Anda di halaman 1dari 3

Pada suatu masa dahulu, ada seorang raja yang

bijaksana. Baginda hidup bahagia bersama


keluarganya.
Pada suatu hari, seorang bomoh dating ke istana.
Diamembawa sebuah belanga untuk diberi kepada raja
itu.
Air di dalam belanga ini adalah air ajaib, Kata
bomoh itu. Patik ingin memberi air ajaib ini kepada
tuanku. Patik harap tuanku sudi menerimanya.
Raja itu bertanya, Apakah keistimewaan air ajaib
ini?
Sesiapa yang minum air ajaib ini akan hidup
buat selama-lamanya.
Raja itu teragak-agak sama ada hendak menerima
air ajaib itu ataupun tidak. Kemudiaan, baginda
memerintah pengawalnya membawa tiga orang rakyat
untuk meminta pendapat mereka berkenaan air ajaib
itu.
Pengawal raja itu pun membawa tiga orang rakyat
ke istana. Mereka ialah seorang jeneral, seorang kaya
dan seorang peladang. Ketiga-tiga mereka masuk
menhadap raja.
Raja bertanya kepada mereka seorang demi
seorang. Orang pertama yang ditanya oleh raja ialah
jeneral.
Jeneral menjawab, Ya, tuanku akan dipanjangkan
umur dan seterusnya tuanku akan dapat menakluk
seluruh dunia.
Raja mengangguk-angguk sambal berfikir.
Kemudiaan, raja bertanya pula kepada orang yang
kedua iaitu seorang kaya. Orang kaya itu menjawab,
Tuanku akan hidup seribu tahun lagi dan kekayaan
tuanku sentiasa bertambah. Dengan ini, tuanku juga
akan hidup bahagia.
Betulkah begitu, wahai orang kaya?tanya raja
itu.
Tentu, tuanku. Patik orang kaya dan mahu hidup
lama kerana tidak mahu meninggalkan harta patik di
dunia.
Selepas itu pertanyaan yang sama juga ditanya
kepada orang yang ketiga iaitu peladang.
Saya tidak berpendapat begitu,jawab peladang
itu.
Mengapa pulan? tanya raja.
Peladang menjawab, Walaupun tuanku dapat
hidup selama-lamanya dan dapat menakluk dunia serta
mengumpul kekayaan, namum begitu tuanku tidak
akan bahagia.
Raja berasa hairan dengan pendapat peladang itu.
Mengapa? tanya raja.
Peladang menjawab, Kalau tuanku hidup selama-
lamanya, tuanku dapat melihat dengan sendiri seluruh
keluarga tuanku dan sahabat-handai meninggal dunia
seorang demi seorang. Tuanku tentu akan berasa sedih
dan kesepian.
Raja terdiam seketika. Dia berfikir tentang
kebenaran kata-kata peladang itu.
Betul, beta bersetuju dengan kata-kata kamu,
wahai peladang. Tidak ada gunanya beta tidak
bahagia. Kata raja.
Raja pun memerintah pengawal istana supaya
membuang belanga yang berisi air ajaib itu ke dalam
laut.
Kebahagiaan tidak terletak pada umur yang
panjang, kekuasaan dan harta kekayaan.

Anda mungkin juga menyukai