Anda di halaman 1dari 4

KRONOLOGI PROGRAM

A ) SEBELUM PROGRAM DILAKSANAKAN

Beberapa minggu sebelum program dijalankan,AJK Panitia Pendidikan Islam


bersama AJK Pelaksana mengadakan mesyuarat tentang program yang akan
dijalankan pada tarikh 19 Jan 2014 bersamaan hari Jumaat bertempat di Surau AlHidayah. Dalam mesyuarat tersebut setiausaha membentangkan tentang tugastugas AJK Pelaksana, Tentatif Program serta anggaran perbelanjaan program.
Setiausaha juga berharap agar guru-guru beragama Islam dapat memberi
kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan. Pelajar-pelajar juga sentiasa
diingatkan agar menjaga tatasusila dengan baik, selain itu kehadiran pelajar adalah
wajib kerana program ini memberi pendedahan tentang peristiwa besar dalam Islam.
Seterusnya menerapkan rasa kasih dan sayang kepada rasulullah S.A.W.serta
menambah rasa ketaqwaan kepada Allah.

B ) SEMASA PROGRAM DILAKSANAKAN

Tarikh : 24 JAN 2014


Hari

: Jumaat

Perjalanan Program
Semua pelajar dan guru beragama Islam berkumpul di dewan Budiman untuk
membaca surah Yassin. Sementara menunggu kehadiran Penceramah jemputan,
sedikit Tazkirah pagi jumaat telah disampaikan oleh Cg. Othman Bin Samad sebagai
halwa telinga warga SAAS.
Tepat jam 8.00 pagi penceramah telah hadir ke sekolah. Pengerusi majlis
menyampaikan sedikit taklimat ringkas berkaitan pengenalan program seterusnya
menerangkan sedikit biodata penceramah kepada pelajar dan guru. Penceramah
jemputan ialah al-fadhil Uztaz Ghazali b. Umar dari sekolah SMKA Kuala Selangor.
Sepanjang perjalanan program selama lebih kurang 2 jam para guru dan
pelajar tidak jemu dalam menghayati ceramah yang diberikan oleh penceramah.
Penceramah telah menceritakan sedikit sebanyak tentang peristiwa yang berlaku
semasa kelahiran Rasulullah SAW serta bagaimana cara kita mencintai dan
mencontohi segala amalan Nabi Muhammad SAW supaya pelajar mengingat
kembali sejarah Islam. Selain itu ia juga bertujuan untuk menguatkan keimanan diri
terhadap rasulullah S.A.W.

Penutup
Pihak Panitia Pendidikan Islam SMK Sultan Abdul Aziz mengharapkan program
yang dilaksanakan ini, mampu mencapai matlamat, dan objektif yang disasarkan.

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada


semua pihak yang terlibat terutama sekali kepada Puan Salmah Bt Mohd
Yassin,selaku pengetua cemerlang SMK Sultan Abdul Aziz,kerana memberi keizinan
untuk mengadakan program tersebut. Terima kasih juga kepada semua guru yang
menjayakan program tersebut.Juga tidak lupa kepada semua AJK Panitia
Pendidikan Islam, dan semua pelajar yang memberikan kerjasama yang sangat
baik sepanjang program berjalan.

Anda mungkin juga menyukai