Anda di halaman 1dari 47

AKRONIM

Kata akronim tergolong ke dalam kata nama tunggal –ialah percantuman bahagian-
bahagian daripada serangkaian perkataan.

(i) kata akronim cantuman huruf dan suku kata awal perkataan.

- LUTH – Lembaga Urusan dan Tabung Haji.


- ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia
- IPTAR – Institut Penyiaran Tun Abdul Razak.

(ii) kata akronim cantuman huruf awal perkataan.

- Perilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.


- Proton – Perusahaan Otomobil Nasional
- Mara – Majlis Amanah Rakyat.
- Halaju – hala laju

(iii) kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.

- tadika – taman didikan kanak- kanak


- pawagam – panggung wayang gambar
- kugiran – kumpulan gitar rancak
- cerpen – cerita pendek.

(iv) kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian
lain dalam perkataan yang mengikuti.

- asbut – asap kabut


- jentolak – jentera tolak
- debunga – debu bunga
- purata – pukul rata
- jalurah – jalan lurah
KATA KERJA TRANSITIF

 Kata kerja mesti diikuti oleh objek.


 Objek terdiri daripada kata nama atau frasa nama.
 Kata-kata lain tidak boleh diletakkan di antara KKT dengan objek.

Ayat contoh:

Contoh:

Kata Kerja Transitif + objek

 membuka (pemacu pena kepunyaan adik)


 menonton (televisyen)
 menaiki (kereta)

Perhatian:

1. KKT dapat dikenali dengan melihat perkataan yang hadir selepasnya. Sebagai contohnya, kata kerja
membuka, menonton, menaiki, memasukkan, mengepos, memperkemas, dan mempersembahkan mesti
diikuti oleh objek (kata nama atau frasa nama), iaitu pemacu pena kepunyaan adik, televisyen, kereta,
buku itu, surat ini, Kelas 5 Bestari, dan tarian tradisional.

2. Kebanyakan kata kerja yang menerima awalan meN-, akhiran -kan dan -i serta apitan meN-…-
kan, dan meN-…-i merupakan kata kerja transitif. Bagaimanapun, terdapat beberapa kata kerja transitif
yang tidak memerlukan imbuhan meN- seperti makan, minum, mohon, dan minta.
Contoh:
i. Selesaikanlah masalah itu dengan baiknya.
ii. Ikutilah arahan yang diberikan oleh guru itu.
iii. Adik suka melukis gambar pemandangan.
iv. Muhd. Hasif Hanis mengetuai pasukan bola sepak itu.

3. Sesuatu ayat dapat dipasifkan jika ayat tersebut mengandungi KKT. Objek yang hadir selepas
KKT dalam ayat aktif akan berubah menjadi subjek dalam ayat pasif.
Ayat contoh:
i. Pemacu pena kepunyaan adik dibuka oleh Aswan.
ii. Televisyen ditonton oleh kakak di ruang tamu.
iii. Kereta dinaiki oleh Muhd. Nabil dengan rakan karibnya.
iv. Buku itu dimasukkan oleh abang ke dalam beg galas.
Beberapa kesalahan yang berkaitan dengan KKT

1. KKT tidak diikuti oleh objek.


Pengguna sering menggugurkan objek selepas KKT dengan alasan ayat tersebut adalah betul dan
pembaca sudah faham akan maksud yang hendak disampaikan.
Ayat contoh:
Salah
 Normah Mohammad melaporkan dari London.
 Pihak berkenaan tidak mahu menerangkan.
Betul
 Normah Mohammad melaporkan berita dari London.
 Pihak berkenaan tidak mahu menerangkannya/menerangkan hal tersebut.

2. KKT diikuti oleh unsur keterangan seperti kata sendi nama atau penegas.
Ayat contoh:
Salah
 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan diminta untuk
menghubungi melalui talian 03-44411644.
 Mereka sedang membincangkan tentang isu gangsterisme yang berlaku dalam
kalangan murid sekolah.
Betul
 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan diminta untuk
menghubungi Cik Isnariah Idris melalui talian 03-44411644.
 Mereka sedang membincangkan isu gangsterisme yang berlaku dalam kalangan
murid sekolah.

3. Terdapat sebilangan kata yang bukan kata kerja transitif. Kata kerja ini tergolong sebagai
kata kerja tak transitif kerana ayat yang mengandungi kata kerja ini tidak boleh dipasifkan.

o Anin bt. Ahmad menjadi guru sandaran di sekolah itu.


Guru sandaran dijadi oleh Anin bt. Ahmad di sekolah itu. (x)
o Pekerja baharu itu merupakan pegawai yang berdedikasi.
Pegawai yang berdedikasi dirupakan oleh pekerja baharu itu. (x)
o Jiran saya ada dusun buah-buahan di Hulu Langat.
Dusun buah-buahan diada oleh jiran saya di Hulu Langat. (x)

Kata kerja menjadi, merupakan, dan ada ialah kata kerja tak transitif. Perkataan yang hadir selepas kata
kerja tersebut, iaitu guru sandaran, pegawai yang berdedikasi, dan dusun buah-buahan dikenali
sebagai pelengkap. Dengan berdasarkan ayat di atas, jelaslah ayat tersebut tidak boleh dipasifkan
walaupun kata kerjanya kelihatan seperti kata kerja transitif dan perkataan yang hadir selepas kata kerja
itu terdiri daripada kata nama atau frasa nama.
KATA KERJA TAK TRANSITIF

 Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dengan tidak memerlukan objek.
 Ayat contoh :
Ayah sedang rehat. (kata kerja “rehat” jelas menunjukkan perbuatan ayah tidak memerlukan objek
sebagai pelengkapnya)

Terdapat beberapa bentuk kata kerja :

Bentuk kata kerja Tak transitif Contoh Contoh ayat

Kata kerja tanpa imbuhan Duduk, mandi ,tidur Dia asyik mandi dari tadi.
Kata kerja berawalan beR- Berjalan, bersenam Adik berjalan menuju ke kantin.
Kata kerja berawalan meN- Menyanyi, menangis Lili menyanyi sambil menari.
Kata kerja berawalan teR- Tersenyum, termenung Wei Mun termenung
memikirkan nasib diri.
Kata kerja berapitan ber-….-an Bersalaman, berpelukan Mereka berpelukan sebaik saja
bertemu.

KATA KERJA TAK TRANSITIF BERPELENGKAP

1.  Merujuk kata kerja yang mesti menerima pelengkap untuk menyempurnakan ayat.
2.  Tanpa pelengkap, maksud ayat jadi tergantung.

Bil. Kata Kerja Pelengkap Maksud Ayat


1. Saya ada Maksud ayat tergantung dan sukar difahami.
2. Saya ada bola. Bola ialah pelengkap – maksud ayat jelas.

Unsur Subjek Kata kerja Pelengkap


Kata 1.  Ramlan berada di Melaka.
Nama 2.  Rumah itu beratapkan daun bertam.
3.  Puan Rossa memiliki chalet di pantai itu.
Kata 1.  Wajah Mak Munah kembali ceria.
Adjektif 2.  Gadis kampong itu kelihatan sungguh ayu.
3.  Suasana di kampung itu beransur sunyi kembali.
Frasa 1.  Mereka tinggal di rumah itu.
Sendi 2.  Angin kencang itu menuju ke arah pantai.
Nama 3.  Peserta lawatan itu bermalam di Hotel Perdana.

KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP

1.  Merujuk perbuatan yang dilakukan oleh pelaku terhadap dirinya sendiri.


2.  Kata kerja ini dapat berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.

Bentuk Subjek Kata Kerja Tak Transitif


Kata kerja tak transitif Kanak-kanak itu menangis.
tanpa pelengkap Pak Tua tertidur.
Pohon kelapa meliang-liuk.

3. Contoh-contoh kata kerja tak transitif tanpa pelengkap seperti berikut :


pengsan termenung menjeling
berehat berucap belajar
karam bergaduh menjerit

4. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap boleh menerima unsure keterangan untuk menambah maklumat
tambahan.

Bentuk Subjek Kata Kerja Penerangan

Dia menangis kerana lapar.


Kata kerja tak Matahari baru terbit sebentar tadi.
transitif dengan Raju pengsan akibat keletihan.
keterangan Encik Johan berucap dalam majlis itu.

Catatan : tanpa keterangan , ayat di atas sudah lengkap.


KATA MAJMUK
Definisi: Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu.

Bentuk-bentuk kata majmuk:

1. Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.

gambar rajah kuning langsat kapal terbang nasi minyak tengah hari
biru laut jalan raya bandar raya bom tangan jam tangan
luar biasa merah muda alat tulis meja tulis terima kasih
kipas angin
 
*kategori ini juga termasuk gelaran

Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong
Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara.
 
2. Kata Majmuk berbentuk istilah khusus.

garis pusat kertas kerja segi tiga cari gali atur cara
pita suara darah panas atur cara reka bentuk segi tiga
model linear mata pelajaran segi tiga kanta lekap
 
3. Kata Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa)

kaki ayam pilih kasih duit kopi kaki bangku makan angin
buah tangan manis mulut anak emas buah hati berat tangan
 
Bentuk ejaan kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan.

Antarabangsa kerjasama suruhanjaya warganegara Jawatankuasa


Beritahu olahraga tandatangan pesuruhjaya Kakitangan
Bumiputera matahari tanggungjawab sukarela setiausaha
 
 Terdapat juga golongan kata tertentu yang telah lazim dieja bercantum.

a. Kata nama peribadi, peribahasa, perikemanusiaan, dinihari, hulubalang


b. Kata adjektif sukacita, dukacita
c. Kata sendi nama kepada, daripada
d. Kata hubung apabila, barangkali, manakala, darihal, apakala, padahal, walhal, adangkala
e. Kata tanya bagaimana
 
Penggandaan Kata Majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sesuatu kata sahaja.

Tunggal Jamak
alat tulis alat-alat tulis
gambar rajah gambar-gambar rajah
balai raya balai-balai raya
kapal terbang kapal-kapal terbang
Menteri Besar Menteri-menteri besar
suku kata suku-suku kata
garis pusat garis-garis pusat
 
Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan
unsur:

Tunggal Jamak
pesuruhjaya pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara warganegara-warganegara
tandatangan tandatangan-tandatangan
jawatankuasa jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha setiausaha-setiausaha
 

Kesilapan dalam ejaan kata majmuk berganda.


Penggandaan unsur pertama akan dieja terpisah dan penggandaan hanya berlaku pada unsur pertama
sahaja.

Surat khabar-surat khabar dijual di kedai itu (X)


Surat-surat khabar dijual di kedai itu. (√)
Ibu bapa-ibu bapa diminta hadir ke sekolah. (X)
Ibu-ibu bapa diminta hadir ke sekolah. (√) 
KATA TUNGGAL

Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses
penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal.Kata tunggal ialah bentuk kata yang
terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar
yang lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Dengan
berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis:

a.         Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri          


(i)         Kamu.            
(ii)        Sudah?                       
(iii)       Ini?
b.        Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk
melaksanakan tugas nahunya.
(i)         di mana?         
(ii)        ke Kuala Lumpur       
(iii)       dari Terengganu
Bentuk Kata Tunggal:

Satu suku kata


Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti yang berikut :

Suku Kata Perkataan Suku Kata Perkataan


KV yu KVKK bank
VK am KKKV skru
KVK bah KKKVK skrip
KKVK stor

Dua suku kata

Suku Kata Perkataan Suku Kata Perkataan


V + KV aku KV + VK buah
V + VK ais KV + KV buku
V + KVK adik KV + KVK telur
VK + KV undi KVK + KV lampu
VK + KVK ambil KVK + KVK bintang
KV + V doa

Tiga suku kata


Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil. Namun demikian pola-pola susunan konsonan-
vokalnya agak banyak. Perkataan tiga suku kata ini banyak terdiri daripada kata-kata pinjaman.

 Suku kata Perkataan Suku kata Perkataan


KV + V + KV suara KV + KV + KV Teruna
KV + V + KVK ziarah KV K+ KV + KV Bendera
V + KV + V usia VK + KV + VK ilmiah
KV + KV + V semua V + KV + VK elaun
KVK + KV + V mentua KV + KV + KVK kelawar
KV + KV + VK seluar KVK + KV + KVK martabat
KVK + KV+ VK manfaat KV + KVK + KV belanja
V + KV + KV utara KVK + KVK + KV sempurna
V + KV + KVK ijazah KV + KVK + KVK selumbar
VK + KV + KV antara
Empat suku kata atau lebih
Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih. Kebanyakan
perkataan ini ialah kata pinjaman.

Suku Kata Perkataan Suku Kata Perkataan


KV + KV + VK + KV keluarga KV + KV + KV + KVK salasilah
KV + KVK + KV + KV sederhana KVK+KV+KV+KVK sentimeter
KVK + KV + KV + KV laksamana KVK+ KVK + KV + KV singgahsana
KVK + KV + V + KV sentiasa KV + KV + V + KVK nasional
KV + KV + KV + KV bidadari V+KV+KVK+KV+ KV universiti
KATA TERBITAN

Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui pengimbuhan, iaitu proses yang
menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut
kata terbitan.Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu
proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

Imbuhan Perkataan Kata Terbitan


di + makan dimakan
ber- + temu bertemu
-an + tekan tekanan
-kan + pamer pamerkan
-em- + guruh gemuruh
per-...-an + gaduh pergaduhan

Bentuk Kata Terbitan:


Kata Terbitan terbahagi kepada ;

i.          Kata terbitan berawalan


Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti
berikut :
a.                  Awalan kata nama

Awalan Kata nama Awalan Kata Nama


pe- pelari juru- juruwang
pem- pembawa maha- mahasiswa
pen- pendatang tata- tatabahasa
peng- penggali pra- prakata
penge- pengebom sub- subtajuk
pel- pelajar supra- suprakelas
per- perasap eka- ekabahasa
pe- pesara dwi- dwibahasa
ke- ketua

b. Awalan kata kerja

Awalan Kata Kerja Awalan Kata Kerja


me- melawan ber- berjalan
mem- membawa be- beraja
men- mendaki bel- belajar
meng- menggali ter- terjebak
menge- mengecat di- diatur
memper- memperisteri diper- diperisteri

c. Awalan kata adjektif

Awalan Kata Adjektif Awalan Kata Adjektif


ter- terbesar se- secantik
te- terendah
ii.         Kata terbitan Berakhiran
Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan
seperti berikut :
a.Akhiran kata nama

Akhiran Kata Nama Akhiran Kata Nama


-an pakaian -isme sosialisme
-wan sasterawan -in hadirin
-man budiman -at hadirat
-wati seniwati -ah ustazah

b.  Akhiran kata kerja

Akhiran Kata Kerja Akhiran Kata Kerja


-kan buatkan -i turuti

iii.        Kata terbitan Berapitan


            Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti
berikut.
a.Apitan kata nama

Apitan Kata Nama Apitan Kata Nama


pe-...-an pelaksanaan pe-...-an pesisiran
pem-...-an pembuatan per-...-an persalinan
pen-...-an pendapatan pel-...-an pelajaran
peng-...-an penggunaan ke-...-an kelainan
penge-...an pengesahan

b.Apitan kata kerja

Apitan Kata Kerja Apitan Kata Kerja


me-...-kan memainkan men-...-i melalui
men-...-kan mendermakan mem-...-i membohongi
mem-...-kan membaikkan meng-...-i mengauli
meng-...-kan menggandakan di-...-i diadili
menge-...-kan mengecamkan diper-...-kan diperdengarkan
ber-...-kan berlaukkan diper-...-i diperingati
ber-...-an berlanjutan memper-...-kan memperjuangkan
di-...-kan dibiarkan memper-...-i memperingati

c. Apitan kata adjektif

Apitan Kata Adjektif Apitan Kata adjektif


ke-...-an kecinaan
KATA NAMA

1. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa
seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat ,
benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll
benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

2. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:


(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

3. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.

4. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:


buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu – pengetahuan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Contoh:

Dia sedang menjinakkan seekor Pada akhir ayat


gajah.
Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat
 
KATA NAMA KHAS

1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama
sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.

Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan
sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)     binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

MANUSIA Zaidi, Mei Fong,


Subramaniam
BINATANG Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
TEMPAT Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
BANGUNAN Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
JUDUL BUKU Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
BENDA Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
PERBANDINGAN KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS

Kegunaan Kata Nama Am Kata Nama Khas


Benda bangunan Bangunan Tabung Haji
kereta Proton Saga
buku Bahasa Melayu
sekolah S.K. Darau
Orang doktor Doktor Efendi
kerani Puan Zainun
guru Cikgu Azmi
budak lelaki Muhamad Fauzi
Binatang kucing Si Tompok
lembu Lembu Sapi
katak Katak Puru
ayam Ayam Belanda
burung Burung Murai
Tempat negeri Terengganu
bandar Jerteh
kampung Kampung Pasir Akar
tasek Tasek Perdana
Tumbuhan pisang Pisang Emas
cili Cili Padi
jambu Jambu Batu
limau Limau Kasturi
KATA GANTI NAMA
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.Perkataan Ganti
nama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Ganti nama Diri, Ganti nama Umum, Ganti
nama Pertanyaan, Ganti nama Petunjuk dan Ganti nama Sendi.Kata ganti diri ialah kata yang
digunakan untuk menggantikan kata nama orang

Kata ganti diri terdiri daripada:


(a) kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b) kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.

Ganti nama Diri

Kata Ganti Diri Pertama


Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

Kata Ganti Diri


Penggunaannya
Pertama
aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam
saya (tunggal)
suasana rasmi
hamba
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
(tunggal)
patik (tunggal) digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap
kami (jamak)
dengan orang kedua
kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak

Bentuk contoh kata nama diri pertama


tunggal beta, patik, aku, saya
jamak kita, kami, kita orang

Kata ganti nama Diri Kedua


Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.Kata ganti ini boleh
dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :

Bentuk contoh kata Ganti Diri kedua


Tunggal tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak kalian
Kata Ganti Diri Penggunaannya
Kedua
anda (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
(tunggal) dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
dan jamak)

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua


1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.

