Anda di halaman 1dari 2

HARIMAU YANG TAMAK

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera kepada


tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru yang dikasihi sekalian serta rakan-
rakan sekalian.Nama saya Nur Wardatul Husna binti
Sabri.

Anak belang di dalam hutan,

Mencari mangsa di dalam semak;

Kawan-kawan tumpukan perhatian,

Cerita saya Harimau yang Tamak.

Pada suatu hari, Raja Singa telah mengisytiharkan


kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh membuat
satu permintaan kepada baginda. Binatang-binatang
dalam hutan itu pun pergi mengadap Raja Singa. Masing-
masing membawa satu permintaan. Setiap permintaan itu
dikabulkan oleh Raja Singa.

Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja


Singa itu, timbullah rasa tamak dalam hati Sang
Harimau. “Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih
murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga
kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari.
Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku
akan lebih kuat daripada Raja Singa.

Setelah berfikir, Sang Harimau pun pergi mengadap


Raja Singa.

“Hah! Engkau datang juga, Harimau?” tegur Raja


Singa.
“Apakah kehendak engkau?” Sang Harimau terkejut
mendengar suara Raja Singa yang bengis itu. Hatinya
berdebar-debar.

“Patik… Patik mahu makan tujuh… tujuh…” kata Sang


Harimau tergagap-gagap.

“Tujuh apa?” sergah Raja Singa lebih keras.

“Tujuh hari sekali!” jelas Sang Harimau terketar-


ketar.

“Baik. Aku sebagai raja di hutan ini akan kabulkan


permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat
makan tujuh hari sekali,” kata Raja Singa.

Sang Harimau tersedar bahawa dia telah tersalah


cakap. Dia hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi
dia telah tersebut tujuh hari sekali.

“Tuanku…Patik… Patik” kata Sang Harimau.

“Sudah!” sergah Raja Singa.

“Setiap binatang hanya boleh meminta satu


permintaan sahaja. Permintaan engkau tadi telah pun
beta kabulkan.

Sejak hari itu, Sang Harimau hanya dapat makan


tujuh hari sekali. Itulah sebabnya perut Sang Harimau
selalu kempis dan badannya tidak bermaya.

Kawan-kawan, pengajarannya ialah janganlah kita


bersikap seperti anjing dengan bayang-bayang kerana
mempunyai sikap tamak akan merugikan diri sendiri.

Demikianlah berakhirnya cerita saya pada hari ini.


Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai