Anda di halaman 1dari 14

PANDUAN BENGKEL STRATEGIK

Bengkel Strategik Jentera Penerangan Negeri Kelantan

Matlamat Bengkel

Menyiapkan satu Perancangan Strategik bagi membina Pelan Tindakan Strategik


yang melibatkan aspek pengurusan Jentera Penerangan Parti dan Kerajaan Negeri
Kelantan. Hasilnya untuk dilaksanakan oleh setiap bidang Jentera Penerangan Parti
dan Kerajaan Negeri.

Latar belakang:

Post Mortem PRU-14 lalu, sama ada di peringkat Dun mahu pun Parlimen di
Kelantan didapati prestasi Jentera Penerangan agak lemah. Di antaranya
kegagalan di dalam menjelaskan dasar dan program Kerajaan Negeri dan
ketidakupayaan pasukan media baharu di dalam menyaingi pihak lawan.

Makluma balas yang sama berlaku dalam Jentera Penerangan Parti di peringkat
Pusat apabila ketidakupayaan pihak War Room Pusat untuk membuat pengarahan
dan pengurusan isu yang jelas berpunca daripada struktur organisasi Jabatan
Penerangan yang tidak mantap. Berikutan itu, Lajnah Penerangan dan Media
Baharu telah merangka bidang fokus Pengurusan Jabatan Penerangan kepada
enam: (1) Poduksi Media, (2) Analisis Isu Media, (3) Media Sosial, (4) Akademi
Penerangan, (5) Pemerkasaan HARAKAH, dan (6) Libat Urus Masyarakat.

Berikutnya juga PAS Pusat telah mengambil langkah membentuk Lajnah


Pemerkasaan Parti dan Transformasi Imej (PPTI) dengan memberi tumpuan
kepada tujuh teras utama: (1) BPMS, (2) Solusi Islam, (3) Pengurusan Media, (4)
Wacana Rakyat, (5) Partisipasi Rakyat (NGO), (6) Pengukuhan Organisasi, dan (7)
Pengiktirafan Masyarakat.

Tumpuan Lajnah PPTI ini hendaklah dianggap sebagai program induk persiapan
PAS sebagai gerakan politk paling dominan menjelang PRU-15 di dalam situasi
UMNO dan Barisan Nasional cukup lemah. Sementara Kerajaan Negeri Kelantan
di bawah Kepimpinan Ulamak perlu berupaya bersaing, tatkala termeterainya
Piagam Muafakat Nasional (sebutan mudah Muafakat Nasional atau MN) pada 14
September 2019.

1|Bengkel Penerangan: Hotel Paya Bunga KT 28 -29 Okt 19


PANDUAN BENGKEL STRATEGIK

Fokus Bengkel

Bagi menyelaraskan fokus bengkel, maka pelan PPTI perlu dijadikan panduan
penting, terutama dari aspek Pengurusan Media dan mana-mana bidang yang
berkait rapat dengan gerka kerja Jentera Penerangan.

Keutamaan fokus bengkel juga adalah mengambil kira keselarian perancangan dan
pengurusan Jabatan Penerangan PAS Pusat yang telah menetapkan enam bidang
fokus: (1) Poduksi Media, (2) Analisis Isu Media, (3) Media Sosial, (4) Akademi
Penerangan, (5) Pemerkasaan HARAKAH, dan (6) Libat Urus Masyarakat.

Dasar dan Strategi Bersepadu

Sementara Jentera Penerangan PAS Kelantan telah bergerak secara selari dengan
Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, maka fokus bengkel ini hendaklah
memberi perhatian utama ke arah membina Pelan Strategik Jentera Penerangan
Parti dan Kerajaan Negeri Kelantan secara bersepadu.

Pelan bersepadu Jentera Penerangan ini hendaklah menjelaskan aspek Dasar dan Strategi
Penerangan Bersepadu Jentera Penerangan Parti dan Kerajaan Negeri Kelantan. Panduan
dasar dan strategi ini seperti mana kertas berlampir: KERTAS DASAR DAN
STRATEGI PENERANGAN PARTI DAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN.

Kandungannya adalah empat falsafah panduan dasar dan strategi seperti mana
berikut:-
1) MENERANG BUKAN MENYERANG
2) MENJINAK BUKAN MELIAR
3) MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM
4) MENYEBAR BUKAN MENFITNAH.

