Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih pengerusi acara, yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi

bijaksana, penjaga masa yang tidak lupa, seterusnya guru-guru dan rakan-rakan
sekalian.

Cantik sungguh bunga melati,


Dipetik oleh puteri jelita;
Dengarlah rakan persembahanku ini,
Kasih Guru tajuk ceita.

Balqis nama yang sangat indah milik seorang kanak-kanak perempuan yang berusia
12 tahun. Ayahnya bernama Lufti seorang kerani di pejabat syarikat negeri. Ibunya
pula bernama Rohani juga seorang kerani di Sekolah Kebangsaan Jerami. Balqis
mempunyai tiga orang abang yang masih lagi menuntut di Universiti. Orang selalu
berkata anak yang bongsu, anak yang manja. Tetapi, tidak pada Balqis. Kasih
saying Encit Lutfi dan Puan Rohani dibahagi sama rata di antara anak-anaknya.
Pagi itu, Balqis pergi ke sekolah dengan hati yang gembira. Masa ketiga Balqis
berada di meja menunggu Encik Suhaimi masuk ke kelas. Cikgu Suhaimi
merupakan guru bahasa melayunya yang berusia 35 tahun. Kecil molek orangnya.

Cikgu Suhaimi sangat rajin orangnya. Rajin membuat kelas tambahan, rajin
melatih murid-murid yang terlibat dengan pertandingan, rajin mengajar. Malah, rajin
bekerja lebih masa untuk menyiapkan kerjanya. Namun, berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul. Sebalik kerajinan cikgu Suhaimi, sebenarnya beliau
menyimpan satu rahsia. Cikgu Suhaimi telah 2 tahun menghidapi penyakit jantung.
Hati mana yang tidak sayu mendengar perkhabaran itu. Saat pertama kali Balqis
mengetahuinya, hati Balqis hancur berkecai. Air matanya tidak dapat ditahan-tahan
lagi. Semakin hari kesihatan Cikgu Suhaimi semakin merosot. Sudah tiga hari beliau
tidak hadir ke sekolah. Menurut guru besar beliau telah dimasukkan ke hospital.

Tengah hari itu, Balqis sudah tidak sabra-sabar lagi untuk pulang ke rumah.
Di rumahnya, Balqis menceritakan tentang Cikgu Suhaimi kepada kedua ibu
bapanya. Puan Rohani bangga dengan sikap prihatin anaknya terhadap Cikgu
Suhaimi. Tidak sia-sia didikannya selama ini. Bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
Hujung minggu itu, Balqis bersama-sama ibu dan ayahnya pergi menziarahi
Cikgu Suhaimi di hospital. Petang itu, Cikgu Suhaimi benar-benar sudah tidak
bermaya. Tiada lagi senyum ketawanya, tiada lagi kedengaran tutur bicaranya.
Matanya sangat tidak bermaya, badannya terlalu lemah. Perlahan-lahan Balqis
mendekati Cikgu Suhaimi. Digenggamnya telapak tangan Cikgu Suhaimi kemudian
dikucupnya tangan cikgu Suhaimi. Kali ini air mata Balqis tumpah lagi. Cikgu-cikgu
bangunlah, Balqis rindukan cikgu. Cikgu Suhaimi membuka mata dan
menggagahkan diri membuka mulut untuk bersuara. Telinga Balqis didekatkan.
Cikgu Suhaimi berkata dengan suara yang tersekat-sekat untuk memberi kata-kata
semangat dan nasihat kepada Balqis, cikgu Suhaimi juga berpesan supaya Balqis
sentiasa tabah menghadapi semua cabaran. Balqis juga berjanji akan belajar
bersungguh-sungguh dan akan menjadi seorang doktor. Setelah Cikgu Suhaimi
memberi nasihat kepada Balqis, beliau telah menghembuskan nafas terakhir di sisi
keluarga dan Balqis. Balqis berasa sangat sedih atas kehilangan cikgu
kesayangannya.

Balqis telah bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan ingin menjadi


seorang doktor. Beberapa bulan kemudian, keputusan peperiksaan UPSR
diumumkan. Balqis telah mendapat 6A. Balqis berasa sangat gembira dan
bersyukur. Balqis telah dapat meneruskan persekolahan di sekolah berasrama
penuh.
Beberapa tahun kemudian, Balqis telah berjaya menamatkan pengajian
peringkat sarjana muda dalam jurusan kedoktoran. Setelah itu, Balqis telah
ditawarkan untuk berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur. Sehingga kini, Balqis masih
lagi teringat akan kata-kata dan nasihat yang diberikan oleh Cikgu Suhaimi. Balqis
berasa sangat gembira kerana dapat menunaikan janjinya kepada Cikgu Suhaimi
untuk menjadi seorang doktor. Balqis berasa sangat lega dan gembira dapat
berbakti kepada semua orang.
Wahai rakan-rakan sekalian, siapalah kita tanpa ibu bapa dan guru yang telah
berkorban apa saja kepada kita semua. Jadilah kita anak yang baik dan
bertanggungjawab kepada masyarakat, Negara dan agama. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai