Anda di halaman 1dari 4

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai
subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-,
men-, menge-, dan meny-).
Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya.
Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan dibeserta dengan kata sendi oleh.

Jenis-jenis Ayat Aktif


Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:1. Ayat aktif transitif
2. Ayat aktif tak transitif
a) Ayat Aktif Transitif
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti
oleh frasa nama sebagai objek.

Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.


Ayat Aktif

Ayat Pasif

1. Saya sudah menyiapkan semua

1. Semua kerja sekolah telah saya

kerja sekolah.

siapkan.

2.Kami mesti menumpukan perhatian

2.Perhatian mesti kami tumpukan

apabila guru mengajar.

apabila guru mengajar.

3. Kamu perlu mengajarnya menulis

3. Menulis jawi perlu kamu ajar

jawi.

kepadanya.

4. Ayah membelah kayu api itu.

4. Kayu api itu dibelah oleh ayah.

b) Ayat Aktif Tak Transitif


Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu
yang TIDAK diikuti oleh objek sebagai penyambut.
Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.
1. Anak kecil itu pandai menyanyi.
2. Ibunya sedang mandi.
3. Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.
Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyaI
objek di dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak
mempunyai objek di dalam ayat tersebut.
Jenis-jenis Ayat Pasif

5. Mereka sedang menganyam tikar

5. Tikar mengkuang itu sedang

mengkuang itu.

dianyam oleh mereka.

Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti
yang berikut:1. Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan beta)
2. Ayat pasif diri kedua - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb)
3. Ayat pasif diri ketiga - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb)

Perhatikan penerangan di bawah ini.

2.a) Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu. (X)


b) Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. ()

a) Ayat Pasif Diri Pertama


Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama
diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya.
Ayat contoh:
b)
Rumah itu saya bina.
b)
Kereta itu kami beli.
b)
Jambatan itu aku robohkan.
b) Ayat Pasif Diri Kedua
Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri
kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1. Jam tangan itu kamu beli?
2. Kasut kulit itu awak gilap?
3. Buku novel itu anda baca?
c) Ayat Pasif Diri Ketiga
Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri
ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1. Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
2. Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
3. Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.

3.a) Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)


b) Nasi itu telah saya tanak. ()
4.a) Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X)
b) Pasu bunga itu telah awak pecahkan? ()
Tukar ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1.

Aisya membaca surat itu.

2.

Fizana membalut hadiah itu.


3.

Mereka mengibarkan Jalur Gemilang.

4.

Saya meletakkan barang-barang itu di atas meja.

5.

Kami membersihkan kawasan itu bersama-sama.

6.

Awak meminjam buku itu minggu lepas.

7.

Kita perlu mematuhi peraturan sekolah.

8.

Para pelajar menghias dewan itu dengan cantik.

9.

Pihak polis telah menemukan bahan bukti kes pembunuhan itu di belakang
rumah mangsa.

10.

Hartawan yang dermawan itu telah membantu mangsa-mangsa banjir di


kampung saya.

Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi
ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif
diri kedua.

Elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti


pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.
Contoh:
1.a) Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X)
b) Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. ()

11.

Nenek menyambut kepulangan kami dengan wajah yang gembira.

12.

Karmila mengedarkan borang penyertaan kokurikulum.

1. Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga.


Azmi telah dimarahi oleh Puan Azizah kerana memecahkan pasu bunga.
2. Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak
tersalah langkah.
Tingkah laku anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya mereka tidak
tersalah langkah.
3. Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam
ujian memandu.
Setelah lulus dalam ujian memandu, Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah
sebuah kereta Kancil.
Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam

Rumah mewah di atas bukit itu saya beli dengan duit titik peluh saya
sendiri.
2. Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu Anita sempena hari hari lahir
Kalsom.
3. Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan
bermula.
Kerusi-kerusi di padang itu disusun oleh mereka sebelum acara sukan
bermula.
Kerusi-kerusi itu disusun oleh mereka di padang sebelum acara sukan
bermula.
4. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di
perpustakaan.
Buku cerita yang terdapat di perpustakaan sudah dibaca oleh semua
pelajar.

ujian memandu.
4. Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah.

Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh

5. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.


Lampu di hadapan rumah selalu saya pasang sebelum tidur.

LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

ayah.
5. Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat
tempat pertama dalam
pertandingan tersebut.
Sampan itu didayung olehnya dengan laju dengan harapan untuk
mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

LATIHAN SPM 2
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya
sendiri.

1. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang
nanti.
Kerja yang diberikan oleh guru perlu kamu bereskan sebelum pulang nanti.
2. Ali telah mengambil buku itu semalam.
Buku itu telah diambil oleh Ali semalam.
3. Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.
Tugasan itu sudah saya selesaikan semalam.
4. Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam.
Kamal dimarahi oleh ayah kerana pulang jauh malam.
5. Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air.
Pakaian kotor dicuci oleh kakak di bilik air.

LATIHAN SPM 4
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

4. Ali menemui buku itu di dalam beg pakaian.


Buku itu ditemui oleh Ali di dalam beg pakaian.

1. Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di luar
negara.
Wang saku adik telah saya kirim untuk keperluannya belajar di luar negara.
Adik telah saya kirimi wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.

5. Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu


berdosa.
Perbuatan mencuri perlu anda elakkan kerana perbuatan itu berdosa.

2. Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun


perkahwinan mereka.
Emak dihadiahi oleh ayah seutas rantai emas sempena ulang tahun
perkahwinan mereka.
3. Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.
Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.
4. Beliau menyandang jawatan yang sangat penting dalam organisasi
tersebut.
Jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut disandang oleh
beliau.
Jawatan yang sangat penting disandang oleh beliau dalam organisasi
tersebut
5. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya
gemari.
Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya
gemari.

LATIHAN SPM 5
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu
petang.
Guru-guru diarahkan oleh pengetua memantau aktiviti pelajar pada waktu
petang.
2. Saya mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera.
Beg besar itu saya angkat masuk ke bilik hotel dengan segera.
3. Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda.
Kursus itu mesti anda hadiri untuk meningkatkan kemahiran anda.

Anda mungkin juga menyukai