Anda di halaman 1dari 6

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa


Malaysia, Sekolah Menengah Sri KDU, Kota Damansara telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari
Sabtu, 19 Mei 2012 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli
persatuan dan dua orang guru penasihat.
Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali bukubuku bermutu keluaran DBP, mengetahui cara-cara buku
diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan
konsep lawatan sambil belajar.
Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para
pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa
di sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah rombongan
kami bertolah dari sekolah.
Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00
pagi. Rombongan kami disambut oleh Pegawai Perhubungan
Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi penerangan
tentang sejarah penubuhan DBP dan tujuan penubuhannya.
Kami juga diberi taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian
yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskah
majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara percuma.
Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke
bahagian pameran. Semasa berada di bahagian ini kami
berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan
oleh DBP sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru.
Buku-buku tersebut ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris yang merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi,

dan bahasa. Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai


jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat,
Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi
beberapa maklumat tentang buku-buku dan majalah-majalah
tersebut terutamanya apabila timbul beberapa kemusykilan.
Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini,
kami melihat dengan jelas cara-cara buku dan majalah dicetak.
Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak dengan begitu
pantas dengan menggunakan alat-alat yang canggih, teknikteknik yang sistematik, yang diusahakan oleh pekerja-pekerja
yang mahir dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan jelas
cara buku-buku itu dijilid, disusun, dan sebagainya.
Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk
membeli beberapa buah buku bagi kegunaan kami. Hal ini
demikian kerana kami diberi potongan harga istimewa oleh
pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang,
selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar
dari perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan
banyak faedah kepada kami. Antara faedah-faedahnya ialah
kami dapat mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP. Bukubuku tersebut didapati telah menjadi bahan rujukan utama sama
ada oleh para pelajar, mahasiswa, mahupun orang perseorangan.
Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan
budaya membaca di kalangan pelajar. Sekurang-kurangnya
timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa
pentingnya membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan
pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini
dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan
meluaskan pengetahuan.

Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan


oleh persatuan kami, namun lawatan ini sangat berhasil.
Harapan kami agar lebih banyak pelajar di sekolah ini menyertai
lawatan sambil belajar pada masa depan.
DilaporkanOleh,
20 Mei 2012.
MuhdIzzat
(MUHAMMAD IZZAT NASEER)
Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Menengah Sri KDU, Kota Damansara.

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Menengah Tanjong
Karang, Selangor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu, 29 Januari 2000 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli
persatuan dan dua orang guru penasihat.
Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP, mengetahui
cara-cara buku diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan konsep lawatan sambil
belajar.
Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama
baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah rombongan kami bertolah
dari sekolah.
Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan kami disambut oleh
Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi penerangan tentang sejarah
penubuhan DBP dan tujuan penubuhannya. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian
yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskah majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara
percuma.
Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Semasa berada di
bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP sama ada
buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-buku tersebut ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris yang merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi, dan bahasa. Kami juga berpeluang
mengenali berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan
Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi beberapa maklumat tentang buku-buku dan
majalah-majalah tersebut terutamanya apabila timbul beberapa kemusykilan.
Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas cara-cara
buku dan majalah dicetak. Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak dengan begitu pantas dengan
menggunakan alat-alat yang canggih, teknik-teknik yang sistematik, yang diusahakan oleh pekerjapekerja yang mahir dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan jelas cara buku-buku itu dijilid, disusun,
dan sebagainya.
Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku bagi
kegunaan kami. Hal ini demikian kerana kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak Dewan Bahasa
dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang, selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar
dari perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah kepada kami. Antara faedahfaedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP. Buku-buku tersebut didapati
telah menjadi bahan rujukan utama sama ada oleh para pelajar, mahasiswa, mahupun orang
perseorangan.
Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca di kalangan pelajar.
Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa pentingnya membaca
untuk menambah pelbagai maklumat dan pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini
dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan.

Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami, namun lawatan ini
sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar di sekolah ini menyertai lawatan sambil belajar
pada masa depan.
Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas

(HASNUL HAFIZ HASSAN)


Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Menengah Tanjong Karang, Selangor.
2000

angsaan Bukit Beruntung 1.

12 Februari

Pada 4 Mac 2013, Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 (SKBB1) telah mengadakan
aktiviti Kempen Kebersihan 2013. Majlis telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar, En
Mohd Ali Hassan. Semua murid menghadiri majlis perasmian yang diadakan di
perkarangan sekolah.
Tuan Guru Besar dalam ucapannya mahu aktiviti yang dijalankan selama
seminggu ini mampu melahirkan murid yang mencintai kebersihan. Baginya,
kebersihan merupakan budaya murid yang cemerlang. Oleh itu, beliau mahu
menjadikan sekolah sebagai tempat melatih murid yang tahu menghargai kebersihan.
Selepas majlis pelancaran itu, semua murid bersama-sama membersihkan
persekitaran sekolah. Murid-murid menunjukkan sikap ringan tulang mengutip
sampah, mencabut rumput, dan menyusun kedudukan pasu bunga. Setiap kelas
dibahagikan kepada kawasan tertentu yang diawasi oleh guru kelas masing-masing.
Sekolah juga mengadakan pertandingan kebersihan. Pertandingan itu
menyebabkan murid-murid berlumba-lumba membersih, menghias dan menceriakan
kelas masing-masing. Tiga orang guru telah memeriksa setiap kelas untuk menentukan
kelas yang layak menjadi juara.
Murid-murid juga digalakkan menyumbang pokok bunya kepada sekolah.
Kempen tersebut mendapat sambutan yang baik dari pada ibu bapa. Sejumlah 236
pokok bunya telah diterima oleh pihak sekolah.
Majlis penutupan telah diadakan pada 8 Mac 2013 di dewan besar. Kelas 6 Intan
telah diumumkan sebagai kelas terbersih. Secara keseluruhannya, kempen yang
dijalankan telah mencapai matlamat untuk mewujudkan suasana sekolah yang ceria
dan indah.
Laporan disediakan oleh,
2013

11 Mac

__________________________________
(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)
Maksud peribahasa yang digunakan.
Sikap ringan tulang rajin berkerja dan usaha.
Contoh 2.
Kamu sebagai Setiausaha persatuan Sains diminta oleh guru penasihat membuat
laporan tahunan. Sediakan laporan tersebut selengkapnya.
Rangka karangan.

Anda mungkin juga menyukai