENGENALAN

1. Pendahuluan 1

1.1. Latarbelakang Kajian 1

1.2. Pemyataan Masalah 3

1.3. Tujuan Kajian 5

1.4. Persoalan Kajian 7

1.5. Kepentingan Kajian 7

1.6. Batasan Kajian 8

1.7. Definisi Operasional

1.7.1. Persepsi 9
1.7.2. Kompetensi 9
1.7.3. Umur 9
1.7.4. Kelulusan Akademik 10
1.7.5.Kelayakan Iktisas 10
1.7.6.Pengalaman Mengajar Pendidikan Seni di Sekolah 10
1. 7.7. Lokasi Sekolah 10
1.7.8. Saiz Sekolah 10
1.7.9. Jenis Sekolah 10

v
BAB2

SOROTAN LITERATUR

2.0 Pengenalan 11

2.1 Sejarah perkembangan pendidikan seni 11

2.2 Kepentingan pendidikan seni visual 13

Pendidikan seni visual dari pelbagai perspektif 14

Pendidikan seni visual dari perspektif Kementerian Pendidikan Malaysia 15

2.3 Kompetensi Merancang, melaksana, menilai dan hubungan interpersonal

2.3.1 Kompetensi Merancang 17

2.3.2 Kompetensi Melaksana 19

20
2.3.3 Kompetensi Menilai

21
2.3.4 Kompetensi Hubungan Interpersonal

2.4 23
Kerangka Kajian

BAB3

METODOLOGI

26
3.0 Pengenalan
26
3.1 Rekabentuk Kajian dan Rasionalnya
27
3.2 Populasi dan Persampelen Kajian
28
3.3 Instrumen Kajian
32
3.4 Pengumpulan Data
33
3.5 Penganalisisan Data
34
3.6 Penutup
Bab4

DAPATAN KAHAN

4.0 Pengenalan 36

4.1 Latar Belakang Responden 36

4.2 Persepsi Tentang Keperluan dan Tahap Kompetensi 41

4.3 Perbezaan Tahap Kompetensi Berdasarkan Ciri-Ciri Latar Belakang 56

4.4 Keutamaan Kompetensi berdasarkan Persepsi Responden 61

4.5 Analisis Sikap Pelajar Terhadap Pendidikan Seni Visual 61

4.7 Faktor-Faktor yang Mepengaruhi Sikap Pelajar Terhadap Pendidikan Seni 62

4.8 Rumusan 70

Bab 5

RUMUSAN, IMPUKASI DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan 71

5.1 71
ObjketifKajian

5.2 Persoalan 72
Kajian
72
5.3 Kaedah Penyelidikan
73
5.4 Rumusan Hasil Kajian
76
5.5 Implikasi dan Cadangan
77
5.6 Cadangan untuk Amalan
80
5.7 Cadangan untuk Kajian Selanjutnya
81
5.8 Rumusan dan Penutup

Vl
RUJUKAN

LAMPlRANA

LAMPlRANB

LAMPlRANC

LAMPlRAND

LAMPlRANE

Vlll
DAFTARJADUAL

Jaduall PekaliKebolehpercayaan Untuk Skala-Skala Dalarn Soal Selidik Persepsi


Terhadap Kompetensi Guru-guru Pendidikan Seni Visual

ladua12 Penggunaan Kaedah Statistik Kajian

Iadua13 Taburan Responden Mengikut Umur Dan Jantina

Jadual-l Pecahan Mengikut Bangsa di Kalangan Guru

Jadual S Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik dan Umur

Jadual o Taburan Responden Mengikut Pengalaman Dalarn Perkhidmatan


Pendidikan dan Pengalaman Sebagai Guru

Jadual ? Taburan Iatihan khusus dalam bidang seni semasa berkhidmat

Jadual B Taburan Responden Mengikut Lokasi dan Saiz Sekolah

Iadua19 Taburan Responden Mengikut Jenis Dan Saiz Sekolah

Jadual IO TaburanKekerapan Respons Responden Mengikut Keperluan dan Tahap


Kompetensi dalam Perancangan Pengajaran Pendidikan Seni Visual

Jadual l l TaburanKekerapan Respons Responden Mengikut Keperluan dan Tahap


Kompetensi dalam Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual KBSR.

lfadual12 TaburanKekerapan Respons Responden Mengikut Keperluan Dan Tahap


Kompetensi Dalam Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual KBSR.

Jadual l J TaburanKekerapan Respons Responden Mengikut Keperluan Dan Tahap


.

Kompetensi Dalam Hubungan Interpersonal.

Iadua114 Nilai T' Di Antara Ciri-Ciri Latar Belakang Dengan Tahap Kompetensi.

Jadual l S Nilai 'F' Di Antara Ciri-Ciri Latar Belakang Dengan Tahap Kompetensi.
(ANOVA Sehala)

Iadual16 Taburan min persepsi kendiri guru terhadap pengajaran pendidikan seni
visual

ix
Iadual17 Taburan Min Item Sikap (Komponen Afektif) Pelajar Terhadap
pendidikan seni visual

Jadual l S Taburan Min Item Sikap (Komponen Tingkahlaku) Pelajar Terhadap


pendidikan seni visual

Iadual19 Taburan Min Item Sikap (Komponen Kognitif) pelajar Terhadap


Pendidikan seni visual

Iadua120 Taburan min Item Faktor Pengaruh Pengalaman Yang Mempengaruhi


Sikap Pelajar Terhadap pendidikan seni visual

Iadua121 Taburan min item faktor pengaruh motivasi yang mempengaruhi sikap
pelajar terhadap pendidikan seni visual.

Iadua122 Taburan Min Item Faktor Pengaruh Guru yang mempengaruhi Sikap
Pelajar terhadap pendidikan seni visual

Iadua123 Taburan Min Item Faktor pengaruh ibu bapa yang mempengaruhi sikap
pelajar terhadap pendidikan seni visual.

ladual24 Taburan min item faktor pengaruh budaya yang mempengaruhi sikap
pelajar terhadap pendidikan seni visual.

Iadua125 Taburan min item faktor pengaruh media massa yang mempengaruhi sikap
pelajar terhadap pendidikan seni visual.

Jadual26 Taburan min item faktor pengaruh alatlmedia yang mempengaruhi sikap
pelajar terhadap pendidikan seni visual

Iadual27 Taburan Min Hirarki Faktor-Faktor yang mempengaruhi Sikap Pelajar


terhadap pendidikan seni visual

Iadua128 Taburan Keutamaan Kompetensi Murid-murid yang dikait dengan


kebolehan,minat dan potensi

x
DAFTAR CARTA DAN RAJAH

Carta 1 Respons Tentang Keperluan Dan Tahap Kompetensi Dalam Pengajaran


dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Carta 2 Respons Tentang Keperluan Dan Tahap Kompetensi Dalam


PerlaksanaanPengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

Carta 3 Respons Tentang Keperluan Dan Tahap Kompetensi Dalam


Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

Carta 4 Respons Tentang Keperluan Dan Tahap Kompetensi Dalam


Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

Carta 5 Respons Tentang Keperluan Dan Tahap Kompetensi Dalam

Hubungan Interpersonal

Rajah 2.1 Kerangka Kajian

Xl
.BAB1:PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Bab ini rnernbincangkan secara urnurn tentang perrnasalahan kajian, objektif, persoalan,

kepentingan dan batasan kajian. Turut dibincang dalarn bab ini ialah beberapa konsep

tentang pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas kajian. Bab ini dibahagikan

kepada 7 bahagian kecil. Bahagian 1.1 menghuraikan tentang latar belakang kajian.

Bahagian 1.2 menghuraikan pernyataan masalah. Bahagian 1.3 menjelaskan tujuan kajian.

Persoalan kajian dihurai dalam bahagian 1.4. Bahagian 1.5 membincangkan kepentingan

kajian manakala batasan kajian dan definisi operasional masing-rnasing dijelaskan dalam

bahagian 1.6 dan bahagian 1.7.

1.1 Latar Belakang Kajian

Mata pelajaran pendidikan seni sekolah rendah merupakan mata pelajaran teras

dalam sistern persekolahan sekolah rendah di negara ini. Kurikulum pendidikan seni

sekolah rendah mula dibuat perubahan sejak tahun 1982, dengan nama Kurikulum Bam

Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum KBSR terbentuk setelah sebuah jawatankuasa

dibentuk dalam tahun 1974 bagi mengkaji pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara. Iawatan

kuasa ini dikenali sebagai Iawatankuasa Kabinet. Hasil daripada kajian dan syor-syor

rnengenai sistem pendidikan telah diumumkan melalui Jawatankuasa Kabinet pada tahun

1979. Kurikulum Bam Sekolah Rendah telah dibentuk menggantikan Kurikulum Lama

Sekolah Rendah (KSLR).

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), beberapa kelemahan KSLR

telah dikenalpasti. Antaranya ialah:

a) lsi kandungan sukatan pelajaran kadang kala berulang dan tidak ada kaitan

antara sukatan mata pelajaran at au antara darjah.


b) Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. lni membebankan

dan membosankan murid.

c) Guru dan murid selalu terdesak untuk menghabiskan sukaran pelajaran

terutama apabila ada peperiksaan.

d) Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. lni

menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik

dan berkesan.

Kurikulum baru pendidikan seni (KBSR) bertujuan untuk memberi peluang

kepada murid supaya memupuk minat dan memperkembangkan bakat serta mengenali

un sur-un sur kebudayaan kebangsaan dan mempunyai kepekaan terhadap alam sekitar

(Kurikulum pendidikan seni KBSR, 1982). Selain daripada itu, mata pelajaran ini juga

boleh dijadikan sebagai salah satu temp at pengukuhan dan kemahiran asas membaca,

melukis dan mengira yang menjadi tonggak kepada kurikulum baru sekolah rendah.

Berdasarkan sukatan pendidikan seni KBSR (1982), empat jenis kegiatan telah

dicadangkan iaitu:

a. Menggambar

b. Mereka dan Mencorak

c. Membentuk dan Membuat binaan, dan

d. Kraf Tradisional

Kurikulum pendidikan seni KBSR telah disemak semula pada tahun 1999.

Perkataan 'Baru' telah ditukar kepada 'Bersepadu' mana kala mata pelajaran pendidikan

seni ditukar kepada pendidikan seni visual. Semakan ini adalah untuk memastikan

kandungan mata pelajaran ini memenuhi kehendak alaf baru iaitu memenuhi harapan

negara menuju Wawasan 2020. Penyemakan tidak melibatkan perubahan struktur yang

besar. Hanya kandungannya sahaja ditokok tambah dan disesuaikan dengan keadaan

2
semasa. Antara struktur kandungan Sukatan Pelajaran pendidikan seni visual. Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah ialah:

a. Melukis dan Membuat Gambar

b. Membuat Rekaan Corak

c. Membentuk dan Membuat Binaan

d. Mengenal KrafTradisional

(Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Pusat Perkembangan


Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002)

Sehingga kini tidak ada kajian yang menyeluruh terhadap Kurikulum pendidikan

seni visual KBSR dari segi keberkesanan dan pelaksanaannya di sekolah rendah. Kajian

dari Kementerian Pendidikan hanyalah menumpukan keberkesanan pelaksanaan

kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) secara menyeluruh. Oleh yang demikian kajian ini

diharapkan dapat membantu Kementerian Pendidikan, institusi-institusi pendidikan,

maktab perguruan dan sekolah-sekolah untuk mengenalpasti keberkesanan dan

pelaksanaan kurikulum ini. Hasil dapatan kajian ini akan dapat membantu pembentukan

kurikulum pendidikan seni visual sekolah rendah yang lebih dinamik.

1.2 Pernyataan Masalah

Kurikulum pendidikan seni visual KBSR yang diperuntukkan di Sekolah Rendah

telah dirancang dengan baik selaras dengan tujuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK). Sebenamya kurikulum itu mempunyai peranan dan sumbangan yang penting bagi

perkembangan mutu setiap murid di sekolah rendah. Secara umumnya kurikulum adalah

merupakan jantung pendidikan (heart of education). Oleh yang demikian kurikulum

menentukan arah aliran pendidikan dan perkembangan bagi kegiatan proses pengajaran

dan pembelajaran di bilik darjah. Dalam hal ini guru pendidikan seni visual mempunyai

peranan utama dalam menentukan keberhasilan ataupun tidaknya murid-rnurid dalam

3
mengembangkan pengetahuan, sikap maupun kemahiran. Kenyataan ini disokong oleh

Hastad dan Lacy (1998) yang menyatakan bahawa peranan utama guru pendidikan seni

adalah memperkembangkan dan mempertingkatkan pre stasi murid-murid dalam domain

kognitif, afektif dan psikomotor. Ketiga-tiga domain tersebut secara semula jadi telah

tertanam di dalam setiap individu murid-murid yang mana potensi murid-murid ini perlu

dikembangkan sehingga domain-domain itu dapat berfungsi dan berada dalam keadaan

yang baik dan produktif.

Dengan demikian murid-murid perlu diberi peluang untuk membolehkan mereka

men genal pengetahuan hasil-hasil seni dan kraf, kemahiran dan nilai-nilai mumi dalam

pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual (Kementerian Pendidikan 1990).

Dengan adanya tuntutan tersebut sebaik sahaja guru menyampaikan pengajaran kepada

murid-murid, ia akan dapat menyumbang ke arah perkembangan dan pertumbuhan intelek,

emosi, rohani dan jasmani selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat tersebut tidak akan tercapai sepenuhnya secara optimum sekiranya guru tidak

mempunyai pengetahuan, dan berkemahiran. Misalnya kemahiran dan pengetahuan untuk

mengukur prestasi psikomotor murid-muridnya, mengenal pasti dan mengembangkan

potensi dan kreativiti muridnya. Dalam hal ini keberkesanan murid-murid bergantung

kepada kepercayaan, pengetahuan, kemah iran serta perlakuan guru sewaktu

menyampaikan pengajaran dan pembelajarannya selarna di dalam maupun di luar bilik

darjah di lingkungan sekolah. Kemahiran murid-rnurid bergantung kepada pendidikan

yang diterima menerusi corak pengajaran guru sebelum itu. (Iberahim Hassan, 2000)

Daripada dapatan kajian yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan, pada

keseluruhannya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) tidak mencapai sasaran

sebenar. Namun demikian unjuran yang didapati tidak mengatakan secara khusus terhadap

mata pelajaran pendidikan seni KBSR. Belum ada kajian secara menyeluruh terhadap

4
kurikulum ini samada dari segi kesesuaian kurikulum dari segi objektif, kandungan dan

falsafahnya ataupun dari segi pelaksanaan oleh guru-guru melalui amalan pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Kajian seumpama ini sangat penting bagi membolehkan satu

dapatan bagi melihat kelemahan dan kelebihan untuk menggubal kurikulum baru pada

masa akan datang. Secara umumnya kurikulum perlulah memenuhi matlamat pendidikan

yang seharusnya dicapai, isi kandungannya mencapai objektif yang dikehendaki,

metodologi digunakan disusun dan dilaksanakan dalam pengalaman-pengalaman

pembelajaran supaya mencapai objektif dan kurikulum itu harus boleh dinilai dan diukur

untuk menentukan keberkesanan pembelajaran berlaku (Hooper R, 1977).

1.3 Tujuan Kajian

Penyelidikan ini dilakukan adalah dengan tujuan berikut:

1.3.1 Untuk meneroka sejauh mana pandangan guru terhadap tahap keperluan

perancangan, pelaksanaan, penilaian dan hubungan interpersonal dalam pengajaran

dan pembelajaran kurikulum pendidikan seni visual di sekolah-sekolah rendah pada

ketika ini. Isu-isu yang akan dikumpulkan adalah berkaitan dengan:

a. Pandangan dan tanggapan guru-guru pendidikan seni visual tentang

keperluan terhadap pengetahuan dalam merancang pembelajaran;

b. Pandangan dan tanggapan guru-guru pendidikan seni visual tentang

keperluan terhadap pengetahuan dalam melaksana pembelajaran;

c. Pandangan dan tanggapan guru-guru pendidikan seni visual tentang

keperluan terhadap pengetahuan dalam menilai pembelajaran; dan

d. Pandangan dan tanggapan guru-guru pendidikan seni visual tentang

keperluan terhadap pengetahuan dalam hubungan interpersonal.

5
Pandangan dan tanggapan tersebut penting untuk memastikan keberkesanan

kurikulum pendidikan seni visual yang sedia ada dan akan dijadikan asas kepada

keperluan penubuhan dan cadangan baru.

1.3.2 Untuk mengenal pasti tahap kompetensi guru dalam bidang pendidikan seni visual

untuk sekolah rendah dalam usaha untuk berfungsi sepenuhnya secara berkesan.

a. meninjau tahap kompetensi yang ada pada guru-guru pendidikan seni visual

dalam merancang, melaksana, menilai dan hubungan interpersonal.

b. melihat hubungan di antara ciri-ciri latar belakang dengan tahap

kompetensi guru-guru pendidikan seni visual; dan

c. melihat keutamaan kompetensi mengikut persepsi guru-guru pendidikan

seni visual bagi menjalankan tugas mereka.

Maklumat yang didapati akan dijadikan bahan sokongan kepada garis panduan untuk

meningkatkan kualiti tenaga pengajar yang mengajar pendidikan seni visual di sekolah

rendah. Maklumat juga diperoleh daripada sumber lain seperti sorotan literatur (literature

review) yang berkaitan dengan kualiti guru pendidikan seni visual.

1.3.3 Untuk mengenal pastipandangan murid-muridterhadap keberkesanan P & P

pendidikan seni visual.

Pandangan dan pendapat murid-murid tahun enam dikumpulkan untuk mengetahui

sejauh mana keberkesanan perlaksanaan mata pelajaran ini dari kaca mata mereka.

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan empat kategori kompetensi di atas, soal selidik dibentuk sendiri oleh

pengkaji bagi mendapatkan persepsi responden mengenai persoalan berikut: Kajian ini akan

menjawab persoalan-persoalan berikut :

a.
Apakah kompetensi yang diperlukan oleh guru-guru untuk mengajar

pendidikan seni visual secara berkesan?

6
b. Apakah tahap kompetensi yang ada di kalangan guru pendidikan seni visual

bagi membolehkan mereka mengamalkan pengajaran dan pembelajaran

pendidikan seni visual di sekolah rendah?

c. Adakah wujud perbezaan signifikan di antara keperluan dengan tahap

kompetensi guru pendidikan seni visual?

d. Adakah wujud perbezaan signifikan di antara ciri-ciri latar belakang dengan

tahap kompetensi guru pendidikan seni visual?

e. Apakah persepsi guru pendidikan seni visual berhubung keutamaan kompetensi

berasaskan tugas sebagai guru pendidikan seni visual?

f. Sejauh manakah sikap murid-murid sekolah rendah terhadap mata pelajaran

pendidikan seni visual?

g. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi sikap murid-murid terhadap

pendidikan seni visual?

l.5 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

1. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat kepada

Kementerian Pendidikan terhadap perIaksanaan Kurikulum KBSR

pendidikan seni visual di seluruh Malaysia sarna ada berkesan atau tidak.

lni membolehkan penyemakan semula dapat dilakukan mengikut amalan

amalan yang sebenamya mengikut kehendak seperti dalam kajian.