Kata Ganti diri ketiga


kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau,
baginda hendaklah digunakan. Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.

Bentuk Contoh kata ganti diri ketiga


tunggal ia, dia, beliau, baginda
jamak mereka

Kata Ganti Diri Penggunaannya


Ketiga
baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan
beliau (tunggal
pemimpin
dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak) digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.


1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata
pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-
pengikutnya.
Ringkasan

Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak / Jamak


Diri Pertama aku kami
( Orang yang bercakap ) saya kita
patik
hamba
Diri Kedua awak awak semua
( Orang yang dilawan kamu kamu semua
bercakap ) engkau saudara sekalian
encik saudari sekalian
cik encik-encik
saudara cik-cik
saudari tuan-tuan
tuan puan-puan
puan anda semua
anda kalian
tuanku
Diri Ketiga dia mereka
( Orang yang diceritakan ia
halnya) nya
beliau
baginda

Kata Ganti Tanya


Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,masa,bilangan
dan hal dengan maksud pertanyaan. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda
soal. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

Benda Orang Tempat Masa Hal Bilangan


apakah siapakah manakah bilakah bagaimanakah berapakah
kenapakah
mengapakah

Kata Ganti Nama Penggunaannya


apa digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
mana digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat

Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?
.
KATA GANTI NAMA TUNJUK

Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu, misalnya
benda, tempat, haiwan dan manusia.Terdapat dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini dan itu. Ini
digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat manakala itu digunakan untuk menunjukkan
sesuatu yang jauh.

Contoh ayat:

(a) Meja yang bulat ini dibeli pada tahun lepas oleh ayah.

(b) Pelajar-pelajar itu sering berbincang di kantin semasa rehat.

(c) Kawasan perkampungan ini sedang dibangunkan oleh pihak


swasta.

(d) Pulau itu kelihatan samar-samar sahaja jika dipandang dari


sini.

(e) Roti yang terhidang di atas meja itu untuk tetamunya.

Kata ganti nama tunjuk mempunyai dua fungsi, iaitu:

(b) sebagai subjek ayat
(a) sebagai penentu
Contoh ayat : Contoh ayat :

(a) Kapal terbang itu sedang (a) Ini ahli kumpulan kami.


mendarat.
(b) Itu pokok meranti
(b) Mereka tinggal di kampung ini
KATA KERJA TRANSITIF AKTIF

Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan
ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men
...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

KATA KERJA PASIF

Kata kerja pasif ialah kata kerja yang digunakan dalam ayat pasif.Kata kerja pasif dapat
dibahagikan kepada lima bentuk, iaitu:
(i) kata kerja pasif diri pertama dan kedua.
(ii) kata kerja pasif diri ketiga.
(iii) kata kerja pasif dengan awalan beR- dan teR-.
(iv) kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an.
(v) kata kerja pasif dengan kata kena.

Kata Kerja Pasif Diri Pertama Dan Kedua

1. Kata kerja pasif diri pertama dan kedua terbentuk apabila kata kerja pasif didahului
oleh kata ganti nama diri pertama dan kedua. Contohnya, kubaca, kausenangi, anda
jelaskan, kaubaca, kita masukkan, kaumasukkan, kami perindah, saya
percayai, awak percayai, kita perlihatkan, kauperlihatkan, dan sebagainya.

Contoh ayat:
(a) Sudahkah awak baca buku itu?
(b) Kita masukkan meja-meja ini ke dalam dewan.
(c) Semua buku itu perlu kau masukkan ke dalam beg.
(d) Akan kami perindah gubahan bunga di atas meja itu.
(e) Tidak dapat kupercayai semua kenyataan mereka.
(f) Lukisan itu telah saya siapkan dua hari yang lalu.

Kata Kerja Pasif Diri Ketiga

1. Kata kerja pasif diri ketiga terbentuk apabila kata kerja pasif bergabung dengan
imbuhan di-, diper-, diper-...-i, di-...-kan, di-...-i, dan diper-...-kan.
Contohnya, disapu, disenangi, dijelaskan, dipercayai, diperbesar, diperdengarkan, dan
sebagainya.
2. Pelaku kata kerja dalam ayat berkenaan mestilah terdiri daripada orang ketiga.

Contoh ayat:
(a) Tindakan Samy itu tidak disenangi oleh majikannya.
(b) Hutang itu telah dijelaskan oleh mereka.
(c) Lagu itu diperdengarkan oleh penyanyi yang terkenal.
Kata Kerja Pasif Dengan Awalan beR- dan teR-

1. Kata kerja pasif dengan awalan beR- dan teR- terbentuk apabila kata kerja pasif menerima
awalan beR- dan teR-. Contohnya berjahit, bersapu, tertelan, terambil dan sebagainya.
2. Kata kerja pasif berawalan beR- bersifat tak transitif dan terdiri daripada dua jenis,
iaitu berpelengkap dan tanpa pelengkap.

Contoh ayat:
(a) Luka di kakinya beransur baik. (berpelengkap)
(b) Ayah sedang bercukur. (tanpa pelengkap)

3. Kata kerja pasif berawalan teR- terdiri daripada dua jenis iaitu:


(i) kata kerja transitif

Contoh ayat:
(a) Kucing itu tertelan tulang ikan. (aktif)
(b) Pen sana terambil oleh saya. (pasif)

(ii) kata kerja tak transitif

Contoh ayat:
(a) Kambing itu terjatuh ke dalam longkang.
(b) Maya terbaring di atas katil kerana demam.

Kata Kerja Pasif Dengan Apitan ke-...-an

1. Kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an terbentuk apabila kata dasar menerima apitan ke-...-
an lalu membentuk kata kerja dalam ayat pasif.
2. Kata dasarnya boleh terdiri daripada pelbagai golongan kata, sebagaimana di bawah:

Golongan Kata Kata Dasar Kata Kerja Pasif


curi kecurian
kata kerja lihat kelihatan
jatuh kejatuhan
hujan kehujanan
kana nama malam kemalaman
siang kesiangan
sejuk kesejukan
kata adjektif sempit kesempitan
panas kepanasan

3. Subjek dalam ayat pasif berkenaan menerima akibat kata dasar yang berapitan ke-...-an itu.

Contoh ayat:
(a) Mereka kehujanan sewaktu pulang dari sekolah.
(Mereka ditimpa hujan sewaktu pulang dari sekolah)
4. Kata kerja pasif ke-...-an juga dapat berfungsi sebagai predikat dalam ayat.

Contoh ayat:
(a) Ayam-ayam di dalam reban itu kelaparan.
(Subjek : Ayam-ayam di dalam reban itu)
(Predikat : kelaparan)

Kata Kerja Pasif Dengan Kata kena


1. Kata kerja pasif dengan kata kena ialah kata kerja tunggal yang didahului oleh
kata kena dalam ayat pasif.

Contoh ayat:
(a) Pelajar yang menghisap rokok itu kena hukum oleh guru disiplin.
(b) Pencuri yang mencuri barang-barang di kedai itu telah kena tangkap oleh polis.
KATA ADJEKTIF
Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif
seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.Kata-kata dalam golongan kata
adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh
dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat,
sungguh, sekali, paling, agak, benar.

Jenis jenis kata adjektif


Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:

Sifat
Ia menerangkan sifat atau keadaan sesuatu atau seseorang.
contoh: baru, baik, berani, lemah, kukuh, kemas, cantik, kuat,bijak,

Warna
Contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat,

Ukuran
Contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, kecil, lebar, ramai, cetek

Bentuk
Contoh: bujur, lurus, lonjong, petak, segitiga, segiempat, bengkok, bulat

Waktu
Contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam,

Jarak
Contoh: dekat, hampir, jauh, nyaris

Cara
Contoh: selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah, sering "

Pancaindera
Contoh:
 rasa: sedap, lazat, manis, pedas, payau, masam, masin
 pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan, kacak
 dengar: bising, sunyi, senyap
 bau: busuk, wangi, hangit, hapak, hamis, hanyir
 sentuh: kesat, kasar, lembap, halus, licin

Perasaan
Contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira, geram, sedih
KATA TUGAS PRAKLAUSA

Golongan kata praklausa pula terbahagi kepada lima subjenis, masing-masing hadir di hadapan
ayat dan masing-masing memikul tugas tertentu. Subjenis kata praklausa ialah kata seru, kata
tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.

Kata Seru
Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perasaan-perasaan seperti
marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, dan ejekan. Contoh kata: cis , amboi, wah,
syabas dan aduh.
1. Cis, penakut rupanya!
2. Aduh, sakitnya kakiku!

Perhatikan bahawa dalam ayat seru, kata seru berada di hadapan ayat dan pada akhir ayat
diletakkan tanda seru (!).

Kata Tanya
Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya kata tanya disertai bentuk
penegas –kah dan hadir di bahagian hadapan ayat. Misalnya:

Ayat tanya
Kata
Tanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah"
Ada Tiada Adakah cara saya ini betul?
Apa Apa yang kamu beli tadi? Apakah yang kamu beli tadi?
Bagaimana cara untuk Bagaimanakah cara untuk
Bagaimana
mendaftar diri? mendaftar diri?
Bila Bila ayah kamu pulang? Bilakah ayah kamu pulang?
Mengapa kamu datang lambat Mengapakah kamu datang lambat
Mengapa
hari ini?. hari ini?.
Mana Mana ibu? Manakah ibu?
Siapa Siapa nama jiran baru kamu? Siapakah nama jiran baru kamu?

Kata Perintah
Kata perintah ialah kata tugas yang hadir di hadapan ayat perintah. Terdapat banyak jenis
ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, dan ayat permintaan. Maka
terdapat pelbagai jenis kata perintah. Contoh kata: jangan, usah, sila, jemput, minta, dan
tolong. 
Contoh ayat:
    Jangan ambil buku daripada almari itu.
    Sila masuk ke dewan sekarang juga.
Tolong kembalikan borang ini sebelum akhir bulan

Kata Pembenar  
Kata pembenar ialah mengiyakan atau menyokong kebenaran atau ketepatan sesuatu.Contoh
kata: ya,betul,benar, dan sungguh
Kata Pangkal Ayat
Kata pangkal ayat ialah memulakan sesuatu ayat dan umumnya digunakan dalam bahasa
Melayu lama Contoh kata: maka, syahadan, alkisah dan hatta 
Contoh ayat:
Tersebutlah alkisah di zaman dahulu kala,ada seekor arnab ingin menunjukkan akan
kehebatannya kepada seluruh haiwan rimba dengan mengajak seekor kura-kura untuk berlumba
dengannya.

KATA TUGAS PASCAKATA

Pasca kata hadir selepas perkataan dengan tugas-tugas tertentu. Terdapat dua subjenis kata
pasca kata, masing-masing ditandai dengan perkataan –nya, iaitu :-

Kata penekan
Kata penekan membawa maksud penegasan. Contoh kata: sesungguhnya, bahawasanya,
dan nampaknya.

" Dan apabila Kami menggantikan suatu ayat dengan ayat yang lain, dan Allah lebih mengetahui
apa yang diturunkan-Nya ,mereka berkata , “Sesungguhnya engkau ( Muhammad) hanya
mengada-ada saja”.Sebenarnya kebanyakan mereka tidak mengetahui. "
Surah An-Nahl

Kata pembenda
Kata pembenda ialah menukar perkataan bukan kata nama menjadi kata nama.
Contoh kata: lajunya, sakitnya, dan datangnya.
KATA HUBUNG

 
Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan dua binaan ayat atau lebih
untuk membentuk ayat majmuk.

Terdapat dua jenis kata hubung yang difokuskan, iaitu:


 Kata hubung gabungan
 Kata hubung pancangan

Kata Hubung Gabungan


Kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan dua klausa atau lebih yang sama taraf
sifatnya
.
Kata Hubung Fungsinya Contoh Penggunaan dalam Ayat
1. Kehidupan di desa atau di bandar tidak banyak
Menunjukkan perbezaannya.
atau
pilihan/bandingan 2. "Zumin atau Suhin yang perlu membersihkan
tingkap hari ini, Kumin?" soal guru kelas.
Menggabungkan dua 1. Anisah dan Kamariah selalu bermain di taman
dan
unsur yang setara. permainan.
1. Semua pelajar terlibat dalam persembahan tarian
Kata hubung Menunjukkan
pancangan itu kecuali Kumang.
kecuali kekecualian/tidak
2. Haji Kuki bekerja setiap hari kecuali pada hari
Kata hubungtermasuk.
pancangan relatif Ahad.
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil).
Menggabungkan dua
Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
1. Juming mengambil seketul
perbuatan yang
lalu batu lalu membalingnya ke arah anjing liar yang
dilakukan secara
 Pelajar yang berjaya itumengekorinya.
diberi hadiah.
berturut-turut.
 Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
Menggabungkan dua 1. Lumik garang lagi/serta bengis orangnya.
 Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
unsur setara dan 2. Zubaidah, Monica, Olivia serta Regina
serta/lagi
menyatakan maksud bercadang untuk berkelah pada hujung minggu
Kata hubung pancangan komplemen
bersama-sama. ini. 
Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama.
(Komplemen Menunjukkan 1. Hayati
bermaksud pelengkap). Low
Jadi, bernyanyi sambil/seraya mengesek
klausa klausa pancangan komplemen itu
perbuatan lain biola.
melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.
sambil/seraya
dilakukan di samping 2. Kamal berzikir sambil/seraya memejamkan
 perbuatan
Guru tahunutama. matanya.
enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
Menggabungkan ayat
Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
 dengan ayat
Kerajaan 1. Amiruddin pintar orangnya tetapi dia
yang jambatan untuk rakyat
membuat melintas sungai. pengotor.
tetapi
lain/perkara yang 2. Jam itu bersaiz kecil tetapi mahal.
berlawanan
Kata hubung maksud.
pancangan keterangan
Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama.
-Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau,
andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, ketika,
tatkala, walaupun,malahan, dan sesungguhnya.

 Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat


 Saya berkawan dengannya semenjak kecil
KATA PEMERI
Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam
prediket.Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.Kata pemeri ‘ialah’ diletakkan di
hadapan kata nama atau frasa nama.Kata pemeri ‘adalah’ diletakkan di hadapan frasa adjektif
dan frasa sendi nama.

 Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.


 Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
 Rojak ialah makanan kegemaran saya.
 Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

KATA NAFI
Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.Terdapat dua
kata nafi, iaitu bukan dan tidak. Kata nafi ‘bukan’ digunakan untuk menafikan frasa nama dan
frasa sendi nama.

 Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.


 Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya.

Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

 Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.


 Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.

 Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.


 Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja

KATA PENGUAT
Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. Kata
penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Paling Agak Sungguh Amat


Terlalu Nian Benar Paling

Kata penguat seperti agak, paling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif. Kata penguat
seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif. Kata penguat seperti sangat,
amat, dan sungguh boleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.

 Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.


 Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
 Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
 Kereta api itu sangat laju.
 Kereta itu laju sangat.

KATA SENDI NAMA


Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama. Kata sendi bertugas sebagai kata
yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain. Kata sendi
memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat
ayat.
 Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke, dari,
daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap,
akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.

KATA PENGGUNAANNYA AYAT CONTOH


SENDI

Digunakan untuk tempat.  Pertandingan itu


di Dieja terpisah daripada kata nama diadakan di Taiping.
atau frasa nama yang mengikutinya. Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu
.
Digunakan untuk tempat, masa dan
benda konkrit tidak bernyawa.   Mereka akan ke Ipoh esok.
Dieja terpisah daripada kata nama atau Din menunggu Siha dari pagi
ke frasa nama yang mengikutinya. hingga ke    petang.
Tidak boleh digunakan di hadapan kata Pinggan itu
nama atau frasa nama yang merujuk dihempaskannya ke lantai.
manusia atau binatang. Cik Bedah ke surau.
 Bola itu ditendang dari penjuru
padang.
dari Digunakan untuk tempat, arah atau Kami menunggu dari pukul 8.00
masa. pagi.
Ely datang dari Kelantan.

 Surat itu saya terima daripada Yatie.


Digunakan untuk orang, perbandingan, Ukiran itu diperbuat daripada perak.
daripada asal kejadian, benda abstrak, Kami memperoleh manfaat daripada
pertentangan, dan untuk menunjukkan Kumpulan perompak senjata api itu
keanggotaan. terdiri   daripada enam belas orang
anggota.

Kepada/  Devi suka akan rambutan..


akan/ Digunakan selepas kata  adjektif yang Kita mesti
terhadap menyatakan perasaan atau sikap. hormat akan/kepada/terhadap  ibu
bapa.

KATA PENGGUNAANNYA AYAT CONTOH


SENDI
Digunakan untuk menentukan  Derma untuk / bagi mangsa banjir sedang
bagi/untuk sesuatu yang dibezakan daripada Dipungut
yang lain. Hadiah ini untukmu.
Digunakan untuk masa, manusia,  Peah tiba pada pukul lapan malam
pada binatang, benda abstrak, dan benda  Tiket bas itu ada pada Hanim.
konkrit tertentu.  Pada pendapat saya, cerita itu benar.
Digunakan dihadapan jkata nama  Rakyat Malaysia mesti bersatu demi
demi atau frasa nama yang membawa kesejahteraan negara
maksud tujuan  Demi kepentingan bersama, marilah kita
berdamai.
tentang Digunakan untuk menyatakan  Menteri-menteri itu berbincang tentang
makna berkenaan dengan masalah negara.
seperti/ Digunakan untuk membawa  Pemuda itu berlagak k seperti/
umpama/ maksud perbandingan atau umpama/ laksana/bagai orang berada.
laksanabaga makna persamaan dengan yang  Suaranya erdu seperti/umpama/    
i lain. laksana/bagai  buluh perindu.
Digunakan untuk menyatakan  Izzat bermain dengan Hazwan
maksud bersama-sama atau serta,   Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.
Dengan bandingan setara, keterangan cara,  Nani belajar dengan tekun.
dan penggunaan sesuatu sebagai  Nora menulis dengan pensel.
alat.
sejak/ Digunakan untuk membawa  Milah sentiasa gembira sejak/semenjak
semenjak maksud penanda waktu atau masa.  suaminya pulang dari perantauan.
oleh Digunakan selepas kata kerja  Kuih ini dibuat oleh Nadiah.
pasif yang berawalan di- dan ter-  Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh
kata-kata ketua mereka.
hingga/ Digunakan untuk menyatakan had  Anggota-anggota polis berkawal hingga
sampai masa, waktu atau tempat tertentu. sampai  larut malam.
Midah belajar hingga/sampai 
peringkat universiti.

dalam/ Digunakan untuk menyatakan  Dalam hal ini, kita semua setuju.


antara pengertian tempat yang tidak  Mereka berbincang antara adik- beradik
mempunyai ruang atau jarak.

KATA ARAH
Kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.
Kata arah digunakan untuk menunjuk arah.

Atas Bawah Tepi Antara


Hadapan Utara Sisi Luar

 Semua hidang itu diletakkan di atas meja.


 Kucing Siam itu tidur di bawah pokok.
 Anjing liar itu masuk ke dalam semak setelah dihalau oleh ayah.

KATA ADVERBA
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa
sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.
1. Kami selalu memperkatakan hal itu.
2. Olahragawan itu sihat sentiasa.
3. Hari jadinya ialah hari esok.
4. Ahli perniagaan itu sering kali ke London.

Dalam ayat di atas, perkataan selalu,sentiasa,esok, dan sering kali ialah,  kata adverb  kerana


masing-masing menerangkan kata kerja memperkatakan, kata adjektif sihat, kata nama hari dan
frasa sendi nama ke London.Seperti yang kelihatan dalam ayat di atas, kata adverba dapat hadir
di hadapan dan di belakang frasa. Dalam hal ini, kata  adverba ,tidak dianggap sebagai golongan
kata utama, bahkan golongan kata tugas, kerana tidak boleh menjadi unsur inti kepada
konstituen frasa predikat, seperti halnya dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Ayat-
ayat 5,6,7 yang berikut, walaupun Nampak mengandungi kata adverb yang berfungsi sebagai
predikat, tetapi sebenarnya ayat-ayat ini merupakan ayat minimal. Ayat minimal bermaksud ayat
yang ada bahagiannya telah digugurkan kerana dipengaruhi oleh bahasa lisan.

5(a). Perhubungannya secara langsung.


6(a). Ketibaan mereka pada hari esok.
7(a). Jawapannya secara demikian.

Dalam ayat penuh 5(a) kata adverba langsung menerangkan frasa nama secara, dalam ayat 6(a)
kata adverba esokmenerangkan frasa sendi nama  pada hari, dan dalam ayat dan dalam ayat
penuh 7(a) kata adverba demikian menerangkan frasa secara, yang menunjukkan bahawa kata
adverb tidak boleh menjadi unsur inti bagi predikat .

KATA PENEGAS
Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan
bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

-kah -lah -tah jua


Juga Sahaja Hanya Memang
Lagi pun

1.     Itulah rumah saya.


2.     Pernahkah awak makan sup daging arnab.
3.     Apatah dayaku untuk menolongnya.
4.     Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
5.     Hanya Kamal yang belum membayar yuran.
6.     Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.

KATA BANTU
Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam
yang berkaitan dengan perbuatan.

Akan Belum Masih


Telah Sudah Harus
Boleh Dapat Hendak
Mesti

1.     Kereta api dari utara telah sampai.


2.     Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara.
3.     Adik Rahimah belum tahu berjalan.
4.     Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
5.     Encik Borhan hendak pergi memancing esok.

KATA BILANGAN
Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.

Jenis Kata Bilangan contohnya


kata bilangan tentu satu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan tak tentu beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahan suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
kata bilangan pisahan setiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunan kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-
bulan, ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkat pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanya berapa
Jenis Kata Bilangan contoh
Kata bilangan himpunan 1. satu,dua tiga, sepuluh
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu. 2. Dua ekor kambing.
2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan. 3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta,
3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara berabad-abad
himpunan. 4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul
durian setiap tahun.
Kata bilangan tak tentu 1. segala, semua, para, beberapa, seluruh
1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu. 2. Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan tingkat 1. pertama, kedua, ketiga
1. menunjukkan giliran atau urutan dalam 2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam
sesuatu jumlah. peraduan melukis.
Kata bilangan pecahan 1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus
1. Menunjukkan bilangan berbentuk 2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang
pecahan. hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan 1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap
2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah
dengan segera.

FRASA
FRASA NAMA

Frasa nama ialah panggilan yang digunakan untuk manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak,


baik dalam bilangan tunggal atau jamak, jantan atau betina. Ia mungkin terdiri daripada satu
patah perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Ia adalah antara empat
kategori frasa yang terdapat dalam bahasa Melayu dan mempunyai fungsi yang banyak dalam
pembinaan frasa dan ayat. Oleh sebab itu pemahaman mengenai frasa ini penting bagi
seseorang pengguna bahasa untuk menjana frasa dan ayat yang gramatis.

Ciri-ciri
Frasa nama (FN) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu ia boleh didahului oleh kata
bilangan dan penjodoh bilangan. Contoh FN yang didahului oleh kata bilangan dan penjodoh
bilangan ialah (1) yang berikut.
(1) contoh:
a. Seorang pelajar.
b. Tiga ekor kucing.
c. Sepuluh buah rumah.
Dalam (1), FN “pelajar” (1a), “kucing” (1b) dan “rumah” (1c) masing-masing didahului oleh kata
bilangan “se”, “tiga” dan “sepuluh”, dan penjodoh bilangan “orang”, “ekor” dan “buah”.
Ciri lain FN ialah ia boleh diikuti oleh kata tunjuk. Contoh FN yang diikuti oleh kata tunjuk ialah (2)
yang berikut.
(2) contoh:
a. Pelajar itu.
b. Tiga ekor kucing ini.
c. Sepuluh buah rumah itu.
Dalam (2), FN “pelajar” (2a), “tiga ekor kucing” (2b) dan “sepuluh buah rumah” (2c) masing-
masing diikuti oleh kata tunjuk “itu” dan “ini”.
Mengenai kehadiran kata bilangan, penjodoh bilangan dan kata tunjuk ini, tiga perkara perlu
diberi perhatian. Pertama, kata bilangan “se” (satu) mesti disertai oleh penjodoh bilangan (3a-c)
tetapi tidak demikian halnya dengan kata bilangan lain (4a-c).
(3) contoh:
a. Seorang pelajar.
a’. *Satu pelajar.
b. Seekor kucing.
b’. *Satu kucing.
(4) contoh:
a. Dua orang pelajar.
a’. Dua pelajar.
b. Tiga ekor kucing.
b’. Tiga kucing.
Kejanggalan (3a’-c’) menunjukkan bahawa penjodoh bilangan mesti hadir bersama kata bilangan
“se” (satu) dalam pembentukan FN. Sebaliknya kejituan (4a’-c’) menunjukkan bahawa kehadiran
penjodoh bilangan hanya bersifat pilihan bagi kata bilangan selain “se” (satu)..

Kedua, FN yang telah sedia menerima kehadiran kata bilangan “se” (satu) dan penjodoh
bilangan tidak boleh lagi menerima kehadiran kata tunjuk (5a-c) tetapi tidak demikian halnya
dengan FN yang menerima kata bilangan lain (6a-c).
(5) contoh:
a. *Seorang pelajar itu.
b. *Seekor kucing ini.
c. *Sebuah rumah itu.
(6) contoh:
a. Dua orang pelajar itu.
b. Tiga ekor kucing ini.
c. Sepuluh buah rumah itu.
Kejanggalan (5a-c) menunjukkan bahawa kata tunjuk tidak boleh hadir pada FN yang telah sedia
menerima kehadiran kata bilangan “se” (satu) dan penjodoh bilangan. Sebaliknya kejituan (6a-c)
menunjukkan bahawa kata tunjuk boleh hadir pada FN yang telah sedia menerima kehadiran
kata bilangan selain “se” (satu) dan penjodoh bilangan.
Ketiga, FN yang dihitung dalam bentuk kumpulan (7a), timbangan (7b), ukuran (7c) dan sukatan
(7d) tidak boleh menerima kehadiran penjodoh bilangan.
(7) contoh:
a. Sekumpulan pelajar.
a’. *Sekumpulan orang pelajar.
b. Sekilo daging lembu.
b’. *Sekilo ketul daging lembu.
Fungsi dalam Ayat
FN mempunyai pelbagai fungsi dalam binaan ayat. Tiga fungsi utamanya adalah
sebagai subjek, predikat dan objek kata kerja transitif. Fungsinya yang lain adalah sebagai
pelengkap kata kerja tak transitif dan unsur keterangan.
Sebagai Subjek
(8) Siti pergi ke sekolah.
“Siti” dalam (8) ialah FN yang berfungsi sebagai subjek ayat. (9a-e) ialah contoh lain FN
(berhuruf tebal) yang berfungsi sebagai subjek ayat.
(9) contoh:
a. Abangnya juruterbang.
b. Osman penyanyi terkenal.
c. Pukulannya sungguh kuat.
Nota: Subjek ayat mesti terdiri daripada FN.
Sebagai Predikat
(10) Siti pelajar USM.
“Pelajar USM” dalam (10) ialah FN yang berfungsi sebagai predikat ayat. (11a-c) ialah contoh
lain FN (berhuruf tebal) yang berfungsi sebagai predikat ayat.
(11) contoh:
a. Beliau Pengarah Pendidikan Negeri.
b. Ahmad guru.

Sebagai Objek Kata Kerja Transitif


(12) Siti memandu kereta.
“Kereta” dalam (12) ialah objek kata kerja transitif “memandu”.
Nota: Objek kata kerja tak transitif mesti terdiri daripada FN atau klausa. (13) ialah contoh objek
kata kerja transitif (berhuruf tebal) yang terdiri daripada klausa.
(13) Dia menegaskan bahawa masalah ini mesti diselesaikan dengan segera.
Sebagai Pelengkap Kata Kerja Tak Transitif
(14) Siti menjadi pensyarah USM sejak 10 tahun lalu.
“Pensyarah USM” dalam (14) ialah pelengkap kata kerja tak transitif “menjadi”. (15) ialah contoh
lain FN (berhuruf tebal) yang berfungsi sebagai pelengkap kata kerja tak transitif.
(15) Hang tuah bersenjatakan keris Taming Sari.
Nota: Hanya sebilangan kecil pelengkap kata kerja tak transitif yang terdiri daripada FN.
Pelengkap berbeza daripada objek kata kerja transitif kerana ia tidak boleh melalui proses
pemasifan.
Sebagai Unsur Keterangan
(16) Mereka bermain bola di padang.
“Bola” dalam (12) ialah keterangan bagi kata kerja “bermain”. Sebagai unsur keterangan,
Kehadiran FN adalah tidak wajib. Dengan kata lain, tanpa kehadiran “bola”, ayat (16) tetap
gramatis.
(16’) Mereka bermain di padang.
(17a-c) ialah contoh lain FN (berhuruf tebal) yang berfungsi sebagai keterangan ayat.
(17) contoh:
a. Kanak-kanak itu berbaju Melayu.
b. Kegemarannya bermain bola.
Perkara-perkara penting mengenai FN
FN yang berfungsi sebagai predikat ayat tidak boleh menerima kehadiran kata bilangan dan
penjodoh bilangan.
(18) contoh:
a. *Beliau seorang Pengarah Pendidikan Negeri.
b. *Ahmad seorang guru.
Sebaliknya FN yang berfungsi sebagai predikat ayat mempunyai ciri FK, iaitu ia boleh menerima
kehadiran kala. Contohnya ialah (19a-c) yang berikut:
(19) contoh:
a. Kamu akan dewasa suatu hari nanti.
b. Siti sudah remaja.
Satu lagi perkara penting yang perlu diketahui mengenai FN yang berfungsi sebagai predikat
ayat adalah berkenaan penggunaan kata pemeri “ialah”. Dalam ayat yang predikatnya ialah FN
(berhuruf tebal), “ialah” boleh disisipkan antara subjek dengan predikat
(20) contoh:
a. Beliau ialah pelajar universiti.
b. Kucing ialah haiwan kesayangan.
.

Dalam (20), “pelajar universiti”, “haiwan kesayangan” dan “rumah tradisional Melayu” ialah FN
yang masing-masing berfungsi sebagai predikat ayat (20a), (20b) dan (20c). Oleh sebab itu, kata
pemeri “ialah” boleh hadir di hadapan FN ini. Sebaliknya satu lagi kata pemeri, iaitu “adalah”,
tidak boleh hadir dalam ayat sebegini (berpredikat FN).
(20) contoh:
a’. *Beliau adalah pelajar universiti.
b’. *Kucing adalah haiwan kesayangan.
Perkara seterusnya adalah mengenai penggunaan kata relatif “yang” dalam pembentukan
sesuatu FN. Ada kalanya kehadiran kata relatif itu adalah wajib untuk membentukkan FN
(berhuruf tebal) yang gramatis. Contohnya (21a-b) yang berikut:
(21) contoh:
a. Ikan mengandungi protein yang banyak.
b. Orang yang suka membaca luas pengetahuan.
Dalam (21), kehadiran “yang” dalam pembentukan FN “protein yang banyak” dan “orang yang
suka membaca” adalah wajib. Tanpa kehadirannya, FN yang dibentukkan, iaitu “protein banyak”
(21a’) dan “orang suka membaca” (21b’), adalah tidak gramatis. Sebagai akibatnya ayat yang
dijana (21a’-b’) juga tidak gramatis.
(21) contoh:
a’. *Ikan mengandungi protein banyak.
b’. *Orang suka membaca luas pengetahuan.
Ada kalanya pula kehadiran “yang” boleh menghilangkan kejanggalan dalam pembentukan FN
(berhuruf tebal). Contohnya ialah (22a-b) yang berikut:
(22) contoh:
a. ?Rumah sangat besar itu tidak berpenghuni.
b. Rumah yang sangat besar itu tidak berpenghuni.
Dalam (22), ayat (22a) agak janggal tanpa kehadiran “yang”. Kehadiran “yang” dalam ayat (22b)
dapat menghilangkan kejanggalan ini.
Ada kalanya pula penggunaan “yang” tidak mempunyai kesan dari segi kegramatisan FN yang
dibentukkan. Oleh itu FN (berhuruf tebal) dan seterusnya ayat yang dijana tetap gramatis sama
ada dengan atau tanpa kehadiran “yang”. Contohnya ialah (23a-b) yang berikut:
(23) contoh:
a. Rumah besar itu tidak berpenghuni.
b. Rumah yang besar itu tidak berpenghuni.
Kedua-dua FN iaitu “rumah besar itu” dan “rumah yang besar itu” adalah gramatis. Sebagai
hasilnya kedua-dua ayat (23a-b) yang dijana juga gramatis.
Walau bagaimanapun ada kalanya penggunaan “yang” akan menyebabkan FN (berhuruf tebal)
yang dibentukkan tidak gramatis. Contohnya ialah (24a-b) yang berikut:
(24) contoh:
a. Budaya suka membaca mesti dipupuk dalam masyarakat.
b. *Budaya yang suka membaca mesti dipupuk dalam masyarakat.
Dalam ayat (24a), FN “budaya suka membaca” adalah gramatis, lalu menghasilkan ayat yang
gramatis juga. Sebaliknya ayat (24b) tidak ramatis kerana FN “budaya yang suka membaca”
tidak gramatis.

FRASA KERJA

Frasa kerja ialah perkataan atau sederetan perkataan yang digunakan untuk


menggambarkan perbuatan, sama ada melibatkan pergerakan atau tidak,
oleh manusia, hewan, benda dan unsur abstrak. Ia adalah antara empat kategori frasa yang
terdapat dalam bahasa Melayu. Ia mempunyai fungsi yang banyak dalam pembinaan frasa dan
ayat. Oleh sebab itu pemahaman mengenai frasa ini penting bagi seseorang pengguna bahasa
untuk menjana frasa dan ayat yang gramatis.

Ciri-ciri 
Frasa kerja (FK) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu ia boleh didahului oleh kata
bantu (aspek dan ragam). Contoh FK yang didahului oleh kata bantu ialah (1a-d) yang berikut.
1. Contoh:
a. akan tidur
b. sedang menonton televisyen
c. hendak makan
Dalam (1), FK “akan tidur” (1a), “sedang menonton televisyen” (1b) masing-masing didahului
oleh kata bantu aspek “akan” dan “sedang”. FK “hendak makan” (1c) dan “suka membaca” (1d)
pula masing-masing didahului oleh kata bantu ragam “hendak” dan “suka”.

Jenis 
FK boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu tak transitif dan transitif. Perbezaan antara
kedua-duanya ialah FK tak transitif (2-ac) tidak mempunyai objek sementara FK transitif (3a-c)
sebaliknya.
2. Contoh:
a. Bayi itu menangis.
b. Dia sudah keluar.
c. Mereka sedang bermain.
3. Contoh
a. Ali membaca buku motivasi.
b. Siti menggulai kopi.
c. Mereka memasuki bangunan itu.
“Menangis” (2a), “sudah keluar” (2b) dan “sedang bermain” ialah FK tak transitif kerana masing-
masing tidak mempunyai objek. “Membaca” (3a), “menggulai” (3b) dan “memasuki” (3c) ialah FK
transitif kerana masing-masing mempunyai objek, iaitu “buku motivasi”, “kopi” dan “bangunan
itu”.

KATA SENDI
Golongan kata sendi adalah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama
dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu
perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.
Contoh:

 Buku di pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)


 Menyelam sambil minum air (kata kerja + kata sendi + frasa kerja)

Fungsi kata sendi


Ada lima fungsi kata sendi:
1. Menunjukkan tempat atau arah.
melalui jalan dalam
pada fikiran saya
2. Menunjukkan masa.
dalam tahun lepas
sewaktu bulan biru
3. Menunjukan sebab akibat.
Kemalangan berlaku kerana jalan licin
Sebab mulut badan binasa
4. Menunjukkan pelaku.
Perlawanan akhir itu dimenangi oleh Kedah FA
5. Menunjukkan mangsa.
Perompak itu kena belasah

FRASA ADJKETIF

Frasa adjektif ialah satu daripada empat kategori frasa bahasa Melayu. Frasa ini dapat
berfungsi sebagai predikat ayat. Fungsinya yang lain adalah sebagai penerang frasa kerja dan
penerang frasa nama.

Definisi
Definisi dari segi binaan - Binaan/struktur yang mengandungi satu atau beberapa perkataan
dengan kata adjektif atau kata sifat sebagai intinya (perkataan utama).
Definisi dari segi fungsi - satu atau beberapa perkataan yang digunakan untuk menggambarkan
sifat/keadaan/warna manusia, haiwan, benda, peristiwa dan unsur abstrak.
Siti pandai.
Siti sangat pandai.

Ciri-ciri
Boleh didahului / diikuti oleh kata / imbuhan penguat.
Sangat pandai.
Paling pandai.
Terpandai.
Sungguh pandai.
Pandai sungguh.

Fungsi
Predikat ayat
Siti pandai.
Siti sangat pandai.
Siti gemar membaca buku.
Siti sayang akan ibu bapanya.
Siti cinta akan negaranya.
Siti sayangkan ibu bapanya.
Penerang Frasa Nama
Budak kecil itu adik saya. – FA “kecil” ialah penerang bagi FN “budak”. Kereta baru itu miliknya. -
FA "baru" ialah penerang bagi FN "kereta".
Budak yang sangat pandai itu adik saya.
Penerang Frasa Kerja
Angin bertiup kencang. – FA “kencang” ialah penerang bagi FK “bertiup”.
Dia memandu laju keretanya. – FA “laju” ialah penerang bagi FK “memandu”.

 Dia memandu di jalan raya keretanya.


Dia memandu keretanya dengan laju.

 Dia memandu sangat laju keretanya.


Dia memandu keretanya dengan sangat laju.
Kata adjekjif (KA) boleh berfungsi sebagai subjek ayat
Hitam menawan. – KA “hitam” berfungsi sebagai subjek ayat.
Sebenarnya KA “hitam” ialah sebahagian daripada FN yang kata intinya, iaitu “warna” telah
digugurkan.
Warna hitam menawan.

Kesalahan umum penggunaan FA


Menggunakan penguat hadapan sebagai penguat belakang.
Sangat pandai

 pandai sangat
b) Menggunakan dua kata/imbuhan penguat yang sama darjah

 paling pandai sekali


 terpandai sekali
 amat cantik sungguh

 amat cantik sekali


 terutamanya
c) menggunakan kata penguat bukan pada FA
pertama sekali
akhir sekali
terakhir

AYAT DASAR

Menurut Tatabahasa Dewan, ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi
pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat pelbagai jenis ayat
dari segi binaan dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa,
namun jika dikaji asas binaannya maka semua ayat itu boleh dikesan rangka dasarnya sebagai
berasal daripada beberapa pola tertentu.
Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis, dengan berpandu
pada jenis-jenis unsur yang hadir sebagai konstituen ayat-ayat itu (jenis-jenis subjek dan
predikatnya). Konstituen subjek, pada umumnya, diisi oleh frasa nama, sementara konstituen
predikat pula diisi oleh empat jenis unsur yang berbeza, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK),
frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSN). Empat jenis unsur pengisi konstituen predikat
inilah yang menubuhkan empat jenis pola ayat dasar bahasa Melayu seperti yang berikut:

i Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)


ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS). 

   Pola 1: Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)


Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan
Frasa Nama ( FN ) sebagai predikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FN ) : Ahmad ialah guru.
Ahmad merupakan frasa nama begitu juga dengan guru.Ayat tersebut tidak menjadi terbitan
kerana tidak mempunyai imbuhan.
   Pola 2: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan
Frasa Kerja ( FK ) sebagai predikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FK ) : Ahmad berlari.
Ahmad merupakan frasa nama manakala berlari merupakan frasa kerja iaitu daripada kata dasar
lari.

   Pola 3: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)


Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan
Frasa Adjektif ( FA ) sebagai predikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FA ) : Ahmad tinggi.
Ahmad merupakan frasa nama manakala tinggi merupakan kata adjektif atau pun kata sifat iaitu
sifat Ali yang tinggi.

   Pola 4: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)


Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan
Frasa Sendi Nama ( FSN ) sebagai predikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FSN ) : Rumahnya disebelah balai Polis.
Rumah merupakan frasa nama manakala di merupakan kata sendi nama. Manakala balai polis
hanyalah prediket ayat.

AYAT TUNGGAL

SUSUNAN BIASA
Dalam susunan biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan
konstituen predikat, seperti dalam contoh-contoh berikut:

1. Seorang guru telah memenangi hadiah itu.


2. Beberapa buah bangunan musnah dalam kebakaran itu.
3. Semua pelajar kita berjaya dalam peperiksaan tahun lalu.
4. Setiap tuntutan akan mendapat layanan.
5. Mereka semua sudah lama menetap di Malaysia.
6. Setengah-setengah bangunan itu masih kukuh lagi.
7. Kebanyakan calon tidak memahami soalannya.
8. Hampir semua pekarja telah hadir dalam majlis tersebut.
9. Negeri-negeri pantai timur masyhur dengan perusahaan kraftangan.
10. Penyalahgunaan dadah dapat melemahkan tenaga pekerja negara kita.

Lazimnya dalam percakapan dan penulisan biasa terdapat penegasan atau penekanan yang
dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kata-kata penegas yang biasa
digunakan ialah –lah, -tah, -kah. Kontituen yang menerima kata penegas mengalami proses
pendepanan, seperti :

1.    A) Bapa saya dia.


B) Dialah bapa saya.
      2.   A) Adik kami datang semalam.
            B) Datangkah adik kami semalam?
Dalam ayat susunan biasa, kata penekan yang biasa digunakan ialah pun-, jua-, juga, sahaja
dan lagi.

Contoh;
1. Pengawai itu pun tidak melayan kita.
2. Saya ingin juga ke sana.
3. Kita meminta rahmat daripada Allah jua.
4. Sepanjang hari dia mengelamun sahaja.
5. Orang itu tidak akan datang lagi.

SUSUNAN SONGSANG
Ayat tunggal boleh juga wujud dalam susunan songsang melalui proses pendepanan atau
penjudulan. Dalam susunan songsang konstituen predikat akan dipindahkan ke hadapan subjek
ayat. Unsur yang dipindahkan ke hadapan itu mesti diberi penegasan iaitu melalui proses
pendepanan predikat iaitu;

a. Pendepanan seluruh predikat.


Seluruh konstituen predikat di bawa ke hadapan mendahului subjek.
1. Perangainya baik sungguh.
2. (Baik sungguh perangainya.)
3. Pendaki itu berjaya juga akhirnya.
4. (Berjaya juga akhirnya pendaki itu.)

b. Pendepanan sebahagian daripada predikat.


i. Pendepanan frasa kerja
Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu:
 kata kerja sahaja
1. Kanak-kanak itu berkejaran-kejaran di padang.
2. (Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.)
3. Hati saya terkilan tadi.
4. (Terkilan hati saya tadi.)
 kata kerja dengan objek
1. Dia membaca buku di perpustakaan.
2. (Membaca buku dia di perpustakaan.)
3. Pak Abu menanam jagung tahun ini.
4. (Menanam jagung Pak Abu tahun ini.)
 kata bantu dengan kata kerja
1. Budak-budak itu masih bermain.
2. (Masih bermain budak-budak itu.)
3. Anaknya belum sampai ke sekolah.
4. (Belum sampai anaknya ke sekolah.)
ii. Pendepanan frasa adjektif
 Pendepanan Kata Adjektif Sahaja
1. Dia sakit pada masa itu.
2. [Sakit dia pada masa itu.]
3. Badannya lesu sepanjang masa.
4. [Lesu badannya sepanjang masa.]
 Pendepanan Kata Bantu dengan Adjektif
1. Barang itu belum tentu baik.
2. (Belum tentu baik barang itu.)
3. Bangunan itu masih teguh lagi.
4. (Masih teguh lagi bangunan itu.)
iii. Pendepanan frasa sendi nama
 Frasa sendi nama sebagai predikat.
1. Barang-barang itu untuk ibu.
2. [Untuk ibu barang-barang itu.]
3. Surat itu tentu daripada Ali.
4. [Tentu daripada Ali surat itu.]
 Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
1. Saya berpegang pada janji.
2. [Pada janji saya berpegang.]
3. Kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.
4. [Kepada Allah kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.]

AYAT MAJMUK

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal. Terdapat tiga jenis ayat
majmuk, iaitu:
a) Ayat majmuk gabungan
b) Ayat majmuk pancangan
c) Ayat majmuk campuran

(a) Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.Ayat majmuk
gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, serta, atau,
tetapi, sambil dan sebagainya.

Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan

Ayat Tunggal - Ayat Majmuk Gabungan


a) Idayu belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.
b) Moqrieyz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.
Idayu dan Moqrieyz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.

a) Fareeza seorang pelajar yang garang.


b) Fareeza seorang pelajar yang ganas.
Fareeza seorang pelajar yang cerdik tetapi malas.

a) Ain masuk ke dalam bilik.


b) Ain tidur.
Ain masuk ke bilik lalu tidur.

a) Naqiuddin memandang saya.


b) Naqiuddin ketawa.
Naqiuddin memandang saya sambil ketawa.

a) Arash mahu minum kopi?


b) Arash mahu minum teh?
Arash mahu minum kopi atau teh?

(b) Ayat Majmuk Pancangan

1. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau
beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata
hubung pancangan.

2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu:


i) Ayat majmuk pancangan relatif
ii) Ayat majmuk pancangan komplemen
iii) Ayat majmuk pancangan keterangan

(i) Ayat Majmuk Pancangan Relatif

1. Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung "yang".
 untuk membentuk Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Cara Pembentukan Ayat Majmuk Relatif

Ayat induk : Nurisma membaca majalah itu.


Ayat kecil : Majalah itu dibeli di kedai.
Nurisma membaca majalah yang dibeli di kedai itu.

Ayat induk : Ikram duduk di atas bangku.


Ayat kecil : Ikram itu adik saya.
Ikram yang duduk di atas bangku itu adik saya.

Ayat induk : Ayuni mempunyai dua helai baju.


Ayat kecil : Dua helai baju itu berwarna biru.
Ayuni mempunyai dua helai baju yang berwarna biru.

Ayat induk : Zukeikha membeli kain sutera.


Ayat kecil : Kain sutera itu berwarna merah.
 Zuleikha membeli kain sutera yang berwarna merah.

Ayat induk : Bas itu bas sekolah.


Ayat kecil : Bhihabil menaiki bas.
Bas yang dinaiki Bhihabil itu bas sekolah.
(ii) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang menggunakan kata hubung
“bahawa" dan "untuk".

Cara Pembentukan Ayat Majmuk Komplemen

Ayat induk : Wais  berjanji.


Ayat kecil : Wais tidak akan ponteng sekolah lagi.
Kata hubung : bahawa
Wais berjanji bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.

Ayat induk : Ismaliyana pergi ke pasar.


Ayat kecil :  Ismaliyana membeli daging dan sayur-sayuran.
Kata hubung : untuk
Ismaliyana pergi ke pasar untuk membeli daging dan sayur-sayuran.

(iii) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan ayat
lain berfungsi untuk memberi keterangan. Terdapat beberapa jenis keterangan yang digunakan
dalam ayat majmuk pancangan keterangan, iaitu:
Keterangan sebab/ musabab  --> kerana, lantaran, oleh sebab, sebab

Keterangan syarat -->jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata


Keterangan waktu -->sejak, semenjak, setelah, sewaktu, tatkala, ketika, apabila, sementara
Keterangan pertentangan -->walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun,
namun, sedangkan
Keterangan harapan--> supaya, agar, semoga, moga-moga,kalau-kalau
Keterangan cara -->dengan
Keterangan perbandingan -->seperti, macam, seolah-olah, ibarat, bak, bagaikan, ibarat
Keterangan tujuan --> untuk , demi ,bagi
Keterangan akibat --> hingga , sehingga

Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan


Cara Pembentukan Ayat Majmuk Keterangan

Ayat induk : Meon tidak pergi ke padang.


Ayat kecil : Hari hujan.
Kata hubung : kerana
Meon tidak pergi ke padang kerana hari hujan.(Keterangan  sebab)

Ayat induk : Yoong Leng sedang tidur nyenyak.


Ayat kecil : Saya tiba di rumahnya.
Kata hubung : apabila
Aisyah sedang tidur nyenyak apabila saya tiba di rumahnya.(Keterangan waktu)

Ayat induk : Alia menghiris bawang.


Ayat kecil : Dia menggunakan pisau.
Kata hubung : dengan
Alia menghiris bawang dengan menggunakan pisau.(Keterangan cara)

Ayat induk : Ikhsan berdoa.


Ayat kecil : Ibunya cepat sembuh.
Kata hubung : agar
Ikhsan berdoa agar ibunya cepat sembuh.(Keterangan harapan)

Ayat induk : Najihah masih belum balik lagi.


Ayat kecil : Hari sudah lewat malam.
Kata hubung : walaupun
Najihah masih belum balik lagi walaupun hari sudah lewat malam.(Keterangan pertentangan)

Ayat induk : Nik rajin berusaha.


Ayat kecil : Nik akan berjaya dalam peperiksaan.
Kata hubung : jika
Jika Nik rajin berusaha, dia akan berjaya dalam peperiksaan.(Keterangan syarat)

Ayat induk : Azihim kebingungan


Ayat kesil : Rusa masuk kampong
Azihim kebingungan seperti rusa masuk kampung. (Keterangan perbandingan)

(c) Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu terdiri

daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau beberapa ayat majmuk.

Pembentukan Ayat Majmuk Campuran

Ayat tunggal : Luqman sedang membaca surat khabar.


Ayat komplemen : Adik sedang memasak untuk tetamu yang akan datang ke rumah.
Luqman sedang membaca surat khabar manakala adik sedang memasak untuk tetamu yang
akan datang ke rumah.

Ayat pancangan relatif : Persekitaran yang bersih amat penting.


Ayat pancangan : Persekitaran yang bersih dapat
keterangan menjamin kesihatan seseorang supaya tidak dijangkiti penyakit.
Persekitaran yang bersih amat penting bagi menjamin kesihatan seseorang supaya tidak
dijangkiti penyakit.

Ayat majmuk gabungan : Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil.


Ayat pancangan relatif : Mereka ditegur oleh guru disiplin yang garang itu.
Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil meskipun ditegur oleh guru disiplin yang garang
itu.

Ayat majmuk gabungan : Adik bangun lalu turun ke serambi.


Ayat komplemen : Kawan-kawan adik sedang menunggunya untuk pergi pergi bermain bola.
Adik bangun lalu turun ke serambi kerana kawan-kawannya sedang menunggunya untuk pergi
bermain bola.

Ayat tunggal : Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran.


Ayat komplemen : Guru Besar mengumumkan bahawa peperiksaan akan diadakan pada bulan
hadapan.
Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran setelah Guru Besar mengumumkan bahawa
peperiksaan akan diadakan pada bulan hadapan.

JENIS AYAT

1) AYAT PENYATA
Definisi:
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan
sesuatu hal.Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Ayat contoh:
a) Pelajar-pelajar sedang  mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.
c) Dia suka menonton rancangan televisyen.
d) Datuk sedang berehat di ruang tamu.
e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.
 
2) AYAT SERUAN

Definisi:

Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah,
gembira, sakit, benci dan sebagainya. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat
seruan. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan
sebagainya.

Ayat contoh:
a) Amboi, cantiknya gadis itu!
b) Wah, mahalnya baju ini!
c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini!
d) Cis, berani kamu pukul saya!
e) Syabas, kamu telah menang!

3) AYAT TANYA

Definisi:

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Terdapat dua jenis ayat
tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya. Tanda soal (?)
diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya


Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada
akhir ayat penyata.Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).

Ayat contoh:
a)  Adik masih belum makan?
b)  Pertandingan perbahasan itu akan diadakan minggu hadapan?
c)   Bas itu sudah bertolak?

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya


Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, bila,
mana, bagaimana dan sebagainya.

Ayat contoh:
a) Barang itu apa?
b) Pemain piano itu siapa?
c) Hari jadi kamu bila?

Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan diletakkan di
hadapan ayat.

Ayat contoh:
a) Apakah barang itu?
b) Siapakah pemain piano itu?
c) Bilakah hari jadi kamu?

4) AYAT PERINTAH

Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah
terdiri daripada empat jenis, iaitu:

a) Ayat Suruhan
- Minumlah teh ini dahulu.

b) Ayat Larangan
-  Jangan petik bunga itu.
- Usah bermain di tepi jalan.
- Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.

c) Ayat Silaan
- Silalah pakai topi keledar.
- Jemput makan bersama-sama.

d) Ayat Permintaan
- Minta anda semua bersabar.
- Tolong ambilkan saya secawan air

Anda mungkin juga menyukai