Anda di halaman 1dari 1

PERCUTIAN DI PULAU LANGKAWI

Pada cuti persekolahan minggu lalu,ayah membawa kami sekeluarga makan angin di Pulau
Langkawi.Kami pergi dengan menaiki kereta Naza Ria.Setelah melalui Lebuh Raya Utara-
Selatan (Plus) selama tujuh jam,akhirnya kami tiba di Kuala Perlis.
Kami kemudiannya menaiki feri menuju ke Jeti Kuah.Perjalanan yang mengambil masa
hampir satu jam itu saya gunakan untuk menikmati keindahan laut yang membiru.Nun di
kejauhan,saya terlihat sampan nelayan berkolek-kolek dipukul ombak.
Apabila tiba di jeti,ayah segera menyewa sebuah kereta.Ayah membawa kami ke sebuah
hotel yang sudah ditempah.Sesampainnya di hotel,kami segera mandi,bertukar pakaian dan
bersolat.
Hari kedua kami isikan dengan melawat sekitar pulau.Kami tidak melepaskan peluang
melihat tempat-tempat menarik seperti Makam Mahsuri dan Kampung Buku.Kami adik-beradik
berpeluang berkejaran di pantai yang bersih.
Ibu mengajak kami membeli-belah di Pekan Kuah.Banyak barang yang ibu beli seperti
pinggan mankuk dan kain batik.Untuk kami yang seramai enam orang,ibu belikan pakaian.
Hari ketiga,kami berangkat pulang meninggalkan pulau yang indah,bersih dan menarik
itu.Tempoh tiga hari bagi kami tidak mencukupi untuk melawat sebuah pulau yang agak
luas.Namun,pengalaman percutian itu amat besar maknanya bagi saya.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI KUALA LUMPUR

Pada 5 September 2015 yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu SJK(C)Tiram telah mengadakan
lawatan sambil belajar di Kuala Lumpur secara besar-besaran. Tujuan lawatan tersebut adalah
untuk menambahkan pengetahuan para murid tentang ibu kota negara kita.
Lawatan sambil belajar ke negeri Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat daripada
murid-murid. Seramai 30 orang murid telah menyertai lawatan tersebut. Kami diiringi oleh 3
orang guru penasihat yang berpengalaman. Mereka ialah Cikgu Tham, Cikgu Chu, Cikgu Ng dan
Cikgu Saleha. Tepat pada pukul 8 pagi, para peserta telah berkumpul di dewan sekolah yang
besar dan berhawa dingin. Kami bertolak ke destinasi dengan menaiki bas yang disewa khas.
Setibanya di destinasi, kami berkunjung ke Menara Kuala Lumpur. Menara Kuala
Lumpur tersegam indah di Kuala tengah bandar raya. Menara ini berfungsi sebagai pusat
telekomunikasi negara. Kami berpeluang menikmati panorama Kuala Lumpur yang indah permai
dari menara tersebut. Selain itu, kami mengambil peluang keemasan ini untuk menikmati
kudapan yang sedap-sedap belaka di restoran berputar yang terletak di tingkat dua menara itu.
Selepas itu, kami berkunjung ke Menara Berkembar Petronas. Reka bentuk bangunan ini
unik sekali. Kami amat tertarik oleh reka bentuk dua tongkol jagung. Menara Berkembar
Petronas merupakan mercu tanda kebanggaan negara kita. Setelah makan tengah hari, kami
singgah di Muzium Negara yang merupakan khazanah negara. Saya kagum melihat ukiran dan
mural pada dinding muzium ini. Kami berpeluang melihat barang-barang purba di Muzium
Negara. Pengetahuan kami tentang sejarah negara turut bertambah.
Pada waktu petang, kami menjejakkan kaki ke Zoo Negara. Kami bersyukur kerana
berpeluang melihat pelbagai jenis flora dan fauna yang jarang kami lihat di dalam Zoo Negara.
Kegembiraan kami tidak terperi kerana kami dapat menyaksika pertunjukkan haiwan yang
menarik dan mencuit hati. Kami telah mengambil kesempatan ini untuk merakamkan detik-detik
ikan lumba-lumba yang melepasi gelang berapi. Kami kagum akan kehandalan dan kehebatan
ikan lumba-lumba tersebut. Kami turut memberi tepukan yang gemuruh semasa menonton
pertunjukkan tersebut.
Bak kata pepatah,"Jauh Perjalanan, Luas Pengetahuan". Lawatan ke Kuala Lumpur
yang julung-julung kali diadakan telah membuka mata murid-murid. Kami telah memperoleh
manfaat daripada lawatan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai