Salam sejahtera .Tajuk cerita saya ialah "Buaya Yang Mementingkan Diri".
Pada zaman dahulu, ada sebuah hutan rimba .Monyet, tupai dan
gajah tinggal berjiran di dalam hutan itu. Arnab dan kura-kura tinggal di
dalam hutan itu juga. Mereka tinggal dekat dengan sungai.
"Hei kamu semua ! Apa kamu buat di sini? "jerit buaya. "jangan datang ke
sungai ini.
"Sungai ini kepunyaan aku! Aku tidak suka kamu datang ke sungai ini," kata
buaya. " kami dahaga buaya," kata gajah. "kami mahu minum sedikit air sahaja.
Bolehkah buaya ?
"sungai ini kepunyaan aku" . Pergi dari sini, J ika tidak ,aku aka n bunuh
kamu."Jerit buaya.
Binatang-binatang itu berasa takut. Oleh itu, mereka pergi dari situ.
Binatang-blnatang itu berasa sedih . " kita mesti buat sesuatu, kita tunggu
sampai malam," kata mereka. Pada waktu malam,buaya masuk
tidur.Binatang binatang itu pergi ke sungai. "Mari kita membina empangan,"
kata gajah.
Pada keesokan paginya ,buaya ternampak empangan. Dla berasa marah dan
meluru ke empangan itu. Batu-batu dan kayu-kayu itu terjatuh menimpa
buaya. Buaya tidak dapat keluar dari situ. "Sakitnya ! tolong ,tolong "
Akhirnya,buaya itu mati.
Pengajaran yang kita dapati dalam cerita ini ialah ,kita mesti berkongsi apa
yang ada pada kita dan tidak bersombong dengan orang lain.