Anda di halaman 1dari 7

1.

PENDAHULUAN

Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubat.Menutup jalan maksiat itu
lebih baik daripada merawat penyakit yang timbul akibat daripada gejala maksiat
yang berlaku.Firman Allah dalam Surah Al-Israa ayat 32 yang bermaksud:
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.
Kita selalu memperkatakan permasalahan tentang seks bebas, pergaulan bebas,
minum arak, penagihan dadah, bohsia, bohjan, mat rempit, sumbang mahram, rogol,
pencabulan, penderaan anak-anak, keganasan rumahtangga, dan permasalahan
masyarakat lain-lain. Akan tetapi, pada generasi kini, kita dikejutkan dengan
permasalahan pembuangan bayi yang semakin berleluasa sehingga melangkaui
daripada norma-norma kemanusiaan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat
Malaysia yang terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan ajaran Islam yang menjadi
pegangan.
Sedih, pilu, ngeri, tidak berperasaan dan banyak perkataan-perkataan lain yang
seumpama dengan berikut dapat di gambarkan tentang kes pembuangan bayi sekarang
ini yang berlaku di Malaysia.Hampirlah setiap hari kita mendengar kes pembuangan
bayi yang berlaku di media cetak serta elektronik.Statistik kes ini menunjukkan
peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukanlah sesuatu yang boleh di
banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Kes pembuangan bayi ini banyak dijadikan daripada remaja yang tidak pernah
diberi dengan pengajaran keibubapaan dan seks kerana bayi ini merupakan datang
daripada pergaulan bebas dan berzina ibu bapa tersebut.Ibu bapa yang mudata

tersebut hanyalah menikmati keseronokan pada masa itu tanpa mengira kesannya dan
batas-batas agama. Akhirnya, merekalah menggangap anak sebagai satu beban kepada
mereka dan fikiran ini telah mengakhbarkan mereka supaya membuangkan bayi
tersebut dengan tidak bertanggungjawab dan keji.

2.0

TUGASAN 1 : PEMBENTANGAN DAN PERSEMBAHAN POWER


POINT

3.0

TUGASAN 2 : PAMPLET BIOGRAFI TOKOH : YB DATUK HAJI


RAHIM

4.0

TUGASAN 3 : PENULISAN REFLEKTIF

5.0

PENUTUP

Melihat kepada permasalahan dan gejala pembuangan bayi yang melanda remaja pada
hari ini sememangnya amat mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah
sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara
dan generasi Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai
pihak mengenai sikap dan tingkah laku remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan
akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja.
Disebabkan terlalu banyak punca yang berlaku, tindakan untuk membendung masalah
tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan mengenai cara untuk mengatasi masalah
ini, namun, semuanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar sahaja.
Sememangnya ada program yang dirangka untuk remaja tetapi ianya tidak
memberi kesan yang sepenuhnya. Remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal
mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semula jadi yang
bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di
negara. Namun demikian, masalah akhlak dalam kalangan remaja adalah salah satu
daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang merugikan negara dalam
jangka masa panjang.
Justeru , setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu
menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak
menular dengan lebih serius. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat.
Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan juga perlu lebih
peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya
mereka mendapat lebih informasi tentang gejala ini dan sedar mengenai kesan dan
6

bahaya daripada perbuatan tidak bermoral itu.peranan ibu bapa dalam memberikan
pendidikan islam dan moral serta menerapkan nilai-nilai murid dalam diri anak-anak
juga amat penting dalam membendung masalah ini. Dengan usaha-usaha yang
dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan
masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negera kita. Oleh itu,
marilah kita bersatu suara, sejiwa dan sekata untuk menghapuskan kes pembuangan
bayi ke tahap yang paling minimum.

Anda mungkin juga menyukai