Sehubungan itu, ditetapkan lapan panduan ceramah dan 10 strategi penerangan


serta lapan aspek pengurusan jentera penerangan. Kesemuanya ini hendaklah
diambil tanggungjawab bagi menggerakkan program dan aktiviti penerangan
semua peringkat di Negeri Kelantan.

2|Bengkel Penerangan : Hotel Paya Bunga KT 28 -29 Okt 19


PANDUAN BENGKEL STRATEGIK

Pemahaman Senario Jentera Penerangan

1) Visi – memantap perjuangan Parti dan pentadbiran


Islam Kerajaan Negeri
2) Misi – mencipta kemenangan bergaya Parti dan
Kerajaan Negeri
3) Objektif – keberkesanan enam bidang fokus
4) Strategi – kaedah pelaksanaan terbaik enam bidang
Pencetusan Solusi S’5
fokus
5) Program/Aktiviti – menjayakan tindakan dan taktik
bagi enam bidang fokus
6) Kandungan – pengisian setiap progam/aktiviti
7) Sasaran KPI – tetapan nilai kejayaan bagi setiap
program/aktiviti

8) Pelaksanaan
a. Carta Aliran – gerak kerja awal, pertengahan
dan akhir
b. SOP – aturan perlu diikut semasa
pelaksanaan yang berjaya
c. Kos – sumber dan perbelanjaan bagi setiap Perancangan SOSTAC

program/aktiviti
d. Pemantauan – pihak bertanggungjawab
menilai dan memastikan
objektif dan sasaran tercapai

9) Tempoh 2019-2021
a. Latihan melahirkan Skill – Nov-Disember 19
b. Pembentukan Struktur – Nov-Disember 19
c. Pelaksanaan program/aktiviti bidang fokus:–
i. Berkala,
ii. Bulanan,
iii. Bermusim, dan
iv. Tahunan 2019-2021.

3|Bengkel Penerangan : Hotel Paya Bunga KT 28 -29 Okt 19


PANDUAN BENGKEL STRATEGIK

Pendekatan Modul Solusi S’5

Structured

Skill Systemized

Strategized

Scored

Skill: Kemahiran tinggi pimpinan dan ahli organisasi

Structured: Struktur organisasi lengkap mencapai matlamat

Systemized: Organisasi mantap ke arah menjaya bidang fokus

Strategized: Strategi berkesan bagi setiap bidang fokus

Scored: Sasaran setiap bidang fokus menuju kemenangan

4|Bengkel Penerangan : Hotel Paya Bunga KT 28 -29 Okt 19


PANDUAN BENGKEL STRATEGIK

Pengurusan Solusi S’5

Tindakan 1 – Skill – melatih Jentera Penerangan dan Media Baharu mengikut


bidang fokus:-
1) Produksi media – penerbitan bercetak, infografik, multimedia.
2) Analisis Media – Ahli/Strategis Analisis (Penganalisis Strategi), Agenda
Setting.
3) Media Sosial – Mujahid Siber, Penganalisis Kandungan, Pencetus Isu,
Pembina dan Pentadbir Aplikasi Media Baharu.
4) Akademi Penerangan – Memahirkan Penceramah, Pengendali Program,
Teknisyen Jentera Penerangan, Latihan bermodul:- Penerbit Produksi Media,
Penganalisis strategi isu; Pengurus Media Baharu; Pemasaran Isu; Pengurus
Libat Urus; Penyelaras Organisasi Massa/NGO.
5) Pemerkasaan HARAKAH – Menjana pemberitaan sensasi, menjalin rakan
strategik pemberitaan; pemberitaan berbayar/iklan; menjana side-income live
Youtube atau LiveFB.
6) Libat urus masyarakat – Penganjuran bersama kumpulan fokus (focus
group); mengenal pasti isu masyarakat/rakyat:- orientasi TownHall,
Kolokium, Dialog; Muafakat Ummah (khidmat informasi).

5|Bengkel Penerangan: Hotel Paya Bunga KT 28 -29 Okt 19


PANDUAN BENGKEL STRATEGIK

Tindakan 2 – Structured –
1) Melengkapkan Carta Organisasi Jentera Penerangan mengikut bidang
fokus:-
a. Pengurus Produksi Media
b. Penganalisis Isu
c. Penyelaras Media Sosial
d. Pengarah Akademi Penerangan
e. Perunding Pemerkasaan HARAKAH
f. Pengurus Program Libat Urus/Ceramah
2) Carta Organisasi Jentera Penerangan:-

Ketua Penerangan

Timbalan Ketua Penerangan

Setiausaha

Pengurus Produksi Penyelaras Media Pengarah Akademi Pengurus Libat


Media Sosial Penerangan Urus

Penganalisis Perunding
Isu HARAKAH

6|Bengkel Penerangan: Hotel Paya Bunga KT 28 -29 Okt 19


PANDUAN BENGKEL STRATEGIK

Tindakan 3 – Systemized:–
1) Menyenaraikan objektif dan program/aktiviti untuk dilaksana dalam tempoh
2019 -2021
2) Menyiap kandungan program bagi setiap program/aktiviti
3) Menyiapkan SOP setiap program/aktiviti
4) Carta aliran program/aktiviti
5) Panduan tugas jentera penerangan mengikut bidang fokus.

Carta Aliran Libat Urus Penerangan

MESYUARAT PERHUBUNGAN
(Arahan BPPNK)

Ketua Penerangan Negeri


(Keputusan dan Pengarahan Dasar)

Jabatan/Urusetia Penerangan
(Belanjawan, Sokongan Teknikal, Pengarahan Tenikal)

Ketua Unit Libat Urus


(Jk Pelaksana LUP, Senarai Semak)

Ketua Penerangan Kawasan


(Mobilisasi Sasaran)

Ketua Penerangan Dun


(Persiapan Venue, Kelancaran Program/Aktiviti)

Pemantauan
(Pengarah Jabatan/Urusetia Penerangan)

7|Bengkel Penerangan: Hotel Paya Bunga KT 28 -29 Okt 19


PANDUAN BENGKEL STRATEGIK

Tindakan 4 – Strategized:-
1) Menyiapkan kaedah untuk mencapai matlamat bagi setiap bidang:-
a. Produksi Media – pengurusan media, komunikasi berkesan, PRO,
pemasaran politik, penerbitan isu mengikut keutamaan.
b. Analisis Media – agenda setting, analisis keutamaan impak, sosio-
budaya segmen masyarakat, memahami keperluan setiap kumpulan
c. Media sosial – menyesuaikan aplikasi media denan kelompok sasaran,
penjelasan isu/informatif, penghebahan, sembang santai. gerak saraf dan
kaji pendapat/survey.
d. Akademi Penerangan – Modul Dasar untuk semua pimpinan dan ahli
jentera penerangan, Modul pengurusan jentera penerangan, Modul
Kemahiran Teknikal setiap bidang.
Pemerkasaan HARAKAH – pemberitaan mendatang side income (LiveFB,
LiveStreaming program/aktiviti berimpak tinggi), PIC setiap DUN
(penyaluran informasi PKD, LiveInterview)
e. Libat Urus Masyarakat – Penganjuran ceramah bermusim, program
berkala (Dialog, Sembang Santai, Seminar) mengikut kumpulan sasar,
sebaran produksi media, TownHall bagi isu-isu spesifik bersama orang
awam.
2) Menyemak strategi setiap bidang penerangan dari masa ke semasa.

8|Bengkel Penerangan: Hotel Paya Bunga KT 28 -29 Okt 19


PANDUAN BENGKEL STRATEGIK

Tindakan 5 – Scored:-
1) Memahaminya sebagai ketetapan sasaran yang akan dicapai untuk mencapai
kejayaan di atas setiap bidang kerja jentera penerangan.
2) Menetapkan KPI bagi setiap bidang:
a. Produksi – kuantiti penerbitan/penghasilan bahan penerangan
b. Analisis – Setiap isu berkembang dihasilkan analisis berita untuk
penyiaran menerusi media sosial, Mana-mana isu utama (prime issue)
dianalisis seketika ia tercetus dan dibuat edaran Kenyataan Media Ketua
Penerangan.
c. MedSos – LiveFB setiap kali analisis baru oleh Penganalisis Isu;
Mengulangi/berselangseli analisis recorded dengan LiveFB; Sekurang-
kurangnya ada satu LiveStreaming atau penyiaran recorded
LiveStreaming program berimpak tinggi.
d. Akademi – Semua latihan hendaklah bermodul; sasaran melatih Ketua
Penerangan di semua peringkat, ketua bahagian jentera peringkat
Kawasan dan cawangan, dewan-dewan peringkat Negeri dan Kawasan
dan Ketua Penerangan Dun serta petugas penerangan UDM (perlu
penyelarasan dengan ILPAS)
e. HARAKAH – Melantik seorang Perunding, melantik masing-masing
seorang penyelaras akaun bagi berita live dan pelaporan berita dalam
MedSos dan pengendali Unit LiveFB dan LiveStreaming – penyiaran
seharian/berselang-seli, Melatih feeder berita setiap PKD untuk kongsi
sekurang-kurangnya satu berita seminggu.
f. LibUs – Tiga ceramah bermusim dalam setahun, Tiga Dialog dalam
setahun peringkat Negeri; Tiga Seminar dalam setahun peringkat Negeri;
Tiga TownHall dalam setahun peringkat Negeri; Satu sembang santai
pimpinan setiap PKD dalam setahun.

9|Bengkel Penerangan: Hotel Paya Bunga KT 28 -29 Okt 19


PANDUAN BENGKEL STRATEGIK

Perancangan dan Pengurusan Pendekatan SOSTAC

SOSTAC
1. Mempertimbangkan senario yang dihadapi (persekitaran dalaman/luaran) dan
memutuskan objektif semasa dan langkahan sewajarnya ke arah kejayaan.
2. Memurnikan matlamat, dasar, visi dan misi sebagai panduan menjayakan
objektif ke arah memantapkan strategi organisasi (taktik dan aksi/tindakan)
sesuai dengan situasi yang dihadapi (objektif yang hendak dicapai).
3. Memahami Model:
a. Analisis Di Mana Kita (S)
b. Apa Yang Kita Mahu Capai (O)
c. Bagaimana Kita Boleh Capai (S)
d. Langkahan Terperinci Strategi (T)
e. Laksanakan Apa Yang Dirancang (A)
f. Memeriksa langkahan menepati strategi dan mencapai objektif (C).
4. Panduan menjayakan Strategy/S, Tactics/T dan Action/A berpandukan
pembolehubah (enablers) 5M – Manpower, Money, Method, Machinery, and
Market.

10 | B e n g k e l P e n e r a n g a n : H o t e l P a y a B u n g a K T 2 8 - 2 9 O k t 1 9
PANDUAN BENGKEL STRATEGIK

Perancangan dan pengurusan SOSTAC bagi Urusetia Penerangan

(1) Analisis Situasi (Situasi):


1) Bidang Fokus: Produksi Media
2) Organisasi Urusetia Penerangan: Bahagian Penerbitan dan Dokumentasi
Program Penerbitan: Buletin, Fajar Islam, Serambi
3) Skill: Manpower – Penolong Pengarah (Penerbitan), Pengarang, Penyelidik,
Designer, Typesetter, Pendokumentasian, Pengedaran
4) Struktur: Manpower – Ketua Pengarang/Ketua Editor, Editor,
Pengarang/Penulis, Pereka bentuk, Susunatur, Mockup, Uruscetak, Edaran
5) Sistem: Method – Agenda setting/kerangka penerbitan, pemberitaan,
penulisan, proofing/editorial, reka bentuk, cetak dan edar
6) Strategi
a. Manpower – Perlantikan mengikut bidang dan kemahiran
b. Money – peruntukan bahagian penerbitan, saguhati penulis/pemberita
luar, urusan percetakan, urusan pengedaran
c. Machinery – Laptop, DTP, Syarikat Cetakan, infografik
d. Market – Saluran PKD (Edaran dan Pameran), Jabatan Kerajaan, GLC,
Events/Program, kualiti penerbitan
e. Method – Menetapkan Kandungan Utama, Minda pemimpin, Berita
Semasa, rencana berkaitan, kaedah edaran
7) Skor: Market – kuantiti dan kekerapan penerbitan, kumpulan sasar, online
pdf, infografik, saluran pengedaran.
8) Analisis Situasi Sebenar: Di mana kita?
a. Manpower – Sidang Pengarang mencukupi?
b. Money – Peruntukan tahunan ?
c. Method – Kepakaran memenuhi skop kerja?
d. Machinery – Peralatan dan kecanggihan?
e. Market – Pengedaran menyeluruh?

