Anda di halaman 1dari 5

Gagak dan Serigala

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif serta bijaksana, guru-

guru dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan

sebuah cerita yang bertajuk “ Gagak dan Serigala”.

Pada zaman dahulu, terdapat seekor gagak yang kelaparan. Gagak telah

mendapat sepotong daging. Si Gagak hinggap di dahan sepohon pokok. Di bawah

pokok itu terdapat seekor serigala yang sedang berehat.

Serigala telah ternampak daging yang berada pada mulut gagak dan teringin

hendak makan daging itu. “Bolehkah saya makan daging itu?” kata serigala kepada

gagak. Gagak tidak melayan serigala.

Si serigala mula berfikir cara untuk mendapatkan daging itu. Akhirnya, dia

telah mendapat satu akal. “Wahai gagak, bulumu cantik dan hitam berkilat.

Sungguh cantik sekali!” puji serigala. Gagak tersenyum lebar mendengar pujian

daripada serigala namun tidak melepaskan daging itu.

Serigala tidak berputus asa. “Gagak, kalau kamu menyanyi, tentu suaramu

sedap. Cubalah nyanyi” kata serigala kepada gagak. Gagak sangat bangga dengan

pujian lalu menyanyi dengan sekuat hati.

Daging itu pun terjatuh ke tanah. Serigala terus mengambil daging itu lalu

meninggalkan tempat itu. Tinggallah si gagak yang kelaparan.

Pengajaran daripada cerita ini ialah janganlah kita mudah tertipu dengan pujian

daripada orang lain


Singa yang Sombong

Selamat pagi saya ucapkan kepada guru besar, para hakim yang bijaksana,

guru-guru dan rakan sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah

cerita bertajuk ”Singa Yang Sombong”.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang

besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya.

Pada suatu hari, semua haiwan di rimba untuk berbincang bagaimana mahu

menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu.

Tiba-tiba, Sang Kancil bangun dan bersuara. “Wahai kawan-kawan,

marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu.

Tiba-tiba, tebuan bersuara, “Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba

menewaskan singa itu.” Haiwan lain ketawa (Ha…..Ha….Ha…..) sambil

memperkecilkan kebolehan Tebuan.

Pada keesokan harinya, tebuan pun terbang menghampiri Singa. “Hai Singa

yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku.” Kata

tebuan dengan berani.

“Engkau nak berlawan dengan aku?” tanya Singa itu sambil ketawa.

Ha…..Ha…..Ha…..

Dengan pantas, tebuan terbang mengelilingi singa itu dan menyengat singa itu

dari lubang hidungnya.


Singa itu meraung kesakitan. ( Aduh…. Aduh….. sakitnya….). Tidak lama

kemudian, singa itu pun mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang berasa

gembira.

Ingat kawan-kawan, orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil

tidak semestinya lemah.

Sekian, terima kasih.


SEMUT DAN BURUNG MERPATI

Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, para hakim yang bijaksana ,
guru-guru dan rakan sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah
cerita bertajuk ”Semut dengan Burung Merpati”.

Pada suatu hari, seekor semut minum air di tepi sungai. Tiba-tiba, dia
tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai.

Burung merpati yang berehat di dahan ternampak dan dia menjatuhkan


sehelai daun ke arah semut. Semut berterima kasih kepada burung merpati.

Sebaik sahaja sampai ke tebing sungai, dia ternampak seorang pemburu.


Pemburu hendak menembak burung merpati.

Semut terus memanjat kaki pemburu itu dan menggigitnya. Pemburu itu
menjerit, “Aduh! Aduh! Sakitnya kakiku”.

Jeritan itu menyedarkan burung merpati dan burung merpati terus


terbang.

Burung merpati memandang ke arah semut sambil mengucapkan terima


kasih kepada semut.

Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah budi baik akan dibalas
dengan kebaikan juga.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai