Anda di halaman 1dari 8

TAJUK CERITA : Si Tanggang Anak Derhaka

Syair : Tersebutlah kisah satu cerita,


Cerita bermula kisah derita;
Sedihnya ibu kecewa hatinya,
Dihalau oleh anak kandungnya.

Selamat petang saya ucapkan kepada guru-guru dankawan-kawan, hari ini saya
______________________ dari kelas __________________
ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk, ‘Si Tanggang
Anak Derhaka.’

Di dalam sebuah kampung, tinggallah sepasang suami isteri


bernama Si Talang dan Si Deruma. Mereka mempunyai seorang
anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka amatlah
miskin. Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang
bercita-cita tinggi. Akan tetapi, hidupnya yang serba
kekurangan menjadi penghalang cita-citanya.
Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar
berlabuh di muara sungai berhampiran rumahnya. Si Tanggang
pergi mencuba nasib berjumpa nakhoda kapal tersebut meminta
untuk dijadikan anak kapalnya.
Walaupun ibu dan bapanya keberatan untuk melepaskan Si
Tanggang belayar, tetapi mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang
berjanji akan pulang ke kampung semula setelah menjadi kaya.
Nakhoda amat menyukai Si Tanggang yang rajin bekerja.
Lalu, Si Tanggang diambil sebagai anak angkatnya. Apabila

nakhoda menjadi uzur, Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda


yang baru. Dia digelar ‘Nakhoda Tanggang.’
Si Tanggang sangat cekap berniaga. Dia menjadi kaya raya
dan namanya menjadi terkenal. Kehebatan Si Tanggang sampai ke
telinga sultan. Tidak lama kemudian, sultan mengahwinkan
puterinya dengan Si Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya
belayar ke merata tempat dan negeri.
Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara
sungai kampung asal-usulnya. Kedua ibu bapanya berasa amat
gembira. Mereka mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang.
Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka
naik. Si Tanggang malu melihat keadaan ibu bapanya yang daif.
Ibu bapanya memanggil-manggil Si Tanggang tetapi Si Tanggang
berpura-pura tidak mengenali mereka. Apabila isterinya
bertanya, Si Tanggang mengatakan bahawa ibu bapanya sudah
tiada.
Si Tanggang menghalau ibu bapanya. Ibu bapanya berdayung
ke tebing sungai dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila
tiba di daratan, ibunya memandang ke langit dan berdoa : “Oh,
Tuhan tunjukkanlah kepada anak kandungku Si Tanggang bahawa
akulah ibu kandungnya.”
Tiba-tiba, angin bertiup kencang dan petir berdentum.
Laut bergelora dan kapal Si Tanggang terumbang-ambing dipukul
ombak. Ketika itulah Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan
telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya
kerana telah menderhaka. Akhirnya, Si Tanggang berteriak
meminta ampun kepada ibunya :“Ibu…ampunkan Tanggang…”(2X).
Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi.
Kapalnya pecah akibat dipukul ombak yang kuat. Apabila ribut
reda… Si Tanggang, isterinya, kapalnya,dan semua anak kapalnya
telah bertukar menjadi batu.
Oleh itu kawan-kawan, janganlah kita menderhaka kepada
ibu dan bapa. Selain itu, kita mestilah menghormati iu bapa

yang telah membesarkan kita. Janganlah kita menjadi sepeti Si


Tanggang. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
gunanya.

Biji delima biji selasih,


Sekian, terima kasih;
SINGA YANG SOMBONG

Selamat petang saya ucapkan kepada guru-guru dankawan-kawan, hari ini saya
______________________ dari kelas __________________
ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk, ‘singa yang sombong’

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar dan kuat
menyebabkan semua haiwan takut kepadanya.

Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya. Suatu hari, semua haiwan di rimba telah
mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa
yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. “ Wahai
kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai
kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama
berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu.

“ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain. “ Siapa ada cadangan, silakan” kata
Sang Kancil Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan, biarlah
saya cuba menewaskan singa itu.”Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan
Tebuan.

“Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.” Tebuan mencabar
kawan- kawannya. Masing-masing tunduk diam.“Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang
berani menentang Singa, marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira
kita.” Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba
itu.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan pertarungan
antara Singa dan Tebuan.

Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun
terbang menghampiri Singa.

“ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku.” Kata
Tebuan dengan berani. “ Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa.
“ Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku akan dapat
menewaskan kemalasanmu yang besar.” Jawab Tebuan penuh semangat. “ Baiklah,
kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa. Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi
Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama
kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia
masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang
hidungnya.

Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan
Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu. Tidak lama kemudian, Singa
itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka
menyanjung keberanian tebuan itu.Ingat kawan-kawan,

1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya lemah.
2. Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah
3. Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan
kecik jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa...akal yang cerdik dan
semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal.......................Sekian, terima kasih
”SANG KANCIL DENGAN TALI PINGGANG SAKTI”
Selamat petang saya ucapkan kepada guru-guru dan kawan-kawan, hari ini saya
______________________ dari kelas __________________
ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk, ‘sang kancil dengan tali pinggang sakti’

”Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan menjadi makanan aku Sang Kancil,
ha...ha....ha....................”, ketawa Sang Harimau.
”Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku, lepaskanlah aku, kasihanilah aku Sang
Harimau ” rayu Sang Kancil.

Ha, kawan-kawan hendak tahu apa kesudahan ceritanya?

Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk ”Sang Kancil dengan Tali Pinggang
Sakti”.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada barisan
Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Di dalam sebuah rimba, tinggal seekor Sang Kancil yang cerdik lagi bijaksana.
Pada suatu hari, Sang kancil keluar mencari makanannya, tiba-tiba dia ternampak Sang Ular
yang besar sedang tidur nyenyak di bawah sebatang pokok.

”Aku harus berhati-hati dengan Sang Ular itu, jikalau ia terjaga habislah aku dimakannya
nanti”, bisik Sang Kancil di dalam hatinya. Tanpa membuang masa Sang Kancil pun beredar
dari tempat itu.
Kemudian, Sang Kancil meneruskan perjalanannya untuk mencari makanan, tiba-
tiba kedengaran bunyi riuh-rendah suara binatang-binatang di dalam hutan itu.
” Lari.... lari. lari Sang Kancil, Sang Harimau hendak makan kita”, jerit

Sang Arnab dan Sang Monyet sambil berlari lintang pukang. Belum sempat Sang Kancil
melarikan diri, tiba-tiba Sang Harimau terus menerkam ke arah Sang Kancil. Sang Kancil
mengigil dan menangis ketakutan.

”Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan menjadi makanan aku Sang Kancil,
ha...ha....ha. ”, ketawa Sang Harimau.
”Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku, lepaskanlah aku, kasihanilah aku Sang
Harimau ” rayu Sang Kancil.

Sang Kancil mencari akal untuk melepaskan dirinya dan dia teringat akan Sang Ular
yang sedang tidur nyenyak di bawah sebatang pokok.
”Wahai Sang Harimau, aku mempunyai sebuah tali pinggang sakti yang ku simpan di bawah
sebatang pokok, jika engkau memakainya sudah tentu semua binatang akan tunduk dan
hormat pada engkau”, kata Sang Kancil.
”Apa... tali pinggang sakti?! Di manakah tali pinggang sakti itu?!” tanya Sang
Harimau.
”Tali pinggang sakti itu ada ku simpan di bawah sebatang pokok tetapi engkau
mestilah melepaskan aku dahulu”, kata Sang Kancil.
”Baiklah Sang Kancil, aku lepaskan engkau, tapi ingat!! Kalau kau tipu aku
siaplah engkau!!, herdik Sang Harimau.

Sang Kancil pun membawa Sang Harimau ke tempat Sang Ular yang sedang tidur nyenyak
tadi.
” Ha..itulah tali pinggang yang ku katakan tadi”, bisik Sang Kancil kepada Sang Harimau.
Tanpa membuang masa, Sang Harimau pun terus memegang badan Sang Ular yang
sedang tidur nyenyak tadi dan melilitkan badan Sang Ular itu ke pinggangnya.
”Wah, hebat sungguh tali pinggang sakti ini! Ha..ha...sekarang akulah raja di rimba ini,
semua binatang akan takut kepada aku, ha....ha.....ha.....”, ketawa Sang Harimau.
Sang Ular yang sedang tidur nyenyak pun terjaga apabila terdengar suara Sang Harimau itu
tadi. Apalagi Sang Ular berasa sangat marah lalu terus membelit pinggang Sang Harimau
dengan kuat.
Sang Harimau pun menjerit memnita tolong. ” Tolong.... tolong.... tolong....

Sang Harimau meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.


”Cis, berani engkau menipu aku Sang Kancil, siaplah engkau”, marah Sang
Harimau.
Akhirnya, Sang Harimau pun mati dibelit oleh Sang Ular. Selamatlah Sang Kancil
daripada dimakan oleh Sang Harimau.
Semua haiwan yang tinggal di dalam rimba itu mengucapkan terima kasih kepada
Sang Kancil kerana telah menyelamatkan nyawa mereka.

....Selesailah SUdah... Kisah Sang Kancil... Yang Sangat cerdik lagi


bijaksana…berjaya menUMpas MUSUh yang ganas…HidUPan HUtan… Aman dan
gembira….

Hai kawan-kawan,

Dari cerita yang saya sampaikan tadi, dapatlah kita semua teladan bahawa setiap masalah
yang kita hadapi pasti ada penyelesaian, jika kita menggunakan akal seperti Sang Kancil
tadi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai