Anda di halaman 1dari 4

Kuih Bakul Limau Mandarin

(Mohd. Helmi Ahmad)

SINOPSIS

Mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang hendak
pulang beraya. Namun berita gembira itu tidak disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan
terhadap anak perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina dipersalahkan atas segala musibah yang
menimpa keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki mereka, Lim Foong. Sim Pau yang selama ini
bersabar, akhirnya bersuara menentang suaminya. Lim Pooi terkejut melihat keberanian isterinya. Sim Pau
menceritakan segala-galanya termasuklah punca kematian Lim Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari
sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan Lim Meng disambut dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka berkumpul
sebagai sebuah keluarga semula.

TEMA

Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin.

Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai sebuah keluarga setelah mereka melupakan
konflik yang melanda mereka.

PERSOALAN

i. Kepercayaan pada perkara khurafat

Contoh: Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang kepada keluarga dan
perniagaannya.

ii. Keegoan seorang bapa

Contoh: Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia berpendapat bahawa Lim Meng ialah
punca segala kesedihannya.

iii. Keberanian menyuarakan pendapat

Contoh: Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang berlaku yang berkaitan dengan
Lim Foong.

iv. Keinsafan seorang bapa

Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah mendengar perkara sebenar daripada Sim
Pau.

vi. kasih sayang sesama ahli keluarga

contoh: Lim Meng sangat sayang akan keluarganya, walaupun abangnya sangat nakal dan selalu menyusahkannya,
dia tetap ingin menyelamatkan abangnya daripada lemas dan masih sudi pulang menyambut Tahun Baharu Cina
walaupun ayahnya membencinya.
WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama

Sim Pau

i. Isteri kepada Lim Pooi

ii. Ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng

iii. Memiliki keberanian menyatakan kebenaran

Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran tentang punca sebenar kematian Lim Foong kepada Lim Pooi.

iv. Memiliki kesabaran

Contoh : Selama ini, Sim Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang tidak mahu menerima kehadiran Lim Meng.

v. Mudah terasa / sensitif

Contoh : Sim Pau mengalirkan air mata apabila mendengar kata-kata Lim Pooi yang tidak mahu mengakui Lim
Meng sebagai anaknya.

Lim Pooi

i. Suami kepada Sim Pau.

ii. Ayah kepada Lim Foong dan Lim Meng.

iii. Berbadan kurus, bermata kuyu dan mukanya cengkung.

iv. Memiliki sikap suka berdendam

Contoh: Lim Pooi mendendami Lim Meng yang dianggap sebagai pembawa malang dan pembunuh Lim Foong.

v. Ego

Contoh: Lim Pooi bersikap ego dan tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

vi. Peniaga yang tamak

Contoh: Mengaut keuntungan dengan menyorokkan gula yang kemudiannya dijual pada harga yang mahal.

vii. Pemarah

Contoh: Lim Pooi merotan Lim Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang mencuri wang di kedai.

viii.Menginsafi kesalahannya

Contoh: Selepas bertengkar dengan Sim Pau, Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu insaf.

Lim Meng
i. Anak bongsu daripada dua beradik.

ii. Bertanggungjawab

Contoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong daripada lemas sebaliknya dia pula yang hampir lemas.

iii. Suka mengalah

Contoh: Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah apabila Lim Pooi mengugut hendak melaporkan bahawa
Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong.

iv. Pemaaf

Contoh: Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku kejam kepadanya.

Lim Foong

i. Anak sulung daripada dua beradik.

ii. Anak kesayangan Lim Pooi.

iii. Suka berjudi.

iv. Mati lemas.

Sudin

i. Penduduk kampung

ii. Ikhlas

Contoh: Sudin membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas dengan ikhlas tanpa memandang bangsa.

GAYA BAHASA

i. Peribahasa

Menegakkan benang yang basah (56)

Berhati kering (56)

Memberi muka (57)

ii. Sinkof/sinkope

Contoh : Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini.

Contoh : Anak aku dah mati.

iii. Personifikasi

Contoh : Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai setelah menjawab
telefon

Contoh :bebola matanya sedikitpun tidak menangkap wajah Sim Pau .

iv. Simile
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru
berputik di hati Sim Pau.

v. Metafora

Contoh : Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan..

NILAI

I. Keinsafan

II. Keberanian

III. Kasih sayang

IV. Kemaafan

PENGAJARAN

I. Kita seharusnya insaf akan kesalahan yang telah dilakukan

- Lim Pooi akhirnya insaf dan sedar akan kesilapanya.

II. Kita hendaklah berani menyuarakan kebenaran

- Sim Pau berani bersuara dan menentang suaminya untuk menegakkan kebenaran.

III. Kita mestilah sayang-menyayangi sesama keluarga

- Lim Meng sayang akan ahli keluarganya. Walaupun abangnya selalu mengganggunya, dia tetap cuba
menyelamatnkan abangnya itu.

IV. Kita sewajarnya memaafi kesalahan orang lain

- Lim Meng memaafkan bapanya , walaupun bapanya telah banyak melakukan kesalahan.

Anda mungkin juga menyukai