Anda di halaman 1dari 4

Selamat pagi kepada guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Hari ini saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Keldai
Dengan Serigala.

Pada suatu hari, seekor keldai sedang berjalan-jalan. Tiba-tiba


ia terjumpa seekor serigala.
Keldai itu pun berlari sambil menjerit, “Tolong! Tolong!
Serigala! Aku ada tanduk di kaki!” Serigala berfikir, “jika aku makan
keldai tentu tanduk di kakinya akan menyakitkan mulut aku.
Semasa serigala berfikir, keldai berkata lagi, “Mungkin kamu
boleh tolong mencabut tanduk ini!” Serigala pun mendekati keldai.
Tanpa membuang masa, keldai pun menendang serigala dengan sekuat-
kuatnya.
“Aduh, sakitnya gigi aku! ”jerit serigala. “Bapa telah mengajar
aku, tapi akhirnya aku tetap tertipu.”
Cerita ini mengajar kita sentiasa gunakan akal untuk
menyelamatkan diri.
Sekian terima kasih.
Selamat pagi kepada guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Hari ini saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk
Musang Dengan Burung Gagak.

Ada seekor burung gagak. Ia tinggal di dalam sebuah hutan.


Pada suatu hari, gagak lapar lalu mencari makanan.
Burung gagak dapat sepotong kuih lalu hinggap di atas pokok. Ia
hendak makan kuih itu.
Ketika itu, seekor musang datang. Musang itu juga lapar.
Musang itu nampak burung gagak sedang makan kuih. Ia ingin hendak
merebut kuih itu.
Musang berdiri di bawah pokok. Ia berfikir, “Bagaimana saya
boleh dapat kuih itu.” Musang itu mendapat satu akal. Musang
berpura-pura puji burung gagak.
“Helo, selamat pagi kakak gagak, cantik sungguh kakak hari ini,”
kata musang. Burung gagak berasa gembira. Ia suka dipuji oleh orang.
Ia pun terbang ke pokok yang lebih rendah lagi.
“Kakak sangat pandai menyanyi, suara kakak merdu, bolehkah
kakak nyanyi,”kata musang lagi.
Burung gagak berasa lebih gembira. Ia pun menyanyi, gak, gak,
gak. Bila ia menyanyi, kuih di mulutnya pun terjatuh. Musang cepat-
cepat makan kuih itu. Burung gagak baru sedar sekarang. Ia telah
ditipu oleh musang.
Cerita ini mengajar kita jangan melupakan keadaan diri apabila
dipuji oleh orang.
Sekian terima kasih.
Selamat pagi kepada guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Hari ini saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Singa
Dan Tikus.

Ada seekor singa yang gagah. Ia tinggal di dalam sebuah hutan.


Singa menjadi raja dalam hutan itu. Binatang-binatang lain semua
takut kepadanya.
Suatu hari, singa keluar untuk cari makanan. Singa dapat
tangkap seekor tikus. Ia hendak makan tikus itu. Tikus sangat takut.
Ia minta tolong. “Badan saya kecil, Raja. Raja tidak kenyang
kalau makan saya,”kata tikus. Tikus minta singa lepaskan dia.
“Mungkin suatu hari nanti, saya boleh balas budi Raja,” kata
tikus. Singa ketawa kerana badan tikus terlalu kecil. Tikus terus
minta tolong. Ia berjanji akan balas budi. Singa pun lepaskan tikus
itu. Tikus amat gembira. Ia mengucapkan terima kasih kepada singa.
Pada suatu hari, singa termasuk dalam satu perangkap. Singa
sangat marah, ia mengaum kuat-kuat. Ketika itu, tikus datang. Ia
dengar jeritan singa. Tikus cepat-cepat gigit jaring itu.
Akhirnya singa itu dapat ditolongnya. Ia ucapkan terima kasih
kepada tikus. Sekarang mereka jadi kawan baik.
Cerita ini memberikan pengajaran bahawa jangan memandang
rendah keupayaan seseorang walaupun badannya kecil. Sebagai
contohnya, tikus telah menyelamatkan singa.
Sekian terima kasih.
Selamat pagi kepada guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Hari ini saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Anjing
Dengan Bayang-bayang.

Suatu hari seekor anjing terjumpai seketul daging.


Ia menggonggong daging itu lalu ke sebuah kolam.
“Di sini tempat yang bagus untuk aku makan dan minum,”kata
anjing. Ia terkejut kerana melihat seekor lagi anjing di dalam air. Ia
juga menggonggong seketul daging.
Ia berasa marah. Ia ingin merampas daging itu juga. Ia
membuka mulut.
Tiba-tiba daging yang digonggongnya terlepas daripada
mulutnya. Daging itu tenggelam ke dalam kolam.
Barulah anjing itu sedar itu hanya bayang-bayang di dalam air.
Cerita ini mengajar kita bahawa jangan tamak kerana orang
yang tamak selalu rugi.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai