Anda di halaman 1dari 4

SINGA YANG SOMBONG

Selamat pagi dan salam sejahtera semua. Saya


_____________________________ dari kelas tahun 3____________.
Saya akan menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk “Singa yang Sombong”. Yang terlena,
sedar-sedarkan. Yang tersedar, dengar-dengarkan Yang terdengar
fikir-fikirkan.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong.


Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut
kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya. Suatu
hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan.
Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas
lagi sombong itu.

Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. “Wahai


kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin
lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang
zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir,
bagaimana hendak menewaskan singa itu.

“Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain.


“Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil. Semua
terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “Wahai kawan-kawan,
biarlah saya cuba menewaskan singa itu.” Haiwan lain ketawa
sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.

“Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri,


silakan.” Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk
diam. “Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani
menentang Singa, marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan
sebagai wira kita.” Kata Sang Kancil dan disambut dengan
tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk


menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di
suatu tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah
pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa.
“Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau
untuk berlawan denganku.” Kata Tebuan dengan berani. “Engkau
nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa.
“Belum cuba, belum tahu. Walaupun aku kecil, tapi dengan azam
yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar.”
Jawab Tebuan penuh semangat.

“Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa.


Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa
itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak
berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih.

Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk


ke dalam lubang hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat
Singa itu dari lubang hidungnya.

Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali


tetapi tidak berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama,
semakin kuat gigitan Tebuan itu. Tidak lama kemudian, Singa
itupun mati kesakitan yang amat sangat.
Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung
keberanian tebuan itu.

Ingat kawan-kawan,
1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang
kecil tidak semestinya lemah.
2. Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah.
3. Kita mesti berusaha jika ingin berjaya.

Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan


disangka anak, besar jangan disangka bapa... akal yang
cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan
fizikal.. Sekian, terima kasih.
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-
rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini
ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya.

Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang


miskin . Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua
lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu
bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan
membiarkannya tinggal di situ.

“Bagaimana nanti kalau jiran –tetangga kita menanya tentang


ayah?” tanya isteri penebang kayu.

“Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk


menghabiskan sisa-sisa hidupnya,” kata penebang kayu itu. Penebang
kayu dan isterinya tidak sedar bahawa percakapan mereka telah
didengari oleh anak mereka.

Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pekan untuk membeli


sebuah bakul yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu
itu pun memasukkan bapanya ke dalam bakul tersebut.
“Apa yang kamu cuba lakukan?” tanya bapanya.

“Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan
sentiasa sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di
sana, ayah akan dijaga dengan baik,” kata penebang kayu itu sambil
memikul bakul tersebut. Orang tua itu berasa sedih dan mengerti
maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul ayahnya berjalan ke
arah hutan.

Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan,


anak penebang kayu itu menjerit, “ Ayah, jangan lupa bawa balik bakul
itu semula!”
“Mengapa?” tanya penebang kayu itu kehairanan.
“Ayah,” kata anak penebang kayu itu dengan lembut, “Apabila
ayah tua kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.”

Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia
tunduk sambil berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata
kepada anaknya. “Marilah kita pulang ke rumah.”

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.


Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai