Anda di halaman 1dari 4

Laporan Lawatan Ilmiah ke Melaka

PROGRAM

: PISMP SEMESTER 6 BAHASA CINA (SK) AMB JAN 2013

TEMPAT

: Melaka

TARIKH

: 10 dan 11 Julai 2015 (Jumaat dan Sabtu)

Objektif:
Memperkaya pengetahuan guru pelatih tentang sejarah bangsa melalui lawatan ilmiah.
Mengenali dan mengetahui dengan lebih dekat tentang tempat bersejarah.
Memupuk semangat jati diri dan cinta akan tanah air, bangsa dan agama.
Sebagai wahana untuk mewujudkan guru pelatih yang mempunyai keperibadian yang tinggi
bagi memelihara, mengekalkan warisan dan sejarah negara.
LAPORAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS LAWATAN
SEBELUM
Bagi memenuhi tuntutan sukatan pelajaran subjek Kokurikulum - Persatuan), WAJ 3131, kami
telah membuat perbincangan tentang projek yang perlu dibuat dan dijalankan. Terlebih dahulu, unit
kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk membincang dalam kumpulan tentang
persatuan yang sesuai supaya menjadi persatuan unit kami dan mereka cipta identiti persatuan
tersebut. Antara persatuan-persatuan yang dipilih oleh empat kumpulan termasuklah Persatuan
Usahawan Muda, Persatuan Pencinta Alam, Persatuan , dan Persatuan Sejarah. Pada akhir
pembentangan, kami telah membuat keputusan untuk memilih Persatuan Sejarah sebagai
persatuan unit kami. Hal ini demikian kerana opsyen kami adalah BC/PJ/SJH, subjek Sejarah
merupakan salah satu subjek minor kami, justeru Persatuan Sejarah merupakan persatuan yang
amat sesuai untuk menjadi Persatuan unit kami bagi subjek ini. Setelah memilih Persatuan
Sejarah sebagai persatuan unit kami, kami telah mengadakan mesyuarat kali pertama untuk
membentuk jawatankuasa supaya projek dapat dirancang dengan lancar.
Selepas pembentukan jawatankuasa, perkara pertama yang dilakukan adalah perbincangan
tentang projek yang ingin dijalankan. Semua ahli jawatankuasa telah bersetuju untuk mengadakan
satu lawatan ilmiah sedangkan persatuan kami berkaitan dengan subjek Sejarah. Kami telah
memilih negeri yang penuh dengan tinggalan tempat bersejarah iaitu Melaka sebagai destinasi
lawatan ilmiah ini. Setiausaha telah menggunakan masa yang paling singkat untuk bekerjasama
dengan AJK aktiviti supaya menghasilkan kertas kertas untuk membolehkan kami mendapat
kelulusan daripada tuan pengarah dan ketua unit kokurikulum untuk mengadakan lawatan ke luar
negeri. Setelah kertas kerja yang dihantar mendapat kelulusan daripada Pengarah IPG Kampus
Raja Melewar, AJK penginapan pun mula menghubungi guest house di Melaka supaya dapat
membuat tempahan bilik pada tarikh lawatan berkenaan. Pada masa yang sama, AJK urus setia
juga membuat pembahagian bilik dan menyenaraikan segala barang yang diperlukan untuk
lawatan ini. Bendahari pula mula memungut duit yang diperlukan oleh segala bayaran seperti

penginapan dan sebagainya. Manakala AJK aktiviti telah memberi penjelasan ringkas kepada ahli
Persatuan Sejarah tentang semua aktiviti yang akan dijalankan sepanjang lawatan ilmiah ini yang
berlangsung selama dua hari dan satu malam.
Tidak dapat dinafikan bahawa AJK aktiviti telah menghadapi mesalah semasa merancang aktiviti
kerana perancangan aktiviti merupakan satu perkara yang amat memeningkan, ia merupakan satu
perancangan keseluruhan yang perlu membuat pertimbangan atas faktor kesesuaian aktiviti
mengikut masa, penjalanan antara dua tempat yang dilawat, masa makan dan rehat, masa checkin dan check-out tempat penginapan serta yang lain-lain. Walau bagaimanapun, pada akhirnya,
AJK aktiviti telah menghasilkan satu tentatif aktiviti yang amat sempurna dan sesuai untuk lawatan
ilmiah ini.
SEMASA
Kami bertolak daripada IPG Kampus Raja Melewar pada pukul 11 pagi dan tiba di Bandaraya
Melaka pada pukul 1 petang. Setibanya kami di sana, AJK penginapan pun menghubungi Voyage
Guest House supaya kami dapat membuat check-in awal dan meletakkan barangan serta beg
masing-masing sebelum makan tengah hari.
Kemudian, kami telah makan tengah hari di restoran yang berdekatan dengan guest house. Kami
telah menikmati salah satu makanan kaum Cina yang terkenal di Melaka iaitu Mee Sua. Rasa Mee
Sua ini agak berlainan dengan Mee Sua yang ada di negeri yang lain dan memang sedap rasanya.
Selepas makan tengah hari, kami pun memulakan lawatan kami dari tempat yang berdekatan
dengan kami iaitu Red Square Dutch Square dan Malacca Clock Tower. Sebelum ini, AJK aktiviti
telah memberi tugasan kepada semua ahli mengikut kumpulan. Tugasan tersebut adalah setiap
kumpulan perlu mencari maklumat tentang tempat tinggalan bersejarah tertentu dan memberi
penjelasan kepada ahli-ahli yang lain semasa kami melawat ke tempat berkenaan. Oleh itu,
kumpulan saya bertanggungjawab untuk memberi penjelasan telah menjelaskan tentang asul usul
Red Square Dutch Square dan Malacca Clock Tower serta peristiwa yang berkenaan tentang
kedua-dua tempat tinggalan bersejarah ini. AJK dokumentasi telah memainkan peranan mereka
iaitu menangkap gambar sebagai bukti dan mencatat segala maklumat yang berkenaan supaya
dapat disimpan sebagai bahan rujukan selepas lawatan.
Salah satu tugasan yang disediakan oleh AJK aktiviti di kawasan tempat lawatan ini adalah
menjalankan sesi soal selidik dengan pelancong asing di kawasan sekitar Red Square Dutch
Square dan Malacca Clock Tower. Setelah sesi soal selidik tamat, kami pun meneruskan lawatan
ke Christ Church and Maritime Museum.
Pensyarah penasihat kami iatu Encik Tan Beng Siang juga bersama dengan kami sepanjang
lawatan petang ini. Beliau juga memberi banyak penjelasan yang berguna dan menarik kepada
kami. Pada pukul 6 petang, kami telah sampai ke Jonker Street untuk menjalankan aktiviti kedua
yang disediakan oleh AJK aktiviti, iaitu setiap kumpulan dikehendaki untuk mencari satu jenis
makanan di Jonker Street dan memperkenalkan makanan tersebut kepada semua ahli persatuan.

Selepas itu, kami pun menikmati makanan yang sedap dan istimewa di Jonker Street sebagai
makan malam. Aktiviti yang terakhir pada hari pertama adalah melawat ke sekeliling Sungai
Melaka.
Pada hari yang kedua, kami telah melawat ke Bukit Cina pada awal pagi. Selepas itu, kami
menikmati sarapan pagi bersama-sama. Setelah menikmati sarapan pagi yang sedap, kami pun
bergerak ke tempat lawatan yang seterusnya dan menjalankan tugasan yang ketiga. Tugasan
ketiga merupakan treasure hunt yang disediakan oleh AJK aktiviti. Treasure hunt ini meliputi
beberapa tempat lawatan, antaranya St. Paul's Church, Malacca Fort Ancient, Stadthuys
Netherlands Red House, Stadthuys Netherlands Red House dan Cheng Ho Cultural Museum.
Tujuan tugasan ini adalah untuk kami lebih faham tentang tempat-tempat tersebut dengan cara
yang menarik dan tidak membosankan. Setelah tamat treasure hunt, kami pun makan malam di
restoran yang telah dicari oleh AJK makanan.
SELEPAS
Lawatan ilmiah kami tamat pada pukul 7 petang. Semua ahli telah menaiki bus IPG Kampus Raja
Melewar untuk balik ke kampus. Selepas lawatan, laporan lengkap perlu dibuat oleh semua ahli
sebagai bukti lawatan ini dijalankan. Penulisan refleksi mengenai lawatan ini perlu dibuat untuk
menilai

kekuatan

dan

kelemahan

sepanjang

lawatan

ini

dijalankan

serta

cadangan

penambahbaikan yang boleh diambil untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Ilmu ini akan kami
aplikasikan di sekolah sebagai seorang guru penasihat persatuan pada masa akan datang.
LAPORAN AKTIVITI
PENERANGAN TENTANG PELBAGAI TEMPAT TINGGALAN BERSEJARAH OLEH SETIAP
KUMPULAN
Kami telah melawat ke beberapa tempat tinggalan bersejarah yang terkenal di sekitar Bandaraya
Melaka. Kumpulan saya bertanggungjawab untuk mencari maklumat tentang Red Square Dutch
Square, Malacca Clock Tower dan Christ Church sebelum lawatan dan kami pun menerangkan
tentang asal usul tempat-tempat ini kepada ahli persatuan. Setiap tempat tinggalan bersejarah
yang kami lawati merupakan satu tanda yang dapat menceritakan keadaan zaman penjajahan
kuasa luar di Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan. Lawatan ini merupakan satu
pengalaman yang amat bermanfaat dan berguna untuk kami semua kerana selepas ini kami
semua yang akan menjadi guru subjek Sejarah dapat menceritakan peristiwa-peristiwa ini dengan
lebih jelas kepada anak murid kami.
SESI SOAL SELIDIK DENGAN PELANCONG ASING
Pada hari pertama, kami telah diberi tugusan untuk menjalankan soal selidik dengan pelancong
asing. Senarai soalan telah disenaraikan dalam borang soal selidik yang disediakan oleh AJK
aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kami supaya lebih jelas tentang

tangkapan pelancong asing terhadap melaka. Saya telah menjalankan soal selidik dengan
seorang pelancong yang bernama XXX datang dari Switzerland dan dia telah singgah di Melaka
selama tiga hari. Dia merupakan seorang yang peramah dan mempunyai tangkapan yang baik
terhadap makanan serta tempat tinggalan bersejarah di Melaka.

Soal Selidik dengan XXX, pelancong dari Switzerland.


PENERANGAN TENTANG MAKANAN ISTIMEWA DI JONKER STREET
Tugasan kedua yang diberi oleh AJK aktiviti pada hari pertama ialah penerangan tentang makanan
istimewa yang dapat dicari di Jonker Street. Ini merupakan satu pengalaman yang baik kerana
kami perlu bergerak secara berkumpulan untuk mencari satu jenis makanan yang paling kami suka
dan mempunyai keistimewaan supaya dapat memperkenalkan makanan tersebut kepada ahli
persatuan yang lain. Makanan yang kumpulan kami perkenalkan ialah Thai Style and Cheese
Style Baked Oyster. Ini merupakan salah satu makanan yang terkenal di Jonker Street kerana ia
memang sedap dan susah ditemui di tempat yang lain kecuali restoran makanan laut.

Kumpulan saya sedang memperkenalkan makanan


dapat kami cari di Jonker Street kepada ahli persatuan.

Anda mungkin juga menyukai