Anda di halaman 1dari 8

Laporan aktiviti Saya telah menyertai program Bina Insan Guru yang bermula pada 1 hingga 4 Mac 2011.

Program tersebut telah melibat seramai 54 orang guru-guru pelatih dari dua buah kelas, PISMP 1.2 dan 1.3. Struktur organisasi telah dibentuk dan pembahagian tugas telah dijalankan beberapa hari sebelum program tersebut bermula. Pelbagai Ahli Jawatankuasa (AJK) telah diwujudkan seperti AJK pengangkutan, makanan, buku program, peralatan, keselamatan, kecemasan dan makanan. Persediaan yang rapi telah dilakukan terutamanya AJK peralatan yang menguruskan peralatan memasak, jaket keselamatan dan sebagainya agar program BIG pada kali ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hari pertama Pada 1 Mac 2011, sebelum bertolak ke Port Dickson, kami telah diminta oleh penghulu program BIG, Mohd Faizul, berkumpul pada jam 7.15 pagi di foyer IPBA. Kami dikehendaki mengambil sarapan terlebih dahulu sebelum bertolak kerana sememangnya kami akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan yang enak dan sumber makanan juga adalah terhad. Kemudian, kami berkumpul di hadapan foyer pada jam 8 pagi dan Encik Arus, kem komanden telah datang mendengar laporan ringkas dari kami tentang persediaan yang telah dilakukan termasuk peralatan dan keperluan yang dibawa sebelum bertolak. Setibanya di Port Dickson, kami menurunkan barang-barang kami dari tempat simbang bagasi bas ke dewan terbuka yang tersedia ada di kem perkhemahan tersebut. Seterusnya, kami berkerjasama membersihkan tapak perkhemahan yang telah digunakan oleh perserta yang sebelumnya. Terdapat satu longgokan sampah yang telah dibakar di tengah-tengah tapak perkhemahan kami. Dedaun yang telah gugur dan ranting-ranting kering juga turut memenuhi tanah. Manakala dapur pula tidak terurus dan kelibat seekor kera yang berkeliaran mengamit kedatangan kami. Setelah membersihkan tapak dengan sebaiknya, kami dikehendaki memasang khemah yang terdiri dari satu khemah pensyarah, satu khemah peralatan, tiga khemah peserta perempuan dan satu khemah peserta lelaki.

Pada petangnya, setelah selesai solat jama zohor dan asar, kami dikehendaki mengikuti program water confident di blue lagoon. Kami telah menaiki bas ke tempat tersebut yang mengambil masa kurang dari sejam. Jaket keselamatan adalah sesuatu yang perlu digunakan oleh peserta dalam mengikuti program ini. Kami diajar teknik bernafas di dalam air, mengapungkan diri dan berenang. Teknik-teknik ini akan digunakan apabila kami mengikuti program berkayak pada keesokan harinya. Sekembalinya kami ke tapak perkhemahan, tugasan masing-masing telah ditetapkan. Sebahagian dari kami yang terdiri daripada pelajar kelas 1.2 perlu mengambil tugas menyedia makan malam untuk peserta perkemahan. Maka yang selebihnya dikehendaki menguruskan diri masing-masing dan bersedia untuk makan malam seterusnya solat maghrib berjemaah dan mendengar tazkirah dari Ustaz Amin Yamin. Selepas solat dan tazkirah, kami terlibat dengan aktiviti Latihan dalam Kumpulan (LDK) sesi yang pertama. Pada sesi kali ini, kami dikehendaki memperkenalkan diri masing-masing menggunakan bahasa isyarat sahaja. Kreativiti setiap peserta penting kerana dengan menggunakan bahasa isyarat mereka yang tersendiri mereka perlu membuat satu isyarat yang melambangkan diri mereka sendiri. Oleh itu, peserta yang lain akan memahami dan mengingati seseorang peserta itu melalui isyarat yang diberikan. Kemudian, kami diberikan waktu untuk tidur dan ada kumpulan yang dikehendaki berjaga malam untuk mengawasi tapak perkhemahan kami. Hari kedua Untuk makanan pagi, kami dikehendaki menyediakan sarapan yang berat kerana kami akan menjalankan aktiviti yang agak mencabar iaitu aktiviti air. Pada hari itu, kumpulan kami, 1.3 yang bertanggungjawab untuk menyediakan makanan. Oleh itu, saya dan rakan-rakan yang lain telah bangkit dari tidur pada jam 3 pagi. Kami telah menyediakan nasi goreng, telur rebus dan roti kaya. Setelah selesai bersarapan bersama-sama, kami bergerak ke lokasi yang ditetapkan iaitu di blue lagoon dengan menaiki bas. Kami telah bersedia untuk mengikuti aktiviti tersebut dengan memakai jaket keselamatan yang sesuai dengan saiz

masing-masing. Kemudian, kami dibahagikan kepada dua kumpulan, satu kumpulan menjalankan aktiviti kayak dan diikuti dengan aktiviti kembara mengikuti laluan rabbit. Manakala kumpulan dua akan berkembara dahulu sebelum berkayak. Saya merupakan ahli kumpulan satu dan kami mula berkayak pada jam 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Pada waktu tengah hari, kami telah dijamukan dengan nasi putih berlaukkan ikan sardine dan telur dadar. Kami makan tengah hari di tepi pantai sambil menikmati pemandangan pantai yang mendamaikan. Setelah berehat seketika selepas makan, kami menyambung aktiviti kami iaitu kembara laluan rabbit. Kami berjalan di dalam kumpulan di persisiran pantai sambil memerhatikan pencemaran yang berlaku di kawasan pantai. Kami telah diberikan tugasan oleh pensyarah pengiring kami untuk mengutip barang-barang yang dikenalpasti menjadi punca pencemaran pantai. Laluan yang dilalui agak mencabar apabila kami terpaksa melalui kawasan yang berbatu-batu yang licin dan apabila kami terpaksa mengharungi air pantai yang setinggi pinggang untuk sampai ke destinasi akhir kami iaitu ke tempat kami menjalankan aktiviti kayak, blue lagoon. Sekembalinya kami di blue lagoon, kami berbincang tentang hasil dapatan kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar seorang wakil untuk tampil menghuraikan tentang sebab pencemaran, bagaimana pencemaran tersebut terjadi dan cadangan untuk mengatasinya. Setelah selesai perbincangan kami, kumpulan kayak juga telah selesai menjalankan aktiviti mereka. Seterusnya, kami pulang ke tapak perkhemahan untuk menyiapkan diri dan makan malam. Setelah menyiapkan diri dan makan malam, kami dikehendaki menjalankan aktiviti LDK sesi kedua. Dalam aktiviti ini, kami dikehendaki masuk dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Perbincangan tentang nama kumpulan, moto dan sorakan kumpulan dilakukan untuk membentuk identiti setiap kumpulan. Peserta-peserta bersemangat dalam mencipta identiti mereka. Kemudian, kami dikehendaki

mempamerkan identiti kami kepada peserta-peserta yang lain. Kami terasa teruja untuk berkongsi tentang hasil perbincangan kami yang bersertakan moto kami yang telah dilukiskan atas kertas majong. Semangat kerjasama antara ahli kumpulan dapat dibina dari aktiviti tersebut.

Hari Ketiga Pada pagi itu, merupakan giliran kami untuk menyediakan sarapan pagi. Kami juga telah menyediakan sarapan yang berat untuk para peserta kerana kami akan mengikuti aktiviti jungle trekking di Tanjung Tuan. Setelah bersarapan, kami bergerak menuju ke tempat aktiviti dengan bas. Setibanya di sana, Encik Arus mengarahkan kami untuk melakukan renggangan badan terlebih dahulu. Kemudian kami dikehendaki duduk dalam kumpulan masingmasing. Kami diberikan arahan untuk berjalan dalam kumpulan dan setiap orang perlu menjaga keselamatan diri dan kawan-kawan yang lain. Kemudian, kami memulakan pengembaraan kami dengan diirinigi oleh pensyarah pengiring Encik Azizi, Ustaz Ilham dan Encik Arus. Sepanjang perjalanan kami diterangkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan hutan tersebut beserta serba ringkas fungsinya. Kami juga telah melihat tempat-tempat peninggalan kesan sejarah seperti tapak kaki Hang Tuah, tempat air mata air dan kubur purba. Sepanjang perjalanan, kami ada berhenti berehat seketika di beberapa kawasan. Pada permulaan perjalanan, merentasi kawasan hutan kecil yang dipenuhi pohonpohon rimbun. Kemudian, kami melihat kesan tapak kaki Hang Tuah pada batu yang besar yang terdapat di berhampiran dengan sebuah telaga. Dari situ, kami mula mendaki bukit dan menuruni curam yang sangat tinggi. Di kawasan curam tersebut, kami terpaksa berpegang atau berpaut pada dahan-dahan pokok berhampiran dengan kami agar kami tidak menggelongsor turun. Proses tersebut mengambil masa yang agak lama. Kemudian kami berada di tepi pantai dan kami meneruskan perjalanan kami ke sebuah tapak yang lapang untuk kami melakukan aktiviti. Di tapak itu, kami dikehendaki menyediakan makanan tengah hari kami sendiri mengikut kumpulan masing-masing. Barang keperluan makanan seperti maggi, roti, sardin serta barang-barang untuk memasak telah diberikan. Kami telah menyalakan api untuk memasak maggi dan sardine tersebut. Manakala parang yang diberikan dapat digunakan untuk mencari kayu api. Sementara menyediakan makanan untuk ahli-ahli kumpulan, kami perlu

menyediakan persembahan makanan yang baik untuk ditunjukkan dan dirasa oleh jurijuri yang ada dan mereka akan memberikan komen tentang rasa makanan tersebut. Kami juga telah diberikan tugasan untuk mempersembahkan persembahan yang bebas bertemakan alam sekitar selepas makan tengah hari. Setiap kumpulan menyediakan persembahan yang pelbagai seperti persembahan sajak, sketsa dan nyanyian. Kebanyakannya mempersembahkan sketsa pendek dengan gabungan sajak. Setelah selesai persembahan, kami solat secara berjemaah terlebih dahulu sebelum melawat kawasan takungan air mata air dan gua kecil yang terletak tidak jauh dari sini. Seterusnya, ada sebahagian dari kami melawat kawasan kubur purba yang terdapat di kawasan bukit di tapak lapang itu. Setelah selesai meninjau kawasan tersebut, kami bergerak untuk ke tempat rumah api untuk melihat pemandangan di sana. Kami terpaksa mendaki ke kawasan yang lebih tinggi lagi untuk sampai ke sana. Setibanya kami di sana, kami berpeluang untuk melihat pemandangan laut yang sangat cantik yang kelihat seperti sebuah lukisan pemandangan. Apabila telah berpuas hati dan mengambil gambar kenangan bersama, kami menuruni bukit tersebut melalui jalan yang bertar. Apabila telah sampai ke kaki bukit kami dikehendaki berkumpul dan menyejukkan badan terlebih dahulu. Seterusnya, kami bertolak pulang ke tapak perkhemahan kami dengan bas yang tersedia. Setibanya kami di kawasan perkhemahan, kami telah dibahagikan dengan tugas masing-masing. Kelas 1.2 ditugaskan untuk menyediakan makan malam, manakala kumpulan 1.3 ditugaskan untuk menyediakan BBQ. Dalam masa yang sama, kami perlu menyiapkan diri kami dengan persembahan malam kebudayaan. Selepas solat berjemaah, kami bersiap-siap untuk menjamu selera. Kami disajikan dengan nasi beriani dengan kuah rendang dan pelbagai makanan laut yang telah dipanggang seperti ikan, sotong dan udang. Kami juga dijamu makan makanan laut tersebut dengan air asam. Kami beratur untuk mengambil makanan masingmasing. Memandangkan kami memang lapar, maka kami makan hidangan kami dengan berseleranya.

Seterusnya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu persembahan malam kebudayaan. Semua kumpulan telah mendapat giliran persembahan. Kami membuat persembahan yang telah kami bincangkan bentuk penyampaian bebas dan mengikut tema kasih saying, alam sekitar dan keguruan. Kebanyakan kumpulan

mempersembahkan sketsa. Bagi kumpulan saya, kumpulan tiga, kami juga turut mempersembahkan sketsa tentang kehidupan murid yang kurang upaya. Kami juga merupakan kumpulan yang terakhir. Selepas persembahan tamat, kami bersurai. Hari keempat Kami bersarapan seperti dengan sarapan yang ringan sahaja. Kemudian, kami dikehendaki membersihkan tapak perkhemahan. Tugas pembersihan telah dibahagikan antara peserta perkhemahan. Pada mulanya, semua peserta mengosongkan khemah mereka. Seterusnya, kami menjatuhkan khemah masing-masing dan mengemas kawasan khemah tersebut. Terdapat kumpulan yang perlu mengemas peralatan, kawasan dapur, kawasan tandas dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kami bekerjasama membersihkan kawasan tersebut. Tanpa sokongan dan kerjasama dari semua peserta, tugas membersih tidak dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Setelah tugas pembersihan selesai, kami dikehendaki berkumpul dan membuat sedikit refleksi terhadap aktiviti yang dijalankan sepanjang program Bina Insan Guru (BIG) ini, sementara menunggu kedatangan Encik Tahir, Ketua Jabatan HEP IPBA untuk acara penutup. Selepas majlis penutupan, kami bersiap untuk mengangkut dan menyimpan barang kami ke dalam bas dan van yang akan membawa kami pulang. Setelah selesai menyimpan barang kami bertolak pulang ke IPBA lebih kurang pada jam 11 pagi.

Refleksi Kendiri Pelbagai perkara telah saya pelajari dari kem BIG pada kali ini. Antaranya ialah saya telah menimba ilmu yang berharga tentang cara pemasangan khemah kerana kebiasaannya khemah yang dipasang adalah merupakan khemah yang kecil dan cara pemasangannya tidak sukar. Tetapi aktiviti pemasangan khemah pada kali ini berbeza, kerja pemasangannya agak berat kerana ia melibatkan cara pemasangan yang betul menggunakan tiga pancang kayu, pencacak besi dan daya yang digunakan adalah banyak dalam memastikan khemah tersebut teguh berdiri. Selain itu, untuk aktiviti air, pada awalnya, saya memang tidak mempunyai persediaan yang lengkap kerana saya tidak tahu berenang dan tidak mengetahui cara yang betul untuk bernafas di dalam air. Setelah mendapat tunjuk ajar dari ustaz dan Encik Tahir, saya memahami perkara yang sepatutnya dilakukan sekiranya saya tenggelam di dalam air. Sekiranya, saya ingin tenggelam di dalam air dan cara yang betul untuk bernafas pada ketika itu adalah dengan menggunakan mulut iaitu dengan meniup keluar angin dari mulut saya secara perlahan-lahan. Oleh sebab itu, saya tidak merasa bimbang lagi sekiranya tanpa diduga saya terjatuh ke dalam air sewaktu berkayak ataupun sekiranya terlibat dalam aktiviti air yang lain. Manakala untuk aktiviti jungle trekking, saya juga telah mempelari bahawa pentingnya saling menolong dan mengambil berat akan sahabat-sahabat. Melalui aktiviti ini, saya dapat melihat bahawa tanpa pertolongan dari kawan-kawan saya tidak akan mampu untuk menjalani aktiviti tersebut dengan selamatnya. Jadi, saya sedar bahawa jika kita mendapat sokongan dari orang lain kita akan mampu untuk melakukan sesuatu yang sukar atau di luar kemampuan diri. Melalui aktiviti LDK, saya menyedari bahawa hubungan antara teman-teman yang lain dapat dijalinkan apabila mengharungi senang dan susah bersama. Hal ini juga dapat diaplikasikan dalam kehidupan seorang guru. Apabila dalam perkhidmatan, saya pasti akan berjumpa dengan pelbagai jenis orang dan perwatakan dan hubungan yang baik perlulah dijalinkan agar komunikasi yang berlaku antara kami adalah mudah dan menyenangkan. Oleh itu, masalah yang berlaku di sekolah dapat diatasi dengan mudah.

Nilai kerjasama juga dapat dilihat dalam struktur organisasi aktiviti BIG sesi kedua ini. Pelbagai jawatankuasa telah dibentuk untuk melancarkan lagi aktiviti ini. Setiap orang perlu memainkan peranan mereka agar persediaan yang kemas dan mantap dan menjamin keberhasilannya. Tuntasnya, program ini bukan sahaja membantu guru-guru pelatih untuk menguatkan jati diri mereka tetapi ia juga dapat menguatkan lagi hubungan yang terjalin antara kami di samping menerapkan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai