Anda di halaman 1dari 1

pada peringkat perkembangan yang lebih awal.

Namun, apabila mencapai peringkat tua, kekuatan


tenaga mula beransur-ansur hilang. Natijahnya, pada usia ini seseorang itu akan mudah cepat letih,
kurang tenaga dan kesihatan akan sentiasa terganggu. Kematangan fizikal akan berakhir dengan

dan pandai. Oleh itu bagi menghasilkan kesediaan pembelajaran, guru haruslah memperkembangkan
kematangan sosial murid-murid secara positif untuk menggalakkan pembelajaran harmoni. Umpamanya,
melaksanakan dalam aktiviti berkumpulan dengan menggabungkan murid yang pendiam dengan murid
yang riang dan murid yang lemah digabungkan dengan murid yang pandai. Oleh yang demikian, mereka
dapat saling berinteraksi, membuat tugasan dan keputusan secara koperatif dan kolaboratif sekali gus
dapat mewujudkan, membantu dan meningkatkan kesediaan belajar kerana wujudnya interaksi yang
dapat mematangkan hubungan sosial mereka antara satu sama lain.

Selanjutnya, pengalaman sedia ada yang disusun rapi dapat membantu murid-murid untuk mempunyai
kesediaan belajar yang teratur dalam mata pelajaran tertentu. Terdapat setengah ahli teori pembelajaran
yang mengatakan bahawa sekiranya bahan pembelajaran disusun dengan sempurna mengikut
kesusahan dan perkaitannya, maka semua kanak-kanak dapat mempelajari apa-apa jua idea tentang
urutan pembelajaran dan prasyarat tertentu adalah berdasarkan andaian bahawa kemahiran yang asas
diperlukan terlebih dahulu sebelum pembelajaran kemahiran yang tinggi dan lebih kompleks. Contohnya,
pelajar tingkatan tiga yang hendak memasuki kelas Sains mesti memenuhi prasyarat keputusan
sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Sains dan Matematik. Jika tidak, mereka akan mengalami
kesukaran meneruskan pembelajaran yang lebih kompleks kerana mempunyai asas yang sangat lemah.

Selain daripada itu, pengalaman kanak-kanak juga sangat bergantung kepada latar belakang keluarga,
kebudayaaan masyarakat dan alam sekelilingnya. Mengikut kajian Rosen (1958), keluarga yang berasal
daripada kelas menengah ialah keluarga yang banyak memberikan sumbangan dalm kesediaan belajar
anak-anak mereka. Contohnya mereka telah diasuh, diajar dan diberi peneguhan supaya sentiasa
bersedia dalam pembelajaran untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran. Mengikut prinsip Pavlov
kanak-kanak menjadikan peneguhan daripada ibu bapa seperti berbentuk ganjaran untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai