Anda di halaman 1dari 3

Nama: Yong Siew Wei

IC.No: 920702-13-5674
Unit: PISMP SEJ AMB JAN 2013 SEM 5
Laporan Bagi Lawatan Jejak Sejarah
Lawatan Jejak Sejarah telah diadakan pada 27 dan 28 Mac 2015. Program ini turut
disertai oleh dua orang pensyarah pengiring iaitu Puan Roryna A.B Komon dan Puan
Sarimawathy Binti Jumanie yang membawa seramai 25 orang pelajar daripada
PISMP Sej Amb Jan 2013 sem 5 untuk menyertai lawatan ini. Tujuan lawatan ini
adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman guru pelatih berkaitan
tempat-tempat bersejarah dan menarik di negeri Sabah.
Objektif bagi program lawatan ini adalah untuk membina keseimbangan
jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial guru pelatih semasa lawatan, melahirkan
guru pelatih yang dapat berdikari dalam segala masalah yang dihadapi,
meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman guru pelatih melalui lawatan ke
Tugu Mat Salleh, Tugu Antanom, Pusat Kebudayaan Murut, Muzium Keningau dan
Batu Sumpah, Keningau serta Tugu Pahlawan, memupuk sifat kepimpinan dalam
kalangan guru pelatih melalui kepimpinan yang akan ditunjukkan oleh guru pelatih
sepanjang lawatan dan sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar,
pensyarah dengan guru pelatih, serta guru pelatih dengan orang luar.
Kami dikehendaki berkumpul di tapak bas sekolah sana pada pagi iatu kirakira pukul 9.30 pagi. Kemudian, kami berkumpul semula untuk mendengar taklimat
ringkas yang disampaikan oleh pengerusi bagi program in iaitu Jeff Lee Zi Hao,
sebelum kami menaiki bas IPG Kampus Kent. Sebelum menaiki bas, kami bersamasama pensyarah pengiring mengambil gambar sebagai kenangan. Bas mula
bergerak dan kami tidak sabar untuk tiba di sana. Pada hari pertama, kami pergi
melawat beberapa tempat iaitu Tugu Mat Salleh dan Tugu Pahlawan. Selepas
melawat kedua-dua tugu ini, kami terus bertolak ke Keningau. Semasa sampai ke
Keningau, kami pergi ke Queen Hotel untuk bermalam satu malam.
Pada hari kedua, kami meneruskan lawatan kami dengan melawat Muzium,
Keningau dan Batu Sumpah, Keningau. Kemudian, kami bertolak ke Tenom untuk

melawat Pusat Kebudayaan Murut dan Tugu Antanom. Sebelum balik ke IPG, kami
bersama-sama makan tengah hari. Pada pukul 9.30 malam, barulah kami selamat
balik ke IPG. Sepanjang lawatan ini, kami membuat catatan dan bergambar sebagai
kenangan. Selepas itu, kami juga dikehendaki menulis sebuah laporan yang
mengenai sesuatu tempat yang bersejarah iaitu Pusat Kebudayaan Murut secara
berkumpulan.
Pusat Kebudayaan Murut letaknya di Kampung Pulong, kira-kira 13 km dari
Pekan Tenom. Pembinaannya bermula pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1996
dengan kos kira-kira 12 juta ringgit. Lebih kurang 13 km dari pekan Tenom.
Pembenaan pusat yang unik ini bermula pada tahun 1994 dan siap pada tahun
1996. Bangunan unik ini adalah tempat kaum Murut memanifestasikan keseluruhan
aspek kebudayaan kaum Murut. Satu lagi keunikan bangunan ini adalah bahan
pembenaan yang menggunakan kayu Belian (sejenis kayu keras) dan cukup bernilai
tinggi di pasaran serta merupakan bangunan terbesar menggunakan kayu Belian
yang dibangun di Borneo.
Dalam lawatan ini, saya dan kawan saya, Chong Wei Yuan memegang satu
jawatan iaitu AJK Keselamatan. Sebelum lawatan, kami telah memohon dengan
pihak pusat untuk mengambil medical kit bagi keselamatan guru pelatih yang akan
pergi lawatan sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini. Tugas
kami adalah mengawal perjalanan dan keselamatan guru pelatih semasa program
berlangsung. Kami tidak menghadapi apa-apa masalah kerana lawatan ini tidak
mengandungi aktiviti lasak.
Lawatan

Jejak

Sejarah

merupakan

salah

salah

satu

aktiviti

yang

mendatangkan banyak faedah. Sebelum sesuatu lawatan dilakukan rancangan dan


persiapan rapi dan teliti hendaklah disediakan supaya program berjalan licin tanpa
sebarang masalah yang timbul. Belajar sambil melawat ke Muzium dan Tugu dapat
memberikan kesempatan dan peluang kepada guru pelatih untuk mendalami ilmu
pengetahuan dan menimba pengalaman serta mengalami keadaan sebenar. Ini
memberikan peluang keemasan kepada guru pelatih untuk lebih memahami dan
menghayati Sejarah negara sendiri dan mendedahkan diri kepada suasana
penyelidikan persejarahan.

Guru pelatih yang mengikuti lawatan ke Muzium ini lebih berkemahiran dalam
bidang penyelidikan sejarah seperti kemahiran merancang, menyusun dan
mengumpul koleksi-koleksi penerangan dan maklumat sejarah. Daripada lawatan ini
akan menyusul pula perbincangan dan diikuti dengan menyediakan laporan lengkap
dan berguna kepada guru pelatih sebagai bahan rujukan. Akhir sekali, saya berasa
sangat gembira dapat menyertai lawatan ini. Pada masa yang akan datang, saya
sebagai seorang guru bagi mata pelajaran Sejarah, saya juga akan mengadakan
lawatan seperti ini supaya anak murid akan lebih suka belajar mata pelajaran
Sejarah.

Anda mungkin juga menyukai