Anda di halaman 1dari 11

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.


Terima kasih Pengerusi Majlis Yang saya hormati para hakim, guru-guru
dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk “ Singa yang Sombong”.

Yang terlena, sedar-sedarkan.


Yang tersedar, dengar-dengarkan
Yang terdengar fikir-fikirkan.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya


yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya.
Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya. Suatu hari, semua
haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka
berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi
sombong itu.

Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. “ Wahai kawan-


kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama,
semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu.
Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak
menewaskan singa itu. “ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan
yang lain. “ Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil
Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan,
biarlah saya cuba menewaskan singa itu.” Haiwan lain ketawa
sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.

“Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.”


Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam.
“Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa,
marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.”
Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh
penghuni rimba itu.
Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk
menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu
tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu
Tebuan pun terbang menghampiri Singa. “ Hai Singa yang zalim.

Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku.” Kata


Tebuan dengan berani. “ Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya
Singa itu sambil ketawa. “ Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil,
tapi dengan azam yang kuat, aku akan dapat menewaskan
kemalasanmu yang besar.” Jawab Tebuan penuh semangat. “ Baiklah,
kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa. Dengan pantas,
Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk
menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu
menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan ini.

Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu.
Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya. Singa itu meraung
kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan
Tebuan.

Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu. Tidak lama


kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua
binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian
tebuan itu.

Ingat kawan-kawan,
1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak
semestinya lemah.
2. Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah
3. Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya Sebelum mengundur diri mari
kita fikirkan.... kecik jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa...
akal yang cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan
fizikal..
Sekian, terima kasih.
 seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan,
haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh
kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab
itu selalu berjalan sendirian.
        Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia
ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab
berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.
        “Hai Arnab, cantik sungguh gigi  ! Kalau gigi aku juga
begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut.” Kata
buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana
sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.
“Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya
buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil
tersenyum, arnab berkata, “Engkau mesti banyak makan sayur-
sayuran dan jangan makan daging.”
Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah
engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,”
kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri
buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa
berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan
menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang
mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah
kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian,
terima kasih.

        Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi


majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan
saya sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan
Anaknya.
        Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu
yang miskin . Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang
telah tua lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu hari, penebang
kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan
dan membiarkannya tinggal di situ.
        “Bagaimana nanti kalau jiran –tetangga kita menanya
tentang ayah?” tanya isteri penebang kayu.
        “Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong
untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya,” kata penebang kayu
itu. Penebang kayu dan isterinya tidak sedar bahawa
percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka.
        Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk
membeli sebuah bakul yang besar. Sebaik sahaja waktu senja,
penebang kayu itu pun memasukkan bapanya ke dalam bakul
tersebut.
        “Apa yang kamu cuba lakukan?” tanya bapanya.
        “Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami
miskin dan sentiasa sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat
yang selamat. Di sana, ayah akan dijaga dengan baik,” kata
penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang tua
itu berasa sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang kayu
itu pun memikul ayahnya berjalan kearah hutan.
        Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada
pandangan, anak penebang kayu itu menjerit, “ Ayah, jangan
lupa bawa balik bakul itu semula!”
        “Mengapa?” tanya penebang kayu itu kehairanan.
        “Ayah,” kata anak penebang kayu itu dengan lembut,
“Apabila ayah tua kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk
memikul ayah pula.”
        Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh
bergerak. Dia tunduk sambil berfikir. Selepas beberapa ketika,
dia pun berkata kepada anaknya. “Marilah kita pulang ke
rumah.”     
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada
kali ini. Sekian, terima kasih.
                                                  

         
          Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi
majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan
saya sampaikan pada hari ini ialah Puteri Sulung Dan Puteri
Bongsu.
        Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri
kembar yang amat cantik. Puteri Bongsu yang begitu cantik
dikatakan berdarah putih dan amat disayangi oleh raja.
        Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah
sampai kepengetahuan Raja Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar
rombongan untuk meminang Puteri Bongsu. Raja Ambun menjadi
serba salah. Kalau pinangan itu ditolak, tentu akan berlaku
peperangan. Tetapi, kalau pinangan itu diterima, baginda akan
dukacita sepanjang hayat kerana baginda amat kasih kepada
Puteri Bongsu.
        Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu
dengan Puteri Sulung. “Rancangan ini tentu berjaya,” kata
seorang pembesar. “Raja Tinggi tidak pernah melihat Puteri
Bongsu. Kita suruhlah Puteri Sulung mengaku yang dia bernama
Puteri Bongsu,” Akhirnya pinangan Raja Tinggi itu pun di
terima.
        Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri Sulung yang
disangkanya Puteri Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri
Sulung telah terluka akibat terkena pisau. Luka itu berdarah
dan darahnya berwarna merah. Raja Tinggi berasa terkejut
kerana darah itu tidak berwarna putih. 
         “Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya?”
tanya Raja Tinggi sambil menghunus kerisnya. Puteri Sulung
menggeletar. “ Adinda ialah kakak kepada Puteri Bongsu,”
        Raja Tinggi amat murka. “Rupa-rupanya beta telah ditipu!
Kita akan serang negeri Ambun,” kata Raja Tinggi dengan
garangnya.
        Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk
menundukkan negeri Ambun.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada
kali ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi
majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan
saya sampaikan pada hari ini ialah Ampai-ampai Dan Puteri Laut.
        Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang
sangat setia kepada rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-
ampai telah ditugaskan oleh raja untuk menjaga puteri baginda
yang sangat cantik.
        Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi
pantai bersama beberapa orang dayang. Pada ketika itu sebuah
kapal besar yang dimiliki oleh seorang putera raja yang kacak
telah berlabuh di tepi pantai itu. Putera raja terpesona melihat
kecantikan puteri Raja Laut. Puteri Raja Laut pun demikian juga
apabila terlihat putera raja yang gagah perkasa dan kacak itu.
        Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya
menaiki kapalnya yang sedang berlabuh itu. Setelah memberi
isyarat kepada dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke kapal
putera raja. Putera raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya
menaikkan layar  dan segera belayar meninggalkan pantai itu.
        Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari
menuju ke pantai tetapi kapal itu sudah pun  meninggalkan
pantai. Ampai-ampai pun pulang ke istana lalu menceritakan
kejadian itu kepada Raja Laut.
        Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang
kayu lalu memukul tubuh Ampai-ampai sehingga remuk dan
hancur tulangnya. Setelah itu Raja Laut menbuangkan Ampai-
ampai ke tepi laut.
        “Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang
kepada beta,” titah baginda.
        Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya
tersangkut pada ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah
sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang hingga sekarang ini dan
sepanjang masa tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi air.
Kononnya, dia akan menunggu di tempat begitu sehingga Puteri
Raja Laut itu lalu di situ dan pulang kepada ayahandanya.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.

 Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi


majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan
saya sampaikan pada hari ini ialah Perempuan Muda Yang
Berani.
        Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja
Tua. Baginda telah menyuruh rakyatnya membuat sebuah
perahu yang besar. Setelah perahu itu siap, baginda pun telah
mengadakan upacara untuk melancarkan perahu itu ke laut.
Rakyat negeri itu telah dikerahkan untuk menolak perahu ke
laut tetapi anehnya perahu itu sedikit pun tidak bergerak dari
tempatnya. Raja Tua sangat hairan lalu memanggil anak
angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-macam ilmu.
        Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan.
Setelah jampi dibaca dan seluruh perahu diasapnya, Balun pun
berkata “ Perahu ini tidak akan dapat diturunkan jika tidak
digalang dengan tubuh manusia. Tetapi yang menjadi galangan
itu mestilah anak atau saudara tuanku. Orang lain tidak boleh!”
        Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi
gempar. Tidak ada seorang pun anak kerabat raja yang hendak
mengorbankan nyawanya untuk pelancaran perahu tersebut.
        Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan muda
yang sedang mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia ialah
anak saudara kepada Raja Tua. Perempuan muda itu berbaring
di atas tilam dan bantal yang dibentangkan di haluan perahu.
Semua rakyat dan kerabat diraja menangis melihatkan
perempuan muda yang begitu berani mengorbankan nyawanya
demi kepentingan Raja Tua.
        Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil
tujuh batang lidi dan rapat ke perahu itu. Setelah membaca
jampi, perahu itu pun ditolak ke laut. Sekali lagi telah berlaku
keanehan. Dengan mudah, perahu itu dapat ditolak ke dalam air.
        Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja
Tua berlari-lari mendapatkan anak saudaranya dan mendapati
anak saudaranya itu tidak mendapat apa-apa kecederaan. Oleh
kerana keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan semua harta
pusaka kepada anak saudara perempuannya itu.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.

       Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi


majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan
saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.
        Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan
kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan
satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-binatang
dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing
membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh
baginda.
        Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu,
timbullah rasa tamak di hati harimau. “Aku mesti minta supaya
rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu
makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali
sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku
akan lebih kuat daripada Singa.”
        Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi
mengadap Maharaja Singa.
        “Hah! Engkau datang juga, Harimau?” tegur Singa.
“Apakah kehendak engkau?” Harimau terkejut mendengar
suara Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar.
        “Patik… Patik mahu makan tujuh… tujuh …” kata Harimau
tergagap-gagap.
        “Tujuh apa?” sergah Maharaja Singa lebih keras.
        “Tujuh hari sekali!” jelas Harimauu terketar-ketar.
        “Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini
akan kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan
dapat rezeki tujuh haru sekali,” kata Singa.
        Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia
hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah
tersebutkan tujuh hari sekali. “ Tuanku…Patik…Patik…”
        “Sudah!” potong Maharaja Singa. “Tiap-tiap binatang
hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja.
Permohonan engkau tadi telah pun beta kabulkan.
        Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari
sekali. Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan
badannya tidak bermaya. Demikianlah kawan-kawan
berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai