Anda di halaman 1dari 3

LAWATAN JEJAK KEMBARA KE SUNGAI LEMBING

Refleksi
Jawatankuasa : Keselamatan
Pada 27 dan 28 september yang lalu, Persatuan Hidup Sejahtera telah mengadakan
lawatan ke sg lembing. Seramai 44 orang guru pelatih telah menyertai lawatan tersebut. Kami
dilantik sebagai ajk keselamatan dan telah menyediakan peti kecemasan untuk tujuan memberi
rawatan awal sekiranya berlaku sebarang kecederaan kecil. Pada 27 hari bulan jam 7.00 pagi,
kami telah bertolak ke Sg Lembing sebelum itu ajk pengangkutan mengira bilangan peserta
sebelum bas memulakan perjalanan. Sewaktu perjalanan kami telah berhenti rehat untuk
bersarapan di Jerantut dan singgah rehat di hentian rehat dan rawat Temerloh. Kami tiba di Sg
Lembing pada waktu tengahari. Kami bersyukur kerana kami dapat tiba di destinasi dengan
selamat. Pada sebelah petang, kami telah pergi membuat lawatan ke muzium Sungai lembing
dan ke kawasan lombong yang terletak lebih kurang 500 meter dari muzium yang kami lawati.
Semasa mengadakan lawatan, tiada sebarang kemalangan berlaku. Setelah pulang ke hotel
tempat, kami berehat di hotel. Beberapa rakan yang lain menaiki basikal mengelilingi kawasan
pecan Sg Lembing, rakan-rakan telah memastikan segala ciri-ciri keselamatan antaranya brek
basikal, keadaan fizikal sebelum mula menaiki basikal. Kami menunggang secara satu barisan
untuk memastikan kami tidak menganggu kenderaan lain dan untuk menjamin keselamatan.
Kami berasa bersyukur kerana segala keselamatan terkawal.
Pada pagi 28 hari bulan, kami memulakan kembara menuju ke air terjun pelangi
dengan menaiki pacuan empat roda yang telah ditempah oleh ajk yang berkenaan. Ciri-ciri
pacuan empat roda yang disediakan amat bagus dan menitikberatkan kesalamatan di mana di
bahagian kargo terdapat tiga baris kerusi yang dapat memuatkan 12 orang. Kami tiba di satu
kawasan lapang dan menanti beberapa kumpulan lain sebelum memulakan perjalanan ke air
terjun pelangi. Sewaktu menuju ke tempat yang kami harapkan kami terpaksa meredah sungai,
di samping melalui denai dan melalui lereng bukit sebelum tiba di puncak tempat di mana kami
dapat melihat pelangi yang terhasil akibat air terjun. Di sepanjang perjalanan terdapat pengiring
yang menunjukkan arah dan mengawal keselamatan kami di sepanjang perjalanan. Kami tiba
dengan selamat di air terjun pelangi dan mula beriadah. Saya amat bersyukur kerana di
sepanjang perjalanan dapat melihat rakan-rakan membantu dalam memastikan keselamatan
semua orang. Di kawasan air terjun juga semua rakan-rakan menjalankan aktiviti riadah dengan
baik dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak di ingini. Setelah selesai kami memastikan
semua ahli cukup sebelum memulakan perjalanan pulang menuruni bukit. Semua ahli menuruni

bukit secara berhati-hati dan saling bantu-membantu dan kami berkumpul di tepi sungai untuk
memastikan semua ahli cukup sebelum menyeberangi sungai menuju ke pacuan empat roda
yang diletakkan di seberang sungai. Setelah itu, kami menaiki kenderaan dan menuju pulang ke
hotel. Di sepanjang perjalanan pulang telah berhenti untuk mengambil gambar dan telah
singgah ke kawasan air panas sehingga akhir sekali kami mengambil gambar di pintu masuk
pecan Sg Lembing. Saya bersyukur kerana tiada ahli yang mengalami kecederaan semasa
melalukan pengembaraan ke air terjun.
Setelah tiba kami membuat persiapan untuk pulang, dan sebelum pulang kami makan
tengahari di kedai yang berdekatan dan setelah selesai kami memunggah barang masuk ke
dalam bas dan menuju pulang ke Kampus. Secara keseluruhan, keselamatan adalah terkawal
dimana setiap ahli amat berdisiplin dan mampu untuk menjaga keselamatan mereka dan kami
amat berpuas hati dengan sikap rakan-rakan yang saling membantu dan bertanggungjawab
terhadap rakan-rakan yang lain.
Kebaikan
Pada 27 dan 28 september yang lalu Persatuan Hidup Sejahtera telah mengadakan
lawatan ke Sg Lembing. Seramai 44 orang guru pelatih telah menyertai lawatan tersebut. Di
sepanjang lawatan tersebut kami telah melawat ke muzium dan lombong yang terdapat di
kawasan tersebut. Kami juga telah pergi ke Air Terjun Pelangi. Lawatan pada kali ini amat
menyeronokkan dan memberi makna serta kenangan yang amat bagus buat kami. Melalui
lawatan ini juga kami dapat mengetahui sejarah tentang kegiatan perlombongan bijih timah
yang terdapat di Sg Lembing. Kami juga dapat melihat dan dapat serba sedikit ilmu tentang
perlombongan apabila melawat ke muzium yang menunjukkan pelbagai alatan perlombongan
serta info tentang sejarah dan latar belakang kegiatan perlombongan yang terdapat di sini.
Setelah itu, kami menuju ke kawasan perlombongan bijih timah yang suatu ketika dahulu
menjadi lokasi yang mengeluarkan bijih timah tetapi kini menjadi kawasan tumpuan pelawat. Di
mana kami dapat masuk ke dalam terowong dengan menaiki kereta api yang digunakan
semasa perlombongan dahulu dan berjalan masuk ke dalam terowong. Di sepanjang laluan
terowong terdapat banyak papan info yang memaparkan tentang sejarah dan pelbagai info lain
tentang perlombongan. Suasana lombong yang agak gelap dan sejuk membuatkan saya teruja.
Kami menuju ke terowong sejuta di mana tempat ini menyimpan satu kisah tentang
perlombongan. Setelah itu kami menuju ke suatu tempat di dalam terowong dan dapat menaiki
lif simulator yang membuatkan seolah-olah kami sedang menaiki lif yang sebenar menuju ke

tingkat-tingkat kawasan melombong yang terletak jauh ke bawah tanah. Kami juga telah pergi
ke air terjun pelangi dimana kami dapat melihat pelangi yang terhasil daripada air tejun yang
turun dari puncak bukit.Kekuatan lawatan ini ialah ia dapat memberi banyak info tentang
perlombongan bijih timah pada suatu ketika dahulu dan memberikan kami pengalaman yang
amat bagus dimana kami terpaksa menaiki pacuan empat roda dan meredah hutan untuk tiba di
air terjun tersebut dan ia telah memberikan kami cabaran yang amat bagus untuk kami.
Kelemahan
Kelemahan untuk program ini bagi saya tiada kelemahan yang dapat saya catatkan
kerana program lawatan ini berjalan dengan baik dan lancar tanpa terjadi sebarang masalah
yang tidak diingini dan semua ahli persatuan amat bertanggungjawab dan bekerjasama dalam
menjayakan lawatan ini. Secara kesimpulannya lawatan ini berjalan dengan lancar dan
memberi kami sejuta kenangan dan pengalaman yang tidak dapat kami lupakan semoga
lawatan seperti ini dapat dilaksanakan lagi di tempat lain yang lebih menarik lagi.

Cadangan Penambahbaikan
Kami berpendapat bahawa kami perlulah membuat sedikit penambahbaikan untuk
membaiki kelemahan yang kami hadapi. Contohnya, kami perlulah lebih prihatin terhadap
persediaan untuk mengelakkan kecederaan berlaku semasa aktiviti dijalankan. Kami juga harus
belajar bagaimana untuk menghadapi sebarang bahaya yang berlaku dengan tenang.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :KHOR YI HENG


HO YONG LER
ZAIERZA BIN ZAINAL

Anda mungkin juga menyukai