Anda di halaman 1dari 8

Di

sebuah

kampung

terdapat

seorang

pengembala yang baik hati. Dia membela

beberapa ekor biri-biri. Setiap pagi dia membawa biribirinya makan rumput di padang rumput yang luas. Apabila petang, dia akan membawa masuk biribirinya ke dalam kandang.

Tidak berapa jauh dari ladang itu terdapat hutan yang agak tebal. Dalam hutan itu tinggal seekor serigala yang licik. Setiap hari serigala itu memerhati pengembala membawa biri-birinya makan rumput di padang rumput. Serigala mencari helah untuk menangkap biri-biri itu.

Pada suatu hari, serigala pergi ke ladang itu. Ia duduk tidak berapa jauh dari kandang biri-biri. Ia purapura berehat di situ. Ketika pengembala pergi ke kandang biri-biri, dia ternampak seekor serigala.

Pengembala menghampiri serigala itu. Dia ingin menghalau serigala itu. Apakah yang kamu buat di sini, tanya pengembala.

Saya hanya berhenti rehat di sini setelah penat berjalan-jalan, jawab serigala dengan sopan. Pengembala percaya dengan jawapan serigala.

Pada suatu hari, pengembala ingin pergi ke pekan. Tetapi dia bimbang biri-birinya akan kelaparan jika tidak diberi makan. Tiba-tiba dia ternampak serigala yang ditemui beberapa hari yang lepas.

Wahai serigala, bolehkah kamu menolong saya. Biri-biri saya ingin makan rumput di padang tetapi saya perlu pergi ke pekan. Bolehkah kamu tolong jaga biri-biri ini untuk saya, tanya pengembala.

Tuan jangan bimbang, saya akan jaga ternakan tuan dengan baik, jawab serigala sambil tersenyum.

Sebaik

sahaja

pengembala

pergi,

serigala

membaham seekor demi seekor biri-biri itu. Serigala berasa sungguh gembira kerana mendapat makanan yang sedap. Apabila pengembala pulang, dia mendapati kesemua biri-biri telah dibaham oleh serigala. Dia menyesal kerana percaya kepada serigala.

Swan dan Memerang tinggal berjiran di sebatang sungai. Swan bersikap sombong kerana boleh melihat benda yang sangat jauh.

Memrang pula mempunyai mata yang kecil. Ia tidak boleh melihat benda yang jauh. Swan selalu menghina Memerang.

Pada suatu hari, Memerang begitu sibuk memotong kayu di tepi sungai. Ia mahu membina sarang. Sementara itu, Swan berenang ke sana ke mari di sungai.

Swan berkata kepada Memerang, Kamu tidak boleh lihat sesuatu dari jauh kerana mata kamu kecil. Pemburu akan menangkap kamu dengan mudah.

Aku tahu kamu boleh lihat benda yang sangat jauh, kata Memerang kepada Swan. Bolehkah kamu dengar apa-apa bunyi yang luar biasa dari tempat jauh sekarang?

Swan mendengar beberapa ketika. Kemudian ia menjawab. Tidak. Cuba dengar dengan teliti, kata Memerang.

Aku tidak dengar apa-apa bunyi yang luar biasa, kata Swan. Aku dengar sesuatu yang memukul permukaan air, kata Memerang pula.

Swan tidak percaya kepada Memerang. Kamu cuba tipu aku, katanya.

Memang aku dengar sesuatu, kata Memerang. Telinga aku setanding mata kamu. Aku boleh bunyi dari tempat yang jauh.

Memerang tersenyum kepada Swan lalu berkata, Selamat tinggal, sahabat. Saya terpaksa pergi sekarang. Ia terjun ke dalam sungai lalu berenang pergi.

Pergilah kamu si hodoh! kata Swan. Ia berasa sakit hati kerana Memerang membandingkan telinganya dengan mmatanya sendiri.

Swan mendongak sambil memandang ke sekeliling. Ia tidak Nampak apa-apa yang luar biasa.

Sekietika kemudian, seorang pemburu datang dengan , menaiki sebuah rakit. Dia ternampak Swan lalu menambaknya. Bang!

Swan ditembak mati. Bangkainya timbul di permukaan sungai. Pemburu itu mencapai bangkai Swan lalu pulang dengan gembira.

Eddie ialah seekor gajah yang mempunyai sebatang hidung yang panjang. Hidungnya dipanggil belalai. Belalai Eddie sungguh istimewa kerana ia boleh digunakan untuk bermacam-macam perkara.

Tengok bagaimana bergunanya hidung saya ini! teriak Eddie dengan bangga. Pada suatu hari, Eddie pergi ke tepi sungai untuk minum air.

Cuaca pada hari itu sangat panas. Eddie menyedut air sungai dengan belalainya yang panjang itu. Ia minum dengan sepuas-puas hatinya. Selepas minum, Eddie berjalan pulang.

Tiba-tiba, ia terdengar satu suara. Rupa-rupanya belalainya yang panjang itu sedang bercakap padanya. Saya nak tinggalkan badan ini! Saya nak tinggalkan badan ini kata suara itu. Apa? Hidung saya mahu tinggalkan saya, teriak Eddie. Eddie sungguh terkejut. Ia panggil kawan-kawannya.

Akhirnya datang Si Tikus Kanni. Ia masuk ke dalam hidung Eddie. Ia berkata ada seekor ketam dalam hidung awak.

Selepas itu, Si Tikus Kanni ambil sehelai bulu burung lalu masukkan bulu tersebut ke dalam hidung Eddie.

AHH Choooo Ketam itu keluar dari belalai Sang Gajah itu. Eddie berasa gembira kerana belalainya tidak berasa sakit lagi. Sang Gajah mengucapkan terima kasih kepada Si Tikus Kanni.

Anda mungkin juga menyukai