Anda di halaman 1dari 2

Laporan Lawatan ke Muzium Negara

Pada 4 July 2021, Persatuan Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri


Hartamas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara. Para peserta
rombongan berkumpul di dataran sekolah seawal jam 7.30 pagi. Rombongan lawatan ini
disertai oleh 15 orang ahli persatuan dan dua orang guru pengiring.

Kami bertolak ke Muzium Negara pada pukul 7.50 pagi dengan menaiki sebuah bas
yang disewa khas oleh pihak sekolah. 30 minit kemudian, kami tiba Muzium Negara. Guru
bertugas mendapatkan tiket masuk kepada semua pelajar. Kemudian, kami mendengar
taklimat ringkas daripada petugas Muzium Negara. Kami mula melawat Muzium Negara.

Seni bina Muzium Negara ini adalah sangat menarik dan indah. Seni bin aini menjadi
tarikan para pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara. Muzium Negara ini
terdiri daripada dua tingkat tingkat. Di tingkat bawah terdapat pelbagai pameran permainan
tradisional seperti congkak, batu Seremban, wau dan banyak lagi yang pun menarik.
Terdapat juga pameran pakaian tradisional dan perhiasan diri dari semua kaum di Malaysia.
Contohnya, Baju Melayu Teluk Belanga, Tengkolok, Baju Kebaya, gendik, Ceongsam,
Samfu dan lain-lain. Tambahan pula, adat istiadat diraja seperti adat semasa kelahiran,
semasa majlis pertabatan dan sebagainya. Selain, itu di tingkat atas pula terdapat pameran
yang berkenaan dengan pinggan mangkuk yang berpuluh-puluh dari zaman kini serta ia
antik dari zaman purba seperti tembikar, wang lama dan silin lama serta ada juga senjata
yang digunakan pada zaman dahulu sehingga kini. Seterusnya ada pameran Sejarah Nabi,
lukisan yang lama dari artis sejak dulu lagi dan lain-lain.

Semasa kami meneroka, G\guru memberikan penerangan kepada kami, kami


membuat catatan nota mengajukan soalan kepada cikgu untuk mendapatkan lebih
maklumat tentang perkara yang ingin diketahui. Hal ini adalah kerana, kami malu bertanya
sesat jalan. Apabila kami pergi lawatan ini kami dapat mengimbas kembali sejarah negara
kita yang secara tidak langsung dapat membangkitkan semangat cinta akan negara kerana
tak kenal maka tak cinta.
Para peserta rombongan memperoleh berbagai-bagai manfaat sepanjang masa
lawatan ini. Kami dapat menghayati sejarah dan perjuangan pahlawan negara yang
sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara. Bak kata peribahasa, biar putih
tulang, jalangan putih mata. Melalui rombongan ini juga, kami dapat mengenang asal-usul
keturunan kita dan dapat meihat dengan mata sendiri bukti-bukti sejarah yang ada di
Muzium Negara. Bak kata peribahasa jauh perjalanan, luas pengetahuan. Tambahan pula,
gamabar yang dilihat lebih baik daripada seribu kata. Kami harapkan aktiviti ini dapat
dijalankan pada masa akan yang akan datang kerana ada banyak manfaat kepada kita.

Laporan diisediakan oleh, 18 OGOS 2021

murid
(NAMA MURID)
Setiausaha,
Persatuan Sejarah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas.

Anda mungkin juga menyukai