Anda di halaman 1dari 4

Singa Dan Arnab

Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang


arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini
ialah Singa dan Arnab.

Pada suatu hari, seekor singa yang sudah beberapa hari tidak makan ternampak seekor arnab yang sedang tidur di
bawah pokok. Singa tersebut berfikir, “Akhirnya! Sesuatu yang lazat untuk aku makan!”.

Apabila menghampiri arnab tersebut, si singa ternampak pula seekor rusa yang sedang lalu berhampirannya. Si
singa pun berfikir, “Rusa ni nampak lebih menyelerakan! Baik aku mengejarnya!”.

Si singa pun beralih arah dan meluru untuk membaham si rusa. Bunyi tersebut membuatkan si arnab terbangun dan
setelah menyedari apa yang sedang berlaku, dia pun lari untuk menyorok daripada singa tersebut.

Malangnya bagi si singa, rusa tersebut juga berjaya lari dari pandangannya, lalu si singa gagal menangkap rusa
tersebut. Si singa berfikir dia masih ada si arnab tadi untuk dijadikan makanan, akan tetapi arnab tadi pun sudah tiada!

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali

ini. Pengajaran daripada cerita ialah jangan jadi tamak atau anda boleh kehilangan segalanya. Sekian, terima kasih.

Rusa yang bongkak

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih Pengerusi Majlis Yang saya hormati para hakim,
guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Rusa yang bongkak”. Yang terlena,
sedar-sedarkan. Yang tersedar, dengar-dengarkan. Yang terdengar fikir-fikirkan.

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang cantik.

“Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya.

Namun demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus.

“Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.

Pada suatu hari, rusa terdengar seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat
itu. Rusa itu berasa sangat takut lalu berlari sekuat hati.

Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah.

“ Alamak, matilah aku!” kata rusa.

Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu.

Tidak disangka, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya patah sedikit.

Sejak hari itu, rusa tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak berharga.

Hai kawan-kawan, dari cerita yang saya sampaikan tadi, dapatlah kita semua teladan bahawa kita haruslah menghargai
dan menyayangi diri kita seadanya. Kita mestilah sentiasa bersyukur dan tidak mengeluh akan kekurangan diri kita. Sekian, terima
kasih.
Mengapa Musang Makan Ayam?

Hai kawan-kawan. Apa khabar? Nama saya _____. Pada hari ini saya ingin mengajak kawan-kawan semua dengar cerita
saya. Seronok! tapi sebelum itu saya nak tanya, kawan-kawan tahu, Mengapa Musang gemar makan ayam? Hurm.. begini
ceritanya.

Kalau kawan-kawan nak tahu, pada zaman dahulu ayam dan musang berkawan baik. kemana-mana sahaja mereka pergi,
pasti berdua. Ibarat isi dengan kuku. Mereka juga mempunyai selera yang sama. Kawan-kawan nak tahu apa?

Jagung! Ya, Mereka suka makan jagung. Mereka menanam jagung bersama-sama. Hasil tanaman jagung itu akan
dibahagikan sama rata.

Pada suatu hari musang berkata.

“Isteri aku hamil di hutan. Aku terpaksa balik menjaganya hingga anak kami lahir. Oleh itu, aku berharap kau dapat menjaga
pokok jagung kita baik-baik. Apabila berbuah, tolong simpankan bahagian aku,” kata musang bersungguh-sungguh.

“Baiklah Musang. Janganlah kau risau. Aku akan jaga pokok jagung ini baik-baik,” jawab Ayam dengan penuh yakin.

Selepas itu musang pun balik ke hutan. Dia hendak menjaga isterinya. Tidak lama kemudian, pokok jagung itu pun
berbuah. Ayam berasa sangat teruja. Hatinya berbunga-bunga. Tiba-tiba timbul perasaan tamak dalam hatinya.

“Hurm.. musang tidak ada. Semua jagung ini, aku yang punya. Kalau dia datang nanti, pandai-pandailah aku memberi
alasan,” kata ayam sendirian sambil tersenyum jahat.

Kemudian, ayam pun memanggil rakan-rakannya. Mereka makan jagung itu sehingga habis, termasuklah jagung
milik musang.

Tidak berapa lama kemudian, musang pun keluar dari hutan. Dia pergi menemui ayam.

Aku datang untuk mengambil jagung bahagian aku,” kata musang kepada ayam.

“Pokok-pokok jagung yang kita tanam itu tidak berbuah. Aku pun tidak dapat makan walau sebiji, “ kata ayam
cuba menipu.

“Kau bohong!!! Kalau tidak berbuah. Bagaimana tongkol-tongkol jagung ini ada disini?” soal musang dengan
marahnya.

Ayam terdiam. Dia mula berasa takut.

“ Kau sahabat yang tidak setia! Kau mungkir janji.”

“A...am...ampunkan aku Musang. Ampunkan aku!”. Rayu ayam

“ Baiklah, aku beri engkau tempoh tiga hari. Kalau engkau tidak dapat ganti jagung bahagian aku, aku akan makan engkau, “
kata musang.

Namun begitu, tiga hari telah berlalu. Ayam tidak dapat mencari jagung untuk musang sebagai ganti. Dia pun
memberitahu kaum kerabatnya.

“Mulai hari ini, berhati-hatilah kamu semua. Musang sudah menjadi musuh kita,” pesan ayam kepada rakan-
rakannya.

Musang tahu ayam tidak dapat menggantikan bahagian jagungnya

Dia pun bersumpah. “Mulai hari ini, aku akan menangkap ayam sebagai makanan. Aku akan menangkapnya pada waktu
malam kerana pada waktu malam matanya rabun!”

Ha, kawan-kawan. Faham? Pengajaran daripada cerita ini ialah, kita tidak boleh tamak. Berdosa! Tuhan marah.

Segak putera memakai tanjak,


Datang dari tanah seberang,
Janganlah kita menjadi tamak,
Kelak nanti dibenci orang.
Sekian, terima kasih.

Harimau yang tamak

Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim


yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-
rakan sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Harimau Yang Tamak.

Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan


kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan
satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-binatang
dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing
membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh
baginda.

Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa


itu, timbullah rasa tamak di hati harimau. Aku mesti minta “
supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak
mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan
tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari,
tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.”

Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi


mengadap Maharaja Singa.

Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa.“


Apakah kehendak engkau?” Harimau terkejut mendengar suara.“
Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar.

Patik...Patik mahu makan tujuh...tujuh...” kata Harimau tergagap-gagap.


“Tujuh apa?”sergah Maharaja Singa lebih keras.
“Tujuh hari sekali!” jelas Harimau terketar-ketar.
“Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan “
ini akan kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau
akan dapat rezeki tujuh hari sekali,” kata Singa.

Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap.


Dia hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah
tersebutkan tujuh hari sekali.
“Tuanku, Patik.. Patik...”

“Sudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap binatang hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja.
Permohonan engkau tadi telah pun beta kabulkan.”

Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari


sekali. Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan
badannya tidak bermaya.

Demikianlah kawan-kawan. Berakhirnya cerita saya pada kali ini. Janganlah kita bersikap tamak, kelak kita yang akan
rugi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai