Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA FOTOGRAFI

PISMP SEMESTER 5
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS
Sebelum
Pada 6 hingga 8 Oktober 2015 yang lalu, seramai 44 orang guru pelatih daripada
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester Lima yang dianggotai
unit bahasa Melayu, unit Sejarah dan Pengajian Cina telah mengadakan Lawatan
Ilmiah Ke Pusat Sukan. Dalam lawatan ini kami sebulat suara memilih dua buah
institusi sukan iaitu Majlis Sukan Negeri Johor dan Stadium Tan Sri Dato Hj
Hassan Yunos.
Secara umumnya, tugas rasmi AJK Fotografi ialah mengambil gambar dan video
sepanjang program berlangsung, menyediakan softcopy untuk dihantar sebagai
laporan. Dalam tugasan merakam gambar, saya juga dibantu oleh AJK
Dokumentasi

dan

rakan-rakan

yang

lain.

Saya

bertanggungjawab

untuk

merakam segala aksi dan gelagat para guru pelatih serta AJK-AJK yang terlibat
dalam bentuk foto dan video. Secara keseluruhannya, tugastugas dokumentasi
telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang serius.

Tugas-tugas sebelum program:


Menyediakan peralatan dokumentasi iaitu kamera.
Tugas-tugas semasa program:
Semasa program berlangsung, AJK ini bertanggungjawab untuk merakam segala
aksi dan gelagat para peserta dan para pensyarah yang terlibat dalam bentuk
foto dan video.
Tugas-tugas selepas program:
Mengumpulkan semua foto dan video setelah tamat lawatan untuk laporan
keseluruhan.

Masalah yang dihadapi:


Antara masalah yang dihadapi adalah ketiadaan kamera DSLR yang boleh
merakam gambar dan video resolusi tinggi. Selain itu, telefon pintar yang
digunakan juga mendapat sedikit kesukaran kerana mudah panas dan cepat
bateri habis. Selain itu, AJK Fotografi yang seorang menyebabkan saya agak
terkejar-kejar ketika merakam foto.
Penambahbaikan:
Pada masa akan datang, diharap kuantiti AJK Fotografi ditambah sekurangkurangnya seorang. Selain itu, dalam urusan fotografi akan dapat mencari
inisiatif menggunakan kamera DSLR bagi membolehkan lebih banyak gambargambar menarik dan cantik dapat ditangkap.

Anda mungkin juga menyukai