(2) Membina Objektif (Objektif): Menyelesaikan isu berkaitan 5M:


1) Tambah bilangan/Perkasa staf
2) Tambah peruntukan
3) Kemas kini skop kerja setiap staf
4) Tambah peralatan canggih/aplikasi DTP
5) Tambah/upgrade teknik pengedaran online atau pos.

11 | B e n g k e l P e n e r a n g a n : H o t e l P a y a B u n g a K T 2 8 - 2 9 O k t 1 9
PANDUAN BENGKEL STRATEGIK

(3) Menyesuaikan Strategi (Strategi): Setiap objektif ada strategi khusus


1) Tambah/Perkasa staf > Isi jawatan/post sedia ada/Latih staf sedia ada
2) Tambah peruntukan > tambah kuantiti Buletin, Fajar, Serambi
3) Kemas kini skop kerja setiap staf > guna sama staf, latihan skop kerja baru
4) Tambah peralatan canggih/aplikasi DTP > kemas kini/upgrade aplikasi sedia
ada/tukar versi baru
5) Tambah/bina teknik pengedaran online atau pos > Guna saluran PKD

(4) Mengemaskini Taktik (Taktik): Penerbitan dan Dokumentasian


1) Isu staf > Staf sedia ada berkongsi tugas menerbit Buletin, Fajar, Serambi
2) Kuantiti ditambah > kertas mutu rendah imbangi belanja
3) Skop kerja baru > Pengarang juga editor juga designer
4) Upgrade aplikasi sedia ada > tambah RAM dan versi baru DTP
5) Pengedaran saluran PKD > lantik staf khusus (kerjasama Pengarah PKD)

(5) Mengoptimum Tindakan (Aksi): Penerbitan tepat masa/tempoh


1) Staf berkongsi tugas > Lantik PIC khusus Buletin, Fajar, Serambi
2) Kertas mutu rendah > sebut harga baru dan suaikan reka bentuk/design baru
3) Pengarang/editor/designer > Skim insentif dalaman bila siap tepat/on time
4) Tambah RAM/versi baru DTP > Sebut harga maintenance untuk upgrade
5) Exco Penerangan lantik staf edaran melalui Pengarah PKD > taklimat
pengedaran

(6) Memantau Hasil (Control): Setiap bentuk penerbitan hendaklah mencapai


objekitf
1) Elemen pemantauan
a. Memastikan ada PIC bagi menguruskan Buletin, Fajar, Serambi
b. Sebut harga kertas rendah diperolehi dan keputusan pada Disember 2019
c. Berlaku kursus 3-Dalam-1 Pengarang/editor/designer
d. Sebut harga upgrade DTP diperolehi dan keputusan Disember 2019
e. Surat lantikan November 2019/taklimat SOP pengedaran Disember 2019
2) Elemen penilaian
a. Mematuhi jadual penerbitan: Buletin – Bulanan (12/th); Fajar – Berkala
(4/th); Serambi – Mingguan (4/minggu)
b. Mutu kertas lebih rendah dari arts/simili dan penjimatan kos 15-30%
c. Skim insentif dalaman bila sidang redaksi siap on time: Saguhati Dwi-
tahunan
d. Versi baru aplikasi DTP diuji selepas Januari 2019
e. Senarai lantikan 45 Dun dan memahami SOP pengedaran.

12 | B e n g k e l P e n e r a n g a n : H o t e l P a y a B u n g a K T 2 8 - 2 9 O k t 1 9
PANDUAN BENGKEL STRATEGIK

MATRIKS PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SOSTAC


BAHAGIAN PENERBITAN/DOKUMENTASI
URUSETIA PENERANGAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN
2019-2021
ENABLERS SITUASI OBJEKTIF STRATEGI TAKTIK AKSI CONTROL
Manpower Sidang Tambah Isi post sedia Staf sedia ada Lantik PIC 1. Memastikan ada PIC bagi Buletin,
Pengarang bilangan/ ada/ Latih staf berkongsi tugas khusus Buletin, Fajar, Serambi (2019-2021)
mencukupi? Perkasa staf sedia ada menerbit Buletin, Fajar, Serambi 2. Mematuhi jadual penerbitan:
Fajar, Serambi a. Buletin – (12 x/tahun);
b. Fajar – (4 x/tahun);
c. Serambi – (4 x/minggu)
Money Peruntukan Tambah Tambah kuantiti Mmutu kertas Sebut harga baru 1. Sebut harga kertas mutu rendah
tahunan ? peruntukan Buletin, Fajar, rendah imbangi dan sesuaikan diperolehi dan keputusan pada
Serambi belanja design baru Disember 2019 (tahunan 2019-2021)
2. Mutu kertas lebih rendah dari arts/
simili dan penjimatan kos 15-30%
Method Kepakaran Kemas kini Guna sama staf, Pengarang juga Skim insentif 1. Berlaku kursus 3-Dalam-1
memenuhi skop kerja latihan skop editor juga dalaman bila siap Pengarang/editor/designer (Dis 19)
skop kerja? setiap staf kerja baru designer on time 2. Skim insentif dalaman bila siap on
time sidang redaksi: Dua kali setahun
Machinery Peralatan dan Tambah Upgrade Tambah RAM Sebut harga 1. Sebut harga upgrade DTP
kecanggihan? peralatan aplikasi sedia dan Versi baru maintenance diperolehi dan keputusan Disember
canggih/aplika ada/tukar versi DTP untuk upgrade 2019 (tahunan 2019-2021)
si DTP baru 2. Versi baru aplikasi DTP diuji
selepas Januari 2019.
Market Pengedaran Tambah/ Guna saluran Lantik staf Exco Penerangan 1. Surat lantikan November 2019/
menyeluruh? upgrade teknik PKD khusus lantik dan beri taklimat SOP pengedaran Disember
pengedaran (kerjasama taklimat 2019 – Disember 2021.
online atau Pengarah PKD) pengedaran 2. Senarai lantikan 45 Dun dan
pos. memahami SOP edaran (2019-2021).

13 | B e n g k e l P e n e r a n g a n : H o t e l P a y a B u n g a K T 2 8 - 2 9 O k t 1 9
PANDUAN BENGKEL STRATEGIK

ORIENTASI BENGKEL

(1) Tema
a. Poduksi Media,
b. Analisis Isu Media,
c. Media Sosial,
d. Akademi Penerangan,
e. Pemerkasaan HARAKAH,
f. Libat Urus Masyarakat.

(2) Kumpulan Mengikut Bidang Fokus


Kumpulan 1: Akademi Penerangan, Ketua: YB Us Ahmad Fathan
Kumpulan 2: Libat Urus Masyarakat.Ketua: YB Hj Rosli Abdullah
Kumpulan 3: Analisis Isu Media, Ketua: Cikgu Hj Wan Yusoff W Mustafa
Kumpulan 4: Poduksi Media, Ketua: Us Abdul FatahJaafar
Kumpulan 5: Media Sosial, Ketua: Us Mohd Nassruddin
Kumpulan 6: Pemerkasaan HARAKAH, Ketua: YB Rozi Muhamad

(3) Siap Matriks Perancangan dan Pengurusan SOSTAC

Kumpulan 1 Produksi Media Ketua: Setiausaha: Jumlah Ahli:

ENABLERS SITUASI OBJEKTIF STRATEGI TAKTIK AKSI CONTROL


Manpower
Money
Method
Machinery
Market

(4) Sidang Bengkel


a. Ketua/Wakil Kumpulan membentang Matriks P & P SOSTAC
b. Perbincangan/Perbahasan Pelbagai Hala/Pemurnian
c. Rumusan Bengkel bagi Kumpulan
d. Pencatat merumuskan Resolusi bagi Kumpulan berkenaan

(5) Resolusi Bengkel


a. Setiausaha Penerangan membentangkan Resolusi setiap Kumpulan
b. Setiausaha (selepas Bengkel) menyerahkan/menyalinkan Teks Resolusi
kepada Stakeholder/BPPNK.

Sekian.
14 | B e n g k e l P e n e r a n g a n : H o t e l P a y a B u n g a K T 2 8 - 2 9 O k t 1 9

Anda mungkin juga menyukai