Anda di halaman 1dari 21

Arnab Dengan Buaya Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang

arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab Dengan Buaya. Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini. Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian. Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu. Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu. Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging. Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah kawankawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih. Pengajaran cerita ini ialah janganlah kita bersikap sombong kepada orang lain.

Penebang Kayu dengan Anaknya Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya. Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin . Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan membiarkannya tinggal di situ. Bagaimana nanti kalau jiran tetangga kita menanya tentang ayah? tanya isteri penebang kayu. Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya, kata penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak sedar bahawa percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka. Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli sebuah bakul yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu itu pun memasukkan bapanya ke dalam bakul tersebut. Apa yang kamu cuba lakukan? tanya bapanya. Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan sentiasa sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di sana, ayah akan dijaga dengan baik, kata penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang tua itu berasa sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul ayahnya berjalan ke arah hutan. Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak penebang kayu itu menjerit, Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula! Mengapa? tanya penebang kayu itu kehairanan. Ayah, kata anak penebang kayu itu dengan lembut, Apabila ayah tua kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula. Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia tunduk sambil berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata kepada anaknya. Marilah kita pulang ke rumah. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih. Pengajaran cerita ini ialah kita mestilah menjaga ayah kita walaupun dia sudah tua.

Puteri Sulung Dan Puteri Bongsu. Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Puteri Sulung Dan Puteri Bongsu. Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri kembar yang amat cantik. Puteri Bongsu yang begitu cantik dikatakan berdarah putih dan amat disayangi oleh raja. Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai ke pengetahuan Raja Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar rombongan untuk meminang Puteri Bongsu. Raja Ambun menjadi serba salah. Kalau pinangan itu ditolak, tentu akan berlaku peperangan. Tetapi, kalau pinangan itu diterima, baginda akan dukacita sepanjang hayat kerana baginda amat kasih kepada Puteri Bongsu. Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu dengan Puteri Sulung. Rancangan ini tentu berjaya, kata seorang pembesar. Raja Tinggi tidak pernah melihat Puteri Bongsu. Kita suruhlah Puteri Sulung mengaku yang dia bernama Puteri Bongsu, Akhirnya pinangan Raja Tinggi itu pun di terima. Raja Tinggi pun berkahwinlah dengan Puteri Sulung yang disangkanya Puteri Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri Sulung telah terluka akibat terkena pisau. Luka itu berdarah dan darahnya berwarna merah. Raja Tinggi berasa terkejut kerana darah itu tidak berwarna putih. Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya? tanya Raja Tinggi sambil menghunus kerisnya. Puteri Sulung menggeletar. Adinda ialah kakak kepada Puteri Bongsu, Raja Tinggi amat murka. Rupa-rupanya beta telah ditipu! Kita akan serang negeri Ambun, kata Raja Tinggi dengan garangnya. Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk menundukkan negeri Ambun. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih. Ampai-ampai Dan Puteri Laut.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Ampai-ampai Dan Puteri Laut. Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat setia kepada rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah ditugaskan oleh raja untuk menjaga puteri baginda yang sangat cantik. Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi pantai bersama beberapa orang dayang. Pada ketika itu sebuah kapal besar yang dimiliki oleh seorang putera raja yang kacak telah berlabuh di tepi pantai itu. Putera raja terpesona melihat kecantikan puteri Raja Laut. Puteri Raja Laut pun demikian juga apabila terlihat putera raja yang gagah perkasa dan kacak itu. Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki kapalnya yang sedang berlabuh itu. Setelah memberi isyarat kepada dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke kapal putera raja. Putera raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya menaikkan layar dan segera belayar meninggalkan pantai itu. Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju ke pantai tetapi kapal itu sudah pun meninggalkan pantai. Ampai-ampai pun pulang ke istana lalu menceritakan kejadian itu kepada Raja Laut. Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu lalu memukul tubuh Ampai-ampai sehingga remuk dan hancur tulangnya. Setelah itu Raja Laut membuangkan Ampai-ampai ke tepi laut. Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang kepada beta, titah baginda. Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut pada ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang hingga sekarang ini dan sepanjang masa tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi air. Kononnya, dia akan menunggu di tempat begitu sehingga Puteri Raja Laut itu lalu di situ dan pulang kepada ayahandanya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Perempuan Muda Yang Berani.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Perempuan Muda Yang Berani. Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja Tua. Baginda telah menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu yang besar. Setelah perahu itu siap, baginda pun telah mengadakan upacara untuk melancarkan perahu itu ke laut. Rakyat negeri itu telah dikerahkan untuk menolak perahu ke laut tetapi anehnya perahu itu sedikit pun tidak bergerak dari tempatnya. Raja Tua sangat hairan lalu memanggil anak angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-macam ilmu. Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan. Setelah jampi dibaca dan seluruh perahu diasapnya, Balun pun berkata Perahu ini tidak akan dapat diturunkan jika tidak digalang dengan tubuh manusia. Tetapi yang menjadi galangan itu mestilah anak atau saudara tuanku. Orang lain tidak boleh! Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi gempar. Tidak ada seorang pun anak kerabat raja yang hendak mengorbankan nyawanya untuk pelancaran perahu tersebut. Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan muda yang sedang mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia ialah anak saudara kepada Raja Tua. Perempuan muda itu berbaring di atas tilam dan bantal yang dibentangkan di haluan perahu. Semua rakyat dan kerabat diraja menangis melihatkan perempuan muda yang begitu berani mengorbankan nyawanya demi kepentingan Raja Tua. Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh batang lidi dan rapat ke perahu itu. Setelah membaca jampi, perahu itu pun ditolak ke laut. Sekali lagi telah berlaku keanehan. Dengan mudah, perahu itu dapat ditolak ke dalam air. Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja Tua berlari-lari mendapatkan anak saudaranya dan mendapati anak saudaranya itu tidak mendapat apaapa kecederaan. Oleh kerana keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan semua harta pusaka kepada anak saudara perempuannya itu. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Harimau Yang Tamak

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak. Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda. Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak di hati harimau. Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa. Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa. Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa. Apakah kehendak engkau? Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar. Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata Harimau tergagap-gagap. Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras. Tujuh hari sekali! jelas Harimauu terketar-ketar. Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru sekali, kata Singa. Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari sekali. TuankuPatikPatik Sudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap binatang hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta kabulkan. Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Nama :

Tarikh :

Tuliskan perkataan tersebut dengan tulisan yang berangkai yang kemas.

Cuti sekolah yang lalu, Kamal bersama keluarganya

telah berkelah di Desaru. Sebelum bertolak , ibunya

Puan Rohani menyediakan bekalan makanan yang

hendak dibawa. Ayahnya , Encik Roslan memeriksa

kereta supaya berada dalam keadaan yang selamat untuk

dipandu.Suasana di tepi pantai sungguh indah dan

nyaman . Selepas makan , Kumar dan abangnya mandi

di tepi pantai itu.

Monyet yang pintar


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Puteri Sulung Dan Puteri Bongsu. Binatang-binatang kecil di hutan tidak senang hati dengan kedatangan singa di tempat mereka. Singa itu mengakui dirinya raja walaupun sebenarnya dia bukan raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas. Binatang-binatang yang lemah sering menjadi mangsanya. Oleh itu, binatang-binatang di hutan tersebut mencari jalan untuk menghapuskan singa itu. Biar saya yang pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu kepadanya agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi, kata kambing tua kepada kawankawannya. Dia sanggup berkorban nyawa demi keselamatan rakan-rakannya. Semasa pertemuan dengan kambing, singa itu berkata dengan angkuh. Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari. Terdiam semua binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka. Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir sejenak lalu berkata dengan marah. Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan kita. Kita mesti membunuhnya sebelum kita menjadi mangsa yang seterusnya. Tapi bagaimana, kijang? sampuk arnab yang hanya berdiam diri sejak tadi. Kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama, kata monyet dengan berapi-api. Esoknya, monyet pergi menyerah diri kepada singa itu. Mengapa lambat, ha? Engkau tahu tak, aku lapar? herdik singa. Ma ... ma ... maafkan patik tuanku, semasa dalam perjalanan ke sini, patik telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja, sembah monyet pura-pura ketakutan. Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya! kata singa dengan bengis. Panas hati singa mendengar penjelasan monyet. Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi. Apabila tiba di tepi perigi tersebut, monyet pun berkata, Itu dia singa yang mengaku dirinya raja, tuanku, Monyet menunjukkan bayang-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpa membuang masa, singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang Singa yang dilihatnya itu. Monyet riang kerana rancangannya berjaya. Semenjak itu, binatang-binatang di hutan tersebut hidup dengan aman dan bahagia. . Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Tomato Merah dan Tomato Hijau

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Tomato Merah dan Tomato Hijau . Tomato merah dan tomato hijau tinggal di ladang yang sama. Mereka mempunyai sikap yang berbeza. Tomato merah sangat sombong. Tomato merah merasa amat megah kerana ia mempunyai warna yang cantik dan menarik.Kulitnya

juga licin dan bersinar-sinar. Tomato hijau mempunyai sikap yang berlainan dari tomato merah. Ia selalu merendahkan diri. Walaupun warnanya tidak cantik tetapi di sangat baik hati dan selalu bersyukur dengan segala anugerah yang diberikan kepadanya. Suatu hari, seorang peniaga sayur-sayuran datang membeli buah tomato yang ada di ladang itu. Semua buah tomato dikutip termasuk tomato merah yang sombong itu. Apabila tomato merah dimasukkan ke dalam kotak bersama-sama dengan buah tomato yang lain, buah tomato merah menjadi lembik dan pecah. Akhirnya, peniaga itu membuang tomato merah ke tanah. Tomato hijau hanya dapat melihat sahaja nasib buah tomato merah.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

CONTOH KARANGAN JENIS CERITA


Isi Kandungan: 1) Melawat Ladang Ternakan Lembu 2) Rumah Baharu Sofia 3) Hari Pertama ke sekolah 4) Gotong-royong 5) Lawatan ke rumah Orang-orang Tua 6) Melawat Rakan di Hospital 7) Menolong Jiran 8) Kebersihan Tempat Tinggal 9) Keracunan Makanan 10)Hari Ibu 11)Hari Guru 12) Majlis Hari Jadi 13) Hari Kebangsaan 14) Pengalaman di Pasar Malam 15) Berkelah di Teluk Batik KARANGAN JENIS CERITA 1. Melawat Ladang Ternakan Lembu

Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan rakan-rakan telah melawat ke ladang ternakan lembu milik Pak Din. Ladang ternakan lembu tersebut agak luas. Selain membela lembu, Pak Din juga membela kambing. Haiwan ternakan itu dibiarkan bebas meragut rumput di padang yang luas. Semasa berada di ladang ternakan itu, kami melihat lembu dan kambing Pak Din gemuk-gemuk belaka. Ladang ternakan Pak Din begitu bersih kerana dijaga dengan rapi oleh dua orang pembantunya. Walaupun berasa sunnguh penat, kami berasa amat gembira kerana telah mendapat sebuah pengalaman baharu. Soalan: 1. Selain lembu,apakah binatang lain yang dibela oleh Pak Din? 2. Bagaimanakah keadaan ladang ternakan Pak Din? 3. Pak Din mempunyai berapa orang pembantu? 2.Rumah Baharu Sofia Ayah Sofia telah membeli sebuah rumah banglo baru. Rumah baru Sofia terletak di Taman Pokok Sena. Rumah itu ialah rumah banglo dua tingkat. Rumah itu berharga RM 430 000. Pada hari Sabtu yang lalu, Sofia sekeluarga telah berpindah ke rumah banglo itu. Rumah itu besar dan cantik. Rumah itu mempunyai empat buah bilik tidur, sebuah dapur, dan ruang tamu yang besar. Halaman rumahnya juga luas. Ibu Sofia telah menghias rumah baharu itu dengan kemas sekali. Di luar rumah, ibunya telah menanam bermacam-macam jenis pokok bunga seperti Bunga Orkid, Bunga Kertas, dan Bunga Raya. Sekarang, rumah baharu Sofia kelihatan sungguh cantik. Soalan: 1. Apakah jenis rumah yang dibeli oleh ayah Sofia? 2. Di manakah terletaknya rumah baru Sofia? 3. Apakah jenis pokok bunga yang ditanam oleh ibu Sofia?

3.Hari Pertama ke Sekolah Rani berasa gementar pada hari ini. Hari ini ialah hari pertama Rani ke sekolah. Rani memakai pakaian seragam sekolah dengan kemas. Ayahnya menghantar Rani ke sekolah dengan menaiki kereta. Apabila tiba di Sekolah Kebangsaan Sri Langat, orang telah ramai. Rani dengan ditemani oleh ayahnya terus masuk ke dewan untuk mendaftar. Kemudiannya, Rani dibawa ke Tahun Satu Bestari. Guru kelas Rani bernama Cikgu Zuraidah. Rani mendapat ramai kawan. Rakan sekelas Rani sangat baik dan peramah. Perasaan gementar Rani hilang sedikit demi sedikit. Setelah pulang ke rumah, Rani menceritakan pengalaman hari pertamanya ke sekolah kepada ayah dan ibunya. Soalan: 1. Siapa yang menghantar Rani ke sekolah? 2. Apakah nama sekolah Rani? 3. Siapakah nama guru kelas Rani? 4.Gotong-royong Pada hari Sabtu lepas, sekolah Saiful telah mengadakan gotongroyong untuk membersihkan kawasan sekolah. Guru Besar menyuruh semua murid membawa alat-alat yang diperlukan seperti pongkes, baldi, parang, kain buruk, dan sebagainya. Tepat jam 8.00 pagi,semua guru dan murid sudah berkumpul di tapak perhimpunan. Penolong Kanan telah membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh tiga orang guru. Ada yang mencuci longkang, memungut daun-daun kering, membakar sampah-sarap, dan menebas rumput. Selepas itu, mereka mengemas bilik darjah pula. Aktiviti gotong-royong itu tamat pada jam 11.00 pagi. Guru Besar berasa gembira kerana kawasan sekolah kelihatan bersih dan indah.

Soalan: 1. Bilakah gotong-royong diadakan di sekolah Saiful? 2. Pukul berapakah semua guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan? 3. Apakah kerja yang dilakukan oleh murid-murid? 5.Lawatan ke Rumah Orang-orang Tua. Sempena Hari Warga Tua, Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat telah mengadakan lawatan ke Rumah Orang-orang Tua Sri Indah. Lawatan disertai oleh 35 orang murid beserta tiga orang guru pengiring. Mereka berpeluang untuk bermesra dengan penghuni rumah tersebut yang berjumlah 102 orang. Beberapa orang murid turut menghiburkan mereka dengan persembahan nyanyian dan tarian. Penghuni-penghuni di situ kelihatan terhibur. Cikgu Azizah telah menyampaikan sumbangan kepada penghunipenghuni rumah orang tua itu. Sumbangan berupa wang dan pakaian itu didermakan oleh ibu bapa, guru-guru, dan orang ramai beberapa minggu sebelum lawatan diadakan. Lawatan itu telah meninggalkan banyak pengalaman manis dalam hati setiap murid serta guru. Soalan: 1. Berapakah orang murid yang menyertai lawatan itu? 2. Berapakah penghuni yang tinggal di Rumah Orang Tua Sri Indah? 3. Apakah jenis sumbangan yang diberi oleh Cikgu Azizah?

6.Melawat Rakan di Hospital Pada petang Khamis yang lalu, Aznil bersama rakan-rakannya telah pergi ke Hospital Besar Selayang. Mereka ke sana untuk melawat Haziq yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dua hari

yang lepas. Aznil ketua kelas Tiga Marikh telah memberi buah tangan kepada ayah Haziq. Menurut ayah Haziq, Haziq telah dilanggar oleh sebuah kereta. Pada hari kejadian itu, Haziq dalam perjalanan pulang dari sekolah. Sebuah kereta yang dipandu laju telah terbabas dan melanggar Haziq. Haziq telah terbaling di atas jalan raya. Pemandu itu pula terus lari tanpa memberikan pertolongan. Mereka berasa simpati dengan nasib Haziq. Haziq mendapat kecederaan teruk di kepala dan kakinya pula terpaksa disimen kerana patah. Aznil dan rakan-rakannya berharap Haziq akan cepat sembuh dan kembali semula ke sekolah. Soalan: 1. Di hospital manakah Haziq dirawat? 2. Siapakah Ketua Kelas Haziq? 3. Bagaimanakah kemalangan tersebut berlaku? 7.Menolong Jiran Pada suatu hari, Hafiz sedang berehat di tepi tingkap biliknya. Tiba-tiba, dia ternampak seorang pencuri sedang cuba memasuki rumah jirannya. Kebetulan jirannya, Encik Kuljit dan keluargannya pulang ke kampung. Tanpa berlengah lagi, Hafiz terus menelefon polis untuk melaporkan kejadian tersebut. Tidak berapa lama kemudian, beberapa orang anggota polis tiba di tempat kejadian. Mereka telah mengepung rumah itu. Polis telah berjaya memberkas pencuri yang cuba menceroboh masuk ke rumah Encik Kuljit. Pencuri itu telah digari dan dibawa ke balai polis. Keesokkan harinya, Encik Kuljit kembali ke rumahnya setelah dimaklumkan oleh pihak polis tentang kejadian itu. Beliau telah mengucapkan terima kasih kepada Hafiz atas pertolongan dan tindakan pantasnya. Soalan: 1. Apakah yang ternampak oleh Hafiz? 2. Apakah yang dilakukan oleh Hafiz?

3. Siapakah yang mengucapkan terima kasih kepada Hafiz? 8.Kebersihan Tempat Tinggal Encik Nordin, Encik Leong, dan Encik Sunil tinggal berjiran. Mereka tinggal di Kampung Sungai Rokam. Pada suatu malam, Encik Sunil dan keluargannya tidak dapat tidur lena kerana banyak nyamuk dan terhidu bau longkang yang sangat busuk. Pada keesokkan harinya, Encik Sunil berbincang dengan Encik Nordin dan Encik Leong. Mereka telah sepakat untuk membersihkan kawasan tempat tinggal mereka. Tanpa membuang masa, mereka terus menjalankan tugas masing-masing. Encik Leong membersihkan longkang. Encik Sunil sedang sibuk memotong rumput di tepi pagar manakala Encik Nordin pula mengumpul sampah-sarap untuk dibakar. Mereka berasa gembira kerana kawasan tempat tinggal mereka kini sudah bersih dan selesa. Soalan: 1. Di manakah Encik Nordin, Encik Leong, dan Encik Sunil tinggal? 2. Mengapakah Encik Sunil dan keluarganya tidak dapat tidur lena? 3. Mengapakah mereka merasa gembira? 9.Keracunan Makanan Cuaca pada hari ini sangat panas. Syamil berjalan pulang dari sekolahnya. Dia berasa sangat lapar dan dahaga. Tiba-tiba, dia ternampak sebuah gerai di tepi jalan. Syamil terus membeli air sirap dan kuih karipap. Dia makan dengan cepat. Dia tidak mempedulikan keadaan gerai yang sangat kotor. Makanan di gerai itu juga tidak ditutup. Ada banyak lalat hinggap di atas kuih-muih yang dijual itu. Setibanya di rumah, perut Syamil mula terasa sakit dan memulas-mulas. Dia memberitahu ibunya. Ibunya berasa bimbang lalu membawa Syamil ke klinik. Doktor memeriksa perut Syamil. Menurut doktor, Syamil mengalami keracunan makanan. Doktor memberi ubat kepada Syamil. Dia juga menasihati Syamil supaya

berhati-hati ketika membeli makanan atau minuman yang dijual di tepi jalan. Soalan: 1. Apakah yang dimakan oleh Syamil? 2. Bagaimanakah keadaan makanan di gerai? 3. Apakah nasihat yang diberi oleh doktor kepada Syamil? 10.Hari Ibu Pada 8 Mei yang lalu, keluarga Selvi telah menyambut Hari Ibu. Hari Ibu disambut untuk menunjukkan rasa terima kasih atas pengorbanan dan jasa ibu. Pada hari itu, ayah Selvi telah membeli sebiji kek coklat untuk ibunya manakala Selvi dan kakak membeli hadiah istimewa untuk ibu mereka. Apabila hadiah itu dibuka, ibu Selvi berasa terkejut melihat sebuah beg tangan berjenama Bonia. Ibunya berasa sungguh gembira. Ibu Selvi mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua anaknya. Selvi dan kakaknya berjanji akan mendengar kata dan nasihat daripada ibu mereka. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu. Soalan: 1. Bilakah Hari Ibu disambut? 2. Apakah tujuan menyambut Hari Ibu? 3. Apakah yang dihadiahkan oleh Selvi dan kakaknya kepada ibunya? 11.Hari Guru Pada 16 Mei setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Guru. Sambutan Hari Guru bertujuan untuk mengenang jasa dan pengorbanan para guru yang mendidik dan membimbing murid-murid menjadi manusia yang berguna.

