Anda di halaman 1dari 3

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya
mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-). 
Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi
kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh.

Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.

Ayat Aktif Ayat Pasif

1. Saya sudah menyiapkan semua kerja 1. Semua kerja sekolah telah saya
    sekolah. siapkan.
2.Kami mesti menumpukan perhatian 2.Perhatian mesti kami tumpukan
apabila guru mengajar. apabila guru mengajar.
3. Kamu perlu mengajarnya menulis 3.  Menulis jawi perlu kamu ajar
jawi. kepadanya.
4. Ayah membelah kayu api itu. 4.  Kayu api itu dibelah oleh ayah.
5. Mereka sedang menganyam tikar 5.  Tikar mengkuang itu sedang
mengkuang  dianyam oleh 
   itu.      mereka.

Jenis-jenis Ayat Aktif

Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:-


            1.   Ayat aktif transitif
            2.   Ayat aktif tak transitif

a)   Ayat Aktif Transitif


Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh
frasa nama sebagai objek.

b)   Ayat Aktif  Tak Transitif


Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang
tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.
Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.
1.   Anak kecil itu pandai menyanyi.
2.   Ibunya sedang mandi.
3.   Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.

         Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyai objek
di dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di
dalam ayat tersebut.

Jenis-jenis Ayat Pasif


Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang
berikut:-

            1.   Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan beta)
            2.   Ayat pasif diri kedua    - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb)
            3.   Ayat pasif diri ketiga    - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb)

Perhatikan penerangan di bawah ini.

a)   Ayat Pasif Diri Pertama


Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri
pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya.
Ayat contoh:
b)   Rumah itu saya bina.
b)   Kereta itu kami beli.
b)   Jambatan itu aku robohkan.

b)   Ayat Pasif Diri Kedua


Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua
seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya.
Ayat contoh:
            1.   Jam tangan itu kamu beli?
            2.   Kasut kulit itu awak  gilap?
            3.   Buku novel itu anda baca?

c)   Ayat Pasif Diri Ketiga


Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga
seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya.
Ayat contoh:
            1.   Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
            2.   Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
            3.   Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.

         Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri
ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.

         Elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat
pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.
Contoh:
            1.a)   Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X)
               b)   Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. (√)
            2.a)   Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu. (X)
               b)   Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. (√)
            3.a)   Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)
               b)   Nasi itu telah saya tanak. (√)
            4.a)   Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X)
               b)   Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (√)

LATIHAN
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif’

1. Kakak menumbuk cili itu sehingga hancur.

2. Kedai itu menjual barang-barang runcit.

3.  Kedai emas awal itu dimasuki perompak pagi semalam.

4.  Pak Ngah mendiami rumah itu sejak sepuluh tahun yang lalu.

5. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.

Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul.

6.  Bola itu ditendang oleh Hamid.

7.  Cadangan itu kami sokong.

8.  Makmal Sains itu dirasmikan oleh Datuk Bandar.

9.  Air oren ini dibancuh oleh Aina pagi tadi.

10. Rumput di kawasan itu telah diracun oleh Pak Cik Mail semalam.  

Anda mungkin juga menyukai