Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Pendidikan sangat penting, memandangkan dalam era globalisasi kini, setiap


perkara memerlukan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu maju ke
hadapan. Dengan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk
semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Guru merupakan insan yang terpenting dalam
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian, guru perlu
mempunyai kemahiran profesional bagi melahirkan anak bangsa yang berkualiti.
Teks ucapan
Saya sangat setuju dengan ucapan YAB Menteri Pendidikan Malaysia yang
mengatakan bahawa sememangnya menjadi guru dewasa ini tidaklah semudah yang
disangka. Kejayaan yang dikecapi oleh pelbagai golongan pada masa kini bermula daripada
pengorbanan seorang guru yang dengan lembut dan sabarnya mendidik dan mencurahkan
ilmu kepada anak-anak didiknya. Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang pernah
menyatakan bahawa lahirnya seorang Perdana Menteri, doktor, peguam dan pensyarah
adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya membaca dan menulis. Ini
menunjukkan jasa seseorang guru dalam mendidik anak bangsa tanpa mengira masa,
tenaga serta wang ringgit. Justeru, memang

tidak dapat disangkal lagi golongan guru

merupakan barisan hadapan yang sangat penting dalam usaha menyediakan rakyat yang
berpendidikan dan berakhlak mulia yang mampu menerajui tampuk kepimpinan negara ke
arah kemajuan. Mereka ibarat matahari yang menyinari kehidupan insaniah dengan cahaya
ilmunya. Kegigihan guru dalam mendidik anak watan dengan ikhlas tanpa rasa jemu tidak
perlu dipertikaikan. Tanpa usaha dan pengorbanan guru, tidak mungkin pelajar mencapai
kejayaan yang cemerlang. Seterusnya generasi inilah yang bakal memacu pembangunan
negara agar negara berada pada landasan yang tepat dan dapat duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain yang maju.
Menurut ucapan YAB Menteri Pendidikan Malaysia, tugas dan tanggungjawab besar
yang terletak di bahu guru menuntut komitmen yang tinggi khususnya dalam menghadapi
persaingan global yang menuntut perubahan yang dinamik dalam sistem pendidikan.
Pernyataan ini, membuktikan bahawa peranan guru adalah penting dalam sistem
pendidikan. Tugas utama guru ialah mereka menjadi orang pertama yang menyalurkan ilmu
pengetahuan. Pihak guru telah diberi latihan untuk memastikan mereka berupaya untuk
mendidik anak bangsa dengan ilmu yang diperlukan mengikut tahap umur dan peperiksaan
yang dihadapi itu. Setiap guru hendaklah meneroka teknik pembelajaran yang bersesuaian
dengan pelajar mereka untuk memastikan semuanya memahami ilmu yang diberikan itu.
Malah, golongan pendidikan ini juga bertanggungjawab untuk memberikan kasih sayang

kepada pelajar mereka. Kebanyakan pelajar yang mengalami masalah disebabkan oleh diri
mereka kekurangan kasih sayang terutama daripada ibu bapa mereka yang sibuk bekerja
itu. Guru yang bijak ialah mereka yang boleh memberikan kasih sayang ini kepada pelajar
mereka lalu golongan muda ini berasa diri mereka dihargai dan tidak terbabit dalam gejala
negatif. Selain itu, guru perlu menjadi contoh teladan yang positif. Guru yang dilihat sebagai
baik, berkelakuan sopan dan berjaya dalam pelajaran akan dijadikan idola oleh seseorang
pelajar itu. Oleh itu, tugas dan tanggungjawab guru adalah penting melahirkan bakal
generasi yang memberi sumbangan kepada negara.
Saya juga amat setuju dengan ucapan YAB Menteri Pendidikan Malaysia yang
mengatakan bahawa guru sebagai golongan professional perlu bersedia untuk menerima
perubahan dan memiliki ciri inovatif. Ini menunjukkan bahawa guru sentiasa mengekalkan
nilai intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk
berkualiti atau modal insan yang diperlukan di negara kita. Guru perlulah peka dengan
perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada murid, guru
menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling. Selain itu, guru perlu
mempertingkatkan ilmu pengetahuan terutamanya dalam penguasaan teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. Dengan ini, guru dapat meningkatkan kemahiran
ICT dan interaksi global yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik
darjah. Sebagai contoh, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat
melaksanakan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

merentasi

penyediaan

pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid berpeluang melihat keadaan gunung
berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar laut menerusi carian laman video
pendidikan di internet.
Langkah-langkah
Guru merupakan seorang yang sangat berperanan penting dalam sistem pendidikan. Jika
saya menjadi guru, saya akan melaksanakan beberapa langkah bagi meralisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan melahirkan bakal generasi yang berfikiran kreatif dan inovatif.
Antaranya adalah:
1.0 Melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan mata pelajaran.
Jika saya sebagai seorang guru, saya akan melengkapkan diri saya dengan
pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran sebelum bermula mengajar anak
muridnya..

Saya akan sentiasa mengemaskini ilmu pengetahuan saya mengikut

perkembangan semasa. Ini adalah kerana guru berperanan sebagai seorang modal insan
yang melahirkan generasi masa hadapan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, sosial

dan intelek. Dengan ini, saya akan menggunakan teknologi maklumat (ICT) dalam proses
pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan
contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya
perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal
ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, ia juga dapat merangsang pemikiran pelajar
serta mereka juga akan mempelajari cara penggunaan tersebut. Pengajaran dan
pembelajaran merupakan suatu medan, tempat melahirkan insan-insan berkualiti mulia,
sebagaimana yang diharapkan di dalam falsafah pendidikan negara. Dengan cara ini, dapat
melahirkan bakal generasi yang berfikiran kreatif dan inovatif.
2.0 Guru sebagai fasilitator.
Jika saya menjadi seorang guru pada masa hadapan, saya akan menjadi fasilitator
kepada anak murinya. Dengan ini, saya akan menggunakan pendekatan pengajaran
berpusatkan murid. Di sini, guru hanya bertindak sebagai seorang fasilitator. Sebagai
contoh, guru akan memantau dengan mencadangkan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada pelajar. Dalam hal ini, pelajar akan
yang mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri.
Pembelajaran berpusatkan pelajar dapat menimbulkan rasa minat pelajar untuk belajar
kerana semua murid terlibat dalam kelas. Pelajar juga akan dapat membina keyakinan diri
mereka kerana mereka dapat menyampaikan pandangan dan idea mereka secara bebas
dalam proses pembelajaran. Mereka juga akan berfikiran kreatif dalam melakukan sesuatu
aktiviti.Tambahan pula, pelajar akan mula melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses
pembelajaran. Ini adalah kerana, banyak masa diperutukan untuk aktiviti pelajar sahaja.
Oleh itu sebagai guru, saya akan dapat merangsang pemikiran pelajar dan dapat
melahirkan bakal jenerasi yang berfikiran kreatif dan iovatif.
3.0 menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar
Jika saya seorang guru, saya akan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.
Menurut Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, nilai-nilai murni akan disisipkan melalui semua
mata pelajaran dan ia diperkukuhkan pula melalui kegiatan-kegiatan kokurikulum dan
pembentukan budaya sekolah yang positif. Ringkasnya, kedua-dua bentuk kurikulum, formal
dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dan secara
bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan.
Dengan ini saya akan menerapkan nilai murni merentas kurikulum sebagai strategi utama
bagi memastikan tercapainya matlamat kesepaduan pendidikan mengikut Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, demi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek. Saya akan menggunakan teknik pengajaran yang kreatif
dalam menyerapkan nilai-nilai akhlak kepada pelajar di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai contoh, memberi suatu situasi yang berkaitan dengan nilai-nilai
moral dan menyuruh anak muridnya untuk berlakon dalam kumpulan. Secara tidak
langsung, murid tidak hanya menghafal nilai-nilai tersebut tetapi akan dapat memahaminya
dengan baik. Selain itu, aktiviti seperti ini akan merangsang pemikiran mereka dan akan
melahirkan bakal generasi yang berfikiran kreatif dan inovatif.
4.0 melibatkan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.
Jika saya sebagai guru pada masa hadapan, saya akan melibatkan murid-murid dalam
aktiviti kokurikulum. Penerapan aktiviti kokurikulum dalam sistem pendidikan merupakan
salah satu pendekatan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
merupakan sumber inspirasi dan menjadi kayu ukur kepada semua usaha. Ini merupakan
rancangan pendidikan untuk melahirkan bakal generasi yang mempunyai sahsiah diri yang
seimbang. Kesemua aktiviti kokurikulum ini memainkan peranan tersendiri dalam
mengimbangi potensi individu dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar ke tahap
yang cemerlang serta secara menyeluruh dan bersepadu. Sebagai contoh, aktiviti kawat
kaki dan perkhemahan. Aktiviti unit beruniform ini dapat membentuk tahap disiplin yang
tinggi dalam diri pelajar. Melalui aktiviti seperti ini, murid-murid akan berfikir secara kreatif
seperti teknik mendirikan khemah. Ini dapat melahirkan bakal jenerasi yang kreatif dan
inovatif.
5.0 Memperkembang potensi dan bakat dalam diri pelajar.
Setiap manusia adalah unik. Ini adalah kerana, setiap manusia mempunyai bakat dan
potensi mereka yang tersendiri. Teori personaliti dari perspektif Islam, Timur dan Barat jelas
membuktikan setiap individu iaitu manusia mempunyai perwatakan berbeza-beza. Mereka
juga mempunyai potensi dan kebolehan yang berbeza-beza dalam bidang yang mereka
minati. Dengan ini, saya sebagai bakal guru akan mencungkil bakat serta kobolehan muridmuridnya agar tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang mereka peroleh. Saya akan
melaksanakan tugas saya dengan penuh dedikasi dan ikhlas. Ini adalah kerana, pelajar
akan sentiasa menghormati usaha gigih guru dalam mengembangkan bakat dan potensi diri
mereka. Mereka sebenarnya

mempunyai

banyak bakat, cuma usaha dan cara

mengembangkannya sahaja kurang dilakukan. Bagi mencungkil bakat pelajar, saya akan
mengadakan pertandingan mewarna bagi semua pelajar. Dengan ini, pelajar akan berminat
untuk menyertai pertandingan mewarna serta akan berfikir secara kreatif untuk
menghasilkan sesuatu lukisan yang berkualiti. Melaui aktiviti seperti ini, pelajar dapat

mengenalpasti bakat dan potensi diri mereka. Aktiviti seperti ini dapat melahirkan bakal
jenerasi yang kreatif dan inovatif.
Oleh itu, jika saya menjadi seorang guru pada masa hadapan saya akan melaksanakan
kelima-lima langkah tersebut bagi merealisasikan falsah Pendidikan Kebangssan. Selain itu,
saya juga dapat melahirkan bakal generasi yang berfikiran kreatif dan inovatif.
Penutup
Guru merupakan permata yang bernilai kepada bangsa, masyarakat dan negara. Oleh
itu, guru memikul tanggungjawab yang sangat penting dalam pembangunan dan kemajuan
sesebuah negara. Maka, warga guru wajib memanfaatkan kepakaran dan ilmu masingmasing untuk membina modal insan dalam pelbagai disiplin dan dimensi demi memenuhi
tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi tunjang kepada sistem
pendidikan di negara kita selama ini.
(1508 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai