Anda di halaman 1dari 5

BENGKEL SEMARAKKAN

SEMANGAT BERPASUKAN
18 – 19 Jun 2008
Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur

Yuran: RM890.00 seorang (tidak termasuk penginapan)

Pendahuluan
Organisasi Swasta atau Kerajaan semakin hari semakin besar dan berkembang. Justeru
itu, masalah yang dihadapi oleh organisasi berkenaan telah menjadi begitu kompleks dan
memerlukan gabungan tenaga, idea, kemahiran dan pengetahuan secara kolektif untuk
menghadapinya. Senario ini menyebabkan para pemimpin organisasi sedar bahawa
peranan pasukan dalam organisasi masing-masing menjadi begitu penting.

Pasukan memainkan peranan penting di dalam setiap organisasi. Ini adalah kerana
pasukan mempunyai banyak kelebihan daripada individu secara perseorangan. Kelebihan
begitu ketara dari segi pengalaman, kemahiran, perolehan maklumat, pembahagian kerja
dan pengembelingan tenaga.

Kajian telah menunjukkan bahawa pengurusan secara participative management dan


kolektif lebih produktif dan berjaya daripada secara individu. Ramai pekerja pada hari ini
menuntut hak mereka untuk bersama-sama membuat keputusan dan mengambil bahagian
dalam menentukan masa depan organisasi mereka.

Kajian menunjukan seorang pengurus dalam sebuah oraganisasi besar biasanya


menghabiskan 50%-80% masa dalam pasukan-pasukan tertentu.

Dalam Bengkel ini beberapa isu penting dalam semangat kerja berpasukan seperti asas-
asas kerja berpasukan, bagaimana membina kebersamaan, mengagihkan kerja dan
peranan, jenis kemahiran dan kompetensi yang diperlukan sebagai satu pasukan yang
berkesan di tempat kerja akan dibincangkan. Panduan untuk membina satu pasukan kerja
yang mantap dan cemerlang dan bagaimana setiap ahli dalam pasukan dapat memainkan
peranan masing-masing juga turut disentuh.

Objektif kursus
Di akhir bengkel ini para peserta akan dapat:

• Menyedari bahawa setiap orang adalah penting dalam mana-mana organisasi.


• Memahami bagaimana, personaliti, gender dan budaya mempengaruhi pemikiran,
emosi dan stail pembelajaran.
• Menyedari bahawa terdapat banyak gaya dan jenis berfikir yang berkait rapat dengan
program ini.
• Menganalisis bagaimana dan kenapa ahli pasukan berfikir secara berbeza.
• Memahami ciri-ciri pasukan yang berkesan.
• Membangunkan satu pasukan yang berkesan terutamanya dalam Kumpulan Yang
Pelbagai (diverse or heterogeneous groups.)
• Memahami asal usul pasukan dan kerja berpasukan (the nature of teams and
teamwork.)
• Dapat membezakan antara Pasukan Konventional, Kreatif Dan Pasukan Yang
Berprestasi Tinggi ( conventional, creative and high performance teams.)
• Mengetahui bagaimana untuk menggunakan Model Kerja Berpasukan.
• Memahami kualiti penting seorang pemimpin sebagai Pemudahcara Pasukan,
Pembimbing dan Pembina Pasukan.( a team facilitator, coach or teambuilder.)
• Memahami kaedah untuk memotivasikan individu dan pasukan yang pelbagai.
• Memahami Kepentingan Ganjaran kepada Ahli Pasukan.
• Mempelajari bagaimana menjadi ahli pasukan yang kreatif
• Memahami bagaimana untuk memimpin dan memotivasi manusia yang pelbagai untuk
menjadi satu pasukan yang Berprestasi Tinggi (A High Performance Team)
• Menyedari bahawa untuk terus releven dan efektif di tempat kerja, para peserta perlu
terus belajar dan menambah pelbagai kemahiran dan kemahiran.
• Membangun Pelan Tindakan Diri untuk memastikan Satu Pasukan Kerja yang
Berkesan dapat diwujudkan.

Kandungan Bengkel
• Kepentingan Kerja Berpasukan dalam Organisasi
• Pengaruh Personaliti, Gender dan Budaya dalam berfikir (Thinking)
• Asal Usul Pasukan dan Kerja Berpasukan (The Nature Of Teams And Teamwork)
• Perbezaan antara Satu Kumpulan (group) dengan Satu Pasukan (Team)
• Bekerja dengan orang Lain
• Setiap ahli adalah penting dalam organisasi
• Menagihkan kerja dan peranan
• Kepelbagaian (Diversity) dalam pasukan dan kenapa kita berbeza dalam berfikir
• Membina Kebersamaan
• Ciri-ciri pasukan yang berkesan
• Jadi pasukan yang kreatif
• Teknik Berkomunikasi dan menghadapi Konflik
• Kerja Berpasukan yang berprestasi tinggi ( High Performance Teams)
• Membina satu pasukan yang berprestasi tinggi
• Memudahcara Kerja Berpasukan (Facilitating Teamwork)
• Kepimpinan dalan Kerja Berpasukan dan Membentuk Kumpulan Dinamik
• Kompetensi Kerja Berpasukan
• Pelan Pembangunan Diri (Personal Development Action Plan (PDAP))

Siapa Yang Patut Hadir:

 Para Pemimpin Organisasi


 Para Pengurus Jabatan Kerajaan/Swasta
 Ketua Jabatan
 Pensyarah Pusat Pengajian Tinggi
 Para Pensyarah IPTA/IPTS
 Timbalan/Penolong Pendaftar IPTA/IPTS
 Pegawai Tadbir Kerajaan dan Swasta
 Pengetua Sekolah
 Semua Staf Badan Kerajaan dan Swasta
 Pekerja Syarikat Pembinaan dan Perkilangan
 Mereka yang berminat meningkatkan kemahiran Semangat Kerja Berpasukan

Kaedah Pengendalian Bengkel


Salah satu keunikan bengkel ini adalah semua peserta akan dapat memprofilkan tret
personaliti masing-masing. Profil Personaliti yang digunakan adalah hasil kajian selama
30 tahun yang telah dibuat di Negara kita.Hasil profil personaliti ini dapat menunjukkan
samada gaya berfikir seseorang peserta itu lebih kepada kognitif atau emosional.
Demikian juga samada seseorang itu banyak menggunakan otak kiri atau kanan dalam
kehidupan seharian dan semasa menjalankan tugas seharian.

Hasil profil ini juga akan menunjukkan gaya kepimpinan, gaya pengurusan, gaya
membuat keputusan, gaya pengurusan masa, gaya kerja berpasukan dan berbagai jenis
gaya lagi (model) yang amat sesuai untuk semua peserta. Kesemua model atau stail ini
amat berguna kepada para peserta semasa menjalankan tugas seharian di organisasi
masing-masing.

Pelaksanaan bengkel ini telah dirangka agar semua peserta aktif sepanjang bengkel ini
berjalan dan akan mengambil kira stail pembelajaran para peserta. Dengan mengambil
kira profil personaliti peserta, beberapa latihan berbentuk interaktif, games dan
perbincangan kumpulan akan dilakukan.

Untuk menjadikan bengkel ini lebih berkesan, sebanyak 10 jenis permainan (indoor
games) akan dikendalikan oleh para peserta.(dan ini tertakluk kepada masa semasa
bengkel). Dengan ini para peserta akan cepat memahami apa yang ingin disampaikan
dalam bengkel ini. Nota yang komprehensif, persembahan power-point, video dan muzik
yang bersesuaian akan digunakan sepanjang bengkel ini. Semua ini akan menjadikan
bengkel ini sesuatu yang menyeronokkan dan memberi pengalaman baru kepada para
peserta. Bengkel ini sudah pastinya akan menjanjikan sesuatu kelainan dalam kehidupan
seharian mereka.

Biodata
Profesor Madya Wan Zulkifli bin Wan Yusof kini memegang jawatan sebagai Ketua Unit
Pembangunan Profesional di Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan
(SPACE) UTM Skudai. Beliau juga adalah seorang staf akademik di Fakulti Kejuruteraan
Awam UTM dan beliau mendapat pendidikan lanjutan di Loughborough University of
Technology. United Kingdom.

Sebelum memegang jawatan sekarang, beliau telah dilantik sebagai Pengetua Kolej
Kediaman selama 8 tahun.Disamping itu beliau juga adalah Pengerusi Majlis Pengetua
UTM dan Pengerusi Institusi Pembangunan FELO UTM.Ketiga-tiga Jawatan ini telah
banyak mendedahkan beliau dengan Program Pembangunan Insan, membangunkan
potensi manusia, kursus kepimpinan, kemahiran belajar, motivasi dan lain-lain program
yang berkaitan dengan membina keupayaan manusia (capacity building).

Sepanjang pengalamannya hampir 20 tahun sebagai tenaga akademik dan Jurulatih,


beliau banyak menyampaikan kuliah kepada para pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan
Awam dan pelajar Sarjana Pengurusan Pembinaan(M.Sc.Construction Management) dan
mengendalikan pelbagai kursus dan bengkel untuk para profesional dan masyarakat
umum.

Tajuk kursus dan bengkel adalah merangkumi pengurusan projek, pengurusan


kontrak,pengurusan organisasi, pembentukan sikap, menangani perubahan, kepimpinan
dalam pengurusan, motivasi kerja, kehebatab Minda, Memprofil Personaliti, pengurusan
dan pembangunan diri , semangat kerja berpasukan dan lain-lain tajuk yang berkaitan
dengan Pembangunan Insan.

Antara para peserta yang pernah mengikuti ceramah dan bengkelnya adalah terdiri
daripada Jurutera Kanan JKR, Pegawai Kanan Polis Di Raja, Pegawai Kementerian
Dalam Negeri, Pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) , Pemimpin Belia, Pegawai
Kanan KADA Kelantan, Pegawai FELDA, Pegawai KESEDAR, Ketua Jabatan Kerajaan
dan Syarikat Swasta, Pengurus Projek, Konsultan, Kontraktor Pembinaan, Pensyarah
IPTA dan IPTS, Usahawan,Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan, Belia dan Beliawanis,
Tenaga Pengajar dan Pemimpin Pelajar Universiti Tempatan. Beliau juga berpengalaman
menjadi penceramah untuk program anjuran MARA, PERWAJA, Persatuan Kontraktor
Melayu, Pusat Matrikulasi dan sekolah-sekolah di Seluruh Malaysia.
Dalam mengendalikan bengkel dan kursus, beliau mempunyai gaya dan cara yang
tersendiri dan telah menggabungkan berbagai kaedah penyampaian .Ini menjadikan
bengkel atau kursusnya begitu menyeronokkan dan tidak membosankan .

Prof. Madya Wan Zulkifli juga merupakan Certified Practitioner and Master Trainer
untuk CREDO Personality Profiling (CPP), Ahli New Zealand Institute Of Management
(MNZIM), Ahli American Management Association (AMA) dan Ahli Malaysia Institute
Of Management (MMIM).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :


607-5218159/ 70/ 61 (Shafinaz, Raihana & Saiful) | Faks: 607-5211355
Emel: spseminar@spaceutm.edu.my |Portal: www.spaceutm.edu.my/pdu

Anda mungkin juga menyukai