Anda di halaman 1dari 3

2.

PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA PROJEK Terdapat beberapa panduan untuk membuat penulisan kertas kerja projek. Berikut merupakan beberapa panduan dalam menyediakan kertas kerja projek : 2.1 Konsep Kertas Kerja Projek

Kertas kerja projek ialah kertas kerja yang ditulis bagi mendapatkan kelulusan untuk melaksanakan sesuatu projek. Biasanya kertas kerja ini akan dibentangkan di dalam sesuatu mesyuarat untuk menyatakan permohonan-permohonan tertentu. Dalam satu-satu organisasi, pihak yang ingin mendapatkan kelulusan projek perlu membentangkan kertas kerja kepada jawatankuasa tertinggi dalam organisasi tersebut. Kertas kerja ini juga berfungsi sebagai satu penanda yang menunjukkan bahawa projek yang hendak dijalankan telah dirancang dan disusun dengan baik.

2.2

Panduan Penulisan Kertas Kerja Projek

Satu-satu kertas kerja yang baik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya pengenalan, objektif, tarikh dan waktu pelaksanaan, kumpulan sasaran, tentatif program, jawatankuasa pengelola, perbelanjaan, penutup dan borang kelulusan. 2.2.1 Pengenalan Pengenalan merujuk kepada penerangan sesuatu tajuk secara menyeluruh namun ringkas. Pengenalan terdiri daripada latar belakang yang

memaparkan aspek yang berkaitan dengan tajuk yang telah dikemukakan. Pengenalan turut menyatakan apa yang hendak diperkatakan di dalam kertas kerja itu. 2.2.2 Objektif

Objektif adalah matlamat atau tujuan penulis menulis kertas kerja tersebut. Objektif juga adalah idea penulis dan menentukan daya penarik kepada pembaca bagi mendengar ataupun menilai isi kertas kerja berkenaan. Objektif biasanya ditulis dalam bentuk pecahan yang menggunakan nombor seperti 1.1, 1.2, 1.3 dan seterusnya.

2.2.3

Tarikh Dan Masa Pelaksanaan

Bagi tarikh dan masa pula hendaklah dituliskan tarikh dan masa projek tersebut hendak dilaksanakan. Bagi kertas kerja projek yang baik, masa

dituliskan dalam dua kategori iaitu masa bermula projek tersebut dan jangka masa projek tersebut dilaksanakan. 2.2.4 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran ialah kumpulan-kumpulan yang dijadualkan untuk mengikuti projek tersebut. Dengan kata lain, projek tersebut dilaksanakan khas untuk golongan-golongan tertentu bagi mencapai objektifnya. 2.2.5 Tentatif Program

Dalam kebanyakan penulisan kertas kerja projek, ruangan ini hanya dituliskan seperti rujuk lampiran. Tentatif program adalah susunan atur cara program atau projek tersebut dijalankan. Dalam tentatif hendaklah dimasukkan masa, hari dan aktiviti yang dijalankan.

2.2.6

Jawatankuasa Pengelola

Jawatankuasa pengelola terbahagi kepada dua iaitu jawatankuasa induk dan jawatankuasa kerja. Dalam jawatankuasa induk biasanya diletakkan

jawatankuasa tertinggi sesuatu badan atau organisasi sebagai penaung atau penasihat. Bagi jawatankuasa kerja pula ialah jawatankuasa yang ditubuhkan atau dilantik bagi melaksanakan projek tersebut.

2.2.7

Perbelanjaan

Dalam ruangan perbelanjaan pula hendaklah menyatakan anggaran perbelanjaan sesuatu projek dan sumber kewangan. Perkara-perkara yang memerlukan bajet atau kewangan hendaklah dituliskan dan dianggarkan jumlahnya. Jumlah wang yang hendak dimohon perlulah sama jumlahnya dengan perbelanjaan. 2.2.8 Penutup

Dituliskan dengan menyatakan kesimpulan kepada projek yang hendak dijalankan.

2.2.9

Tandatangan

Tandatangan ini perlu bagi memberitahu siapakah penulis bagi kertas kerja tersebut. Tandatangan perlu berada di bawah penutup dan perlu dinyatakan jawatan penulis tersebut. Di sebelah kanannya perlu ada tandatangan penyemak kertas kerja tersebut beserta jawatannya. 3

2.2.10 Borang Kelulusan Borang kelulusan penting untuk memberitahu kertas kerja tersebut diluluskan atau tidak. Format penulisan borang ini mengikut corak dan kehendak sesebuah badan pentadbiran.

Anda mungkin juga menyukai