Anda di halaman 1dari 3

TAJUK:PENGGEMBALA YANG NAKAL

1. ASSALAMUALAIKUM W.B.T dan selamat pagi diucapkan


kepada para guru , para juri yang adil lagi bijaksana , tuan-
tuan dan puan puan serta kawan-kawan yang saya kasihi
sekalian.

2. Saya …………………………..… dari Prasekolah Rafflesia SK Sg


Anib III, Sandakan ingin menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk PENGGEMBALA YANG NAKAL.

3. Di dalam sebuah kampung , tinggal seorang budak yang


nakal. Namanya ialah KUDIN.

4. Kudin bekerja sebagai penggembala di sebuah ladang biri-


biri. Kerja Kudin ialah membawa sekawan biri-biri untuk
meragut rumput pada setiap pagi.

5. Dia akan menunggu biri-biri itu meragut rumput sehingga


petang. Setelah petang, dia akan membawa biri-biri pulang
ke kandangnya.

6. Pada suatu hari, Kudin membawa biri-biri itu meragut


rumput di pinggir sebuah hutan. Sementara menunggu biri-biri
itu meragut rumput, Kudin berasa sungguh bosan.

7. Tiba-tiba dia mendapat satu akal.

”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

8. Jeritan Kudin itu didengari beberapa orang pekerja di


kawasan itu. Mereka bergegas ke tempat di mana biri-biri
sedang meragut rumput.
9. Apabila sampai di sana mereka melihat Kudin sedang
tertawa.

10. “ Kah! Kah! Kah! Kamu semua sudah tertipu. Mana ada
serigala di kawasan ini.,” kata Kudin sambil tertawa.

11. Dia berasa gembira kerana dapat mempermain-mainkan


orang lain.

12. “Cis, kamu mempermain-mainkan kami!” kata salah


seorang pekerja itu dengan marah.

13. ”Budak ini memang nakal,”kata seorang pekerja yang lain.

14. Tidak lama kemudian, seekor serigala tiba-tiba muncul dari


arah hutan. Serigala itu terus menyerang biri-biri.

15. Kudin berasa terkejut lalu dia menjerit minta tolong.


”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”
”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

16. Namun begitu, jeritan Kudin tidak di endahkan oleh


pekerja-pekerja di situ. Mereka menyangka Kudin hanya
bergurau.

17. Mereka tidak mahu ditipu oleh budak yang nakal itu lagi.

18. Disebabkan tiada orang datang menolongnya, beberapa


ekor biri-biri yang dijaga oleh Kudin telah dibaham oleh
serigala.

19. Kudin menyesal kerana selalu mempermain-mainkan


orang. Akibatnya dia sendiri yang rugi.
20. Pengajaran daripada cerita ini adalah kita janganlah suka
berbohong kerana dengan berbohong hanya merugikan diri
sendiri dan orang tidak akan percaya dengan kita lagi.

21. Sekian sahaja cerita saya pada hari ini dan saya sudahi
dengan wabillahitaufikwalhidayah…
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai