Anda di halaman 1dari 6

Semut dengan Merpati

Pada suatu hari yang panas, semut meminum air di tepi kolam.
Tiba-tiba, dia tergelincir lalu terjatuh ke dalam kolam. Semut itu menjerit :
“Tolong! Tolong!”

Burung Merpati terdengar lalu menggigit sehelai daun untuk


menyelamatkan semut itu. Semut itu memanjat ke atas daun tersebut
lalu burung Merpati membawa semut ke tempat yang selamat.

Pada hari kemudiannya, terdapat seorang pemburu hendak


melemparkan jeratnya ke arah burung Merpati. Dengan segeranya,
semut itu memanjat ke kaki pemburu dan menggigitnya. Pemburu
berasa sakit (aduh) lalu melepaskan jeratnya. Burung Merpati berjaya
terbang dan menyelamatkan diri. Nilai cerita ini adalah perbuatan yang
baik akan dibalas baik.

Anjing yang Tamak

Pada suatu hari, seekor anjing mendapat seketul tulang yang


besar. Anjing menggonggong tulang dengan gembira. Apabila anjing
menyeberangi sebatang sungai yang jernih, dia berhenti dan melihat ke
dalam air sungai.

Ia terkejut melihat seekor anjing yang lain sedang memandang


padanya. Anjing itu juga sedang menggonggong tulang. Anjing
berfikir :“Tulang anjing itu lebih besar daripada saya! Aku mahu rampas
tulangnya!” Ketika anjing membuka mulutnya, (dum) tulang di mulutnya
terjatuh ke dalam sungai. Tulang itu tenggelam dan anjing juga
kehilangan tulangnya sendiri. Nilai cerita ini adalah kita haruslah
berpuas hati dengan apa yang kita milik.
Si Anjing dengan Si Ayam

Si anjing dan Si ayam adalah kawan baik. Setiap hari, si ayam tidur
di atas dahan pokok manakala si anjing tidur di pangkal pokok.

Pada suatu hari, matahari terbit dan si ayam mula berkokok “kok
kok kok.” Kokokan si ayam telah mengejutkan seekor serigala. Serigala
terus datang ke bawah pokok dan pujuk si ayam turun daripada pokok
tersebut.

Si ayam yang bijak telah meminta serigala untuk mengejutkan


kawannya, si anjing yang sedang tidur di pangkal pokok. Serigala buat
sedemikian. Si anjing yang dikejutkan itu marah dan menyalak (oh oh
oh) pada serigala. Serigala berasa takut lalu lari dari situ.

Nilai cerita ini adalah kita haruslah pandai memilih kawan.

Serigala dan Anak Biri-Biri

Pada suatu hari, sekawan biri-biri sedang meragut rumput di


padang. Seekor anak biri meragut rumput semakin jauh daripada
kawannya. Tiba-tiba, muncul seekor serigala lalu menerkam anak biri
itu. Biri itu lalu merayu :“ Tolong! Jangan makan saya, sekarang perut
saya penuh dengan rumput, jika anda tunggu sebentar, saya akan lebih
sedap dimakan.” Serigala setuju lalu duduk di tepi anak biri.

Biri yang pandai itu mendapat satu akal. Biri meminta serigala
untuk menari bersamanya. Dia meminta serigala untuk membunyikan
loceng lehernya dengan sekuat-kuatnya semasa biri menari. Serigala
pun berbuat sedemikian. Anjing penggembala terdengar loceng
berbunyi lalu datang untuk menyelamatkan anak biri itu.
Sang Serigala Dengan Pakaian Kambingnya

Pada suatu hari, sang serigala terjumpa kulit biri-biri yang usang.
Dia memakai kulit itu seperti memakai baju lalu mendekati sekawan biri-
biri.

Sang serigala berfikir : sebaik sahaja penggembala tidur, saya


akan menangkap seberapa banyak biri-biri yang dapat. Maka, sang
serigala meneruskan lakonannya, bermain dengan biri-biri yang lain.

Tetapi tanpa diketahui oleh sang serigala, penggembala ingin


memilih seekor anak biri sebagai makan malamnya. Dengan pantasnya,
penggembala telah memilih “biri-biri” yang besar dan membunuhnya.
Penggembala terkejut apabila dia menyedari bahawa biri-biri itu adalah
seekor serigala yang memakai kulit biri-biri.

Singa dan tikus

Pada suatu hari, singa sedang berehat di bawah pokok. Tiba-tiba,


seekor tikus masuk dan terlanggar singa. Singa terkejut dari tidur. Singa
sangat marah dengan menuding kukunya ke arah tikus.

“Tolong jangan makan saya, Tuanku!” rayu tikus. “Saya akan


membalas budi suatu hari nanti.” Singa membalas: “tubuh badan kecil
hendak tolong Beta? Hahahah Baiklah, kamu boleh pergi.”

Pada hari kemudian, tikus terdengar ngauman singa (ngaum). Dia


segera berlari ke hutan untuk menyelamatkan singa yang terperangkap
di dalam jaring. “Terima kasih, tikus. Kamu memang hebat,” puji singa.
Nilai cerita ini ialah orang yang hebat juga ada kelemahannya dan
memerlukan pertolongan juga.
Angsa yang Bertelur Emas

Seorang petani dan isterinya hidup gembira di sebuah ladang kecil.


Mereka menternak sekawan angsa dan menjual telurnya di pasar.
Walaupun mereka tidak kaya, tetapi mereka hidup dengan gembira.

Pada suatu hari, terdapat seekor angsa terbang masuk menyertai


angsa-angsa mereka. Keesokkan harinya, pasangan itu terperanjat
apabila mendapati sebiji telur emas berkilauan di sarang angsa mereka.
Tiap-tiap hari selepas itu, angsa itu akan bertelur sebiji telur emas!

Tidak lama kemudian, pasangan itu menjadi semakin kaya seperti


yang tidak pernah mereka mimpikan sebelum ini. Tetapi, mereka tidak
gembira. Mereka tidak puas dengan angsa tersebut yang bertelur hanya
sebiji telur emas setiap hari. Petani itu berkata kepada isterinya, “Perut
angsa itu tentu penuh dengan emas. Kenapa kita perlu tunggu untuk
mendapatkan lebih banyak emas?”

“Jika kita membelah badannya, kita boleh mendapatkan semua


telur sekali gus!” kata isterinya. Oleh itu, mereka pun membunuh angsa
itu! Mereka terperanjat apabila mendapati perutnya sama seperti
angsa-angsa yang lain. Malangnya, mereka juga tidak dapat telur emas
lagi.

Pengajaran daripada cerita ini adalah janganlah kita tamak. Kita


harus berpuas hati dengan apa yang kita ada.
Tikus bandar dengan Tikus Kampung

Pada suatu hari, tikus bandar melawat sepupunya, tikus kampung.


Tikus kampung menghidangkan makanan seperti jagung, anggur dan
epal. Tikus bandar tidak suka dengan makanan yang tidak lazat itu lalu
ia berkata kepada tikus kampung, “Datanglah ke bandar dan lihat cara
hidup kami di bandar!”

Tikus kampung tidak pernah pergi ke bandar. Ia pun bersetuju


dengan pelawaan sepupunya. Apabila ia sampai ke bandar, ia berasa
tidak selesa dengan bunyi bising dan kereta yang bergerak ke sana sini.
Ia hampir-hampir dilanggar oleh kereta dan bas.

Apabila mereka sampai ke rumah besar tempat tinggal tikus


bandar, tikus bandar berkata, “Mari masuk.” Tikus kampung mengikut
tikus bandar pergi ke meja makan. Di atas meja makan terdapat
pelbagai jenis makanan yang lazat.

Ketika mereka hendak makan, mereka terdengar “Pergai dari sini,


pencuri! Nanti aku pukul kamu!” Mereka pun lari untuk menyelamatkan
diri. Apabila berada di luar rumah, tikus bandar berkata, “Maaflah saya
atas kejadian itu, mari kita pergi ke rumah lain. Di sana mungkin ada
makanan yang lebih sedap dan selamat.”

Tikus kampung menjawab, “Terima kasih. Biarlah saya pulang ke


kampung. Walaupun makanan saya tidak lazat, kehidupan saya
sederhana tetapi saya hidup dengan aman dan selamat.”

Pengajaran daripada cerita ini, kita haruslah bersyukur dengan


apa-apa yang kita ada, asalkan selamat sejahtera.
Singa dan arnab

Suatu masa dahulu, terdapat seekor singa yang lapar. Si singa


telah berburu beberapa hari tetapi tanpa berjaya menangkap seekor
binatang.

Anda mungkin juga menyukai