Sekolah saya juga tidak ketinggalan menyambut Hari Guru. Pada hari itu, semua murid berkumpul di dewan bersama dengan guru-guru. Selepas lagu Negaraku dan lagu sekolah dinyanyikan, guru besar telah membacakan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Selepas itu, guru-guru menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia. Seterusnya disusuli dengan pertunjukan pentas oleh muridmurid seperti nyanyian, tarian, lakonan, dan mendeklamasikan sajak. Para guru dam murid terhibur dengan persembahan persembahan tersebut. Soalan: 1. Bilakah Hari Guru disambut? 2. Apakah tujuan menyambut Hari Guru? 3. Apakah tajuk lagu yang dinyanyi oleh semua guru? 12.Majlis Hari Jadi Hari ini ialah hari jadi Rafiqah yang kesembilan. Ibunya telah mengadakan satu majlis untuk meraikan hari jadinya. Ibu Rafiqah bertungkus-lumus menyediakan pelbagai juadah. Ramai kawannya dijemput ke majlis itu. Pada petang itu, Rafiqah memakai baju kurung yang berwarna biru. Rafiqah kelihatan cantik sekali. Di atas meja pula tersedia makanan yang lazat-lazat seperti kek, mi goreng, rendang ayam, biskut, dan gula-gula. Semua kawan Rafiqah datang dengan membawa hadiah. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Selamat Hari Jadi oleh kawan-kawannya. Mereka bertepuk tangan sebaik sahaja Rafiqah meniup sembilan batang lilin di atas kek itu. Selepas itu, semua tetamu dijemput menjamu selera. Rafiqah sangat gembira kerana mendapat banyak hadiah daripada keluarga dan kawan-kawannya. Soalan: 1. Berapakah umur Rafiqah? 2. Apakah yang dipakai oleh Rafiqah pada petang itu?

3. Apakah makanan yang disediakan dalam majlis hari jadi Rafiqah? 13.Hari Kebangsaan Hari ini saya bangun awal pagi. Bapa membawa saya ke Dataran Merdeka untuk melihat sambutan Hari Kebangsaan. Pada 31 Ogos setiap tahun, negara kita menyambut Hari Kebangsaan. Pada hari tersebut juga, semua rumah dan bangunan akan memasang bendera. Pelbagai acara menarik diadakan sempena Hari Kebangsaan seperti pertunjukan konsert, pancaragam, tarian, dan pertunjukan bunga api. Selain acara kebudayaan, perarakan perbarisan juga turut diadakan. Ramai orang mengibarkan Jalur Gemilang. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan. Soalan: 1. Bilakah Hari Kebangsaan disambut? 2. Apakah acara yang diadakan sempena Hari Kebangsaan? 3. Apakah yang dikibarkan oleh ramai orang?

14.Pengalaman di Pasar Malam. Pada suatu petang, ibu Rafi mengajaknya pergi ke pasar malam. Pasar malam itu terletak berdekatan dengan rumah Rafi. Setibanya di pasar malam, Rafi melihat ramai orang sibuk membeli barang. Keadaan di pasar malam itu sungguh sesak dan riuhrendah. Terdapat banyak barang yang dijual di sana, antaranya ialah sayur-sayuran, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan banyak lagi. Menjelang malam, makin ramai orang yang datang. Para peniaga sibuk melayan para pelanggan yang datang ke gerai mereka. Ibu Rafi membeli banyak barang keperluan dapur seperti cili, bawang, dan rempah. Rafi juga membeli air soya kegemarannya. Selepas membeli barang-barang mereka pun pulang.

Soalan: 1. Di manakah terletaknya pasar malam? 2. Apakah jenis barangan yang dijual di pasar malam itu? 3. Apakah yang dibeli oleh Rafi? 15.Berkelah di Teluk Batik. Pada hujung minggu yang lalu, Shamilah dan keluarganya telah pergi berkelah. Mereka berkelah di Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak. Mereka menaiki kereta ke sana. Sebaik sahaja sampai di sana , Shamilah dapati ramai orang yang sedang mandi-manda di laut. Shamilah menurunkan barangbarang dan membentang tikar. Adiknya pula mengangkat bekalan nasi dan kuih-muih yang dimasak oleh ibunya. Shamilah berasa tidak sabar untuk berenang di laut. Shamilah mengajak ayahnya ke laut untuk mandi. Adiknya pula leka membina istana pasir. Setelah penat, mereka berehat dan makan nasi serta kuih yang dibawa dari rumah. Selepas makan, Shamilah mengajak adiknya mandi ke laut. Ibu Shamilah menasihati mereka supaya tidak mandi di tempat yang dalam. Setelah puas mandi, mereka pun pulang dengan hati yang gembira. Soalan: 1. Di manakah Shamilah dan keluarganya berkelah? 2. Apakah yang dilakukan oleh Shamilah sebaik sahaja sampai di pantai? 3. Apakah nasihat diberi oleh ibu Shamilah?

Anda mungkin juga menyukai