Anda di halaman 1dari 2

CONTOH KARANGAN BERFORMAT Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku Pada hari Sabtu 29 Februari 2012 yang

lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran buku, di Dewan Pusat Dagangan Dunia Putra. Lawatan ini disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mengenali buku-buku bermutu yang sesuai dibeli oleh murid-murid.Selain itu murid-murid juga dapat menimba pengetahuan tentang perjalanan pameran buku.Di samping itu murid juga dapat menambah pengalaman semasa mengikuti lawatan sambil belajar. Kami tiba di Dewan Pusat Dagangan Dunia Putra pada pukul 9.30 pagi. Destinasi pertama yang menjadi tumpuan kami ialah sudut pameran buku terbaharu. Semasa berada di bahagian ini, kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP dan syarikat penerbitan buku yang lain. Selepas itu, kami menuju ke setiap gerai buku yang disediakan.Di situ terdapat penerbit yang mempamerkan dan mempromosikan buku daripada syarikat masing-masing.Kami meluangkan masa untuk melihat dan membelek-belek buku yang dipamerkan di setiap gerai. Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku rujukan UPSR dan buku cerita. Kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak penerbit buku tersebut.Ada juga rakan kami yang menyertai pertandingan serta kuiz sempena pameran buku tersebut. Sesungguhnya pameran buku kali ini amat berbeza dengan pameran buku yang pernah dianjurkan sekolah kami.Hal ini demikian kerana terdapat beberapa acara menarik seperti pertandingan bercerita dan mewarna yang disediakan untuk pengunjung khususnya murid-murid sekolah.Lawatan ini memberi pengetahuan dan dapat menambahkan pengalaman kepada semua ahli. Harapan kami agar lebih ramai murid di sekolah ini akan menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.

Laporan disediakan oleh,

2 Mac 2012.

(MUHAMMAD AIMAN BIN ALI) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan.

Anda mungkin juga menyukai