Anda di halaman 1dari 16

TENTATIF PERJALANAN PROGRAM BICARA

“ BICARA ILMU AURA USAHAWAN “

TARIKH : 10 JULAI 2021


MASA : 10.00am hingga 12.00pm
KEADAH TALIAN : Streamyard
MASA TINDAKAN

10.00 a.m Ketibaan tetamu. Teknikal Team


dan Ahli
Memastikan panel jemputan dapat Login dalam Streamyard dan telah berada di Kumpulan
dalam Facebook Live.
Semua peserta masuk dalam ke dalam Facebook Live
.

Semua peserta akan klik pada pautan seperti berikut:-

https://www.facebook.com/Aura-Genius-100935612265197/

10.10 am Pra - pengumuman SYAKIRA –


PENGACARA
MOHON PERHATIAN MAJLIS

Program akan bermula sebentar lagi. Bagi melancarkan perjalanan program pada
pagi ini, pihak majlis meminta kerjasama daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan
supaya dapat memastikan mikrofon ditetapkan dalam ketetapan mod senyap
sehingga sesi soal jawab bersama panel.
Aluan Memulakan Majlis

Pantun
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis dapat diberkati.

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera

Yang Berbahagia,
Prof Madya Dr Mardzelah binti Makhsin Penasihat Program Bicara Ilmu Aura
Usahawan

Yang Dihormati,
Panel Jemputan Khas Coach Ada Adwa,
Pengasas Aura Insta Training & Consultant

Yang Dikasihi,
Komuniti Perumahan Taman PPR Nagasari, Wakil daripada Jabatan Kerajaan iaitu
dari IbuPejabat Polis Daerah Padang Besar, wakil daripada IPD Pasir Puteh
Kelantan, wakil daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Alor Setar, wakil-wakil
pelajar Program Pendidikan Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia dan para peserta
Program Bicara Ilmu Aura Usahawan.
Hadirin Hadirat yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat
kita berkumpul bersama-sama pada pagi menimba ilmu mengenai keusahawanan
atas talian menerusi Program Bicara Ilmu Aura Usahawan yang akan disampaikan
oleh seorang panel jemputan khas iaitu Coach Ada Adwa. Pada kesempatan yang
ada ini, saya selaku wakil pelajar Kumpulan Aura Genius mengucapkan selamat
datang dan syabas kepada semua hadirin dan hadirat sekalian.

Program ini dijangka akan mengambil masa selama 2 jam bermula pada jam 1000
pagi sehingga jam 12 tengahari, insyaallah.

Tanpa melengahkan masa lagi, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, kita akan
memulakan sesi bual bicara ilmu ini dengan bacaan doa.

Dengan segala hormatnya saya menjemput saudara En. Mohd Nor Azri Bin Johari
bagi mengetuai bacaan doa kita pada pagi ini.
Dipersilakan.
Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim,
Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu.
Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufik-Mu, kurniakanlah
kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami.
Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan
pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.
Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmat-Mu,
semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-
Mu.
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah.
Kami berkumpul untuk menimba ilmu, bertukar pendapat, menyumbangkan buah fikiran,
menghubungkan silaturahim dan memberi sokongan ke arah meningkatkan Iagi prestasi
kami. Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari
ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan.
Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan,
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut,
Serta muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
10.15 am Pengacara Majlis Meneruskan Majlis Syakira

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin, Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
saudara Mohd Nor Azri Bin Johari atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis kita pada pagi, berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat rahmat dari Allah
S.W.T.

Seterusnya majlis dengan rasa hormatnya menjemput yang berbahagia Prof Madya Dr
Mardzelah binti Makhsin selaku Penasihat Program Bicara Ilmu Aura Usahawan untuk
merasmikan program kita pada pagi ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

Assalamaualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam Sejahtera dan Selamat Pagi saya ucapkan.

PENDAHULUAN
1. Alhamdulillah terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan
setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan
limpah kurnia, rahmat dan keizinanNya dapat kita meluangkan sedikit masa
untuk menghadirkan diri di dalam satu majlis ilmu bersama-sama bagi
pembangunan modal insan demi kesejahteraan penduduk iaitu Program
Bicara Ilmu Aura Usahawan yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar
Pembangunan Masyarakat Universiti Utara Malaysia bersama penduduk
perumahan Taman PPR Nagasari, Kepala Batas, Jitra Kedah.
2. Pertama sekali, saya terlebih dahulu memperkenalkan diri saya Prof. Madya
Dr. Mardzelah Makhsin, Pensyarah Universiti Utara Malaysia, School of
Education & Modern Languages juga merupakan Penasihat Program
Pembangunan Khidmat Masyarakat & Komuniti Universiti Utara Malaysia.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pelajar-pelajar dan penduduk
kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan majlis ini yang julung kali
diadakan sejak taman ini diduduki.
3. Saya juga dengan rasa sukacita dan berbesar hati di atas kesudian Penel
Jemputan kita, Coach Ada Adwa kerana sudi meluangkan sedikit masa
bersama kami dan juga penduduk PPR Nagasari demi berkongsi ilmu
berkenaan keusahawanan. Coach Ada Adwa merupakan pengasas Aura Insta
Training and Consultation. Beliau sangat aktif dalam mengajar teknik
pemasaran berkesan melalui media sosial sejak tahun 2015 dengan berkongsi
idea kepada beberapa usahawan kecil pada ketika itu. Hasil daripada
perkongsian ilmu beliau telah berjaya membantu kira-kira lebih 3000 orang
usahawan mahupun peniaga kecil menerusi atas talian selama hampir 5tahun.
Beliau juga aktif melakukan seminar Instagram dan sering berkolaberasi
bersama Daei Izhar sepanjang menjalankan Jelajah Aura Insta di beberapa
negeri.
4. Sesungguhnya program sehebat ini tidak akan mampu dilakukan tanpa
adanya komitmen tinggi dari semua pihak terutama penduduk setempat yang
terlibat secara langsung dalam menyokong usaha-usaha murni pelajar-pelajar
saya dalam menjayakan program kemasyarakatan & komuniti ini amatlah saya
hargai.
MEREALISASIKAN KHIDMAT PENYAMPAIAN SECARA TERUS KEPADA
GOLONGAN SASAR
5. Saya telah difahamkan oleh pelajar-pelajar saya bahawa penduduk taman ini
sangat rajin dalam menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual
makanan, menyediakan servis perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh kerana
pada masa kini negara kita telah dilanda krisis ekonomi yang agak ekstrem
akibat daripada Pendemik Kovid, perniagaan serta perkhidmatan yang
dijalankan dilihat menghadapi kesukaran dalam memperolehi pendapatan
yang sebaiknya. Oleh yang demikian, saya menyambut baik cadangan
penganjuran Program Bicara Ilmu Aura Usahawan ini setelah kertas kerja yang
dibentangkan kepada saya dilihat sangat membantu para penduduk dalam
memperluaskan lagi perniagaan secara kecil-kecilan yang telah lama
dilakukan sehingga menjadi sebuah perniagaan yang luar biasa meskipun
hanya dilabelkan sebagai seorang usahawan kecil sekaligus membantu
meningkatkan ekonomi serta sumber pendapatan penduduk.
6. Beberapa modul telah disediakan kepada penduduk perumahan dan juga
penonton sepanjang program berlangsung nanti. Kepelbagaian modul ini
dilihat akan menjadi satu usaha yang berterusan oleh pihak kami yang mana
akan menjadikannya satu platform utama untuk meningkatkan lagi
kesejahteraan penduduk yang melibatkan pelbagai lapisan umur. Peredaran
masa dan ledakan teknologi digital menuntut agar program yang disampaikan
ini sentiasa releven dengan kehendak individu, keluarga dan komuniti yang
sekaligus diharap dapat dimanfaatkan bersama.
7. Dengan mengoptimumkan sumber sedia ada seperti telefon pintar, rangkaian
internet melalui bantuan yang telah dihulurkan oleh kerajaan masa kini dapat
juga menyahut saranan kerajaan dalam menaikkan martabat perniaga kecil
pada masa kini. Insya-Allah dengan adanya usaha sama daripada agensi
kerajaan yang lain program ini dapat mencapai matlamat yakni membantu
penduduk taman ini memperluaskan lagi perniagaan yang telah dijalankan.

PENUTUP

8. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada penduduk setempat, tenaga pengajar dan juga pelajar-pelajar saya
yang merupakan tunjang utama dalam menjayakan program ini diatas
kesudian meluangkan sedikit masa bersama meskipun program ini hanyalah
dilakukan melalui atas talian sahaja.
9. Diharap Program Bicara Ilmu Aura Usahawan dapat memberi impak serta
outcome yang positif kepada semua yang terlibat.
10. Saya akhiri ucapan perasmian program ini dengan serangkap pantun

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

11. Selesai sudah berpantun, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan


sukacitanya merasmikan Program Bicara Ilmu Aura Usahawan pada sesi kali
ini dengan rasminya.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum w.b.t

10.30 am Alhamdulillah selesai sudah ucapan aluan perasmian yang dirasmikan oleh Penasihat Syakira
Program Bicara Ilmu Aura Usahawan Prof. Madya Dr. Mardelah Binti Makhsin
Pensyarah di Universiti Utara Malaysia.

Majlis diteruskan lagi dengan memaparkan tayangan video pendek seorang


usahawan yang telah berjaya menerusi perniagaan atas talian.
Semoga tayangan video pendek ini dapat memperjelaskan lagi tujuan program kita
pada pagi ini.

https://www.facebook.com/astroawani/videos/503481800981232/ Tayangan Video


akan dimainkan
oleh pasukan
teknikal program

Seterusnya acara kemuncak kita pada pagi ini adalah dengan menjemput moderator Syakira mute
program iaitu Puan Vanisha dan juga En Muhamad Faddzil bagi menemani panel suara, moderator
jemputan kita Coach Ada Adwa dalam menyampaikan beberapa modul menarik mengambil alih
mengenai Aura Usahawan. Sesungguhnya menuntut ilmu itu tiada had dan batas
tugasan.
sempadannya.Bak kata pujangga ‘Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad’. ‘Tuntutlah
ilmu hingga ke negeri Cina’. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.
10.30 am Moderator 1 : Moderator
Remind Peserta dan tetamu yang hadir untuk mendaftar bagi merebut peluang Vanisha dan
memenangi hadiah cabutan bertuah Faddzil
(Tambahan ayat bagi memperkenalkan program, kesan semasa dan perkenalkan
coach dengan menyapa)

Berdasarkan modul-modul pembelajaran yang telah diterima daripada pihak panel


jemputan. Telah wujud beberapa soalan yang ingin diajukan kepada Coach untuk
diperjelaskan lagi kepada para peserta dan juga penonton.

1.Berpandukan kepada Pengenalan Kepada Dunia Usahawan iaitu topik


pertama kita pada pagi ini :
Boleh Coach Ada Adwa menjelaskan dengan lebih mendalam apakah yang
dimaksudkan dengan Dunia Usahawan Atas Talian?

Jawapan panel :

2.Persoalan kedua yang timbul.. :


Mengapa perlu memilih dunia usahawan ini?Adakah dunia usahawan dapat
membantu meningkatkan pendapatan komuniti penduduk khususnya dan
kepada sesiapa sahaja yang menceburi dunia usahawan?
Jawapan Panel :

Moderator 1 menjemput Moderator 2

Moderator 2 :
3.Ramai yang mempersoal adakah kerjaya usahawan ini mempunyai peluang
kerjaya yang lain. Berdasarkan perkongsian daripada Coach Ada, bidang
usahawan sememangnya dapat meningkatkan pendapatan komuniti selain
daripada memperkenalkan produk-produk keluaran sendiri, apakah lagi kerjaya
yang mampu dilihat boleh dicapai melalui dunia usahawan ini?

Jawapan Panel :

4.Soalan saya yang seterusnya, adakah sesuatu bidang usahawan yang ingin
dilakukan bergantung kepada kehendak semasa? Sebagai contoh bila
timbulnya sesuatu yang viral seperti makanan atau perkhidmatan ramai yang
akan turut melakukan perkara sama seolah seperti bagi mereka yang baru
hendak menapak didalam bidang usahawan ini tidak mempunyai idea yang
tersendiri. Boleh Coach Ada jelaskan dengan lebih lanjut?

Jawapan Panel :

Moderator 1 :
5.Sepertimana yang diketahui Coach Ada merupakan Pengasas kepada Aura
Insta Training & Consultant yang mana telah berjaya mendedahkan rahsia
sebenar platform Insta sebagai nadi usahawan pada masa kini melalui kaedah-
kaedah yang tepat dalam mempromosikan sesuatu produk. Soalan saya,
menerusi platform yang telah didedahkan oleh Coach Ada, apakah bentuk
cabaran dan ancaman yang selalu dihadapi oleh para usahawan?

Jawapan Panel :

6.Pada pendapat saya, keusahawanan juga menjurus kepada minat, bakat serta
potensi, bagaimana untuk seseorang itu dapat mengenal minat, bakat serta
potensi yang ada pada diri dan juga masyarakat sekeliling sebelum mereka
bergelar seorang usahawan atas talian?Perlu ka seseorang itu mengikuti apa-
apa latihan khusus?

Jawapan Panel :

Moderator 2 :
7.Coach Ada, ramai dilihat usahawan pada masa kini cepat berputus asa
apabila sesuatu produk atau keluaran yang dipasarkan tidak mendapat
sambutan. Bagaimana kita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya
dapat mengenali komuniti dan juga lokaliti yang disasarkan sehingga mereka
dapat bertahan lama dengan produk dan keluaran usahawan tersebut. Perlu
atau tidak perlu seseorang itu mencari jenis pelanggan yang diinginkan?Our
target customer

Jawapan Panel :

8.Soalan pengakhiran daripada saya untuk Coach Ada,


Ramai usahawan memikirkan soal kreativiti bagi mempromosikan sesuatu
produk atau keluaran, apakah cara terbaik dari segi sudut penulisan
pengiklanan bagi sesuatu promosi yang dijalankan?Boleh Coach Ada
tunjukkan cara yang lebih tepat?

Jawapan Panel : Mungkin akan berlaku perkongsian slide daripada Panel.

Pengumuman mengenai Pendaftaran Pelajar Baru UUM Kemasukan Julai 2021/22.

Kemasukan Julai 2021/22 menawarkan kursus seperti


1. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam
2. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
3. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi
4. Ijazah Sarjana Muda Kewangan & Perbankan Islam
5. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif

Apa yang menariknya adalah setiap pendaftaran yang dilakukan akan melayakkan
pemohon untuk memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah bernilai RM28,000.00.
HUBUNGI KAMI DENGAN SEGERA !!!!!!!!

11.30 am Pengacara Majlis Mengambil Alih Tugas Syakira

Alhamdulillah perkongsian yang sangat luar biasa yang kita pelajari daripada Coach
Ada Adwa mengenai pendedahan sebenar apakah yang dimaksudkan dengan
Usahawan Atas Talian dan bagaimana untuk kita menajdi seorang usahawan atas
talian yang berjaya.

Seterusnya majlis menjemput Cik Farhana untuk mengemukakan soalan-soalan yang


telah diajukan oleh para penonton kepada Panel Jemputan kita pada hari ini.

Selesai sesi soal jawab kita bersama panel jemputan pada pagi ini, Coach Ada Adwa,
Farhana
terima kasih sekali lagi saya ucapkan di atas kesudian coach meluangkan masa
bersama kami pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia dan juga terutama sekali
kepada komuniti Perumahan Taman PPR Nagasari yang dilihat serba sedikit dapat
membantu mereka dalam mempromosikan produk2 dan sekaligus menyunting
semangat baru kepada mereka dalam menjalani proses kejayaan didalam bidang
usahawan

Saya serahkan kembali majlis kepada pengacara yang cantik jelita.

11.55 am Pengacara Majlis mengambil alih tugasan. Syakira

Sebelum mengakhiri program kita pada hari ini, sekali lagi saya ingin menjemput Prof
Madya Dr Mardzelah Binti Makhsin selaku Penyelaras Kursus dan juga merupakan
Penasihat Program dalam menyampaikan sepatah dua kata.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Yang Berbahagia Prof Madya Dr Mardzelah
binti Makhsin atas ucapan penutupan sebentar tadi.

Pengumuman :
Bagi menghargai masa yang telah diberi para peserta, penonton yang telah Syakira
mendaftar sebagai peserta program, anda akan diberikan satu bentuk sijil
penghargaan ( e-certificate ). Sijil penghargaan akan diberikan melalui e-mail atau
pun number mudah alih berdasarkan maklumat yang diterima melalui link
pendaftaran.
Bagi 20 orang peserta yang bertuah yang layak menerima hadiah misteri pihak
kami juga akan memaklumkan senarai pemenang hadiah misteri menerusi email
atau number mudah alih berdasarkan maklumat yang pihak kami terima.

12.00 pm Penutup Syakira

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Program Bicara Ilmu Aura Usahawan, ucapan tahniah buat semua
peserta, wakil jabatan yang memberi kerjasama, sudi meluangkan masa mempelajari
sesuatu yang baru dalam mengenali diri bagi meningkatkan potensi dan juga
membongkar rahsia sebenar platform usahawan atas talian pada kali ini.

Semoga peserta dan juga penonton terutamanya komuniti Perumahan Taman PPR
Nagasari dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi di dalam program ini dan
berkongsi dengan komuniti dan rakan-rakan yang tidak dapat turut serta bersama
kita.

Akhir kata dari saya Kenali Diri Tingkatkan Potensi

Assalamualaikum W.B.T

Anda mungkin juga menyukai