2. Kajian ini juga diharapkan dapat menjelaskan kepada pihak Kementerian

Pendidikan, Bahagian Pendidikan Guru dan guru-guru tentang tahap

kesediaan guru pendidikan seni visual melaksana pelajaran pendidikan seni

visual di sekolah rendah.

7
3. Kajian ini dapat mengenal pasti guru sarna ada menggunakan kaedah

kaedah yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

dengan tahap dan kebolehan murid-murid dengan menggunakan bahan dan

teknik yang betul.

4. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat mengenal pasti tahap

perkembangan atau kemahiran artistik dan profesion guru pendidikan seni

visual KBSR.

5. Kajian ini juga dapat digunakan sebagai garis panduan oleh kementerian

dan guru-guru untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran

pendidikan seni visual KBSR.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini tidak bertujuan untuk memberi gambaran secara menyeluruh kepada

masalah yang dikaji. Walau bagaimanapun, batasan perlu diambil kira:

1. Kajian ini memusatkan guru-guru yang mengajar pendidikan seni visual

KBSR di sekolah Daerah Batang Padang, Manjung, Ipoh, Lembah Kelang

dan Shah Alam yang telah dipilih secara rawak.

2. Segala dapatan daripada penyelidikan ini, dari segi ketepatan bergantung

kepada respons subjek terhadap kenyataan-kenyataan dalam soal selidik

yang dijalankan sahaja.

3. Kajian ini hanya melibat sekolah di Daerah Batang Padang, Manjung, Ipoh,

Lembah Kelang dan Shah Alam yang telah dipilih secara rawak.

4. Bentuk item-item yang dibina adalah berdasarkan keperluan kurikulum

KBSR pendidikan seni visual dan tidak terlibat dengan subjek-subjek lain

yang sesuai dengannya.

8
1. 7 Definisi Operasional

1.7.1 Persepsi

Persepsi merupakan penilaian yang dibuat oleh seseorang terhadap orang lain, benda

benda lain dan juga sesuatu kejadian. Ia merupakan perlakuan yang melibatkan pentafsiran

melalui proses minda tentang apa yang dilihat, didengar, dialami atau dibaca. Persepsi

kerap mempengaruhi tingkah laku, percakapan dan perasaan seseorang.

1.7.2 Kornpetensi

Kompetensi adalah keupayaan seseorang guru pendidikan seni visual dalam melaksanakan

tugas pengajaran dan pembelajaran. Ini merangkumi pengetahuan, kemahiran dan sikap

yang diperlukan oleh guru pendidikan seni visual bagi membolehkan mereka

melaksanakan tugas sebagai guru yang berkesan.

1.7.3 Urnur

Untuk kajian ini, umur dikategorikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan pertama ialah 30

tahun ke bawah, kumpulan kedua antara 31-40 tahun, kumpulan ketiga antara 41-50 tahun

dan kumpulan keempat 51 tahun ke atas.

1.7.4 Kelulusan Akadernik

Kelulusan akademik merujuk kepada kelulusan yang diperolehi dalam bidang akademik.Ia

dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan pertama ialah kumpulan Pegawai

Pendidikan Siswazah (PPS) dan kumpulan kedua ialah Pegawai Pendidikan Bukan

Siswazah (PPBS).

1.7.5 Kelayakan Ikhtisas

Kelayakan ikhtisas merujuk kepada kelayakan ikhtisas di peringkat sijil maktab atau

diploma pendidikan.

9
1.7.6 Pengalaman Mengajar Pendidikan Seni di Sekolah

Pengalaman sebagai guru pendidikan seni di sekolah merujuk kepada bilangan tahun

seseorang mengajar mata pelajaran pendidikan seni di mana-mana sekolah kerajaan.

1.7.7 Lokasi Sekolah

Lokasi sekolah merujuk kepada tempat Ietaknya sekolah berkenaan. Dua lokasi yang

diambil perhatian dalam kajian ini iaitu sekolah bandar dan sekolah luar bandar,

berdasarkan klasifikasi oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Selangor.

1. 7.8 Saiz Sekolah

Saiz sekolah merujuk kepada bilangan murid yang terdapat dalam sesebuah sekolah.

Untuk kajian ini, pembahagian saiz sekolah berdasarkan kepada bilangan pelajar yang

dibahagikan kepada enam kategori berikut: (i) sekolah di mana bilangan pelajamya 200

orang ke bawah, (ii) antara 201-400 orang, (iii) 401-600 orang, (iv) 601-800 orang, (v)

lebih daripada 800 orang pelajar.

1.7.9 Jenis Sekolah

Jenis sekolah merujuk kepada sarna ada sekolah itu sekolah sekolah menengah kerajaan

(harian) atau sekolah menengah bantuan.

Bab ini telah menghurai dan membincangkan Iatar belakang kajian ini,

permasalahan, objektif, persoalan, kepentingan dan batasan kajian. Turut dibincang dalam

bab ini ialah definisi operasional. Bab seterusnya meninjau bahan kajian berhubung

dengan konsep keperluan dan kompetensi guru pendidikan seni visual dalam mengajar

mata pelajaran tersebut.

10
BAB2

SOROTAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Bab ini membincangkan beberapa pandangan dan penulisan yang menyentuh tentang

perkembangan kurikulum pendidikan seni visual di Malaysia, kepentingan kompetensi

merancang, melaksana, menilai dan hubungan interpersonal dan juga beberapa dapatan

kajian lalu yang berkaitan. Untuk memudahkan perbincangan, bab ini dibahagikan kepada

5 bahagian. Bahagian 2.1 membincangkan sejarah kurikulum pendidikan seni visual dan

matlamatnya. Bahagian 2.2 pula membincangkan kepentingan seni daripada pelbagai

sudut pandangan. Mana kala bahagian 2.3 membincangkan konsep kompetensi yang

meliputi aspek perancangan, perlaksanaan, penilaian dan hubungan interpersonal.

Bahagian 2.4 pula membincangkan kerangka kajian.

2.1 Sejarah Perkembangan Pendidikan Seni Visual

Sejarah pendidikan awal seni lukis di Malaysia boleh dirujuk perlaksanaannya sejak 1922

iaitu sejajar dengan penubuhan Sultan Idris Teachers Training College (SITC). Guru-guru

lulusan SITC ditempatkan di sekolah-sekolah melayu dan salah satu mata pelajaran yang

didedahkan kepada guru-guru ini ialah Seni Lukis dan Kraftangan (Art and Craft).

Perlaksanaan system pendidikan di Malaysia melalui suatu yang datar dan malap sehingga

akhir tahun 50-an iaitu selepas negara mendapat kemerdekaan.

Mata pelajaran Seni Lukis dan Kraftangan terus dilaksanakan tanpa banyak

peubahan sarna ada dari aspek latihan perguruan guru-guru di maktab perguruan atau

perlaksanaan di sekolah yang menekankan komponen Lukisan (walaupun lukisan hanya

sebahagian daripada kandungan keseluruhan mata pelajaran). Kerajaan menetapkan

bahawa kanak-kanak di Malaysia wajib dihantar ke sekolah untuk mendapat pendidikan

11
formal pada tahap 7 tahun, ini dilaksanakan berdasarkan keupayaan kognitif, emosi dan .

efektif kanak-kanak yang telah bersedia untuk melibatkan diri kepada persekitaran.

Seterusnya sistem pendidikan di Malaysia melalui rombakan dan pindaan akhimya

mewujudkan sistem yang digunakan pakai pada tahun 1982 iaitu Kurikulum Pendidikan

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Perlaksanaan KBSR memperlihatkan komponen

pelajar diberi peranan yang besar dalam menentukan perlaksanaan pendidikan. Mata

pelajaran Seni Lukis ditukar kepada pendidikan seni visual sesuai dengan objektifnya iaitu

untuk memberi ilmu pengetahuan. Guru menjadi pemudahcara yang memangkin aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru di peringkat latihan perguruan didedahkan

kepada semua mata pelajaran pendidikan as as di sekolah dan matapelajaran pendidikan

seni visual dijadikan elektifwajib untuk dipelajari.

