Anda di halaman 1dari 1

Laporan Biro Makanan a) Tugasan AJK makanan terdiri daripada dua orang iaitu Aisha binti Warshaf dan

Nur Ainil Wahida binti Zawawi. Kami ditugaskan untuk menyediakan makanan untuk sarapan dan makan tengah hari dengan anggaran kos RM5 seorang untuk 120 orang peserta. Kami membahagikan RM1 untuk sarapan dan RM4 untuk makan tengah hari. Menu sarapan ialah mihun goreng dan air teh suam. Manakala,makanan tengah hari ialah nasi putih , ayan masak merah , dan kubis masak tumis.Disamping itu, kami mengajak setiap kelas untuk membawa pot luck ,seperti kuih-muih, kerepek dan nugget. b) Masalah Sebelum bertolak, makanan untuk sarapan dihantar tepat pada masa nya. Ada sedikit masalah ketika mengagihkan makanan,kerana menurut perancangan awal, sarapan akan diberi ketika semua sudah sampai di pantai, tetapi makanan diagihkan lebih awal iaitu ketika berhenti rehat di R&R . Peserta terpaksa duduk ditepi jalan untuk makan. Selain itu, ketika peserta sedang melakukan aktiviti, ajk makanan agak lewat membuat air sejuk menyebabkan peserta yang kepenatan berasa sangat haus,tetapi masalah itu dapat diatasi dengan baik. Makanan tengah hari yang disediakan juga sedap dan berpatutan. c) Cadangan:

AJK makanan mencadangkan supaya kehadiran peserta di pastikan terlebih dahulu supaya AJK makanan dapat menganggarkan jumlah sebenar makanan yang diperlukan dan mengelakkan pembaziran dari berlaku. Selain itu, AJK makanan juga perlu peka dengan makanan yang ada setiap masa. Untuk kebaikan semua, diharap bilangan AJK makanan dapat ditambah untuk memudahkan urusan.

Anda mungkin juga menyukai