Berdasarkan perjalanan sistem pendidikan yang begitu panjang jangka masanya,

mata pelajaran pendidikan seni visual semakin jelas hilang dalam perlunjuran di antara

mata pelajaran-mata pelajaran lain. Senario ini dibuktikan apabila di tahap sekolah

menengah mata pelajaran Reka Cipta dan Kemahiran hidup (jika diteliti) menampakkan

unsur-unsur seni di dalamnya dan dahulunya terdapat dalam kandungan mata pelajaran

Seni Lukis. Apabila mata pelajaran ini dirancang dan seterusnya dilaksana, mata pelajaran

Kemahiran Hidup diperuntukkan sebuah bengkel yang mencakupi kebesaran 2 bilik darjah

dan pada mas a yang sarna pendidikan seni visual masih terus tergapai-gapai untuk

mendapat peruntukan bilik seni di sekolah sekolah tidak cukup bilik darjah untuk mata

pelajaran ini. Hal ini bertentangan dengan kehendak pihak kementerian dan Jemaah Nazir

yang telah menggariskan sebuah buku panduan Penyeliaan Mata Pelajaran Pendidikan

Seni Sekolah Menengah (1991).

Kedua-dua faktor ini merupakan suatu tamparan kepada guru dan mata pelajaran

pendidikan seni visual yang seolah-olah tidak berupaya melahirkan pelajar yang kreatif,

12
dan inovatif untuk mengurus keperluan harian dan keperluan dalam kehidupan. Sepatutnya

mata pelajaran pendidikan seni visual mampu merealisasi pembentukan manusia yang

kreatif dan inovatif sekiranya peranan dan perlaksanaan kandungannya bertepatan dengan

keperluan semasa.

2.2 Kepentingan Pendidikan Seni Visual

Disiplin pendidikan seni untuk abad ini berbeza dengan keperluannya pada abad-abad lalu.

Untuk menangani era ICT dan kepesatan perkembangan masyarakat. Antara kandungan

dan pelajar perlu distrukturkan oleh gender, etnik, mobiliti sosial dan keseluruhan faktor

budaya yang menghasilkan dan memperkembang nilai yang dikongsi oleh sesebuah

masyarakat selari dengan pendapat Efland (1995).

Abdul Shukor Hashim dalam artikelnya pendidikan sem visual Mengisi

Kekosongan Jiwa Murid Dewan Budaya Julai 1985 menyatakan,

"sifat kreatif telah wujud di dalam jiwa kanak-kanak sejak mereka


dilahirkan. Perbezaanya cuma sekadar Iebih atau kurangnya sifat
tersebut dari satu individu dengan individu yang lain. Proses-proses
pemikiran kreatif ini dijalankan secara sistematik Aspek-aspek
psikomotor, kognitif dan afektif digabungjalinkan di dalam proses
pembelajaran. Hasil pemikiran kreatif selalunya dapat dilihat semasa
menjalankan aktiviti".

Pendidikan seni juga dalam melayari arus dan nilai-nilai globalisasi, penggunaan

ICT dalam kehidupan perlu digabungkan antara pelajar, persekitaran dan kandungan

sesuai dengan keperluan yang kompleks menerusi system pendidikan. lni merupakan

sebahagian daripada aspek yang mempengaruhi keperluan perubahan dalam sesuatu

kurikulum, termasuk keperluan untuk mempertahan nilai-nilai tradisional dan budaya yang

perlu dijaga dan dipelihara kerana ianya penting sebagai agen penentu jati diri sesuatu

bangsa dan negara. Generasi yang dibekalkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang

tinggi tetapi tidak mempunyai jati diri yang utuh akan menyaksikan bagaimana jatuhnya

identiti bangs a dan ketuanan yang luput dilanda oleh kesan-kesan globalisasi.

13

Anda mungkin juga menyukai